15/11/2022
Assalamualaikum.
Kami dari Hanjo Event & Co ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua tidak kira dalam dan luar Bintulu bagi menjayakan Event 'Bintulu Family Carnival 2022'.
Terima Kasih juga kepada team Skuad PBB ,Persatuan Penjaja, Bintulu Info & semua yang lain kerana sudi membantu pihak kami.
Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada semua andai ada masalah atau perkara yang kurang menyenangkan dari Pihak Kami.
Kami sedar agak sukar untuk memberi 100% kesempurnaan dan kepuasan semua pihak kerana ini adalah event yang pertama dari pihak kami.Insha Allah kami akan cuba perbaiki untuk masa akan datang.
Tanpa sokongan anda semua. agak sukar untuk kami teruskan event yang lebih menarik dimasa akan datang.
Akhir sekali kami Hanjo Event & Co memohon maaf jika ada masalah berpunca dari pihak kami.
Sekian, Terima Kasih.