23/11/2021
💙Mencari sesuatu yg hilang dalam diri💙
💙Jika yg hilang itu IMAN , kembalilah dgn membaca al -Quran, mendampingi org org Soleh.
💙Jika yg hilang itu TAQWA kembalikanlah khusyuk dalam ibadah bermunajatlah kepadaNya, berfikirlah sejenak diri kita sebagai hamba.
💙Jika yg hilang itu KEBERANIAN, kembalikan dgn mengingati gelap dan azabnya alam kubur yg akan kita tempuhi.
💙Jika yg hilang itu SABAR kuatkan jiwa dgn melihat kesusahan org lain, penderitaan mereka.
💙Jika yg hilang itu SYUKUR kembalikanlah dengan melihat nikmat Allah yg tidak terkira banyaknya.
💙Jika yg hilang itu SEMANGAT dan KEAZAMAN kembalikan dgn melihat org org yg kita sayangi betapa mereka juga bersedih jika kita putus asa.
💙Jjka yg hilang itu sifat TAWADHUK maka bergaullah dgn fakir dan miskin dan org org susah agar kita tidak angkuh dan sombong..
💙Jika yg hilang itu KASIH SAYANG, kembalilah dgn menyayangi anak anak kecil, org org tua, dan haiwan ciptaanNya.
💙Jika yg hilang itu KEYAKINAN, belajarlah menerima hakikat bahawa Allah menyayangi kita dan mengurniakan kita terlalu bnyak keistimewaan, gunalah sebaik mungkin.
💙Jika yg hilang itu KEGEMBIRAAN, kembalikan dgn melihat telatah makhluk lain di bumi ini, banyak yg indah di pandangan mata..
💙Jika yg hilang itu TAWAKKAL belajar utk bergantung kepada Allah daripada bergantung kpd manusia.
💙Belajar mengenali PENCIPTA, agar kita mengenali diri kita..
💙Belajar mengenal KELEMAHAN DIRI dari mengungkap kelebihan diri.
Terlalu banyak yg perlu kita pelajari dalam menelusuri hidup sementara ini.
💙Jangan berhenti belajar selagi mata belum tertutup rapat.
DUNIA ini adalah sebuah UNIVERSITI KEHIDUPAN.
💙Tiada istilah gagal dalam kehidupan, kerana kehidupan ini juga adalah satu Proses Pembelajaran.Terus belajar dan memperbaiki Diri
Ustz Masitah