03/04/2024
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi Tahun 1445 Hijriah/2024 Miladiah.
RM 7.00
Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis Super Spesial Tempatan
RM 12.00
Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import)
RM 20.00
Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import) seperti Beras Basmati Import & Super Wangi
Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah, kaedah pembayaran adalah seperti berikut:
Amil Zakat Fitrah
Pembayaran melalui Amil yang telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri Johor.
Bayaran zakat fitrah melalui atas talian (Online) :
Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my/
Zakat fitrah Online Fastpay
https://fitrah.maij.gov.my/
Pembayaran melalui Tulus
https://bayarzakatjohor.com/
atau Muat turun Aplikasi Tulus
https://tulus.my/
Makluman:Proses bayaran bermula jam 8.00 malam 1 Ramadan 1445H (11 Mac 2024M) sehingga
jam 9.00 pagi 1 Syawal 1445H (10 April 2024M)
Sistem akan ditutup setiap hari jam 11.30 malam sehingga 12.30 pagi bagi kerja penyelenggaraan sistem
Kaunter-kaunter Zakat MAINJ
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di semua kaunter MAINJ di setiap daerah.
Waktu Urusan Kaunter :
(Ahad – Rabu, 8.00 pagi – 4.00 petang)
(Khamis, 8.00 pagi – 3.00 petang)