Gunung Lambak Park

Gunung Lambak Park Seperti arkib yang bakal menyimpan ratusan sejarah Gunung Lambak di dalamnya.
(1)

Hari pertama Kelas Seni Gunung Lambak! Kepada yang tidak berkesempatan hari ini, kawan-kawan masih boleh sertai esok. Es...
04/11/2022

Hari pertama Kelas Seni Gunung Lambak! Kepada yang tidak berkesempatan hari ini, kawan-kawan masih boleh sertai esok. Esok adalah hari terakhir.

Jangan lupa kawan-kawan. Sabtu. Jam 9AM - 1PM/ tamat.

Salam November, semua! Apa yang kawan-kawan akan lakukan pada hujung minggu ini? Jika semua berkelapangan, Gunung Lambak...
02/11/2022

Salam November, semua! Apa yang kawan-kawan akan lakukan pada hujung minggu ini? Jika semua berkelapangan, Gunung Lambak Park menjemput anda semua untuk turut serta dalam Kelas Seni yang dianjurkan kami.

Ini merupakan projek Kelas Seni pertama Gunung Lambak Park. Akan ada pilihan yang lain untuk akan datang.

Kita akan adakan kelas ilustrasi iaitu aktiviti melukis dan mewarna dan dari situ anda boleh praktikkan kemahiran melukis itu pada permukaan kayu dan kemudian barulah kita cukil dan cetak. Dua media seni yang berlainan, tapi sangat berkait!

Terbuka kepada semua dan tidak ada had umur. Untuk kelas Cukil dan Cetak sahaja pihak pengurusan berharap ada bimbingan dari ahli keluarga. Sebab kita akan belajar cukil kayu nanti. 😁

Moga pengisian ini dapat memberi pengalaman baru untuk bakal pelajar!

Oh, ya, .my [Kopi Pagi] juga akan turut bersama kita hujung minggu ini. Kopi sedap untuk bakal hari yang lebih baik.

Jumpa nanti~

4 & 5 November 2022
9AM - 1PM

KOTAK ALAM dalam pembikinan. Apa itu KOTAK ALAM? Nantikan!
27/10/2022

KOTAK ALAM dalam pembikinan. Apa itu KOTAK ALAM? Nantikan!

Sejahtera, semua! Apa yang anda akan lakukan cuti Deepavali ini? Sukacita kami maklumkan, Gunung Lambak Park akan adakan...
18/10/2022

Sejahtera, semua! Apa yang anda akan lakukan cuti Deepavali ini? Sukacita kami maklumkan, Gunung Lambak Park akan adakan satu program "Spiritual Jam Session". Sebuah program musikal bertemakan kerohanian dari artis gereja tempatan Kluang.

Mari kita duduk lepak bersama di Gunung Lambak pada 24 Oktober ini. Jemput!

Tamatlah sudah acara pertama kami. Acara "13 Tahun Bersama" karya fotografi SC Chia. Kami kira acara pertama ini kami gu...
12/10/2022

Tamatlah sudah acara pertama kami. Acara "13 Tahun Bersama" karya fotografi SC Chia. Kami kira acara pertama ini kami guna-pakai sebagai ruang untuk mengenali satu sama lain. Ruang untuk merapat-erat hubungan antara komuniti setempat. Berkenalan dengan penggiat seni Kluang; antara peniaga-peniaga tempatan.

Ruang ini untuk awam. Untuk semua. Terima kasih atas sambutan yang baik dari kalian.

Sudah semestinya acara sebegini tidak terhenti di sini.

Tunggu kami untuk acara yang akan datang! Terima kasih!

.

Sehari sudah berlalu. Berbaki Sabtu dan Ahad. Pameran yang menjemput bermacam reaksi pengunjung. Perkembangan baik untuk...
08/10/2022

Sehari sudah berlalu. Berbaki Sabtu dan Ahad. Pameran yang menjemput bermacam reaksi pengunjung. Perkembangan baik untuk orang Kluang secara am dan Gunung Lambak secara khusus. Jemput!

Untuk pameran foto "13 Tahun Bersama", kami sengaja menggunakan teknik cetakan mesin pemanas (heat press) di atas kain. ...
04/10/2022

Untuk pameran foto "13 Tahun Bersama", kami sengaja menggunakan teknik cetakan mesin pemanas (heat press) di atas kain. Pilihan pendekatan seperti ini adalah secara sedar. Oleh kerana tim pengurusan Gunung Lambak sedang giat menjalankan aktiviti penambahbaikan bangunan dan kawasan, konsep ini dipilih. Foto-foto digantung-ikat pada perancah bangunan (scaffolding) dan pilihan material kain yang dekat dengan warna kakayuan. Walaubagaimanapun teknik ini kami masih mengaanggapnya sebagai proses pembelajaran yang perlukan kritikan dari pihak kawan-kawan.

Ini merupakan projek kolaborasi antara Gunung Lambak Park dan artis cetak .station dari Johor Bahru.

Heat Press Station juga akan buka tapak untuk cetakan baju secara terus. Kawan-kawan hanya pilih foto dari pameran dan cetak terus ke baju!

Jemput hadir ke pameran ini bermula 7 sehingga 9 Oktober 2022 dari jam 7AM sehingga tamat.

Jumpa nanti!

Sedikit iklan acah (teaser) untuk acara "13 Tahun Bersama" bermula 7 sehingga 9 Oktober ini! Jumpa nanti!
03/10/2022

Sedikit iklan acah (teaser) untuk acara "13 Tahun Bersama" bermula 7 sehingga 9 Oktober ini! Jumpa nanti!

Salam dan hi, semua! Jangan lupa aktiviti kita pada 7 - 9 Oktober 2022 minggu hadapan. Gunung Lambak Park akan bersama-s...
27/09/2022

Salam dan hi, semua! Jangan lupa aktiviti kita pada 7 - 9 Oktober 2022 minggu hadapan. Gunung Lambak Park akan bersama-sama dengan pembancuh kopi dari .dirgahayu, pencetak baju dari Heat Press dan kedai buku dari .

Kita akan buat aktiviti menikmati foto "13 Tahun Bersama" karya SC Chia ini sesantai mungkin.

Menikmati pameran foto bersama kopi,
pilih foto yang diminati dan cetak secara terus ke baju,
dan duduk baca buku.

Jumpa nanti!

Dengan ini kami bawakan anda program pembukaan pasca-COVID! "13 Tahun Bersama" adalah program pameran foto sulong dari s...
22/09/2022

Dengan ini kami bawakan anda program pembukaan pasca-COVID!

"13 Tahun Bersama" adalah program pameran foto sulong dari seorang artis kelahiran Kluang, Johor. SC Chia (lahir: 1964) adalah seorang fotografer bebas. Beliau merasakan bahawa pentingnya untuk merekod dan mendokumentasikan Gunung Lambak. Dengan pengalaman hijrah ke merata dunia, beliau merasakan 'alam', kesenian dan kebudayaan adalah nikmat terbesar buat beliau. Maka, beliau memilih flora dan fauna sebagai subjek yang paling dekat dengan beliau.

"13 Tahun Bersama" adalah sempena 13 tahun mendokumentasikan flora dan fauna di Gunung Lambak. Ia merupakan sebuah naratif yang panjang. Mengikut dari cerita melalui foto-foto tahun awal beliau berkarya, hampir sebahagian dari serangga sukar untuk dijumpai lagi.

Pameran ini juga kami konsepkannya menjadi sebuah projek seni instalasi. Dengan bertindak balas kepada ruang serta seni dalam pemasangan, kami berharap konsep ini mampu memberi makna yang secukupnya kepada foto-foto tersebut.

Maka, diharapakan pameran seperti ini mampu memberi inspirasi tentang pentingnya pendokumentasian untuk generasi dan pembangunan tamadun.

Terima kasih kepada tim Teras Living Sdn. Bhd sebagai pengurus dan penganjur program "13 Tahun Bersama".

────────

"13 Tahun Bersama" karya SC Chia
7 - 9 Oktober 2022
7AM - 10PM

Gunung Lambak, Kluang, Johor.


────────

Jemput semua!

Hi! Sudah tiba masanya Gunung Lambak Park adakan satu acara pembukaan pasca-KOVID. Ia juga sebagai satu bentuk pengenala...
21/09/2022

Hi! Sudah tiba masanya Gunung Lambak Park adakan satu acara pembukaan pasca-KOVID. Ia juga sebagai satu bentuk pengenalan kepada konsep baru yang kami bawakan di Gunung Lambak. Akan datang kami lebih fokuskan kepada program kesenian dan kebudayaan. Fokus lain adalah gerakan komuniti yang lebih lestari.

Dengan ini kami bawakan anda program pameran foto yang akan diadakan pada bulan Oktober tahun 2022. Ia merupakan pameran sulong seorang artis bebas. Foto- foto 'alam' yang diambil adalah dari Gunung Lambak sendiri. Dokumentasinya yang menghampiri 13 tahun.

Moga program akan datang ini kita dapat kenal antara satu sama lain dengan lebih dekat!

Maklumat lain akan menyusul! Tunggu.

Terima kasih kepada Teras Living Sdn. Bhd selaku tim pengurus dan juga penganjur.

Pada Hari Malaysia yang lalu telah wujudnya satu program rakyat anjuran Teras Living Sdn. Bhd dan JGL Hikers yang diadak...
20/09/2022

Pada Hari Malaysia yang lalu telah wujudnya satu program rakyat anjuran Teras Living Sdn. Bhd dan JGL Hikers yang diadakan di Gunung Lambak. Fokus program ini adalah menyatukan dan mengeratkan beberapa komuniti dan persatuan lokal Kluang dan sekitarnya. Hampir 200 orang keseluruhannya.

Apabila dilihat secara dekat, program seperti ini dapat membuka pintu untuk berkenalan dengan komuniti dan persatuan lain. Berkenalan dengan individu-individu yang baru.

Kami berbesar hati kerana dapat sokongan yang kuat dari pelbagai pihak. Di bawah ini, kami sertakan komuniti, persatuan atau institusi yang terlibat (akan kami kemas kini dari semasa ke semasa):

KKTM Ledang (Tangkak, Johor),
JGL Hikers,
Serba Scooter

Program: Pembersihan Gunung Lambak & Sukan Rakyat
Tarikh: 16 September 2022
Anjuran: Teras Living Sdn. Bhd & JGL Hikers.

Terima kasih, semua!

20/09/2022
Hai semua! Selamat datang ke halaman Facebook Gunung Lambak Park! Halaman ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk ...
20/09/2022

Hai semua! Selamat datang ke halaman Facebook Gunung Lambak Park! Halaman ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk berkongsi apa sahaja aktiviti yang akan dijalankan di dalam Gunung Lambak, Kluang, Johor.

Sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk berkunjung, Gunung Lambak adalah jantung bagi daerah Kluang, Johor. Anda boleh temui semua lapisan masyarakat di sini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan hanya semata yang berbentuk mempromosikan kesihatan tubuh badan, malah lebih dari itu. Dari pengisian rohani sehinggalah yang berkaitan dengan intelek.

Maka halaman Facebook ini kami khususkan kepada semua yang berhasrat untuk mengenali Gunung Lambak dengan lebih dekat. Kenal pengurusan, kenal komuniti, kenal artis dan kenal individu-individu yang sudah hampir puluhan tahun di sini!

Apa yang akan ada di sini?

Kami berhasrat untuk jadikan Gunung Lambak sebagai 'platform' kepada penduduk Kluang secara khusus dan Johor secara amnya. Kami akan wujudkan pelbagai aktiviti mesra masyarakat!

Selain itu?

Kami juga akan wujudkan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di sini. Dalam apa juga bentuk dan pendekatannya, kami akan cuba sebaiknya!

Sebagai tambahan, kami juga bersedia dan terbuka untuk adakan projek kolaborasi kepada mana-mana pihak yang berminat!

Moga berjumpa nanti!

20/09/2022

Address

Gunung Lambak
Kluang

Telephone

+60183779083

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gunung Lambak Park posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gunung Lambak Park:

Share

Nearby event planning services


Other Kluang event planning services

Show All