PENGENALAN
Bengkel Tilawah Al-Quran dalam masa 24 jam telah di perkenalkan oleh syarikat ini sejak tahun 2008 lagi (atau sejak empat tahun lalu). Bengkel ini telah dilaksanakan kepada mereka yang buta huruf Al-Quran atau yang belum lancar bacaan dan yang belum menguasai bacaan Al-Quran yang berusia antara 18 sehingga 55 tahun dan hasilnya dapat dibuktikan dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran.
Yang telah menyertai kursus ini termasuklah mereka lepasan sekolah, kakitangan kerajaan dan swasta, ibu bapa dan mereka yang lanjut usia, saudara kita yang baru memeluk Islam dan termasuklah golongan VIP/orang-orang kenamaan.
2. OBJEKTIF
Objektif kursus/ bengkel ini ialah:
** Memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran mengikut baris kepada peserta sehingga dapat mengenal dan menyebut huruf mengikut makhraj.
** Melatih peserta membaca huruf tunggal dan bersambung secara teratur.
** Mendedahkan kepada peserta kaedah ini sehingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.
** Menjadikan peserta boleh membaca Al-Quran dalam masa 24 jam (atau kurang dari 24 jam).
** Melahirkan kecintaan kepada Allah melalui bacaan Al-Quran.
3. PENCERAMAH DAN FASILITATOR UTAMA:
Ustaz Drs. MASA:
12-15hb Mei 2011
5. YURAN PENYERTAAN :
RM 550.00 setiap seorang. (Professional Fee, Buku Panduan, Nota-Nota Pembelajaran, Fail
(Kit Al-HIra’), Sijil, Sewa Dewan Kuliah, Pengurusan, Makan/Minum dll)
6. PENUTUP:
Sertailah kursus ini dengan telus. Ikuti arahan Fasilitator dan berdoa kepada Allah bahawa pada kali ini anda akan berjaya membaca Al-Quran dengan baik. InsyaAllah.
“Bacalah Al-Quran yang selama ini anda kehilangannya. Sayangi dan cintailah dia (Al-Quran) menjadi sebahagian dari hidup anda…………..”
7. UCAPAN PENGHARGAAN:
Kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Penglibatan dan kerjasama Tuan dan Puan amat dihargai dan semoga Allah membalasnya. Sekian, Terima kasih. JADUAL BENGKEL
Khamis (12/05/2011) 8.30 pg – 9.10 pg
Peserta mengambil tempat di dewan Kuliah. Pembukaan.
9.10 pg- 11.00 pg
MODUL 1 :
* Mengenal Huruf Berbaris
* Membaca Huruf Berbaris
11.00 pg – 1.00 t/hari
MODUL 2 :
- Pelajaran 1
* Membaca Huruf Berbaris Atas
1.00 t/hari – 2.30 ptg
Solat / Rehat
2.30 ptg – 4.30 ptg
MODUL 3 :
- Pelajaran 2, 3 & 4
* Membaca Huruf Berbaris Bawah,
Hadapan dan Bersambung
* Latih Tubi
Bersurai
Jumaat (13/05/2011) 9.00 pg – 9.10 pg
9.10 pg – 11.00 pg
Munajat dan do’a
MODUL 4 :
- Pelajaran 5 & 6
* Tanda Panjang
* Cara Membaca Tanwin
11.00 pg – 1.00 t/hari
MODUL 5 :
- Pelajaran 7 & 8
* Membaca Huruf Mati
* Membaca Huruf Bertashdid
1.00 t/hari – 2.30 ptg
Solat / Rehat
2.30 ptg – 5.00 ptg
MODUL 6 :
- Pelajaran 9, 10 & 11
* Membaca (Al) At-Ta’rif
* Bacaan Lafaz Al-Jalalah
* Membaca Hamzah Wasal
Bersurai
Sabtu
(14/05/2011) 9.00 pg – 9.10 pg
Munajat dan do’a
9.10 pg- 11.00 pg
MODUL 7 :
- Pelajaran 12 & 13
* Cara Berwakaf
* Membaca Huruf-huruf Muqatta’ah
11.00 pg – 1.00 t/hari
MODUL 8 :
- Pengukuhan
( PELAJARAN 1 – 13 )
1.00 t/hari – 2.30 ptg
Solat / Rehat
2.30 ptg – 4.30 ptg
MODUL 9 :
- Mula membaca Al- Quran
Bersurai
Ahad
(15/05/2011) 9.00 pg – 9.10 pg
Munajat dan do’a
9.10 pg – 11.00 pg
MODUL 10 :
- Membaca Al-Quran
( Al-Baqarah ayat 1-10 )
11.00 pg – 1.00 t/hari
MODUL 11 :
- Sambungan ayat 11-21
Surah Al-Baqarah
( Membaca, mengenal tajwid)
Menggunakan tanda ) N3
1.00 t/hari – 2.30 ptg
Solat / Rehat
2.30 ptg – 4.30 ptg
MODUL 12 :
- Latih Tubi
- Baca Al-Quran
4.30 ptg – 5.00 ptg
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
BACALAH AL-QURAN !