Sakan Catering & Canopy Services - Langgar

Sakan Catering & Canopy Services - Langgar Sakan Catering & Canopy Services
dimiliki oleh: SAKAN SMZ Enterprise. Bernombor pendaftaran AS0335 Hajjah Che Zaiton Bt. Hj.
(3)

SAKAN CATERING & CANOPY SERVICES Dimiliki SAKAN SMZ Enterprise. SAKAN SMZ Enterprise didaftarkan dengan SSM pada 15 Oktober 2010, yang terletak di alamat Lot 606, Alor Rela, 06500 Langgar, Alor Setar Kedah. Nama SAKAN ini diambil dari Nama Kampung Kelahiran bonda tercinta Pn. Yatim iaitu KAMPUNG SAKAN yang terletak di Jalan Datuk Kumbar Kedah. Syarikat ini ditubuhkan dari hasil perbincangan keluar

ga yang dipengerusikan Tuan Haji Mohamad Bin Haji Abd. Rahman bagi mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan semenjak tahun 1993, yang diuruskan oleh Puan Hajjah Che Zaiton Binti Haji Yatim, Hasil persetujan Kesemua ahli keluarga serta modal berbayar sebanyak RM67,500.00, Alhamdulillah syarikat ini berjaya ditubuhkan bagi meneruskan kesinambungan perniagaan keluarga ini, serta membantu penduduk setempat menambah pendapatan keluarga. Sakan Catering & Canopy Services menyediakan perkhidmatan Katering sepenuhnya bagi semua majlis samada dari pihak individu, jabatan kerajaan, atau swasta. Selain itu pihak kami juga ada menjalankan perniagaan gerai makan yang terletak di sebelah Maktab Kerjasama Malaysia Cawangan Utara yang ditempatkan berhadapan Pekan Rabu, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah. Sakan Catering & Canopy Services menyediakan Perkhidmatan seperti Berikut:

- Menerima tempahan katering bagi majlis perkahwinan, bertunang, kesyukuran, keraian, cukur jambul, berkhatan dan sebagainya.... bagi orang perseorangan, dan bagi jabatan kerajaan atau swasta pihak kami menyediakan tempahan bagi majlis keraian, perpisahan, mesyuarat, Kursus dan banyak lagi......

- Menyediakan Pakej Berzanji, Pakej Marhaban, Pakej Berendoi, Pakej Qhasidah, Silat, serta Pakej PA Sistem.

- Pihak kami juga menerima kuih-kuih tradisional, seperti Pulut Sekaya/ Seri Muka, Karipap, Tepung Bungkus, Lepat Liat, Tepung Talam, dan sebagainya.

- Selain Itu pihak kami menyediakan perkhidmatan sewa peralatan Katering, Sewa Kanopi/Khemah, dan sewa lori. Alhamdulillah hasil kerjasama seluruh ahli keluarga, serta Crew yang memberi sepenuh komitmen, Sakan Catering & Canopy Services sekarang mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Skop perniagaan kami adalah bermula dari Perlis Hingga ke Perak Utara. Kami dari pihak Sakan Catering & Canopy Services Mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang telah memberi kepercayaan serta mengamanahkan Sakan Catering & Canopy Services sebagai katerer bagi menjayakan malis, tuan/puan. Dan tidak lupa juga kepada Ayahnda Tuan Haji Mohamad Bin Haji Abd. Rahman, dan Bonda Puan Hajjah Che Zaiton Binti Yatim sebagai penaung dan penasihat yang tidak jemu memberi dorong serta tunjuk ajar bagi merealisasikan impian pelanggan. sekian, Terima Kasih.....
> Makan Biaq Sakan<

Address

Lot 606, Alor Rela
Langgar
06500

Telephone

+60135036660

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sakan Catering & Canopy Services - Langgar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sakan Catering & Canopy Services - Langgar:

Share

Category


Other Event Planners in Langgar

Show All

You may also like