20/01/2024
" Suami yang tolong jemur kain bukanlah suami yang takut isteri "
" Isteri yang sentiasa minta izin suami juga bukanlah isteri yang takut suami "
Tetapi itulah sifat ihsan dan hormat terhadap pasangan yang dipraktiskan dalam kehidupan perkahwinan.
Jika ihsan dijadikan pegangan, si suami pasti akan bertolak ansur dengan isteri yang tak larat nak jemur kain kerana mengandung atau sebagainya.
Jika hormat dijadikan pegangan, si isteri pasti tidak akan berbuat yang bukan-bukan di rumah sementara suami keluar bekerja dan akan minta izin walaupun sekecil-kecil perkara.
Nampak macam remeh.
Namun percayalah bahawa ini merupakan salah satu tips rumahtangga kekal hingga ke akhir usia.
Apabila sudah bertahun lamanya usia sebuah rumahtangga, cinta yang ada pastinya tidak akan kembang mekar seperti dulu kala.
Tetapi jika ihsan dan hormat terhadap pasangan masih ada, insya-Allah rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga sana.
Tak kira lah banyak mana sekalipun kedutan yang ada pada kulit, tak kiralah teruk macam mana sekalipun tahap kesihatan yang ada, jika ihsan dan hormat masih ada maka rumahtangga yang dibina pasti terjaga.
Maka, jika benar kalian mahukan rumahtangga yang sebegitu rupa, mulakan praktis ihsan dan hormat terhadap pasangan mulai daripada sekarang.
Ihsan adalah kebaikan.
Hormat p**a adalah tanda penghargaan.
Buatkan air, kebaikan.
Belikan hadiah, penghargaan.
Basuhkan pinggan, kebaikan.
Ucap terima kasih, penghargaan.
Buatlah apa-apa saja tindakan atas alasan kebaikan dan juga penghargaan. Insya-Allah tindakan tersebut pasti akan disenangi oleh pasangan.
Insya-Allah juga, sekecil-kecil tindakan tersebut menjadi asbab untuk Allah menjaga rumahtangga kita semua sehingga ke akhir usia. Credit :
▫️
▫️
▫️
▫️
▫️
▫️
📌 Follow IG kami : www.instagram.com/kahwinbudget.my