Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, Miri. YBA 4105

  • Home
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, Miri. YBA 4105

Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, Miri. YBA 4105 Page SK Kampung Bakam memberikan informasi berkenaan aktiviti sekolah.

GURU KELAS & PEMBANTU GURU KELAS 2025
11/02/2025

GURU KELAS & PEMBANTU GURU KELAS 2025

🌟 Wira Tanpa Nama 🌟Di sebalik kebersihan yang menyegarkan dan keselamatan yang terjaga, ada insan-insan hebat yang jaran...
05/02/2025

🌟 Wira Tanpa Nama 🌟
Di sebalik kebersihan yang menyegarkan dan keselamatan yang terjaga, ada insan-insan hebat yang jarang disebut, tetapi jasanya begitu besar.
Buat pekerja kebersihan yang tanpa jemu menyapu setiap sudut, mengutip sampah, dan memastikan sekolah ini kekal bersih—terima kasih atas keikhlasan yang sering tidak dipandang, tetapi amat kami hargai.
Buat pengawal keselamatan yang setia berdiri di pintu pagar, memastikan keselamatan kami dari pagi hingga malam—terima kasih kerana menjadi perisai yang menjaga kami tanpa mengira penat dan lelah.
Kalian adalah wira tanpa nama, cahaya yang menyinari sekolah ini tanpa mengharapkan pujian. Kami sedar, tanpa kalian, sekolah ini tidak akan seindah dan seaman ini. Semoga setiap titik peluh dan pengorbanan kalian dibalas dengan keberkatan dan kebahagiaan.
Terima kasih, dari hati kami yang paling dalam. ❤️

Pemasangan karpet surau yang baharu. Alhamdulillah, terima kasih kepada penyumbang. 🤲Saf karpet lama tidak mengikut arah...
04/02/2025

Pemasangan karpet surau yang baharu. Alhamdulillah, terima kasih kepada penyumbang. 🤲

Saf karpet lama tidak mengikut arah kiblat yang betul ❌️
Karpet baharu yang tebal dan selesa untuk murid ✅️

Jika ada ibu bapa dan hamba Allah yang ingin sumbangkan sejadah individu anggaran dalam 30 helai (yang sama jenis, warna dan design) amatlah dialu-alukan.

Doakan Sarawak 🤲‎يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ‎“Wahai bumi, telanlah air dan waha...
29/01/2025

Doakan Sarawak 🤲

‎يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ

‎“Wahai bumi, telanlah air dan wahai langit, ‎berhentilah dari curahan hujanmu”
‎Surah Hud, Ayat 44

‎Semoga semua yang terlibat dengan banjir dipermudah segala urusan, sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang-Mu ya Allah..

Sudut Hadis 40 🤩Terbaiklah Ustaz Ali dibantu oleh pekerja kebersihan kita yang sangat rajin. Sudut Hadis 40 ini nanti ak...
28/01/2025

Sudut Hadis 40 🤩
Terbaiklah Ustaz Ali dibantu oleh pekerja kebersihan kita yang sangat rajin. Sudut Hadis 40 ini nanti akan dilengkapi dengan poster Hadis 40 serta koleksi buku ilmiah untuk dibaca oleh murid-murid dalam suasana santai. Diharapkan murid-murid dapat menjaga kebersihan dan memanfaatkan sudut ini ya. 😊

❤️PPKI SK KG. BAKAMTerbaiklah Encik Suryadi, PPM PPKI. Kreatif dan cantik!!!😍👍
27/01/2025

❤️PPKI SK KG. BAKAM

Terbaiklah Encik Suryadi, PPM PPKI. Kreatif dan cantik!!!😍👍

Cuti sekolah pun kita on!!🤩Cuti sekolah panjang yang bermula minggu ini tidak menghalang guru-guru kita yang rajin serta...
24/01/2025

Cuti sekolah pun kita on!!🤩

Cuti sekolah panjang yang bermula minggu ini tidak menghalang guru-guru kita yang rajin serta berdedikasi untuk membuat latihan sukan. Apabila guru-guru rajin, murid lagilah bertambah semangat untuk datang ke sekolah bagi memantapkan persiapan sebelum pertandingan.

Terima kasih kepada Cikgu Fifi dan Cikgu Azim yang telah melatih murid merentas desa. Terima kasih kepada Cikgu Shaidatul dan Cikgu Azianna yang melatih pasukan bola jaring. Terima kasih juga kepada Cikgu Nuruzzaman, PKHEM yang telah turun ke sekolah semasa cuti untuk melatih pasukan bola sepak.

Terbaik cikgu-cikgu SK Kg. Bakam 👍👍👍


Cantik! 🤩🤩🤩Terima kasih kepada pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan sekolah yang telah berganding bahu mengecat d...
23/01/2025

Cantik! 🤩🤩🤩
Terima kasih kepada pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan sekolah yang telah berganding bahu mengecat dan mengindahkan pondok pengawal serta kawasan menunggu murid-murid. Terbaiklah! 😍😍😍


21/01/2025

MEMORABILIA PENYERTAAN & PENCAPAIAN KOKURIKULUM SESI 2024/2025 🌟

🌟Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah menyertai pelbagai pertandingan sehingga membawa pulang kejayaan yang membanggakan! Ada juga penyertaan yang belum ada rezeki kejayaan, tahniah dan syabas juga diucapkan!

🌟Tahniah dan terima kasih atas komitmen guru-guru dan staf sekolah yang menjadi tonggak utama penuh berdedikasi mencungkil dan melatih bakat murid-murid kita.

🌟Terima kasih atas sokongan padu ibu bapa terhadap semua aktiviti yang disertai. Terima kasih juga buat para penyumbang dermawan yang telah banyak membantu pihak sekolah membawa bakat anak-anak murid di sekolah ini.

Kredit video : Cikgu Zaril 👍


20/01/2025

Enjoy the holiday 🤩🎉😍
At long last, the moment every teacher at SK Kg. Bakam has been waiting for has arrived! After months of dedication, countless lessons, and endless efforts to nurture young minds, it’s finally time to take a well-earned break. The school holidays are here, offering a chance to unwind, recharge, and enjoy precious moments with loved ones. So, put away the lesson plans, set aside the grading sheets, and embrace the joy of relaxation – you’ve truly earned it

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING DIANTARA SK KG BAKAM & SMK LUAK.Semangat berpasukan, permainan penuh adrenalin! Pers...
18/01/2025

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING DIANTARA SK KG BAKAM & SMK LUAK.

Semangat berpasukan, permainan penuh adrenalin! Persahabatan tetap diutamakan, walaupun di atas gelanggang.

SIJIL APRESIASI GURU & STAF SEKOLAH SESI 2024/2025 ❤️“Dalam bingkai waktu yang penuh cabaran ini, kami sedar, tiada hadi...
17/01/2025

SIJIL APRESIASI GURU & STAF SEKOLAH SESI 2024/2025 ❤️

“Dalam bingkai waktu yang penuh cabaran ini, kami sedar, tiada hadiah yang mampu menandingi jasa dan pengorbanan kalian. Bukan emas, bukan permata, hanya segunung penghargaan dan seribu ucapan terima kasih mampu kami hulurkan. Setiap titik peluh yang tercurah, setiap senyuman yang ikhlas, dan setiap ilmu yang disemai menjadi cahaya menerangi generasi akan datang. Kalian adalah nadi yang menghidupkan sekolah ini, melakar kejayaan demi kejayaan. Semoga jasa kalian terus mekar, dihiasi keberkatan dan doa tulus dari kami semua. Terima kasih yang tiada terhingga.”

Terima kasih ❤️


JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2024/2025 🤩Tahap 1🥇2 Bestari🥈3 Cemerlang🥉3 BestariTahap 2🥇4 Cemerlang🥈4 B...
17/01/2025

JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2024/2025 🤩

Tahap 1
🥇2 Bestari
🥈3 Cemerlang
🥉3 Bestari

Tahap 2
🥇4 Cemerlang
🥈4 Bestari
🥉5 Cemerlang

Tahniah dan syabas! 🌟


MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI SESI AKADEMIK 2024/2025 🎉Selamat hari lahir anak-anak murid PPKI 🎉Semoga menjadi a...
17/01/2025

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI SESI AKADEMIK 2024/2025 🎉

Selamat hari lahir anak-anak murid PPKI 🎉
Semoga menjadi anak-anak murid yang sentiasa menjadi penyejuk mata guru-guru dan ibu bapa❤️


BUDAYA TUTUP SEKOLAH HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESI AKADEMIK 2024/2025🎯Jumaat, 17 Januari 2025 🎯Pengurusan kelas baharu...
17/01/2025

BUDAYA TUTUP SEKOLAH HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESI AKADEMIK 2024/2025🎯
Jumaat, 17 Januari 2025

🎯Pengurusan kelas baharu sesi 2025/2026
✅️Murid-murid bergotong-royong membersihkan kelas baharu mereka nanti.
🎯Perhimpunan Akhir Sesi 2024/2025
✅️Amanat Tuan Guru Besar, Cikgu Aleff
✅️Doa keselamatan sepanjang cuti sekolah oleh Ustaz Mohamad Ali.

MAJLIS APRESIASI STAF SK KG. BAKAM 2024/2025"White & Denim feat Hawaii"Pada 16 Januari 2025, Khamis bertempat di Hotel I...
17/01/2025

MAJLIS APRESIASI STAF SK KG. BAKAM 2024/2025
"White & Denim feat Hawaii"

Pada 16 Januari 2025, Khamis bertempat di Hotel Imperial Palace semua guru, staf AKP, guru KAFA, Exco PIBG, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Staf 2024/2025.

Pihak sekolah amat berterima kasih atas sumbangan daripada YB Dato Ripin bin Lamat, ADUN Lambir yang telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada sekolah bersama 5 hamper. Terima kasih juga kepada YB Datu Lukanisman bin Awang Sauni, Ahli Parlimen Sibuti yang telah menyumbangkan 10 hamper sempena majlis ini.

Majlis ini diadakan bertujuan menghargai sumbangan dan jasa bakti semua warga kerja sekolah sepanjang sesi akademik 2024/2025.


Jamuan Akhir Prasekolah Sesi Akademik 2024/2025Jamuan Akhir Prasekolah 2024/2025 menandakan penghujung perjalanan yang p...
16/01/2025

Jamuan Akhir Prasekolah Sesi Akademik 2024/2025

Jamuan Akhir Prasekolah 2024/2025 menandakan penghujung perjalanan yang penuh kenangan indah. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan sokongan padu sepanjang tahun. Kehadiran dan kerjasama anda amat kami hargai dalam memastikan kejayaan anak-anak. Semoga anak-anak ini terus berkembang dengan cemerlang dalam perjalanan seterusnya. Terima kasih atas sokongan anda yang tidak ternilai!

Address


Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30

Telephone

+6085412096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, Miri. YBA 4105 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, Miri. YBA 4105:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share