30/07/2018
✨30 SEBAB MENGAPA WAJAR PILIH KAMI ✨
BERKAITAN PAKEJ
1. Kami sediakan pelbagai pakej perkahwinan pada harga yg sangat berpatutan untuk menepati citarasa anda.
2. Kami bantu anda buat pilihan pakej dan dekorasi yang bersesuaian dengan budget dan tema anda.
3. Kami benarkan anda menukar atau menolak item yang tidak diperlukan dari pakej.
4. Penambahan makanan tidak akan dicaj harga per pax untuk keseluruhan pakej, tetapi dicaj hanya pada item yang terbabit sahaja - seperti makanan, peralatan sajian dan pelayan sahaja.
5. Kami menyediakan pelbagai cadangan menu yang lazat untuk majlis anda. Custom menu juga boleh dipertimbangkan.
6. Kami bagi extra makanan sebanyak 10% dari jumlah tempahan anda.
7. Kami menawarkan macam-macam diskaun, voucher dan komisyen kepada anda yang ingin berjimat.
* Diskaun RM100 untuk tempahan yang dibuat dalam masa 2 minggu.
* Voucher RM200 untuk tempahan kombo L & P
* Voucher RM200 untuk repeat order
* Komiysen RM150 untuk memperkenalkan kami kepada rakan taulan anda
8. Kami sering memberi free gift untuk tempahan yang confirmed.
9. Kami juga ada mengadakan cabutan2 bertuah yang boleh disertai oleh kesemua pelanggan kami.
BERKAITAN MAKAN & DAPUR KAMI
10. 100% makanan dimasak oleh pekerja Muslim.
11. 100% dijamin HALAL
12. Bahan masak dipilih dari bahan berkualiti dan berjenama sahaja - sama seperti bahan masakan di rumah.
13. Cara masakan mengekalkan cara masakan tradisional - bukan cara short cut untuk menjimatkan kos yang mana ia boleh menjejaskan rasa dan kualiti masakan.
14. Kami sentiasa menjaga kebersihan bahan masakan dan kaedah masakan.
15. Kami menggunakan kaedah penjagaan makanan yang sebaik mungkin, kerana itu kami mempunyai cold room khas untuk menjaga kualiti ayam dan daging.
16. Alhamdulillah, rekod makanan kami kekal berkualiti baik di majlis-majlis kenduri adalah pada tahap yang cukup baik. Ayam masak merah kami pernah dilaporkan tidak basi selama 2 hari tanpa dipanaskan dan kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Syukur alhamdulillah.
17. Makanan kami diakui LAZAT oleh hampir kesemua pelanggan kami.
BERKAITAN SERVIS & STAF KAMI
18. Kami menawarkan FREE FOODTESTING di tempat kami atau boleh deliver dan set appointment di tempat ANDA! Kalau anda puas hati, barulah booking…
19. Alhamdulillah, rekod lori makanan kami sampai tepat waktu di tempat majlis inshaAllah pada tahap 99%!
20. Kami menyediakan pramusaji yang terlatih, profesional dan berpengalaman untuk kelancaran majlis anda. Kebanyakannya mampu untuk serve VIP termasuk para Menteri dan Dato-dato.
21. Kami pentingkan kualiti servis di majlis anda dengan memberikan extra pelayan sajian secara percuma.
22. Kami mempunyai pusat operasi dan aset kelengkapan sendiri dari segi peralatan, transport, pelamin dan dapur untuk lebih menjamin kelancaran dan kualiti perkhidmatan yang kami berikan.
23. Kami beri extra decoration untuk menjadikan majlis kelihatan lebih cantik.
24. Kami sentiasa menerapkan sikap bertanggungjawab dan ramah mesra di kalangan staff kami. Mereka dimestikan mengambil kira apa jua permintaan yang wajar untuk menjayakan majlis pelanggan.
25. Syarikat kami sudah beroperasi dengan stabil lebih dari 6 tahun, dan mempunyai ramai repeat customer serta beberapa panel wedding planner.
BERKAITAN PRINSIP KAMI
26. Kami berpegang pada prinsip menjaga kualiti makanan dan servis dalam perniagaan, dan bukan hanya pada prinsip memaksimakan keuntungan yang diajar dalam dunia kapitalis.
27. Kami berusaha untuk berniaga agar ia menjadi ibadah, justeru itu kami berusaha sedaya upaya menerapkan amalan perniagaan yang menepati syariat, bersih dan amanah di kalangan staf kami.
28. Kami tidak menerima atau memberi rasuah untuk mendapatkan job dari mana-mana pihak walaupun selalu ditawarkan. Ini antara sebab kenapa anda patut support kami.
29. Kami berusaha sedaya upaya kami untuk memenuhi permintaan pelanggan, namun sekiranya berlaku juga kekurangan, itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan atau di luar jangkaan dan kemampuan kami.
30. Akhir sekali, kami JAMIN akan memberi refund untuk apa jua item atau servis yang terbukti tidak disediakan mengikut apa yang dijanjikan.