Rohani Event Catering

Rohani Event Catering Kami menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis perkahwinan dan keramaian. Menyediakan makanan secara makan HIDANG (Viking Table) adalah pengkhususan kami.

Once in a life time!Haa zaa min fadli Rabbi.Ya Allah,Jadikan segala amalan soleh anak -anak kami sampai terus membantu a...
26/09/2022

Once in a life time!

Haa zaa min fadli Rabbi.

Ya Allah,
Jadikan segala amalan soleh anak -anak kami sampai terus membantu arwah nenek dan atuk mereka:

Almarhum Sheikh Abdullah bin sheikh hussein

Almarhumah hjh rohani bte hj sahut

Almarhum hj alias bin aki

Almarhumah hjh maimunah binti abdullah.

Moga alam barzah tempat berehat buat mak dan abah kami dan dikecualikan siksa neraka dan terus ke jannah dengan rahmat allah.

Aamin

P/s:
Mama dedekasikan kejayaan ni buat arwah atuk yang baru pergi meninggalkan kita.
Puas menahan sebak terbayangkan abah ada bersama kami.
Rindu abah, rinduuu sgt2😭

17/01/2022

Alhamdulillah, haa zaa min fadli rabbi.

Semua dengan izin Allah jua, majlis perkahwinan anak buah kami semalam dapat berjalan dgn sempurna seperti yang dirancang.

JazakaAllah pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, moga penat lelah kalian Allah hitung sebagai ibadah dan diangkat sebagai amalan di akhirat kelak.

Terima kasih pada sahabat dunia akhirat kami keluarga Seri Senawang Canopy & Event dan keluarga Tautan Hati yang sentiasa ada bersama keluarga REC, tanpa kalian siapa la kami.

Majlis jamuan berbuka puasa pada 14&15 April 2021 di kediaman MB."INNA HAAZA,LARIZKUNA MAA LAHU MIN NAFAD"Sesungguhnya i...
17/04/2021

Majlis jamuan berbuka puasa pada 14&15 April 2021 di kediaman MB.

"INNA HAAZA,LARIZKUNA MAA LAHU MIN NAFAD"
Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.
(surah Shad ayat 54)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِAlhamdulillah ala kulli hal.Dengan izin Allah, ramadan  kali ni kam...
17/04/2021

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ

Alhamdulillah ala kulli hal.

Dengan izin Allah, ramadan kali ni kami buka slot tajaan majlis Iftar anak- anak tahfiz As-Salihin.

Tajaan majlis berbuka puasa dan moreh untuk 200 org di madrasah.

Alhamdulillah 3 malam berturut-turut kami dapat insan yang menaja program berbuka dan moreh ini.

Moga menjadi asbab kebaikan buat kalian dan keluarga. Moga Allah kurniakan rezeki yang barokah.

Tiada lebih membahagiakan dapat kongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz.

Sebak, seronok- perasaan yang sukar diungkapkan bila melihat wajah anak-anak tahfiz meraikan makanan.

Tiada yang sia-sia.

Sungguh, ia adalah kemulian bulan barakoh ramadan!

“Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.”

Rasulullah paling dermawan di Ramadhan
------------------

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَم يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ، يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَم كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ.

Dari Ibn Abbas ra, dia berkata:

Nabi saw adalah orang yang paling dermawan dalam segala kebaikan. Dan kedermawanan beliau yang paling baik adalah di bulan Ramadhan, ketika Jibril datang menemui beliau.

Dan Jibril as datang menemui beliau setiap malam di bulan Ramadhan hingga (bulan Ramadhan) selesai, Nabi saw membaca al-Quran di hadapannya.

Apabila Jibril as datang menemui beliau, maka beliau adalah orang yang paling dermawan dalam kebaikan melebihi angin yang berhembus.

(Sahih al Bukhori 1769)

02/04/2021

*Tempahan Rendang 2021*
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.

Kami dari *Rohani Event Catering* ingin membuka tempahan rendang daging utk sambutan ramadhan al kareem dan hari raya aidilfitri..
Penghantaran COD dalam seremban dan sekitar nya bermula 3 hari sebelum ramadan/raya sehingga hari mantai.
Untuk tempahan harga adalah seperti di bawah:
Rendang daging segar Rm 85/kg
Rendang daging beku Rm 65/kg

Sekira nya berminat boleh hubungi @ whatapps nombor seperti dibawah: Hjh Suhaila-
http://www.wasap.my/+60193722266/
Imran-
http://www.wasap.my/+60193252529/
Azura-
http://www.wasap.my/+60192544335/
Norhayati-
http://www.wasap.my/+60197363013/
Shima-
http://www.wasap.my/+60193340038/
Hjh Normala -
http://www.wasap.my/+60176990043/

Wasalam.
Rohani Event Catering.

Alhmdulilah hari ni kami dapat lagi berkongsi infak dan makanan bersama anak tahfiz.Terima kasih para penginfak.1. Puan ...
06/02/2021

Alhmdulilah hari ni kami dapat lagi berkongsi infak dan makanan bersama anak tahfiz.
Terima kasih para penginfak.

1. Puan Shima Khaidil sempena hari lahir beliau.

2. Puan Siti Norhayati untuk kesembuhan penyakit beliau.

3. Puan Fahimah Aziz infak dengan hajat untuk kesembuhan penyakit ayah dan adik:
Aziz bin Kamal
Muhammad fairus bin Aziz

4. Puan Hajah Normala Hasan Chin menginfak dengan hajat Allah beri kesembuhan untuk suami beliau Haji Osman bin Hashim.

“Ya Allah, Engkaulah Rabb manusia. Hilangkanlah penyakit mereka, dan sembuhkanlah mereka. Engkaulah yang maha menyembuhkan (penyakit). Tiada kesembuhan terkecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikitpun penyakit.”
Aamiin Allahumma aamiin.

Hari ni menu kami:
Nasi Putih
Masak Lemak Ayam
Sambal kentang + Ikan bilis
Sayur goreng
Buah tembikai
Dadih
Air kordial

Alhamdulillah rezeki anak- anak Madrasah As-Salihin pada hari jumaat yang mulia.Penginfak menjamu anak- anak tahfiz maka...
06/02/2021

Alhamdulillah rezeki anak- anak Madrasah As-Salihin pada hari jumaat yang mulia.

Penginfak menjamu anak- anak tahfiz makan sempena memperingati tarikh lahir almarhumah ibu mereka-Norsham binti Shahbudin. Kasih anak meraikan ibu yang telah tiada. Hanya infak pada anak madrasah sebagai ganti meraikan ingatan tersebut. Moga pahala mereka sampai pda ibu tercinta.Aamiinn.

Hari ini menu kami sediakan:
Nasi Tomato
Ayam kicap Blackpaper
Kurma Daging
Pajeri nenas
Buah pisang
Bubur gandum
Tea O pudina
Air kordial.

Alhamdulillah. Rezeki dapat dikongsi bersama. Moga Allah terima dan Allah pandang usaha dan ibadah yang kecil ini.

01/02/2021

Alhamdulillah rezeki anak2 madrasah.

Hari ni sambutan hari lahir Azlina HangTuah. Beliau infak makanan utk anak anak tahfiz salihin.

Set nasi briyani, Ayam masak Merah Dalca sayur, Air dan pencuci mulut Bamboloni.

Alhamdulillah moga Allah luaskan lagi rezeki dan rezeki kesihatan pada beliau utk tahun ni hingga ke akhir hayat.

Barokah umur bila kita mulakan dengan memberi sedekah org makanan. Sesungguhnya dengan sedekah makanan, ia akan menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil infak kita.

Kami yang tukang masak pun rasa seronok. Tambah seronak bila yang dapat makan adalah para huffaz.
Bayangkan 200 para huffaz dapat makan dan mendoakan kita. Insya Allah dalam 200 pelajar ini yang sedang menghafal al quran, salah seorang dari mereka pasti doa nya diangkat Allah.

Masya Allah tabarakallah.
Sungguh hanya org terpilih sahaja yang dapat memberi hadiah sebegini utk diri sendiri! 😭

Insya Allah moga dimasa akan datang, Allah bukakan lagi hati akan ramai lagi insan yang memberi ‘hadiah’ hari lahir untuk diri sendiri seperti ini.

Alhamdulillah untuk bulan Feb ini sahaja sudah ada 4 orang yang Allah ‘pilih untuk infak makanan pada madrasah sempena hari lahir mereka. Allahu! Haa zaa min fadli Rabbi!

Berminat? Boleh hubungi kami di 0193252529- Chef bob
Insya Allah, kami akan menguruskan ‘hadiah’ infak hari lahir anda di Madrasah Tahfiz As-Salihin

29/12/2020
Majlis pernikahan di Taman Sri Pulai seremban.Majlis nikah mengikut SOP. Hanya 30 org jemputan dan makan secara hidang d...
12/12/2020

Majlis pernikahan di Taman Sri Pulai seremban.

Majlis nikah mengikut SOP. Hanya 30 org jemputan dan makan secara hidang dome.

Tuan rumah juga memberi makanan secara packing kepada jiran-jiran dan rakan-rakan.

12/12/2020

Alhamdulillah hari ini 12.12.2020 Allah izinkan kami menguruskan majlis di 2 tempat.
Majlis nikah di Taman Sri Pulai Seremban
Dan majlis perkahwinan di Dewan Perdana Tampin.

#

Alhamdulillah. Hampir 3 minggu kami bercuti.  #Alhamdulillah rezeki masa, Allah bagi rehat dapat tingkatkan ibadah dan k...
30/11/2020

Alhamdulillah. Hampir 3 minggu kami bercuti. #

Alhamdulillah rezeki masa, Allah bagi rehat dapat tingkatkan ibadah dan kesihatan.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Setelah cukup istirehat, Allah rezekikan selama 5 hari tender untuk Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah tahun kedua bagi Rohani Event dapat tender ini. Ini adalah persidangan yang-3 dan terakhir utk tahun 2020.

Hari ni hari ke2 menyediakan makanan minum pagi, makan tengahari dan minum petang utk Dewan Undangan Negeri sempena perbentangan belanjawan negeri 2021.

Alhamdulillah rezeki dari Allah jua.

#
zaa min fadli rabbi #

18/10/2020

TB.
Majlis semalam di kediaman Dato Rais.
Tetamu VVIP Dato Undang Luak Johol dan Rembau juga Tuanku Muna( adik Tuanku Azizah) serta suami.

17/10/2020

Alhamdulillah.
Rezeki hari ni 17.10.2020.
Perkahwinan anak Dato Haji Mohamad Rais di Rembau.

Haa zaa min fadli rabbi.

14/10/2020

Majlis perkahwinan pada 11.10.2020.
Alhamdulillah.

Haa zaa min fadli rabbi

3 majlis dan 3 menu yang berbeza. Jom cuci mata!Haa zaa min fadli rabbi!
11/10/2020

3 majlis dan 3 menu yang berbeza. Jom cuci mata!

Haa zaa min fadli rabbi!

Address

Taman Rasah Jaya
Seremban
70300

Telephone

+60193252529

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rohani Event Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rohani Event Catering:

Videos

Share