16/06/2022
Trip To Lost World Of Tambun May 2022
Ok, Perkongsian kali ni untuk sesiapa yg nak bercuti di LOWT. Jadi saya kongsikan buat pengetahuan anda semua supaya mudah untuk dibuatkan rujukan pada masa akan datang.
- Dari KL terus ke Exit Ipoh
- Masa tu kami bertolak pagi selepas breakfast di Subang Bestari.
- Singgah sekej*p di R&R Tapah - kat sini sesuai untuk anda breakfast atau berehat sekej*p.
- Then, masa awal lagi, so singgah Bandar Ipoh dulu.
- 1st kami singgah di Hutan Rekreasi Gunung Lang, just singgah utk bergambar di sekitar nya. Kat sini ada juga aktiviti seperti naik boat, bagi makanan kat binatang dan lain2.
- Seterusnya, masuk ke Bandar Ipoh untuk lunch di salah satu kedai makan di tgh bandar iaitu Restoran Haji Yahya (Jalan Dato Onn Jaafar). Banyak lauk pauk kat situ dan sedap. Harga pun berpatutan. Recommended.
- Then, singgah solat Jumaat di masjid berhampiran kedai tersebut.
- Lepas Solat, teruskan perjalanan kami ke LOWT ni. Perjalanan dari Bandar Ipoh lebih kurang 20 Minit. Boleh Waze LOWT.
- Sampai sana kami terus berposing depan pintu masuk LOWT dulu sebelum check in di hotel berhadapan LOWT ni.
- Then, kami check in jam 3.30, parking pun selesa dan mudah.
- Urusan check in pun cepat, deposit RM 100 diperlukan, dan akan dipulangkan selepas check out jika semuanya ok.
- Dah dapat bilik, apa lagi kami pun review dulu dan terus berehat.
- So, kami ambil pakej sebelah malam utk masuk ke theme park nya. Tepat Jam 6 kami pun memasuki kawasan theme park.
Aktiviti malam di sana ;
- Theme park air panas dan sejuk, siap boleh main pasir dan mandi manda.
- Safari Park - tengok haiwan2, Petting zoo dan sebagainya. so, yang ni seeloknya pergi dulu sebab bila dah malam agak gelap. dan x nampak haiwan nya.
- Kemudian baru kami ke berjalan lagi ke night jungle, di mana akan lihat keindahan malam dan pokok2 nya berlambu dan bercahaya.
-Seterusnya barulah kami mula mandi manda di hot spring dan area main pool nya.
-Tepat Jam 9 malam, ada fire show dari team yg superB. persembahan yang bertenaga dan menakjubkan. Better book tempat awal2 untuk dapat tempat duduk belah hadapan. Confirm puas hati. Diakhir persembahan, anda boleh berfoto dengan mereka.
- Kat dalam ni jangan risau pelbagai fasiliti disediakan, ada surau, toilet, tempat makan dan sebagainya. Harga makanannya agak berbeza berbanding luar. So far, tips sebelum masuk, makan kenyang2 dulu, sebab lepas mandi manda tu semua, anak2 akan start lapar.
- Hampir Jam 11 kami pun bergambar, dan keluar dari LOWT tu. Terus keluar mencari makanan di area berhampiran. Terdapat pelbagai kedai makanan di sekitar kawasan ini. Tapi, perlulah menaiki kereta.
Sekian Coretan Kami utk trip ke Tambun ini.
Info Lanjut Mengenai Pakej Tambun, Klik di sini :
www.wasap.my/601111417701/PakejLOWT
Norazman Maarof