emceehanif

emceehanif Menyediakan Perkhidmatan Sewaan PA Sistem,Emcee/DJ

Bukan mudah nak mencari masa.Namun,tidak mustahil.Jika hari persekolahan ,pasti tugasan sebagai guru memenuhi masa.Jika ...
28/12/2022

Bukan mudah nak mencari masa.Namun,tidak mustahil.
Jika hari persekolahan ,pasti tugasan sebagai guru memenuhi masa.
Jika hujung minggu ,tugasan di majlis2 perkahwinan atau event korporat memenuhi masa.
Cuti sekolah p**a, jadual team Sahabat_MC pon berlapis2..alhamdulillah rezeki bersama team.
28 - 30 Disember ,tarikh yg dipilih di tahun 2022 ini utk family.Nasib baik, tugasan di D'Enai hall 28&29/12 hari ini dibantu oleh sahabat DJ Sayfull Nizam .Tq bro
Percutian kali ini banyak mengimbau kenangan lama sewaktu menjadi penuntut di Maktab Perguruan Perlis 2003/2005
Tq mylovelywife Nurul Amalina Binti Noor & ibu mertua Nor Asiah Omar aturkan percutian ini di Perlis.

30 Julai 2022 / D'Enai Hall Seri MANJUNG SITIAWAN
31/07/2022

30 Julai 2022 / D'Enai Hall Seri MANJUNG SITIAWAN

Comel x maskot MC Hanif ni.Selesai Sukan SK Kayan pagi hingga tengahari tadi.Semua guru serta wakil ibu bapa bertungkus ...
07/07/2022

Comel x maskot MC Hanif ni.Selesai Sukan SK Kayan pagi hingga tengahari tadi.Semua guru serta wakil ibu bapa bertungkus lumus menjayakan acara s**an hari ini
Maskot ni diberi nama SalmiBear.Sebab cikgu yg bear ni paling s**a Cikgu Salmi hahaha....

Alhamdulillah ,3 tugasan yg diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.1. D'Hotel Seri Iskandar (MC Hanif)2. The Perak ...
02/07/2022

Alhamdulillah ,3 tugasan yg diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
1. D'Hotel Seri Iskandar (MC Hanif)
2. The Perak House W&E ( cover by MC Aqil )
3. Homestay Norlis ( Cover By DJ A.P & DJ Nan)

Terima kasih kepada pihak pengurusan Butik Norlis & The Perak House W&E.
Pastinya kepada MC Aqil & DJ A.P

Kepada anda yg memerlukan khidmat DJ/MC/PA Sistem. Boleh direct hubungi mereka:

MC Aqil: wasap.my/+601132036245/MC_Aqil

DJ A.P :wasap.my/+601129937536/DJ_A.P

Atau

wasap.my/+60149466607/MC_Hanif

Hari demi hari....Menanti penuh harapan....Impian membina mahligai kasih ..Kini....Tertunai sudah segala harapan dan imp...
02/07/2022

Hari demi hari....
Menanti penuh harapan....
Impian membina mahligai kasih ..
Kini....
Tertunai sudah segala harapan dan impian.

S.O.L.E.M.N.I.Z.A.T.I.O.N.
&
R.E.S.E.P.S.I
KHAIRUL ๐Ÿ’– MARYAM
2 JULAI 2022

DENGAN HANYA SATU LAFAZ AGUNG, KHAIRUL & MARYAM KINI 'HALAL' MELAYARI BAHTERA CINTA.

MC/DJ/PA sistem: MC HANIF
LOKASI: D'HOTEL SERI ISKANDAR

Tahniah & Layarilah Bahtera Dengan Sifat Kasih dan Sayang.

Aamiin๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

wasap.my/+60149466607/MC_Hanif

Tugasan bersama DJ A.P. Lokasi :Astana BetaCatering : Mak Tam's Cateringhttps://youtu.be/wfGa9W0I2Ek
28/06/2022

Tugasan bersama DJ A.P.
Lokasi :Astana Beta
Catering : Mak Tam's Catering

https://youtu.be/wfGa9W0I2Ek

Astana Beta merupakan Wedding Place yang sering kali menjadi pilihan warga manjung.MC Hanif & DJ A P : 0149466607

Video tugasan hari ini.Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar dan meriah dengan izin Yang Maha Esa.Terima kasih tuan m...
18/06/2022

Video tugasan hari ini.Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar dan meriah dengan izin Yang Maha Esa.Terima kasih tuan majlis En Isa dan Isteri.feel free to like & subscribe ye....tqโ˜บ๏ธ

https://youtu.be/RKPw5y_qglU

MC Hanif: 0149466607

Perlukan khidmat MC Hanif untuk majlis anda.Klik je link di bawah.InshaAllah ,saya akan reply secepat mungkin.Teruma kas...
18/06/2022

Perlukan khidmat MC Hanif untuk majlis anda.Klik je link di bawah.InshaAllah ,saya akan reply secepat mungkin.Teruma kasih....

ADAB MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINANTerdapat adab-adab menghadiri jemputan masjlis atau kenduri perkahwinan yang sepatutny...
17/06/2022

ADAB MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

Terdapat adab-adab menghadiri jemputan masjlis atau kenduri perkahwinan yang sepatutnya kita patuhi.

1.) Memenuhi undangan.
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan memenuhi jemputan tersebut. Sekiranya seseorang itu menjemput kita ke majlis yang penting dalam hidup mereka itu, semestinya anda merupakan individu yang penting atau diingini untuk hadir ke majlis tersebut.

Sekiranya tiada aral melintang, perlulah kita untuk menghadiri jemputan kahwin bagi meraikan detik kebahagiaan shabat atau saudara kita itu.

2.) Mendoakan pengantin
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk mendoakan kebahagian pasangan yang diijabkabulkan tersebut. Walaupun pasangan tersebut bukan yang beragama Islam, mendoakan kebahagiaan kepada kehidupan orang lain adalah sesuatu yang murni dan amat disanjungi.

3.) Menjaga percakapan
Kita perlulah menjaga percakapan ketika menghadiri sesebuah majlis. Simpankan perkara buruk dan utarakan kata-kata yang manis dan memuji. Janganlah kita menjadi makci bawang yang tidak tahu untuk senyap!

4.) Menjaga pakaian
Sesebuah majlis perkahwinan adalah suatu keraian dan sebuah acara keramaian yang penting bagi pasangan mempelai tersebut. Kita haruslah menghormati majlis tersebut dengan memakai pakaian yang sesuai dan setaraf dengan majlis tersebut.

Antara pakaian yang amat tidak sesuai termasuk selipar, baju kemeja-T dan pakaian yang terlalu mencolok mata.

5.) Berjumpa dengan tuan rumah
Seelok-eloknya, setibanya di rumah atau tempat majlis tersebut, eloklah kita berjumpa dengan tuan rumah atau ibu dan ayah pengantin dahulu. Ini selari dengan adab kita apabila sampai atau berkunjung ke rumah orang.

6.) Jaga tempoh kita makan
Ingatlah bahawa bukan kita sahaja jemputan pada hari tersebut. Terutama pada waktu kemuncak majlis, akan terdapat ramai tetamu pada majlis tersebut. Janganlah kita duduk dengan begitu lama dan berilah peluang kepada tetamu lain untuk menikmati juadah yang dihidangkan.

-MC HANIF
http://wasap.my/+60149466607/MC_Hanif

17 Jun 2022Tugasan MC Hanif Pagi Ini di Dewan Pusat Pertanian Lekir bersama DJ YB.
17/06/2022

17 Jun 2022
Tugasan MC Hanif Pagi Ini di Dewan Pusat Pertanian Lekir bersama DJ YB.

TIPS MEMILIH BUSANA PENGANTIN( WARNA, JENIS dan SEBAGAINYA)Saya bukanlah pakar dalam bidang ini,namun hasil berkongsi pe...
14/06/2022

TIPS MEMILIH BUSANA PENGANTIN( WARNA, JENIS dan SEBAGAINYA)

Saya bukanlah pakar dalam bidang ini,namun hasil berkongsi pendapat, pengalaman, dan pemerhatian di setiap kali mengacarakan majlis-majlis perkahwinan.Ini Tipsnya:

1.Tempah/beli/sewa:
Untuk mendapatkan baju pengantin, tiga cara utama yang boleh dilakukan; tempah, beli ataupun sewa. Cara terbaik adalah dengan menempah, kerana anda boleh berbincang dengan tukang jahit berkenaan rekabentuk yang diingini berdasarkan citarasa anda. Tambahan lagi, ukuran dan saiz boleh disesuaikan dengan badan korang. Kalau korang nak beli yang dah siap, sesuai kalau korang yang ade bentuk dan saiz badan yang normal kerana kebanyakan baju direka berdasarkan saiz normal kebanyakan orang. Ataupun, kalau korang takde bajet yang tinggi untuk menempah sendiri atau membeli yang dah siap, korang boleh menyewa set pakaian pengantin daripada butik-butik pengantin. Namun, harus diingat, perlu menyewa dengan lebih awal, takut takde saiz dan baju yang sesuai kalau lambat.

2. JENIS TUBUH BADAN DAN KESESUAIAN:

A) Badan Gempal Dan Tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan busana berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.

B) Badan Kurus Dan Rendah
Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan dengan menggayakan warna busana yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi seperti wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.

C) Badan Kurus Dan Tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

D) Bentuk Badan Buah Pear
Busana yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

E) Bentuk Tubuh Epal
Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

F) Bentuk Tubuh 4 Segi Atau Brick/Rectangle
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.

G) Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping.

YANG PALING PENTING ,BERBINCANGLAH DENGAN DESIGNER/BUTIK.

Cadangan saya terus berbincang dengan pereka busana seperti Saiful Zali Designer

Jom kita tengok sebahagian design busana anggun yang disediakan oleh Butik Saiful Zali.
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

14/06/2022

MEMILIH PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DARI WEDDING PLANNER.BAGAIMANA???

Tips Penting Memilih Pakej Perkahwinan.

Tempahan Pakej Perkahwinan dan sebagainya atau seringkali disebut juga sebagai โ€œweddingplannerโ€ kini menjadi pilihan amat pop**ar di mana sahaja di setiap upacara perkahwinan yang bakal berlangsung. Ia bertujuan membantu setiap bakal pengantin dalam merancang dan menyediakan kelengkapan-kelengkapan dan keperluan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej perkahwinan. Jenis pakej adalah bergantung kepada syarikat.

1. Harga tetap atau boleh dirunding?

Kebanyakkan penyedia pakej perkahwinan menawarkan harga yang boleh dirunding. Namin ada sesetengah tempat itu menawarkan harga yang tetap. Hal ini kerana mungkin harga yang ditawarkan sudah cukup murah. Faktor harga dalam memilih pakej perkahwinan ini amat penting kerana ianya dapat menjimatkan kos perkahwinan anda.

2. Memilih pakej yang lengkap

Kebiasaannya kebanyakan syarikat menyediakan pakej yang lengkap dan justeru sekiranya anda tidak mempunyai masalah berkenaan bajet, anda adalah disyorkan untuk memilih pakej perkahwinan yang lebih lengkap, ia lebih mudah, menjimatkan masa malah sebenarnya ia lebih menjimatkan wang.

3. Memilih pakej dengan betul dan berhati-hati.

Ini SANGAT PENTING!!! Pilihlah yang trusted.Wedding Planner yg berpengalaman, sering melihat hasil kerja mereka di update selalu, dan telah terbukti berjaya melaksanakan majlis dengan baik. Contohnya seperti Saiful Zali Designer / Butik Saiful Zali Wedding planner.

4. Ingat bajet anda

Namun, sekiranya anda kekurangan bajet dan cuba berjimat dengan memilih kombinasi syarikat yang menawarkan perkhidmatan termurah, ataupun anda sudah mempunyai perkhidmatan pilihan anda sendiri (contohnya anda ingin menggunakan mak andam pilihan anda) cuba berbincang dengan syarikat terbabit agar dapat mengecilkan saiz pakej mengikut pilihan anda untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Akhir sekali, pastikan anda tahu majlis impian anda dan dapatkan nasihat dari wedding planner yang berpengalaman.

Video di bawah adalah bukti pakej saiful zali:

Sebarang pertanyaan: 0124379340

TIPS PELAMIN YANG AWESOME UNTUK PENGANTIN.Selalunya pihak butik akan advise pengantin, tapi pengantin nak ubah sebab KEL...
13/06/2022

TIPS PELAMIN YANG AWESOME UNTUK PENGANTIN.

Selalunya pihak butik akan advise pengantin, tapi pengantin nak ubah sebab KELAINAN kononnya๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.

Ini adalah pandangan saya dari kaca mata sebagai Juru Acara Majlis:

1. PELAMIN DI DALAM ATAU DI LUAR RUMAH ??
Bagi rumah yang kecil, anda digalakkan untuk memasang pelamin di luar rumah. Sekiranya anda memasang pelamin di dalam rumah, ia akan membataskan grouping shot keluarga anda. Bagi keluarga yang ramai, pelamin akan terlindung ketika mengambil "grouping shoot" nanti.

2.SEANDAINYA PELAMIN DI DALAM RUMAH:
Untuk mereka yang membuat pelamin di dalam rumah, silalah pastikan ruang dalam rumah anda dikosongkan terlebih dahulu. Kalau boleh, perabot-perabot di dalam rumah, disimpan dahulu di dalam bilik, ataupun diletakkan diluar rumah. Ini kerana, perabot-perabot ini akan membataskan fotografer untuk mengambil gambar pengantin. Kalau perabot-perabot rumah masuk dalam gambar kan tidak lawa.

3.BANTU JURUFOTO DENGAN MENYEDIAKAN PELAMIN YANG SESUAI:
Pastikan bumbung/ siling di kawasan pelamin adalah putih!!. Pelamin di bawah canopy warna selain putih adalah sangat di larang!!!.
Kalau merah jadi muka merah. Kalau pink jadi muka pink. Boleh edit. Tapi nanti warna baju p**ak lari.

dan banyak lagi...
Namun,apa jua pandangan saya paling penting adalah ikutlah nasihat dan cadangan pihak butik & jurufoto.Ini kerana merekalah yang akan memastikan pengantin selesa dan mendapat kepuasan di hari BAHAGIA anda.

- Emcee Mohd Hanif

Saya akan kongsikan beberapa gambar pelamin yang sesuai dan betul ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Pic kredit to Butik Saiful Zali Designer

13/06/2022

TIPS PELAMIN YANG AWESOME UNTUK PENGANTIN.

Selalunya pihak butik akan advise pengantin, tapi pengantin nak ubah sebab KELAINAN kononnya๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.

Ini adalah pandangan saya dari kaca mata sebagai Juru Acara Majlis:

1. PELAMIN DI DALAM ATAU DI LUAR RUMAH ??
Bagi rumah yang kecil, anda digalakkan untuk memasang pelamin di luar rumah. Sekiranya anda memasang pelamin di dalam rumah, ia akan membataskan grouping shot keluarga anda. Bagi keluarga yang ramai, pelamin akan terlindung ketika mengambil "grouping shoot" nanti.

2.SEANDAINYA PELAMIN DI DALAM RUMAH:
Untuk mereka yang membuat pelamin di dalam rumah, silalah pastikan ruang dalam rumah anda dikosongkan terlebih dahulu. Kalau boleh, perabot-perabot di dalam rumah, disimpan dahulu di dalam bilik, ataupun diletakkan diluar rumah. Ini kerana, perabot-perabot ini akan membataskan fotografer untuk mengambil gambar pengantin. Kalau perabot-perabot rumah masuk dalam gambar kan tidak lawa.

3.BANTU JURUFOTO DENGAN MENYEDIAKAN PELAMIN YANG SESUAI:
Pastikan bumbung/ siling di kawasan pelamin adalah putih!!. Pelamin di bawah canopy warna selain putih adalah sangat di larang!!!.
Kalau merah jadi muka merah. Kalau pink jadi muka pink. Boleh edit. Tapi nanti warna baju p**ak lari.

dan banyak lagi...
Namun,apa jua pandangan saya paling penting adalah ikutlah nasihat dan cadangan pihak butik & jurufoto.Ini kerana merekalah yang akan memastikan pengantin selesa dan mendapat kepuasan di hari BAHAGIA anda.

- Emcee Mohd Hanif

Saya akan kongsikan beberapa gambar pelamin yang sesuai dan betul ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Cara menyambut ketibaan pengantin pasti berbeza berdasarkan tempat.Lokasi di dewan pastinya menjadikan juruacara lebih l...
13/06/2022

Cara menyambut ketibaan pengantin pasti berbeza berdasarkan tempat.Lokasi di dewan pastinya menjadikan juruacara lebih lembut dalam lontaran bicara.Ini kerana audien kurang terganggu dengan persekitaran luar.

https://youtu.be/667ElQpwGs8

Emcee Hanif berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikan Majlis Rasmi Persandingan PengantinEmcee Hanif - 0149466607http://www.wasap.my/+60149466607/Emce...

11 Jun 2022Sesi 2 (malam)8 malam - 12 malamProgram: Che Ramlee Generation Family DayLokasi: Rania Beach Resort,Teluk Sen...
11/06/2022

11 Jun 2022
Sesi 2 (malam)8 malam - 12 malam
Program: Che Ramlee Generation Family Day
Lokasi: Rania Beach Resort,Teluk Senangin ,Perak.

MC bertugas : MC Hanif
DJ bertugas: DJ A.P Shuhadah Eyda
PA Sistem: Mohd Hanif

wasap.my/+60149466607/MC_Hanif

Terima kasih pihak pengurusan Rania Beach Resort sudi menggunakan khidmat MC Hanif.
Lokasi yang selesa, lengkap dan bersih menjadi pilihan 25 keluarga Che Ramlee Generation tahun ini dalam program family day yang berlangsung dari 10 - 12 Jun 2022.

Address

Lorong Cempaka 2
Sitiawan
32020

Telephone

+60149466607

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when emceehanif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category