25/12/2024
*DHAB*
*KHASIAT, FAKTA DAN HUKUM.*
"DOBBUN" sebutan dalam bahasa Arab. Lebih kita kenali sebagai biawak dhab dari Mekah.
*🔴APAKAH ITU DHAB.?*
DHAB (Uromastyx aegyptia) adalah sejenis haiwan menyerupai biawak yang terdapat di padang pasir negara Arab.
*🔴DIMANAKAH DHAB DAPAT DI TEMUI.?*
Dhab hidup di padang pasir Mesir, Libya dan seluruh Timur Tengah tetapi sangat sukar ditemui kini kerana aktiviti pemburuan dan penurunan habitatnya akibat pembangunan.
Kulitnya yang sangat keras dan liat sering digunakan Arab Badwi sebagai pakaian sementara dagingnya dimakan sebagai alternatif sumber protein dan juga perubatan tradisi badwi.
*🔴ADAKAH DHAB HALAL DIMAKAN.?*
"Dhab halal dimakan.
Cuma Rasullulah tak makan, tetapi baginda membenarkan para sahabat makan dhab"
*🔴KENAPA DHAB HALAL TETAPI BIAWAK MALAYSIA HARAM DIMAKAN.?*
Walaupun hampir serupa, tapi tak sama..
"Dhab tak makan bangkai, hanya makan tumbuhan kaktus..rumput2 kering padang pasir.
Tak pernah meminum air...habitatnya bersih dan kering tandus.
Dhab makan tak menggunakan taring atau kuku..
Tidak berbisa dan tidak hidup 2 alam..
Sebab tu halal.."
*🔴DALIL DHAB HALAL DIMAKAN.?*
Dhab HALAL dimakan mengikut jumhur ulamak dan hukumnya HARUS berdasarkan TAKRIR Nabi Muhammad s.a.w.
*🔴6 SEBAB DHAB HALAL DIMAKAN*
1. Dhab memakan tumbuhan sedangkan biawak memakan bangkai
2. Dhab tidak hidup 2 alam sedangkan biawak boleh hidup LAMA di air dan LAMA di darat.
3. Dhab makan tidak menggunakan taring sedangkan biawak menggunakan taring untuk mengoyak bangkai.
4. Dhab makan tidak menggunakan kuku sedangkan biawak memerlukan kuku untuk menyambar, mencengkam dan mengoyak mangsa.
5. Dhab tidak berbisa sedangkan biawak menyerang dan berbisa.
6. Dhab tinggal di kawasan yg kering dan bersih sedangkan biawak tinggal di kawasan kotor dan jijik.
*🔴PERBEZAAN FIZIKAL DAN FAKTA MENARIK TENTANG DHAB*
●Dhab mempunyai ekor berduri keliling.
●Dhab mempunyai 5 jari.
●Lidah dhab tidak bercabang.
●Kepala dhab pendek menyerupai penyu.
●Kulit dhab tidak berminyak atau berlendir.
●Dhab tidak bertaring sedangkan biawak mempunyai taring.
●Dhab mempunyai deria pendengaran tajam atau insang seperti ikan.
●Kuku dhab tidak mencengkam seperti kuku biawak.
●Dhab tidak boleh kena air dan air boleh melemahkannya.
●Dhab pantas dalam masa yg sama mengangkat ekornya tidak terkena tanah ketika berlari.
●Dhab tahan tidak makan selama berbulan bulan.
●Dhab tidak pernah minum air.
●Dhab selepas disembelih memerlukan 1 - 2 hari untuk mati.
●Dhab mampu hidup 150 hingga 700 tahun lamanya.
●Dhab hanya memakan tumbuhan yang lembab seperti rumput yang hidup di padang pasir.
●Dhab sangat laju berlari atas pasir.
●Dhab bertukar jantina setiap 6 bulan, ada pendapat mengatakan ia hemipen*s mempunyai 2 jantina.
●Dhab boleh hidup tanpa air, haiwan suci ini tidak memakan bangkai, benda kotor atau daging busuk seperti makanan biawak .
●Dhab hidup bersama binatang berbisa seperti kala jengking dipadang pasir.
●Warna kulit bertukar kuning mengikut tahap kepanasan.
●Bukan haiwan 2 alam, menjadi lemah apabila terkena air atau cuaca sejuk.
●Kekuatan dhab boleh diperhatikan melalui daya tahannya disembelih 2 hari/ lebih barulah ia mati.
*🔴PERBEZAAN PALING JELAS*
Dhab haiwan jinak (tidak buas) memakan makanan yang bersih dan tidak menjijikan (rumput padang pasir) sedangkan biawak haiwan buas dan pemangsa serta memakan bangkai.
Daging biawak hukumnya haram dimakan, sedangkan daging Dhab sendiri dihalalkan oleh Nabi saw, sebagaimana dalam hadis Khalid bin Walid ra:
Dari Abdullah bin Abbas, ia berkata, “Saya dan Khalid bin Walid bersama-sama dengan Rasulullah SAW datang ke rumah Maimunah, lalu ia hidangkan kepada kami daging dhab yang telah dibakar, Rasulullah SAW lalu menghulurkan tangannya untuk mengambil daging tersebut, tiba-tiba sebagian dari wanita yang berada di rumah Maimunah berkata, “Beritahukanlah dulu kepada Rasulullah SAW hidangan yang akan beliau makan”. Karena itu Rasulullah SAW lalu menarik tangannya. Lantas saya bertanya, “Apakah daging tersebut haram wahai Rasulullah?”.
Beliau menjawab, “Tidak, tetapi karena ia tidak ada di negeri kaumku, maka saya merasa jijik untuk memakannya”. Khalid berkata, “Lalu saya ambil daging tersebut dan saya makan, sedangkan Rasulullah SAW melihat”. [HR. Muslim juz 3, hal. 1543]
●Sebenarnya kalau kita membuka kamus, kita akan dapati bahawa biawak dalam bahasa Arab disebut waralun (الوَرَلُ), bukan dhob (الضَّبّ)/ haiwan mirip biawak.
●Para ulama mutaqaddimin pun telah mengharamkan biawak, para ulama mutaakhirin dari kalangan Syafi’iyah dan Hanabilah telah menegaskan tentang kejelasan haramnya biawak.
●Sementara hukum bagi Dhab p**a HALAL dimakan mengikut Jumhur ulama dan berdasarkan HUKUM TAKRIR nabi Muhammad s.a.w dalam hadis baginda.....
*🔴ADAKAH DHAB DISEMBELIH..?*
Ya, dhab wajib disembelih sebelum di makan atau digunakan tujuan perubatan.
KEJIJIKAN SESUATU MAKANAN ITU TIDAKLAH BOLEH DIJADIKAN DALIL HARAMNYA IA. BERSANDARLAH KITA PADA HUKUM......
*🔴DHABSINAI ENTERPRISE*
Dhabsinai adalah satu satunya syarikat Malaysia berpengkalan di Kaherah Mesir milik bumiputera yang mengusahakan pelbagai jenis produk kesihatan berasaskan haiwan dhab diimpot terus dari daerah Sinai Mesir dan Mekah Arab Saudi.
Ketika musim panas dhab diburu dan dikumpulkan sebelum disembelih dan dikeringkan secukupnya kemudian dieksport ke Malaysia untuk proses pembuatan produk atas jenama DHABSINAI.
*🔴DHABSINAI FARM*
Ladang ternak milik Dhabsinai Enterprise bertempat di Kg Pak Dollah Kamunting Taiping Perak. Ladang seluas 1 hektar menempatkan lebih 200 ekor dhab untuk tujuan penternakan dan pemuliharaan spesis. Ladang beroperasi setiap hari. Lawatan dan kajian intelektual dialu alukan.
DHABSINAI FARM
Pusat Penternakan/Pemuliharaan Dhab Spesis Haiwan Padang Pasir Makkah dan Perusahaan Pati Minyak Dhab.
Lot 5556 Jalan Ladang 2
Kg Pak Dollah (Belakang Latex) Kawasan Perindustrian Kamunting 34600 Kamunting
Taiping Perak