Kursus Kahwin Sinar Sentul

  • Home
  • Kursus Kahwin Sinar Sentul

Kursus Kahwin Sinar Sentul Kursus Kahwin Sentul - mudah, duduk & dengar sahaja, tidak lama, sijil TAK EXPIRED - TIADA UJIAN. Call @ Whatsapp 019-330 0961

Isteri yang menakutkan...Masa bercinta, dia tak tunjuk angin dia...masa bercinta, dia tak tunjuk kuat suara dia...masa b...
24/06/2024

Isteri yang menakutkan...

Masa bercinta, dia tak tunjuk angin dia...masa bercinta, dia tak tunjuk kuat suara dia...masa bercinta, dia tak tunjuk betapa seramnya dia...

Bila dah kawin, bila dia senyap tu, kompom kau buat salah...bila dia moody tu, kompom ada yg tak kena...

Kau balik keje, kau dah dengar suara riuh rendah dalam rumah...akan ada bunyi jeritan, akan nampak anak-anak bertempiaran...masa tu, kau baca al-fatihah ke tak sebelum masuk rumah, takkan mengubah apa-apa...

Kau langkah, kau bagi ja salam, kau dah kena 1-0...
"Wassalam, haa, kul berapa baru nak balik..."

Kau balik awal, normal time beb, tapi dia tengah tak ok, maka auto jadi salah...

Menakutkan? Tak cukup lagi tu...

Kau tanya apa dia masak utk malam tu, dia suruh tengok sendiri bawah tudung ada apa sambil berkata,

"Tu ja yg ada, makan ja lah...jangan banyak songeh..."

Soalan kau salah? Tak salah...kau banyak songeh? Tak banyak...dia tengah tak ok, maka auto jadi salah...

Hari dia tak ok, kau layan aja lah...sorry kan aja apapun... jangan pikir kau ada buat salah apa, just paksa diri utk cakap sorry, minta maaf kalau ada salah silap hari tu...

Bila isteri tgh moody, tgh tak ok, kau anggap hari tu adalah hari raya...kau minta maaf saja dari pagi sampailah malam...

Itulah rusuk kau yg menakutkan dan dalam masa yg sama, menakjubkan...

Kerana dia lah, hidup kau jadi mudah...kerana dia lah, rezeki kau jadi murah... kerana dia lah, selesai urusan rumah...

Semoga isteri yang menakutkan ini masuk syurga yg dikehendakinya...Kekanda redha dimarahi walaupun tak buat salah asalkan adinda terus disisi...😬

Kredit: Firdaus Shakirin

Daftar kursus kahwin di www.kursuskahwinmanjalara.com

Alhamdulilah, selesai kursus pada minggu lepas (04 & 05.05.2024)Kepada bakal-bakal pengantin yang belum ada sijil boleh ...
06/05/2024

Alhamdulilah, selesai kursus pada minggu lepas (04 & 05.05.2024)

Kepada bakal-bakal pengantin yang belum ada sijil boleh daftar di www.kursuskahwin.net atau 013 4133343

Jom daftar sekarang !

Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.13 Tahun yang lepas kami sekeluarga diuji dengan uj...
05/05/2024

Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.

13 Tahun yang lepas kami sekeluarga diuji dengan ujian kewangan yang luar biasa. Kereta ditarik, rumah sewa tak mampu bayar dan tak ada pekerjaan tetap.

Salah saya sebab saya berhenti kerja nak berniaga. Bila berniaga tak jadi waktu itu, anak dan isterilah jadi mangsa.

Sampai satu tahap, saya terpaksa lepaskan isteri untuk p**ang ke kampung bersama ibu dan bapa beliau si Sarawak buat sementara waktu. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak ke-2.

Di kampung tak ada kenderaan selain bas. Air p**a waktu itu bergantung sepenuhnya kepada air sungai belakang rumah.

Puan isteri dengan perut besarnya terpaksa turun ke sungai melalui tangga yang tinggi dan licin untuk menguruskan kehidupan harian.

Nak dijadikan cerita, puan isteri minta duit belanja makan untuk beliau dan anak. Saya waktu itu cuma ada RM80 sahaja di dalam akaun.

Saya hantarkan kepada beliau RM60 dan bakinya saya gunakan untuk makan saya di semenanjung.

Isteri saya call dan sangat gembira sebab ada RM60 untuk belanja, beliau minta izin naik bas ke bandar untuk beli lauk. Dengar gembira betul kerana sudah hampir 6 hari putus bekalan lauk di rumah.

Selepas p**ang, beliau hubungi saya semula dan ceritakan kepada saya pengalaman beliau di pasar.

Beliau cerita beliau beli sedikit itu dan sedikit ini jadi RM60 itu habis. Saya waktu itu curiga kerana barang yang dibeli sangat sedikit, kenapa RM60 habis.

Bila saya tanya beliau, barulah beliau cerita beliau beli ayamas drummet yang sepeket hampir RM20.

Terus saya marah beliau kerana saya rasa membazir. RM20 boleh beli 2 ekor ayam dan boleh dimakan lebih 1 minggu berbanding drummet itu. Beliau minta maaf. Beliau kata beliau teringin sangat nak makan.

Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku.

Beliau mula menangis dan minta maaf banyak kali. Saya masih juga marah. Marah kerana saya sudah tidak ada duit lagi mahu beri kepada beliau. Marah sebab waktu itu saya suami yang tidak berguna.

Saya letak talifon dalam keadaan marah dan beliau sedang menangis.

Malam itu saya tidak boleh tidor. Rasa betul-betul berdosa. Saya hubungi beliau dan saya minta maaf kepada beliau. Kami berdua menangis bersama di dalam talifon.

Ya Allah, sampai sekarang saya rasa berdosa. Kerana RM20 ini saya marah isteri saya yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk bersama saya.

Semoga Allah masukkan isteri saya ke dalam syurga kerana selalu bersyabar dengan karenah suaminya.

Kepada tuan dan puan yang mungkin sedang dalam situasi yang sama seperti saya suatu ketika dahulu, saya doakan tuan dan puan dapat keluar secepat mungkin dari keadaan itu. Kita berdoa dan berusaha. Allah jua yang membantu kita.

Daftar kursus di www.kursuskahwinmanjalara.com atau 019 6457797

Hidup berantakan. Tak tahu nak mula dari mana.Baiki solat.Kalau sebelum ni kita tak solat, belajarlah untuk solat.Kalau ...
01/05/2024

Hidup berantakan. Tak tahu nak mula dari mana.

Baiki solat.

Kalau sebelum ni kita tak solat, belajarlah untuk solat.

Kalau sebelum ni solatnya sekali sekala, cubalah solat dengan tetap mengikut waktu.

Kalau sebelum ni solatnya lambat, belajarlah untuk solat awal waktu.

Kalau sebelum ni solat sendiri, cuba berjemaah bagi yang lelaki. Cuba ke surau, ke masjid.

Ganti solat yang kita tinggalkan dengan sengaja.

Kalau dah jaga solat lima waktu, cuba tambahkan dengan solat-solat sunat lainnya.

Kalau semua dah buat tapi belum cukup tenang, cuba dari awal. Tengok semula bab taharah (bersuci) betul atau tidak apa yang kita buat.

Dah elok, tengok p**ak cara kita wudu'.

Kalau tak sempat nak masuk kelas pengajian, boleh tengok para asatizah mengajar di media social.

Banyak cara nak menambah nilai diri. Saat kita diuji, kita jugalah yang mampu memperbaiki.

Kerosakan yang berawal dari kita, kita juga yang perlu hentikan.

Selamat beramal.

Kredit Fauziah Jamil

Daftar kursus kahwin anda di www.kursuskahwin.net atau 013 4133343

30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only):1. Kalau isteri bergaji RM3K dan kau bergaji RM4K, ingat house...
26/03/2024

30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only):
1. Kalau isteri bergaji RM3K dan kau bergaji RM4K, ingat household income is not RM7K but it remains RM4k. That's the math of happy marriage.
2. No matter how right you are, minta maaf dulu walaupun kita tak bersalah. Say sorry and straight masuk dapur cuci periuk. Forgive our lovely wife all time. It takes training guys.
3. Jangan mengeluh kalau tunaikan tanggungjawab. Jangan sekali pernah cakap penat kalau tunaikan amanah sebagai suami.
4. Wife first, anak second. Anak first, kerja second.
5. Jangan tinggikan suara serentak. Ikut turn. Unless periuk kat dapur terbakar.
6. Gigit lidah, paksa jugak zip mulut bila dia buat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Terima itu kekurangan dia.
7. Jangan tidur dalam keadaan marah. Cinta tak padamkan kemarahan, tapi kesabaran boleh matikan api kemarahan. Selamat datang ke alam kesabaran.
8. Bila dia buat salah, kau minta maaf. Bila kau buat salah, kau minta maaf. Simple.
9. Wife never think about divorce, murder yes. Live together elok2.
10. rule to stay together no matter what is first; stay together; and second; no matter what.
11. Kalau berbeza pendapat, terima pendapat dia. Trust your wife six sense.
12. Keep the house clean.
13. Jangan happy lebih-lebih dengan member. Never show your happiness.
14. Guys, the toughest job in the whole world is jaga anak. Acknowledge it! This is fact.
15. tidak akan ada pergaduhan bila suami duduk lipat baju depan TV. Mustahil berlaku apa-apa pertengkaran situasi itu. .
16. Kalau kecil hati dengan isteri, ingat Allah sayang kita - Ebit Lew.
17. Jangan sesekali letak apa-apa expectation selepas kahwin. Marriage is like walking in the park. Jurassic Park.
18. Weekend je ambil alih kerja jaga anak. Dari anak bangun sampai anak tidur. Weekend je pun.
19. Dont show your tears. Kan Allah sayang kita. Kekuatan kita hanya pada Dia. Bukan dear. lol.
20. kalau dia tak sure nak makan nasi atau mee, buy both. Don't risk it.
21. jangan tangguh apa keinginan isteri. Keep your mouth shut and keep your wallet open.
22. Don't try to explain your financial position. Manage it. Kalau short setiap bulan, ingat kan Allah sayang kita?
23. Solat
24. Minta pendapat isteri dalam apa jua keputusan.
25. Jangan cuba build your six pack while your wife is busy babysitting your children.
26. Jangan s**a bagi statement tergantung. Always finish your word with yes, i'll buy it.
27. Don't change your routine, don't change anything suddenly.
28. Be strong when she is weak.
29. Never cheat. Be loyal. With the dishes and laundry, no time lah for other things.
30. Never expect isteri faham kita. Apa-apapun, Allah sayang kita. Allah sayang kita guys..
C&P, Semoga Bermanfaat
Perkongsian oleh Amir Zain

Daftar Kursus kahwin danau kota di www.kursuskahwin.net atau 013 4133343

Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya ma...
25/03/2024

Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia.

Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.

Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.

Bila dia ukur diri dia - dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu.

Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.

Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa." Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku s**a mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu jer.

Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.

Daftar kursus kahwin di www.kursuskahwin.net atau 013 4133343

12/02/2024

Alhamdulilah selesai kursus pada minggu ini.

Walaupun cuti CNY bakal2 pengantin tetap gigih mengikuti kursus kahwin..

jom daftar kursus kahwin anda di www.kursuskahwin.net atau 013 4133343

Isteri saya cukup kagum dengan kehebatan Perodua Myvi dia, katanya terlalu jimat minyak. Bayangkan, kereta dah berusia 4...
22/01/2024

Isteri saya cukup kagum dengan kehebatan Perodua Myvi dia, katanya terlalu jimat minyak.

Bayangkan, kereta dah berusia 4 bulan dan dia maklumkan hanya pernah isi minyak sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut, kereta ini digunakan untuk ulang alik kerja, jarak 8km dari rumah ke hospital, kadang2 jalan jauh sedikit tetapi masih dalam kawasan JB.

Macam mana nak bagitau yg sy sudah 5 kali isikan minyak kereta dia fulltank tanpa buat dia terasa?

Sebab asal sy pinjam kereta dia mesti minyak dah naik lampu kuning. Pinjam kejap2 je nak ke masjid/pasar.

Dia juga kagum Perodua bagi cat kereta yang mahal sebab dia kata kereta dia sentiasa berkilat walaupon dia tak pernah hantar carwash, macam mana sy nk bagi dia nampak yang saya basuh kereta dia seminggu sekali setiap pagi ahad?

Jangan sampai saya tabur gula dalam engine dia.

Kredit: Irshad Harris

Daftar kursus kahwin di www.kursuskahwin.net atau 013 4133343

DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYASaya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak be...
18/10/2023

DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA

Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.

Zaman kita Zaman Struggle.

Kredit :Ir. Abdul Rahman Bahasa

Daftar kursus kahwin anda di www.kursuskahwin.net

PERHATIAN KEPADA BAKAL PENGANTIN‼️Jom ramai-ramai datang ke BOOKING KAHWIN EXPO kerana ada banyak aktiviti dan tawaran m...
16/10/2023

PERHATIAN KEPADA BAKAL PENGANTIN‼️

Jom ramai-ramai datang ke BOOKING KAHWIN EXPO kerana ada banyak aktiviti dan tawaran menarik menanti anda di sana 👍😄

📆 Tarikh : 27 - 29 Oktober 2023 (Jumaat - Sabtu)
📍 Lokasi : SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC)
🕙 Masa : 10 pagi - 10 malam (Masuk PERCUMA)

Antara 10 aktiviti menarik di Booking Kahwin Expo:

✅ FREE DOORGIFT 🎁
✅ CABUTAN BERTUAH 🎊
✅ PERTANDINGAN FESYEN 💃🏼
✅ FREE FOOD TESTING 🍽
✅ FREE HENNA 💅🏻
✅ FREE MAKE UP💄
✅ FREE PHOTO 📸
✅ DEPOSIT SERENDAH RM500 💵
✅ PERTUNJUKAN PAKAIAN PENGANTIN 👰🏻‍♀️🤵🏻‍♂️
✅ PERSEMBAHAN PENTAS 🎤🥁

dan banyak lagi tawaran dan diskaun menarik 🎉🛍

Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa anda di sana ‼️🤩✨

🟣 FB : Booking Kahwin Expo
🔴 IG : bookingkahwin_
🟢 TIKTOK : Booking Kahwin

PAMERAN PENGANTIN TERBESAR / THE LARGEST WEDDING FESTIVAL


------

Admin
Kursus kahwin Danau Kota, www.kursuskahwin.net

15/10/2023

Alhamdulillah selesai kursus pada minggu lepas. Jom daftar kursus kahwin anda di www.kursuskahwin.net atau 013 413 3343

12/10/2023

1 JAM LAGI KE TIKTOK LIVE:

("SESI SOAL JAWAB DAN FAKTA SEBENAR KURSUS KAHWIN KUALA LUMPUR YANG RAMAI BAKAL PENGANTIN DAN MUDA MUDI NAK TAHU")

Bagi cik/tuan yang ada persoalan atau nak dapatkan apa-apa info tentang kursus kahwin KL, cik/tuan boleh join TikTok Live kami - 1 jam lagi (jam 11 pagi ini).

Tanya habis-habis ye.

Abang Pian dan Abang Amin akan bantu anda.

Insya-Allah.
-----

Sesi PERTAMA:

+ Account TikTok: Kursus Kahwin Danau Kota /
+ Hari Khamis, 12 OKTOBER 2023
+ Jam: dari 11 pagi sehingga 1 tengah hari (2 jam)

26/09/2023

Alhamdulillah selesai kursus kahwin pada minggu lepas, jom daftar kursus kahwin di www.kursuskahwin.net atau 013 4133343

UPDATE - STATUS KURSUS KAHWIN DANAU KOTA & KURSUS KAHWIN BATU CAVES BULAN SEPT 2023Cik/tuan sedang rancang untuk  ?Selai...
11/09/2023

UPDATE - STATUS KURSUS KAHWIN DANAU KOTA & KURSUS KAHWIN BATU CAVES BULAN SEPT 2023

Cik/tuan sedang rancang untuk ?

Selain merancang dan buat persiapan majlis , harap cik/tuan TIDAK LUPA untuk:

+ Bersiap-sedia dengan DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH

+ Dan BUAT PERMOHONAN KEBENARAN dengan cara yang betul dan tepat (termasuk sistem permohonan online)

Hal permohonan kebenaran yang melibatkan DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB untuk permohonan, dan CARA BUAT PERMOHONAN YANG BETUL akan dibincangkan dengan panjang lebar dalam nanti (topik/modul PROSEDUR PERKAHWINAN).

Lambat memohon - lambatlah cik/tuan dapat kelulusan. Nanti stress.

Salah memohon - cik/tuan akn buang masa, tenaga dan wang.
Status seat yang tinggal sekarang:

DANAU KOTA (www.kursuskahwin.net)

+ sesi 16 & 17 Sept 2023: tinggal lagi 20 seat
+ sesi 23 & 24 Sept 2023: tinggal lagi 34 seat
+ sesi 30 Sept & 1 Okt 2023: tinggal lagi 96 seat
BATU CAVES (www.kursuskahwinmanjalara.com)

+ sesi 16 & 17 Sept 2023: tinggal lagi 57 seat
+ sesi 23 & 24 Sept 2023: tinggal lagi 62 seat
+ sesi 30 Sept & 1 Okt 2023: tinggal lagi 93 seat
Yang penting, TAK EXPIRED, SAH LAKU SEUMUR HIDUP dan DITERIMA oleh semua Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia.

NOTA PENTING!

Dah ada cadangan nak validkan sijil kursus kahwin kepada hanya selama 10 tahun, tapi JAKIM masih belum buat keputusan.

UJIAN pun masih belum diwajibkan.

Jadi, jangan tunggu lama-lama.
--------------

Affendy Amin
Admin

+ Dapatkan info terkini kursus kahwin dalam WhatsApp Group, www.kursuskahwin.net/whatsappgroup

+ Pertanyaan dan pendaftaran semudah call atau WhatsApp ke Hotline:

a. Danau Kota (013 4133343, https://kursuskahwindanaukota.wasap.my)
b. Batu Caves (019 6457797, https://kursuskahwinmanjalara.wasap.my)

BETUL KE TEMPOH SAH LAKU SIJIL KURSUS KAHWIN YANG BARU, SELEPAS 1 OKTOBER 2023, VALID HANYA 10 TAHUN?Riuh.Dan ramai yang...
04/09/2023

BETUL KE TEMPOH SAH LAKU SIJIL KURSUS KAHWIN YANG BARU, SELEPAS 1 OKTOBER 2023, VALID HANYA 10 TAHUN?

Riuh.

Dan ramai yang bertanyakan saya tentang perkara ini di www.kursuskahwin.net dan di www.kursuskahwinmanjalara.com.

Maklumlah perkara sijil kursus kahwin yang valid hanya selama 10 tahun ini telah disiarkan oleh salah satu akhbar harian pada 30 Ogos 2023 lalu.

Dan ada juga yang mengatakan hanya yang bertarikh 1 Oktober 2023 dan ke atas sahaja yang affected. Dan bukan semua sijil kursus kahwin.

Sedangkan pada waktu ini, sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh sebahagian besar Jabatan Agama Negeri di Malaysia adalah valid seumur hidup.

Jadi, mana satu versi yang betul?
Untuk makluman semua,

Unit Komunikasi Korporat JAKIM, pada 1 Sept 2023, telah menjelaskan bahawa:

"Cadangan tersebut telah dibincangkan oleh JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan ia masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan. Cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin."
Jadi, bagi anda yang belum sertai atau dan belum dapatkan sijil kursus kahwin, mohon anda follow kami rapat-rapat.

Ini kerana, JAKIM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ianya dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak.
-----

Admin
Kursus kahwin Danau Kota, www.kursuskahwin.net
Kursus kahwin Batu Caves, www.kursuskahwinmanjalara.com

TERKINI: TARIKH TERBARU KURSUS KAHWIN DANAU KOTA & KURSUS KAHWIN BATU CAVES (OGOS 2023 SEHINGGA OKTOBER 2023)Alhamdullil...
31/07/2023

TERKINI: TARIKH TERBARU KURSUS KAHWIN DANAU KOTA & KURSUS KAHWIN BATU CAVES (OGOS 2023 SEHINGGA OKTOBER 2023)

Alhamdullillah!

Tarikh terbaru kursus kahwin Danau Kota (www.kursuskahwin.net) dan kursus kahwin Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com) pun dah ready - dari bulan Ogos 2023 sehingga Oktober 2023.

Bagi anda yang sedang merancang nak kahwin atau bakal menjadi pengantin, 6-3 BULAN DARI TARIKH CADANGAN AKAD NIKAH adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda dan pasangan ke kursus kahwin.

Dalam jangka masa itu, anda amat perlu tahu ketahui maklumat yang betul tentang:

+ DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB apakah yang anda perlu sediakan untuk buat permohonan kebenaran nikah anda
+ SISTEM PERMOHONAN ONLINE apakah yang anda perlu gunakan
+ CARA NAK BUAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH apabila pasangan anda mungkin dari berlainan kariah, daereah atau negeri (malah jika berlainan negara)
Secara ringkasnya, kursus kahwin di Danau Kota (www.kursuskahwin.net) & Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com) ini:

+ SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysia
+ Sijil kursus kahwin TIADA EXPIRY DATE
+ Duduk dan dengar sahaja - dengan kata lain, BELUM ADA UJIAN
+ Anda boleh minta NOMBOR HANDPHONE PAKAR (PENCERAMAH) sebagai rujukan atau talian hayat untuk anda hubungi walaupun selepas kursus kahwin tamat.
Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut anda boleh surf laman web rasmi kursus kahwin Danau Kota (di www.kursuskahwin.net) atau kursus kahwin Batu Caves (di www.kursuskahwinmanjalara.com).

Atau anda boleh je WhatsApp Hotline:

+ Danau Kota: 013 4133343 (link WhatsApp, https://kursuskahwindanaukota.wasap.my)
+ Batu Caves: 019 6457797 (link WhatsApp, https://kursuskahwinmanjalara.wasap.my/
-----

Admin

𝗟𝗢𝗩𝗜𝗡𝗚 𝗖𝗢𝗨𝗣𝗟𝗘 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡 ❤️ Jemput datang ke BOOKING KAHWIN EXPO yang terbesar di WORLD TRADE CENTRE (WTC...
26/07/2023

𝗟𝗢𝗩𝗜𝗡𝗚 𝗖𝗢𝗨𝗣𝗟𝗘 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡 ❤️ Jemput datang ke BOOKING KAHWIN EXPO yang terbesar di WORLD TRADE CENTRE (WTC), KUALA LUMPUR pada 28 hingga 30 JULAI 2023.

📌MASUK PERCUMA dari 10 pagi sampai 10 malam. Korang bole start buat preparation start dari Pilihan Busana Busana yang cantik menarik, Dekorasi Pelamin yang indah, Food Testing Pelbagai makanan dari Pelbagai Vendor, Pilihan Doorgift yang banyak, dan macam2 lagi yang ada disana nanti.

📌Semuanya akan memudahkan korang serta menjimatkan masa! Bawa mak ayah sekali untuk sama2 membuat survey pakej promosi 2023/2024 dan pilih pilihan yang tepat dihati korang. Kalau korang dah ready, bole terus Booking mana mana pakej dengan deposit 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔

📌 EXPO AKAN DIMERIAHKAN dengan aktiviti2 yg menarik seperti perarakan pengantin, persembahan kompang dan fashion show. Korang juga bole try painting henna yang di olah secara live oleh pakar henna. pilih corak pilihan hati korang disana untuk hari bahagia korang nanti.

JANGAN LUPA SET REMINDER kat phone korang. Jangan terlepas 𝗘𝗫𝗣𝗢 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 khas untuk 𝗖𝗢𝗨𝗣𝗟𝗘 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡 Expo pilihan ramai bakal pengantin JUMPA anda disana ❤️


------

Admin
Kursus kahwin Danau Kota: www.kursuskahwin.net
Kursus kahwin Batu Caves: www.kursuskahwinmanjalara.com

12 TIPS TEST HIV, APPS DAN LAMAN WEB BOOKING TEST HIV YANG BAKAL PENGANTIN PERLU TAHURamai yang bertanya dan pening-peni...
25/07/2023

12 TIPS TEST HIV, APPS DAN LAMAN WEB BOOKING TEST HIV YANG BAKAL PENGANTIN PERLU TAHU

Ramai yang bertanya dan pening-pening kerana tak berapa jelas dan faham tentang test HIV.

Kalau lambat buat ujian saringan HIv ni, maka lambatlah cik/tuan dapat hantar borang permohonan kebenaran nikah cik/tuan.

Oleh itu, sebagai persiapan awal, cik/tuan perlu tahu beberapa perkara penting tentang test HIV atau ujian HIV ni.

Kalau cik/tuan belum tahu - artikel ini boleh terangkan serba sedikit tentang test HIV atau ujian HIV ni >>> https://www.prosedurperkahwinan.com/12-tips-test-hiv-kahwin-apps-dan-laman-web-booking-yang-bakal-pengantin-perlu-tahu/

----------------

Admin

+ Info terkini kursus kahwin lebih awal dari orang lain dalam "WhatsApp group Info Kursus Kahwin Danau Kota & Batu Caves" di: https://www.kursuskahwin.net/whatsappgroup

+ Kursus kahwin 1 setengah hari sahaja, sijil TAK EXPIRED - dan SAH LAKU 1 Malaysia di kursus kahwin Danau Kota (www.kursuskahwin.net) dan berhampiran Selangor iaitu kursus kahwin Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com)

11/07/2023

Alhamdulilah selesai kursus kahwin di PULAPOL K.L , dengan kerjasama kursus kahwin batu Caves dan pihak JAWI..

Nak berkerjasama anjurkan kursus kahwin di tempat korang boleh whatsapp ke 019-645 7797

Nak daftar kursus kahwin boleh tekan link ini www.kursuskahwinmanjalara.com

Betul, cara Allah nak lindungi kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita 🫶🏻Daftar kursus kahwin di www.kur...
27/06/2023

Betul, cara Allah nak lindungi kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita 🫶🏻

Daftar kursus kahwin di www.kursuskahwinmanjalara.com

OH PELAMIN…Hari ni hari pertunagan Adik Aku.. Jadi adik Pun dah Book Pelamin dan Dah di pasang oleh pihak Yang berkenaan...
13/06/2023

OH PELAMIN…

Hari ni hari pertunagan Adik Aku..
Jadi adik Pun dah Book Pelamin dan Dah di pasang oleh pihak Yang berkenaan. X mau mention sapa la pihak tu..

Adik aku pun mau pelamin yang Simple-simple ja x mau over-over dan pihak pelamin pun sugget yang macam dalam Gambaq tu cuma request Warna Biru …

kalau Tengok macam dalam gambaq Yang di Promote Oleh Pihak Pelamin tu elok Tinggi macam Gunung Jerai. Sekali pasang tedia Macam Bukit Tobiaq lepas kena Tarah.

Adik Tanya pihak pelamin awat x sama dia kata kena tambah duit la apa la kalau nak sama.. tedia keras kehidupan.. 😅😅😂

X pa Benda Pun dah Pasang cuma nak pesan dekat Sapa-Sapa wedding planer apa yang kita promote apa dekat pelangan kita minta la pasang la elok-Elok dan buat apa yang kita promote dan apa yang pelangan request. sebab apa ni kan ni kan semua org bayaq Dan ni semua moment indah pelanggan..

Kesian Dekat pelangan kita dik kalau begini…

Kredit : Malik Chepa

Daftar kursus kahwin anda di www.kursuskahwinmanjalara.com

07/06/2023

UPDATE - STATUS KURSUS KAHWIN DANAU KOTA DAN BATU CAVES BULAN JUN 2023

Bagi cik/tuan juga sedang merancang atau sedang buat persiapan perkahwinan,

Selain menjayakan majlis perkahwinan, harap cik/tuan TIDAK LUPA untuk:

+ Bersiap-sedia dengan DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH

+ Dan CARA BUAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH yang betul dan tepat (proses dan sisitem permohonan online)

Perkara ini (dokumen-dokumen yang betul dan cara buat permohonan yang betul) akan dibincangkan dengan panjang lebar pada waktu kursus kahwin nanti dalam topik/modul "Prosedur Pekahwinan".

Status seat yang tinggal sehingga jam 1 pm tadi:

DANAU KOTA (www.kursuskahwin.net)

+ sesi 10 & 11 Jun 2023: tinggal 1 seat sahaja lagi
+ sesi 17 & 18 Jun 2023: tinggal lagi 25 seat
+ sesi 24 & 25 Jun 2023: tingga lagi 57 seat
BATU CAVES (www.kursuskahwinmanjalara.com)

+ sesi 10 & 11 Jun 2023: tinggal lagi 46 seat
+ sesi 17 & 18 Jun 2023: tinggal lagi 73 seat
+ sesi 24 & 25 Jun 2023: tingga lagi 92 seat
Yang penting, sijil kursus kahwin TAK EXPIRED, SAH LAKU SEUMUR HIDUP dan DITERIMA oleh semua Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia.

UJIAN pun masih belum diwajibkan.
--------------

Affendy Amin
Admin

+ Pertanyaan dan pendaftaran semudah call atau WhatsApp ke Hotline:

a. Danau Kota (013 4133343, https://kursuskahwindanaukota.wasap.my)
b. Batu Caves (019 6457797, https://kursuskahwinmanjalara.wasap.my)

isteri nih bila dah jadi mama dia ada satu habit pelik.bila anak2 buat perangai, mengamok, bergaduh atau dah tak terkawa...
02/06/2023

isteri nih bila dah jadi mama dia ada satu habit pelik.

bila anak2 buat perangai, mengamok, bergaduh atau dah tak terkawal dan suami p**ak keluar, kerja, atau berjauhan.

ada habit nak call mengadu tentang anak2 seolah-olah minta tolong si suami untuk selesaikan.

"haa buat perangai, buat perangai. sekejap nak call babahhh.."

"abi..tengokk anak awakk nihh. dia pecahkan pinggan lepastu terpijak berdarah kaki menangis2".(dalam video call)

"abang.. anak buaih sangat aqini. marah sat dia. penat sangat dah nih." (padahal kawan kat london tengah dok sibuk uruskan konvensyen dunia)

'waledd.. anak demamm tak maw makan ubat. tiup la pujuk sat.' (selalunya suami pjj atau kena p kursus mana2 selalu jadi hal nih)

"awakkk.. balik sekarang.. budak2 nih seorang pun takmaw lena lagi. mai tengok sat depa jadi macam mana malam nih". (selalunya call2 macam nih akan masuk bila suami terlajak lepak kat luar anak2 buat perangai, combo. kalau suami tu balik lewat sekali dengan suami tu kena qasa.)

sebenarnya sang isteri tahu. apa sangat yang mampu dilakukan oleh seorang suami atau pun ayah hanya melalui panggilan telefon.

tapi percaya lah, ianya bukan sekadar cuma panggilan telefon. ianya bukan sekadar untuk memujuk si anak atau seolah2 ingin membiarkan si ayah tadi menghulurkan rotan cuma dari panggilan video.

tetapi ianya adalah tentang rasa kebersamaan. rasa ingin ditenangkan dan dipujuk bukan hanya pada si anak, tetapi juga pada ibunya.

sungguh. bila seorang diri menguruskan anak dan semua benda lama2 boleh jadi 'burn out'. jadi pada aku langsung takda istilah sikit2 nak call mengadu, sikit2 nak call telefon.

biarlah si isteri tadi merasakan bahawa mereka sedang sama2 membesarkan anak2 walaupun dari kejauhan, biarlah si isteri tadi ditenangkan walaupun hanya dengan hanya satu panggilan, biarlah si isteri tadi merasakan bahawa dia masih punya suami untuk dia menceritakan tiap satu kejadian.

walaupun benda tu kecil, tapi percaya lah apabila emosi seorang ibu dalam keadaan baik, rumah akan menjadi sangat tenang dan penuh gelak tawa.

panggilan telefon tadi bukan hanya mampu mendiamkan si anak, bahkan sekaligus menghilangkan segala rasa beban ibu di pundak.

"takpa taw, nanti abang balik kita cakap dengan dia baik2 ya."

"dah2, awak jangan marah lagi ya. nanti dah tak cantik isteri abang sorang nih."

"anak waleed.. tak baik buat perangai macamtu.. kesian mama, tidoq cepat nanti waleed balik waleed belanja aiskrim."

simple kan.

kadang2 ada suami yang rimas bila sikit2 panggilan call masuk dari isteri sendiri.

percayalah jika isteri terdidik dengan baik, sedayanya dia pun akan mencuba untuk tidak menambah beban dan memudahkan hal suami.

cuma kadang sebab dia isteri, perlukan sang suami untuk melengkapi.

angkat la call dari yang tersayang. kalau dalam urusan penting, titipkan pesanan melalui mesej atau pun whatsapp. mana tahu, itu adalah panggilan kecemasan yang terakhir. jangan hidup diakhiri dengan rasa sesalan.

Kredit: Izzatul Akmal

Daftar kursus kahwin anda di www.kursuskahwinmanjalara.com

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Kahwin Sinar Sentul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share