zakwan_nawkaz880

  • Home
  • zakwan_nawkaz880

zakwan_nawkaz880 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from zakwan_nawkaz880, DJ, .

20/04/2023
20/04/2023

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK

Assalamualaikum 😊,
Resepi rendang ini arfah belajar dari mak, ia resepi turun-temurun dari opah, arwah moyang(mak opah). Mak & opah cakap rendang yg sedap ialah semua bahan di mayang / racik halus. Zaman dulu takde blender hihihi. Dan ia menjadi ubat bila kita gigit dan makanya hihi.
Resepi rendang ni langsung tidak mengunakan minyak masak yaa. Hanya mengunakan santan. Minyak yg terhasil adalah dari santan sebab kita masak rendang ini sehingga kering & lama. Mak suruh belajar buat sebab mak pun dah tak larat nak tunggu rendang masak berjam-jam, ini cara masa secara tradisi turun-temurun 💛💙💚.

~Resepi Rendang Ayam Pedas Perak~

Bahan-Bahan ➡️
1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)
2) 15 biji bawang merah (di racik halus)
3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)
4) 5 biji bawang putih (di racik halus)
5) 12g kunyit hidup (di blender)
6) 80g halia tua (di racik halus)
7) 33g lengkuas (di blender)
😎 4 helai daun limau purut (racik halus)
9) 8 batang serai (racik halus)
10) Gula melaka secukup rasa
11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yg di inginkan)
12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)
13) 1kg santan
14) 90g kerisik
15) Garam secukup rasa
Cara-Caranya ➡️
1) Mas**an ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali.
2) Mas**an semua sekali bahan yg di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yg di racik halus-halus. Mas**an juga bahan yg di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan mas**an ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakan hangit. Tutupkan kuali dgn penutup sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan yaa.
3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahan kan api guna api yg paling slow yaa dan mas**an gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yg di racik halus & kerisik tunggu lagi dlm 30 minit - 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam - 3jam bergantung kepada portion yg kita masak. Kalau nk bg berkuah sedikit jgn masak sampai kering sangat okee 😊.
4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh di tutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jgn guna minyak masak.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :')

NOTA : Rendang yg bahanya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi taste / rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis. Hee
Kredit: Faidhatul Arfah Ahmad

20/04/2023

Tiap2 taun ikut resepi ni ja Alhamdulillah ank2 mkn sepuasnya...
nak lagi sedap potong ayam besar2 bila bakar nnti tak kecut dn kering....
Resepi asal tiada edit..
Terima kasih empunya resepi..
Resepi sate ayam merecikkk 😘
(untuk 1ekor ayam)
BAHAN2
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan)
❗kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam)
Bhn blend
-2 labu bwg besar
-5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)
-1 labu bwg putih
-2 Inci halia
-4 btg serai
(satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air)
Bhn perap
-2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sk garam
-4 sk serbuk kunyit
-3 sb serbuk jintan manis
CARA2
-dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap..
-gaul sebati..
-boleh tambah apa yg kurang, gula/garam..
-perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr)
-bila dh perap, baru cucuk ye..
-nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..
-lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
-sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman..
-masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..
Mkn camtu pon dh sedap, sbb dah cukup rasa..
Selamat mencuba 😘
KUAH KACANG
Bahan2
-1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Sy blend je, jgn hlus sgt ye)
-segenggam cili kering (potong, rebus)
-2 labu bwg besar
-2 Inci halia
(blend bhn bertnda dgn sdikit air)
-1 btg serai (ketuk)
-2 kpg gula melaka
-1/2 cwn gula
-garam
-3 cwn air
-1 kotak santan
-2 kpg asam keping
Cara2
-panaskan minyak, jgn sikit sgt, jgn b*k sgt..
-tumiskan bhn blend, masukkan serai.. (tumis smpai pecah minyak)
-masukkan kacang, gaul sebati..
-masukkan air, biar mndidih.. (api slow)
-Nmpk dh kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, n asam..
-masak sampai kuah Jd pekat..
-rasakan n boleh tmbh apa yg kurang..
-siap
Klu xnk letak santan pon Xpe, just guna air je..
Klu sy, sy s**a ltk santan..
Kredit resepi.......Siti Norizan sahabat MAHN




20/04/2023

LEMANG CAWAN

Bahan-bahan:
* 5 cawan beras pulut
* 1 Kotak kecil Santan kotak
* 2 sudu kecil garam
* Air secukupnya
* Daun pisang secukupnya
* Cawan kertas/cawan getah

Cara-cara:
1. Rendam beras pulut terlebih dahulu dalam 1 jam.
2. Toskan air rendaman beras pulut
3. Masukkan santan dalam bekas, campurkan dengan sedikit air dan Garam. Gaul sampai sebati. Ketepikan.
4. Ambil cawan, masukkan daun pisang kedalam cawan. Gunting daun pisang mengikut besar/aras cawan.
5. Kemudian masukkan beras pulut setengah aras cawan diikuti dengan air santan tadi - Air Santan Jangan banyak sangat, takut nasi pulut terlalu lembik. (s**atan dalam 3 Sudu besar sahaja)
6. Kukus pulut cawan hingga masak. Siap.

Selamat mencuba

Kredit: Linda_muja




20/04/2023

Resepi Sate Daging Goreng
1kg daging potong kecik2
7 tangkai cili kering (optional jika nak rasa pedas)*
7 ulas bawang merah*
2 cm legkuas*
3 batang serai*
3 sdb ketumbar *
2 sdb jintan manis*
2 sdb jintan halus*
Serbuk kunyit*
****blend semua bahan
Gula
Garam
Cara :
Tumis sebentar bahan bland.
Bila dah masak tuang atas daging gaul2kan.
Tambahkan gula biar ada sikit rasa manis.
Perasakan dgn garam.
Perap semalaman atau 4 jam lbh .
Guna stirfry masukkan sedikit butter@minyak. Jgn b*k coz minyak tumis cili dah ada .
Tumiskan sekejap. Off
Guna high preasure 20 mnt .
Bila dah siap offkan.
Tukar pada stirfry utk keringkan.
Cara biasa:
Panaskan kuali. Tambahkan sikit minyak atau butter.
Goreng daging hingga masak lembut dan kering.
Sdp hidangkan besama nasi impit,nasi panas kuah kacang..

20/04/2023

Cuti sekolah ni, anak2 lapar kt rumah, jom saya share, idea resepi sgt2 sedap. Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.

P/S: ramai pulak nak resipi ni.

Kepak Ayam Manis² Pedas

RESIPI::
1 kg kepak ayam -
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)

REMPAH²"

1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .

Akhir sekali, campurkan madu dgn krpak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup ... lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing² dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.

Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing².

Selamat mencuba.

Kredit : victoria van bennekum




Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when zakwan_nawkaz880 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share