Dj Islamik Tanpa Karaoke

  • Home
  • Dj Islamik Tanpa Karaoke

Dj Islamik Tanpa Karaoke Kami menyediakan perkhidmatan PA Sistem dan Dj Islamik tanpa karaoke untuk segala bentuk majlis.

Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman 😊1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal,...
21/08/2022

Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman 😊

1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan solat kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.

Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.

Assalamualaikum wbt.Salam sejahtera buat semua follower. Kami doakan agar kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat...
16/08/2022

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera buat semua follower. Kami doakan agar kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Sedikit perkongsian hari ini, semoga kita dapat membina sebuah keluarga sakinah, mawaddah warrahmah di dunia membawa ke syurga, insyaAllah..

*************************

Apabila berlaku perselisihan antara suami isteri, ingatlah perkara ini:

1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.

2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada pengampunan dosa atau pengurnian pahala.

3. Sedarlah ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan kita.

4. Ingatlah, kebaikan dan kelebihan pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya.

5. Jadilah orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah.

05/08/2022

~ BICARA ADDIN : PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENGAWALAN RANCANGAN TELEVISYEN UNTUK ANAK-ANAK ~

📡📽 (( Siaran Langsung ))

Bersama panel jemputan Dr Khadijah Binti Dawam, yang akan menerangkan mengapa ibu bapa perlu mengawal rancangan televisyen untuk anak-anak kita.

24/07/2022

Kita tidak tahu apa yang Allah tahu..

Ibuku selalu berpesan kepadaku :Nak, tertawalah riang di hadapan ayahmu manakala beliau pulang ke rumah,Karena dunia lua...
21/07/2022

Ibuku selalu berpesan kepadaku :

Nak, tertawalah riang di hadapan ayahmu manakala beliau pulang ke rumah,
Karena dunia luar itu begitu kejamnya sehingga dapat membahayakan ayahmu...

Tahukah kau nak, apa beda ibu dengan ayah?

Ibu membawamu (mengandungmu) di dalam rahim selama 9 bulan, namun ayahmu membawamu seumur hidupnya, tanpa kau sadari...

Ibu berupaya kuat agar kau tak merasa lapar, namun ayahmu lah yang mengajarimu agar kau tak kelaparan lagi, tanpa kau fahami...

Ibu menggendongmu (dengan memelukmu) di dada, namun ayahmu menggendongmu di punggungnya, tanpa kau perhatikan...

Cinta ibu ini sudah kau kenali mulai dari semenjak kau lahir, namun cinta ayahmu 'kan kau ketahui setelah kau menjadi seorang ayah... Karena itu bersabarlah dengan baik...

Ibu, memang tak ternilai harganya, sementara ayahmu, takkan bisa dikembalikan oleh waktu...

Kredit : Fb Kata-Kata Indah Penuh Hikmah (Ali Amsyah Ak)

Tanda Allah cinta kepada kita..
18/07/2022

Tanda Allah cinta kepada kita..

[ Fiqh ]Berhati-hati  dengan fitnah dan tipudaya semua platform medsos yang ada..😔
14/07/2022

[ Fiqh ]

Berhati-hati dengan fitnah dan tipudaya semua platform medsos yang ada..😔

13/07/2022

[ Ilmuwan Islam ]

Video ringkas memaparkan antara ilmuwan Islam..Jom telusuri

12/07/2022

[ Lagu ]

Jom layaaan..

~ Krabat - Keinsafan ~

Sabda Nabi SAW, mafhumnya:“Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, ...
09/07/2022

Sabda Nabi SAW, mafhumnya:

“Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat Thabrani)

Salam EidAdha 1443H dari kami, DITK - DJ Islamik Tanpa Karaoke.

Semoga segala amalan dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

[ Arafah ]Zikir / Doa Arafah..
08/07/2022

[ Arafah ]

Zikir / Doa Arafah..

[ Mehnah Kehidupan Manusia ]Ujian itu, bukan kerana Allah benci kita..Tapi tanda kasih sayangNya pada kita..Sentiasalah ...
07/07/2022

[ Mehnah Kehidupan Manusia ]

Ujian itu, bukan kerana Allah benci kita..
Tapi tanda kasih sayangNya pada kita..

Sentiasalah bersangka baik padaNya, dan bertawakkal kepadaNya..

Tugasan hujung minggu yang lalu..Menyempurnakan tugasan di Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau kali ...
06/07/2022

Tugasan hujung minggu yang lalu..

Menyempurnakan tugasan di Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau kali ke-32 di pejabat baru mereka, Taman Kota Masai.

Panasnya api..
06/07/2022

Panasnya api..

[ Ibrah Cerita ]Seekor rusa betina sedang hamil. Ketika hampir detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat ...
04/07/2022

[ Ibrah Cerita ]

Seekor rusa betina sedang hamil. Ketika hampir detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan yang berdekatan dengan sungai.

Tiba-tiba, sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !

Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.

Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melepaskan anak panah ke arahnya.

Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar
yang siap menerkamnya.

Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :

1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.

Yang jelas, bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.

Lalu apa yang harus ia lakukan ? Bersedih dan merintih ?
Menangis dan menjerit ? Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah? Atau menyerah pada keadaan?

Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya. Lalu apa yang terjadi ?

Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilepaskan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu lantas mati.

Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.

Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa itu.

Rusa pun melahirkan dengan selamat !

Sahabatku....

Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.

Masalah di tempat bekerja,
masalah di dalam keluarga,
masalah di kampus,
masalah dengan pasangan hidup semuanya datang bersamaan.

Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..

Lalu apa yang harus dilakukan ?

Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya dan tetaplah fokus dan optimis.

Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kepada TUHAN
Kerena Tuhan lah yang mengatur jalan kehidupanmu.

Foto ilustrasi

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad=============== 1. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat mem...
01/07/2022

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad
===============
1. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)

2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

[ Salam Zulhijjah ]Hari ini 01 Zulhijjah 1443H. DITK mengucapkan tahniah kepada mereka yang membuat ibadah korban bagi t...
01/07/2022

[ Salam Zulhijjah ]

Hari ini 01 Zulhijjah 1443H.

DITK mengucapkan tahniah kepada mereka yang membuat ibadah korban bagi tahun ini. Semoga ibadah korban diterima dari sisi Allah SWT sebagai sebaik-baik amalan.

Antara kelebihan ibadah korban ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu anha Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya;

“Tidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang korban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah korban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah korban di bumi.”

(Diriwayatkan oleh At Tarmidzi)

30/06/2022

[ Amalan Doa ]

Satu lagi perkongsian dari Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie sebagai amalan ibu bapa bagi mendapatkan zuriat soleh solehah


29/06/2022

[ Amalan Doa ]

Antara perkongsian Al-Fadhil Ustaz Abdullah Khairi berkaitan doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa


28/06/2022

[ Apa Kata Ustaz ]

Filem tengah viral kan ?

27/06/2022

Temasya Sukan Tahunan Sriti Al-Kauthar Pasir Gudang Johor sesi 2022. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan sistem PA kami. Semoga berjumpa lagi tahun akan datang. Mohon maaf jika terdapat kekurangan dan kelemahan dari pihak kami



Kita Sebenarnya KUAT 💪💪💪
23/06/2022

Kita Sebenarnya KUAT 💪💪💪

Solatlah....
22/06/2022

Solatlah....

22/06/2022

Dua hal yang menjadikan manusia tiada rasa takut..

1. Memakan makanan/minuman yang haram atau syubhah
2. Terlalu banyak ketawa

Moga menjadi inspirasi kita bermuhasabah diri..

******❤️❤️************❤️❤️************❤️❤️******

Inginkan majlis anda disulami alunan lagu berunsur ketuhanan ?

Hubungi kami :
(Azman) DjJeman : wasap.my/60137446853/DjIslamik
(MZaki) DjMz : wasap.my/60106561018/DjIslamik




Selesai Majlis Walimatulurus anak Abe Mail, yang diadakan di adakan di Dewan Terbuka Perjiranan 8, Air Biru. Terimakasih...
21/06/2022

Selesai Majlis Walimatulurus anak Abe Mail, yang diadakan di adakan di Dewan Terbuka Perjiranan 8, Air Biru. Terimakasih mengundang kami.

Tips Bahagia..
15/06/2022

Tips Bahagia..

Assalamualaikum wbt.Tuan Puan yang dirahmati lagi disayangi Allah SWT,Anda inginkan majlis yang disulami alunan nasyid k...
13/06/2022

Assalamualaikum wbt.

Tuan Puan yang dirahmati lagi disayangi Allah SWT,

Anda inginkan majlis yang disulami alunan nasyid kontemporari, selawat, atau zikir pilihan ? Ditambah dengan sedikit perkongsian ilmiah / tips berguna ?

Kami Dj Jeman & DJ Mz menawarkan perkhidmatan tersebut untuk segala bentuk majlis tuan/puan.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut :

Azman (DJ Jeman) wasap.my/60137446853/DjIslamik
Mohd Zaki (DJ Mz) wasap.my/60106561018/PerkhidmatanPA

Semoga majlis tuan/puan sentiasa dalam keberkatan Allah SWT

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dj Islamik Tanpa Karaoke posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share