KKStartup

KKStartup One stop centre for Sabahan Startups to learn how to GROW their businesses

ANDA MAHU JADI FOUNDER TECH STARTUP?Dalam saya melangkah sebulan tahun ini menjadikan hampir 5 tahun dalam usaha membang...
01/11/2022

ANDA MAHU JADI FOUNDER TECH STARTUP?
Dalam saya melangkah sebulan tahun ini menjadikan hampir 5 tahun dalam usaha membangunkan perniagaan berasaskan Aplikasi Telefon Pintar (Mobile Application),
Ada beberapa Inovasi yang telah kita cipta dan bina dan setakat ini ada 2 Aplikasi yang mampu 'Buat Duit' sebagai Mesin ATM kita malah sebagai Pendapatan Pasif (Passive Income) di mana masa kita tidur pun boleh masuk duit.
Saban kali memandu jarak jauh, atau duduk di kapal terbang, otak akan mula progress melihat titik titik yang tidak bersambung ini menjadi satu peluang keemasan sebagai solusi untuk masyarakat sekeliling.
Dulu saya fikir kita agak ketinggalan kerana kita di Sabah baru membangunkan Aplikasi Telefon Pintar bila mana berada di Singapura, semua orang cerita pasal Sains Data, AR, AI, Drone dan sebagainya.
Rupanya bila sampai di Sabah kita memang ketinggalan dalam memacu pembangunan Teknologi IT itu sendiri.
Rupanya banyak lagi idea/inovasi yang boleh kita bangunkan di Sabah ni antaranya Masalah yang masih kita hadapi di bawah ini:
- Parking masih pakai kupon gores dan menang
- Parking bangunan masih pakai tiket
- Urusan kerajaan masih banyak pakai borang manual/fizikal
- Berbaris di kaunter masih ambil giliran guna print kertas
- Transport dan dan logistik di Sabah masih belum ada akses sistem IT Bersepadu
- Pendidikan atas talian masih banyak kekangan
- Kesihatan atas talian
- Serta banyak lagi
Kini sesuai Aspirasi yang saya gerakkan sejak 2020 untuk membuka Kilang Coding Dunia di Sabah, kita telah melahirkan kump**an kecil sekitar 30 orang yang mampu menggalas tugas membangun Inovasi-Inovasi Aplikasi pelbagai di Sabah tercinta ini.
Kilang Coding ini bersifat sehenti yang mana sesiapa sahaja yang mempunyai Idea boleh 'berumah' di dan kita akan hubungkan anda dengan 'Kilang' kita iaitu supaya ramai orang berani membangunkan syarikat pemula berasaskan teknologi tanpa perlu keluar modal yang mahal dan membebankan.
Setelah kejayaan pembangunan ekosistem dan , saya menjadi lebih yakin, lebih banyak idea yang akan mampu dilaksanakan, malah kita akan bersedia melancarkan pelbagai STARTUP tahun Hadapan.
Matlamat kita tidak pernah lari, kita tidak mahu Sabah ketinggalan, kita mahu golongan pakar coding ADA dan WUJUD di Sabah melalui Program Digital kita.
Jom jadi FOUNDER TECH STARTUP, parking di group ini KKStartup Community ada 200 lagi untuk capai 1000 ahli, kita akan mulakan program pertama mini konvensyen kita sebagai Startup Pemula Sabah di awal 2023. InsyaAllah

Foto : Pinterest

Achmad Noorasyrul Noortaip




05/09/2022

Jangan lupa malam ini jam 9pm di TV3, Majalah 3.

Saksikan kisah Pengasas RideRunner dan legasinya yang berjaya dibina di Sabah

berkat dari sokongan bantuan pinjaman PTPTN

Hari ini kita sudah ada RideRunner.my, Aplikasi EHailing, BikeHailing dan PHailing PERTAMA Sabah, Sistem rekod transaksi PKS, Rikod.my, Kilang Coding Sabah, Coedev.my dan Pusat komuniti startup Sabah, KKStartup Community

Support usaha anak Sabah, Kita akan terus berkembang.

Dari Pena Founder.Secara peribadi ini adalah publisiti tertinggi pernah dicapai selepas pernah masuk ke Buletin Utama TV...
31/08/2022

Dari Pena Founder.

Secara peribadi ini adalah publisiti tertinggi pernah dicapai selepas pernah masuk ke Buletin Utama TV3 pada tahun 2020 pandemik lalu.
Kini Allah Swt bagi saya satu lagi peluang untuk membuktikan serta memperkenalkan usaha selama ini kita jayakan.
Kalau sebelum ini kita dikenali dengan Projek Van 10 Sen serta RideRunner, barulah orang cari siapa foundernya.
Tapi kali ini di Majalah 3, TV3 menceritakan tentang SAYA. Ia menceritakan tentang seorang anak watan dari Kg. Mensiang, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah bernama Achmad Noorasyrul Bin Noortaip.
Selepas menerima Anugerah Tokoh Peminjam Berinsipirasi sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN, begitu banyak pendedahan nama saya sendiri di seluruh Malaysia melalui pelbagai media terutama arus perdana.
Dengan kesempatan ini, saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga, berkat membayar balik PTPTN dengan sempurna, balasannya nama kita dihargai walaupun terdapat 1 juta lebih peminjam PTPTN SELURUH MALAYSIA, Kita juga TERPILIH.
Ini namanya rezeki, dan rezeki datang dari Allah Swt. Bagi sesiapa yang masih berhutang dengan PTPTN, pelan-pelan saja bayar, jangan nda bayar langsung, sebab ia tetap akan bagi manfaat pada anak bangsa kita.
Dan bagi Ibubapa yang ada anak kecil, anda boleh mula buka akaun simpanan pendidikan melalui SSPN PRIME dan SSPN i Plus, yang mana Prime tu boleh simpan macam ASB, i Plus tu ada perlindungan Insurans serta pelbagai tawaran didalamnya terutama pelepasan cukai dan dividen yang memberangsangkan.
Kita tidak akan rugi menyimpan kerana ia dilindungi dan tiada risiko duit hilang. Ibubapa mau tahu macamana bermula menyimpan?

boleh masuk link ini https://sspniplus2u.my/

Mari kita sediakan masa depan gemilang untuk anak-anak kita.
Penulisan ini adalah tidak dibayar/sponsored, tapi adalah satu ucapan dari lubuk hati tentang kepentingan kita menabung DEMI ANAK KETURUNAN KITA, maka PTPTN SSPN adalah tempatnya.

Jangan lupa 5hb September 2022, Isnin jam 9PM, Duduk depan TV, Masuk Channel TV3 untuk sama-sama kita tonton Inspirasi dan Kejayaan dari Saya khas untuk Sabah malah Keluarga Malaysia.

Achmad Noorasyrul Bin Noortaip









Saving for a better tomorrow
29/08/2022

Saving for a better tomorrow




ACHMAD Noorasyrul Noortaip would not be where he is today if not for a PTPTN loan, he says.

Persediaan Kelas Programming PERCUMA kita, Pusat Latihan akan diadakan di tingkat 4 Wisma Idolegacy Sdn Bhd.Ruang latiha...
29/08/2022

Persediaan Kelas Programming PERCUMA kita, Pusat Latihan akan diadakan di tingkat 4 Wisma Idolegacy Sdn Bhd.

Ruang latihan COEDEV ACADEMY ini mampu memuatkan sekitar 30 orang dalam satu masa dengan kemudahan tandas, surau serta bilik rehat.

Tempat ini masih agak sederhana, kita progress perlahan-lahan sehingga berkembang. Projek Kilang Coding Dunia ini memerlukan tempoh minima 3 tahun sekurang-kurangnya untuk melihat hasil (2022- 2025)

Kita anggarkan untuk lahirkan 30 orang yang mahir dalam bahagian masing-masing (App/Web/Ui) dalam tempoh terdekat dan akan tingkatkan lagi pada tahun hadapan.

Di sini juga tempat komuniti akan berkumpul, dan berkembang, INSYA ALLAH.


  kita akan ada solusi1. Mencari programmer, Pembangun, Pereka Aplikasi/Web tanpa perlu bayar mahal-mahal (Kilang Coding...
29/08/2022

kita akan ada solusi

1. Mencari programmer, Pembangun, Pereka Aplikasi/Web tanpa perlu bayar mahal-mahal (Kilang Coding)

2. Teknologi yang telah dijalankan R&D dan solusi berasaskan API khusus pembuatan Aplikasi/Web (GPS, Payment Gateway etc)

3. Perkongsian kepintaran serta kepakaran (Data Science & Tech)

4. Model laluan pembangunan perniagaan digital kebal pandemik (Social Entrepreneurship)

Ayuh sertai KKStartup Community

Kita sudai capai 700+ ahli

Kita akan KICK START apabila mencapai 1,000 ahli komuniti

Mari rancakkan industri IT di Sabah


Ke arah pembinaan KILANG CODING DUNIA di Sabah. Kita membuka PELUANG LATIHAN PROGRAMMING PERCUMAPeluang belajar sambil m...
29/08/2022

Ke arah pembinaan KILANG CODING DUNIA di Sabah. Kita membuka PELUANG LATIHAN PROGRAMMING PERCUMA

Peluang belajar sambil mendapat pengalaman bekerja melalui projek bagi yang telah mantap akan dibawa expose kerja dalam dan luar negara

Belajar secara fizikal dan Online selama 2 minggu dan akan ada sesi mentoring setiap bulan bagi memantapkan skill yang dipelajari sepanjang program.

Tiada kos untuk belajar, berumur 18 tahun ke atas, dan boleh fokus belajar selama 2 minggu dan kita cuba sediakan peluang bekerja separuh masa secara bebas (Freelancing)

Antara topik yang dia ajar:

1. Flutter (Aplikasi hybrid Android dan Ios)
- Perlu ada asas coding

2. Laravel (Web)
- Perlu ada asas coding

3. UI/UX - Figma (Pereka Web/App)
- Tidak perlu ada asas coding

Jom, siapa yang berminat boleh hubungi no yang tertera.

www.coedev.my




Bacaan yang agak TEKNIKAL, Khusus siapa yang bercita-cita menjadi founder Aplikasi/web system Start-up di Sabah atau di ...
26/08/2022

Bacaan yang agak TEKNIKAL, Khusus siapa yang bercita-cita menjadi founder Aplikasi/web system Start-up di Sabah atau di Malaysia.

Dalam membangunkan Startup Teknologi berasaskan Aplikasi/Web, SEKURANG-KURANGNYA ANDA PERLU ADA 3 ORANG YANG PANDAI BAHAGIAN BERIKUT:

1. UI/UX Designer (Pereka Bentuk Aplikasi)
- Kalau buat rumah, semacam arkitek yang melukis pelan rumah.

2. WEB DEVELOPER (Backend/Database)
- Kalau proses buat rumah, ini bahagian buat struktur asas, seperti footing/beam/laluan paip, elektrikal, frame dan lain-lain.

3. APP DEVELOPER (Frontend)
- Kalau proses buat rumah, dia yang pasang pintu, tiles, sinki, pendek kata dia la yang kasi cantik semua hasil dari kerja No.1 dan No. 2
- Kena Ingat, App Developer pun ada 2 (jika pakai native) iaitu App khusus Android dan App Khusus IOS.
- Atau ada yang pandai HYBRID, dia boleh buat Android dan Ios dalam 1 bahasa.
- Ini kalau buat rumah, tukang tu pandai buat tiles, buat wiring, buat tandas, semua dia buat 1 kali

Jadi, kalau mau start buat Aplikasi ini p**a kita ada beberapa pilihan untuk mencapai impian kita;

a. Kita pegi belajar 2 3 tahun, dan belajar semua dari UI/UX, Web dan App sehingga kita jadi FULL STACK DEVELOPER.
- KOS : MASA, TENAGA, DUIT, dan kalau nda pandai-pandai Kos nya adalah BUANG MASA

b. Bayar saja Kontraktor pembuat app.
- Biasanya dia akan caj kos 3 orang di atas tu + konsultasi + caj tersembunyi + caj lambat + caj repair bug + bermacam caj lain.
- Kelebihan, Kita banyak duit, tunggu saja siap app
- Risiko, Hak Intelek (IDEA) kita ada risiko tergadai apa lagi kalau pakai dari luar negara
- Anggaran Kos 30K - 200k+/projek

c. Kasi gaji FULL STACK DEVELOPER
- Semua dia boleh buat, sapu habis bersih
- Kelebihan, bayar sorang, senang atur sorang
- Risiko, Masa, Kos, workload, tempoh siap akan lebih panjang
- Anggaran Kos 5k - 13k+ SEBULAN

d. Kasi gaji 3 staff berlainan, UI/UX, Web dan App
- Kelebihan, semua in control, masing-masing buat kerja masing-masing, ada progress lebih cepat
- Risiko, Kalau sekadar buat 1 projek, UI/UX hanya buat di permulaan projek, lepas tu dia kurang kerja sudah, jadi nda tau apa mau bagi kerja, jadi rugi kasi gaji kalau tiada kerja boleh dibuat, kecuali ada pelbagai inovasi lain perlu dibuat.
- Anggaran gaji 2.5k - 5.5k SEBULAN per Staff

e. Guna Khidmat COEDEV.MY
- Kita bantu pemula buat ideation, prototype, MVP dengan harga yang rendah
- Bayar per fasa dan kita boleh tunggu ada modal baru buat, kalau tiada modal, boleh hold mana yang sudah progress dan sambung bila perlu
- Tiada attachment staff, dan staff yang menjaga projek tidak stuck disebabkan kita ada komuniti pembanguan bantu startup dan bagaimana idea boleh dijalankan melalui sudut paandang Aplikasi
- Pakai dan bayar yang perlu, tidak pakai tidak bayar
- Boleh sub pembangun samada dalam bentuk part time atau full time
- Banyak lagi kelebihan
- Kita ada ready R&D, bermakna banyak teknologi baru yang kita sudah buat R&D, jadi tidak perlu buang masa untuk fahami teknologi pihak ke 3
- Risiko, kalau tidak bayar service, projek tiada progress, tapi kita masih boleh bantu dimana yang boleh progress melalui inisiatif SANDBOX kita dari akan datang.
- Anggaran bermula 500 - IKUT KESESUAIAN BAJET DAN KEPERLUAN

Apapun, info di atas sekadar guideline ASAS, semakin besar fungsi Aplikasi, semakin ramai diperlukan untuk progress, tapi kkta sentuh tentang START-UP, Kita mahu dorong ramai orang berani buat App dan jalankan model perniagaan masing-masing.

Di kita komited mencipta KILANG CODING DUNIA, biar semua orang mau buat startup ada pilihan dan berani buat aplikasi dan web sistem tanpa perlu risau tentang kos. Kerana Sabah sudah ada KILANG CODING dia sendiri.

Kita sedang melahirkan 30 orang pembangun asas bagi pembuatan Aplikasi Telefon Pintar, Web Aplikasi, Sistem Database dan Pereka UI/UX.

Stay Tuned.




Kemarin kita bermesyuarat berkenaan pendigitalan warga usahawan kecil dan sederhana di SabahAda beberapa isu yang kita s...
18/08/2022

Kemarin kita bermesyuarat berkenaan pendigitalan warga usahawan kecil dan sederhana di Sabah

Ada beberapa isu yang kita sentuh:

1. Jika kita bagi kemudahan gerbang pembayaran 0% Caj, adakah peniaga kecil dan sederhana kita sanggup beli device dan one time payment tanpa sewaan selama-lamanya

2. Jika kita implemen gerbang pembanyaran (Paymwnt Gateway) QR Code kepada setiap peniaga kecil dan sederhana termasuk yang berniaga di pasar, tepi jalan dan lain-lain, adakah mereka bersedia berubah ke aras Tanpa Tunai (Cashless) atau tidak.

3. Jika kita mahu IKS kita berkembang, pastinya akauntibiliti diambil kira, adalah IKS kita BERANI merekodkan perniagaan mereka untuk dikembangkan? Atau terus takut LHDN/INCOME TAX ketuk pintu rumah?

Di Indonesia, peniaga kecil mereka sekecil guna gerobak 2kaki x 6 kaki pun pakai cashless payment. Ada yang pakai mesin terminal serta Kod QR bagi memudahkan pembayaran.

Di Sabah, kita masih keterbelakang dalam kesediaan warga IKS untuk masuk ke dunia Cashless. InsyaAllah Idolegacy Sdn Bhd akan menyertai gerakan mendigitalman Sabah tidak lama lagi.

Kita juga akan memperkuatkan ekosistem Rikod.my supaya lebih ramai mampu digitalkan perniagaan mereka kelak.

kita sudah capai 600+ ahli dalam group KKStartup Community

Ayuh ramaikan lagi sehingga 1,000 orang yabg berjiwa besar untuk berniaga san bermula dari kecil.

Ayuh sertai kami, kita akan berkembang bersama.


Tawau pernah menjadi sebahagian hidup saya apabila saya menghabiskan pelanjaran di UITM Para Diploma pada masa itu kampu...
18/08/2022

Tawau pernah menjadi sebahagian hidup saya apabila saya menghabiskan pelanjaran di UITM Para Diploma pada masa itu kampus terletak di Fajar, Tawau.

Saya mempunyai ramai sahabat di Tawau dan kerap ke sana untuk pelbagai tujuan, malah tidak asing lagi dengan dadrah tersebut.

Kemarin, kita ada 2 perkara besar yang dijalankan:

1. Pembukaan Hub RideRunner Tawau terletak di Bandar Sri Indah

2. Pra Pendaftaran E-Hailing Tawau dan taklimat bersama Founder


Syukur semua berjalan lancar, kita akan mulakan sesuatu gerakan di Pantai Timur berpusat di Tawau, dan merebak ke Kunak, Lahad Datu dan Semporna.

Kita sudah janjikan sekitar Bulan 8 kita akan ke Pantai Timur. Bersiap sedia semua, awal bulan depan kita akan buat pendaftaran serta pelancaran RideRunner Tawau.

Kita juga akan menyertai beberapa gerakan DIGITAL yang mana kita selain menyediakan peluang pekerjaan GIG, malah kita akan mbasa transformasi digital tanpa tunai (cashless) kepada peniaga.

Semoga ada manfaatnya, kita akan terus berkembang




Alhamdulillah terima kasih pihak MAMPU SABAHMenjemput saya untuk berkongsikan tentang"Sabahan Gig Economy : RideRunner"S...
18/08/2022

Alhamdulillah terima kasih pihak MAMPU SABAH

Menjemput saya untuk berkongsikan tentang

"Sabahan Gig Economy : RideRunner"

Sempena WEBINAR DIGITAL SEKTOR AWAM SABAH (2022)

Yang akan berlangsung pada 6 Semptember 2022.

InsyaAllah saya akan berkongsikan tentang peranan kita

Dan mungkin sedikit cadangan penambahbaikan Digital dalam sektor awam Sabah.






Anda boleh melihat poster muka hadapan program ini di laman sesawang di https://sabah.gov.my

Semakin lama semakin PAKAR saya dalam bidang pengurusan SOPMakin pandai baca setiap susunan operasiDan makin mudah melih...
08/08/2022

Semakin lama semakin PAKAR saya dalam bidang pengurusan SOP

Makin pandai baca setiap susunan operasi

Dan makin mudah melihat kekurangan proses dan baikinya

Dengan cara dokumentasikan SOP Tersebut

Di KKStartup nanti kita akan ajar mereka yang berminat berkembang

Untuk AUTOPILOT-kan bisnes mereka

Dengan adanya SOP, kita akan dapat menyukat KPI

Setiap team kita untuk memastikan

Semua urusan berjalan lancar dan mengikut sasaran sehari-hari

Dengan adanya KPI,

Kita mampu hargai staff kita yang sebenarnya bekerja keras

Untuk memantapkan operasi syarikat kira sehari-hari

Bagi sesiapa yang masih tersangkut dengan bisnes

Susah mau pergi jauh

Anda boleh dapatkan konsultasi di KKStartup

Segala bayaran/komitmen KKStartup 100% digunakan

Untuk membiayai kos membangun kan pemula bisnes yang lain

Jom sertai saya di KKStartup Community

Kita tunggu dapat 1,000 pertama pengikut

Kita akan mula melancarkan gerak kerja kita kelak


Alhamdulillah,Bertandang ke Menara PTPTN tengah hari tadi dan bertemu dengan Pengurus Kanan PTPTN, Puan Ain Syuharah Idr...
22/07/2022

Alhamdulillah,

Bertandang ke Menara PTPTN tengah hari tadi dan bertemu dengan Pengurus Kanan PTPTN, Puan Ain Syuharah Idris, untuk menerima surat Anugerah Tokoh Peminjam Berinspirasi sempena Majlis Sambutan Jubili Perak 25 Tahun PTPTN.

Saya bersyukur kerana dipilih untuk menjadi inspirasi pada para peminjam atau penabung di luar sana supaya menggunakan dana bagi membangunkan diri dan kehidupan bermula di menara gading lagi.

InsyaAllah 27.7.2022, saya akan menerima plak penghargaan yang akan diserahkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Ayuh terus berkembang dsn menempah nama di persada nasional.

Pengasas
Achmad Noorasyrul Noortaip

Having good dinner and sharing with Bikesh Lakhmichand from 1337 Ventures also with fellow tech startups community in Sa...
13/07/2022

Having good dinner and sharing with Bikesh Lakhmichand from 1337 Ventures also with fellow tech startups community in Sabah at Shangri-La Rasa Ria Resort. Thank you Viviantie Unyil from Sabah Creative Economy and Innovation Centre for the invitation.









Kami akan berada di Dewan Seri Sulaman, Pekan TuaranUntuk membuka peluang Pekerjaan Tetap mahupun GIGDatang ke Booth kam...
13/07/2022

Kami akan berada di Dewan Seri Sulaman, Pekan Tuaran

Untuk membuka peluang Pekerjaan Tetap mahupun GIG

Datang ke Booth kami untuk memohon pekerjaan

Untuk Pekerjaan GIG dan memohon Insentif 600 sebulan

Tidak Perlu melalui temuduga, hanya perlu membuat pendaftaran terus

1,000 slot peluang pekerjaan gig untuk warga belia du Sabah dibuka!

www.riderunner.my/sipgig


Peluang anak Sabah ikut HackatonDari pelajar sampailah pemula (start-up)Ada hadiah menanti pemenangDan siapa dari jauh l...
06/07/2022

Peluang anak Sabah ikut Hackaton

Dari pelajar sampailah pemula (start-up)

Ada hadiah menanti pemenang

Dan siapa dari jauh luar daerah KK

Jangan risau akan dapat bantuan tempat tinggal dan Makanan PERCUMA

Pendaftaran adalah PERCUMA!

Hackaton bukan bermaksud HACK komputer orang

Hackaton maksudnya sebuah program/pertandingan

Untuk mencabar minda dan idea mencipta sistem/bisnes model/automasi/sokongan

Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan penganjur

Dengan menyertai Hackaton anda akan berpeluang

Mendapat dana, investor, rakan kongsi, rakan pasukan, rakan mahir

Yang mungkin akan membuka jalan masa depan anda

Jom join beramai-ramai

Kita kasi mantap Usaha Digital di Sabah

Hubungi info tertera di poster bawah


05/07/2022
05/07/2022

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KKStartup posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share