IslamiCruise.sg

  • Home
  • IslamiCruise.sg

IslamiCruise.sg Event consultancy company that supports and provides Islamic Cruising services to corporate clients

Happy Birthday, our Founder !
16/10/2021

Happy Birthday, our Founder !

SANAH HELWAH, Suhaimi Abd Ghafer ❤️ !

Ya Allah, panjangkan dan berkatilah umur Pengasas dan Pengarah urusan Pelayaran Islamik, En Suhaimi Abd Ghafer serta permudahkanlah segala urusan beliau. Aamin...

Thank you for guiding us and making a capable employee.
Wishing you a very happy birthday, Boss !

06/05/2021

Jom tengok Program kebajikan Pelayaran Islamik

14/01/2021

IBLIS ITU SANGAT ALIM

Jika engkau bertanya tentang Al'Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit...

Jika engkau bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya,
kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu...

Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga...

Iblis ahli Quran...
Iblis ahli hadith...
Iblis ahli riwayat...
Iblis ahli ibadah...
Iblis alim/pandai dalam segala ilmu...

Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat...

“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan...

Kita juga akan faham bahwa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah.

Yang aku takut...
hatiku kian mengeras dan s**ar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain..

Yang aku takut...
aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut... ego ku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut...
aku lupa bercermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut...
ilmuku akan membuatku menjadi sombong dgn memandang yang lain lebih rendah ilmunya dari ku.

Yang aku takut... lidah ku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib ku yang menggunung.

Yang aku takut...
aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan.

Yang aku takut...
aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.

Yang aku takut...
aku membenci dosa orang lain, namun bila aku sendiri yang membuat dosa aku tidak p**a membencinya.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menyedarkan ku sehingga aku lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diri ku sendiri daripada menilai keburukan orang lain. Aamiin...

Syukur - Tenang - Damai

❤❤❤
28/11/2020

❤❤❤

Terima kasih Kerajaan & warga Aceh atas sambutan luarbiasa yang diberikan pada Pelayaran Islamik 25.0 yang penuh kontroversi...
Kenangan terindah, Alhamdulillah.


--------------------
MEMORIES FROM Sdr Zulkarnaini Abdullah
: Penyerahan bungong jaroe ke Cek Suhaimi Mieamor dan Capt. Gianfranco lafauci

10/11/2020

Assalammualaikum sahabat2 facebook yang dirahmati Allah dan saya kasihi sekalian. Nantikan kemunculan saya dengan Rahsia terhebat saya 🥰😍

Rahsia apa agaknya ye ?

Nantikan FB live esok pada jam 11.11 pagi pada 11.11.2020 bersama saya di page Ustaz Hanafi 😉

Jangan lupa ye ! Dan jangan lupa share sebanyak-banyaknya..

Ada PERADUAN dengan hadiah menanti siapa yang share terbanyak😊

30/05/2020

Menarik untuk dibaca dan dikongsikan...

29/05/2020

Good, Bad.. Who Knows?

Only HE (ALLAH) knows...

Syukur - Tenang - Damai

Kredit : Bro Safuan

23/05/2020

TAKBIR RAYA AIDILFITRI DARI ATAS CRUISE - TAYANGAN 2

Ayuh sama-sama kita bertakbir raya sempena tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pelayaran Islamik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Pelayaran Islamik dan seluruh umat Islam seluruh dunia.

Moga ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima Allah SWT, Aamiin...

Penampilan khas takbir raya ini ialah Ustaz Hanafi , Muhammad Hazamin Bin Harun , Syah Inteam

Jom like, comment dan share

Visit www.pelayaranislamik.com

Assalamualaikum buat Ayahanda & Bonda serta peserta2 Alumni Pelayaran Islamik. Kerinduan kita untuk bersama dalam Pelaya...
23/05/2020

Assalamualaikum buat Ayahanda & Bonda serta peserta2 Alumni Pelayaran Islamik. Kerinduan kita untuk bersama dalam Pelayaran Islamik amat2 memuncak. Semoga kita semua diizinkan Allah untuk berlayar di samudera bersama2 lagi... Aamiin

Kami, Pengurusan & warga Kerja Pelayaran Islamik ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Kami juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas nasihat, doa, kata2 perangsang dan sokongan Ayahanda, Bonda serta peserta2 Alumni Pelayaran Islamik kepada kami dalam mengharungi tempoh s**ar ini. Sesungguhnya kami amat2 terkesan dengan bala dan wabak ini. Walaupun kami masih cuba bertahan, tapi hanya Allah yang tau betapa peritnya keadaan kami.

Sesungguhnya Pelayaran Islamik adalah milik Ummah. Milik kita semua. Tanpa kita sedar, Pelayaran Islamik bukan sahaja satu percutian yang santai tetapi kita mampu garapkan usaha dakwah & kebajikan serta membawa manfaat buat Ummah. Ianya takkan berjaya tanpa izin Allah dan juga sokongan padu tanpa berbelah bagi Alumni2 Pelayaran Islamik. Kami amat2 terharu, bangga serta bersyukur ke hadrat Allah atas pengurniaan kasih sayang daripada Ayahanda, Bonda, peserta2 Alumni dan seluruh warga kerja Pelayaran Islamik..

Semoga Allah merahmati, menerima dan memberkati segala usaha kita semua... Aamiin

Kami juga mohon sokongan dan bantuan berterusan diberikan atas apa sahaja usaha yang kami lakukan dalam memartabatkan Islam serta Ummah.

Kami juga menzahir kan rasa terima kasih dan bersyukur kepada semua atas sokongan usaha kecil kami sepanjang Ramadhan tahun ini. Tidak kurang yang mengikuti segala post2 berjadual kami (tazkirah, drama Islam, panduan masakan dan zikir munajat) yang disediakan.
Malah kita juga berjaya menyemarakkan usaha membaca Al Quran sekurang2nya 4 juzuk setiap seorang dengan semangat ukhwah bersama. Alhamdulillah. Semoga segala amalan dan ibadah yang kita sempurnakan diterima Allah dan diberikan ganjaran Lailatul Qadar dan Syurga yang hakiki... Aamiin.

Kami mohon agar ukhwah ini tidak di leraikan. Ikatan kita tidak di putuskan. Kasih sayang kita tidak dipisahkan. Kami mohon sangat2 kekal lah kita bersama hingga membawa ke Syurga.

Kami juga mohon agar berikanlah sokongan dan bantuan serta kekuatan buat kami kekal dalam usaha2 dakwah dan berkebajikan Pelayaran Islamik.

Akhir kalam, kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan atas segala dosa2 kesalahan kami dan halalkan segala2nya. Selamat Hari Raya Eidul Fitri.

Ikhlas dari saya,
Suhaimi Abd Ghafer
Pengasas Pelayaran Islamik


22/05/2020

*PENTING*
*MUSTAHAK*

Kami di Pelayaran Islamik ingin sekadar mengingatkan kepada semua Alumni yang kami sayangi & kasihi utk jangan lupa membayar Zakat Fitrah ya. Wajib tu. Bukan apa, sekadar mengingatkan. Yang mana dah sudah, Alhamdulillah. Yang mana belum moh ler bergegaih cepat2 ke Masjid atau pun boleh online.
Dengar kata esok pagi kaunter Zakat Fitrah tak buka ya...

Kami Warga Kerja Pelayaran Islamik mendoakan agar segala amalan & ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan mendapat redha Allah serta berpeluang diketemukan Ramadhan pada tahun2 mendatang... Aamiin.

Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin.

Kami sayang semua Alumni2 kami... Terima kasih atas kasih sayang & sokongan serta doa buat kami... Aamiin Ya Rabbal Alamiin

20/05/2020

"Masjid dan Pasar"

Seandainya Masjid bolih berbicara, mungkin dia akan mengatakan : "Aku sangat iri pada Pasar yang masih ramai di datangi oleh banyak orang, sedangkan aku di tutup tidak boleh di datangi orang ... !!!"

Jika memang ini untuk kebaikan kita bersama, lantas kenapa cuma aku yang di tutup.. Aku iri, ingin rasanya aku berteriak, : "Wahai manusia … Kenapa kamu takut dijangkiti virus saat mendatangiku, dan tidak takut dijangkiti virus saat mendatangi pasar ... ?!?"

Dan pasar pun mendengar keluhan Masjid ....
Pasar pun menjawab : "Hahaahaaa ...... itu karena manusia lebih takut kelaparan di dunia di bandingkan kelaparan di akhirat... !!!"

"Wahai Masjid .. engkau memang tempat yang paling suci dan bersih, dan engkaupun adalah rumah ALLAH s.w.t… Tetapi di dunia aku yang menang ...

Pasar berbicara lagi :”Padahal aku adalah salah satu tempat yang di benci oleh ALLAH s.w.t., tapi aku yang di biarkan terbuka dan di datangi banyak manusia, sedangkan engkau Masjid, engkau di tutup dan di larang di masuki oleh banyak manusia ...

Dan Masjid pun bersedih ...

"Wahai manusia .. jika kamu bolih ke pasar dengan memakai topeng muka (masker), lalu kenapa kamu tidak datang ke masjid dengan memakai topeng muka (masker) juga ... ?!?"

"Jika kamu takut bersentuhan dengan orang di masjid , lantas kenapa kamu tidak takut berdesak-desakan di pasar ... ?!?"

"Jika memang orang yang selalu solat berjamaah di masjid di suruh solat masing2 di rumah, lalu kenapa para pedagang pun tidak di suruh berjualan di rumah sahaja, atau berjualan keliling supaya tidak ada lagi berkerumunan dalam bentuk apapun sampai pandemik covid19 ini berakhir ... ?!?"

"Agar aku tidak IRI melihat tempat kamu terbuka lebar2 dan aku di tutup rapat-rapat ... ?!?"

Share dari grp sebelah
FIKIR FIKIRKAN LAH..........😞

Syukur - Tenang - Damai

Jom Infaq Iftar :
Utk tempahan, sila whatsapp Shikin di talian (klik link ini): https://wa.me/60127750656

Jom Wakaf Telaga & Daftar Korban 2020 :
Untuk Tempahan, sila whatsapp Munirah di talian untuk maklumat lanjut (klik link ini): https://wa.me/60127791755

Jom beli Kelapa Pandan Wangi :
Untuk Tempahan, sila whatsapp Niza di talian untuk maklumat lanjut (klik link ini): https://wa.me/60122356106

Baca jangan tak baca... Jangan lupa share agar saling memahami... Kalau tak kang tak pasal terjojol kat depan rumah... s...
10/05/2020

Baca jangan tak baca... Jangan lupa share agar saling memahami... Kalau tak kang tak pasal terjojol kat depan rumah... serba salah kita nanti kan...

BETUL KE KELAPA PANDAN WANGI NI SEDAP? BAYANGKAN IFTAR ANDA HARI INI BERBUKA DENGAN AIR KELAPA YANG SEJUK... PERGHHH TERLIUR... Jadi, berbuka nanti minum air...

10/05/2020

*USTAZ PENCURI*

Seorang Ustaz diundang makan malam oleh sepasang suami istri di rumah mereka.

Setelah Ustaz itu pergi,
si istri berkata kepada suaminya,
Wang kita hilang, aku fikir Pak Ustaz yang mengambil wang 5ribu di meja itu..

"Padahal sebahagian wang itu akan aku berikan untuknya."

Dengan marahnya si suami berkata, "Jika begitu dia pencuri!
Jadi kita tidak perlu datang ke pengajiannya lagi.

Dua bulan kemudian si wanita bertemu dengan Ustaz itu di jalan dan dengan terpaksa menyapa Sang Ustaz.

"Ass. Wr. Wb. Pak Ustaz, tentu anda menyedari bahwa sudah lama kami tidak hadir di pengajian kerana kami marah padamu.

Ketika anda makan malam di rumah kami, di meja ada wang 5ribu yang hilang, setelah anda pergi.

Dan Pak Ustaz adalah satu-satunya orang yang datang ke rumah kami hari itu."

Sang Ustaz dengan tersenyum menjawab:
Ya benar aku yang mengambil wang itu dan meletakan dalam Alqur’an anda, agar tidak terkena tumpahan sos dan kuah."

Maafkan saya kalau waktu itu saya tidak beri tau anda, karena saya fikir kalian tiap hari pasti buka Alqur’an.

Wanita itupun amat malu dan meminta maaf kepada sang Ustaz.

Setelah Kembali ke rumah, dia mengambil Alqur’an dan menemukan 5ribu berada didalam Alqur’an sudah selama dua bulan.

Selama dua bulan si wanita dan suaminya tidak pernah membuka dan membaca Alqur’an.

Selama dua bulan mereka telah menuduh Ustaz-nya itu telah mencuri wang mereka.

Sahabat..
Semoga kita tidak seperti kisah suami dan isteri diatas..

Jarang Membaca Alqur’an,
berprasangka buruk dan menghakimi orang lain yang belum tentu bersalah.

Selamat memperingati Malam Nuzulul Qur'an
Tiada Hari tanpa membaca Alqur'an..
semangat ya saudara saudariku..

Syukur - Tenang - Damai

SELAMAT MENYAMBUT BULAN MULIA RAMADHAN buat semua umat Islam dan warga IslamiCruise.SGSemoga ramadhan kali ini membawa s...
24/04/2020

SELAMAT MENYAMBUT BULAN MULIA RAMADHAN buat semua umat Islam dan warga IslamiCruise.SG

Semoga ramadhan kali ini membawa satu makna dan erti buat kita semua.
Ayuh, tingkatkan amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

Visit www.pelayaranislamik.com

16/04/2020

Tidakkan ajaran/didikan Ibu & Ayah adalah yang paling terbaek buat diri kita?

*Renungan*

Presiden Turki, Erdogan berkata:

Ketika saya masih kecil, saya sangat ego (hagah), selalu mengambil yang terbaik untuk diri saya sendiri.

Perlahan-lahan, semua orang meninggalkan saya dan saya tidak punya ramai kawan.

Tidak terfikir itu salah saya tetapi saya mengkritik dan menyalahkan orang lain.

Ayah saya telah memberi saya 3 kalimat pengajaran dan beberapa pilihan untuk membantu saya dalam hidup.

Pada suatu hari, ayah masak 2 mangkuk mie dan letak atas meja, semangkuk ada telur dan 1 lagi tiada.

Ayah berkata, "Anakku, pilih, mangkuk mana yang kamu nak".

Untuk pengetahuan, masa itu telur susah dapat.
Hanya boleh makan telur semasa adanya Temasya Tahun Baru Islam. Pasti saya pilih yg ada telur.

Ketika makan, saya rasa cukup bijak kerana pilih yg ada telur, tapi saya terkejut melihat mangkuk ayah ada 2 telur dibawah mie.

Saya sangat menyesal, marah pada diri sendiri kerana telah salah pilih.

Ayah tersenyum dan berkata; "Anakku, kamu harus ingat, apa yg kamu lihat, mungkin tidak benar, jika kamu berhasrat ingin beruntung dari orang lain, kamu akan menemui kegagalan dan keciwa....

Keesokan harinya, ayah masak 2 mangkuk mie spt biasa, semangkuk ada telur di atasnya, semangkuk lagi tiada, kemudian suruh pilih.

Kali ini saya rasa bijak buat pilihan yg mana saya pilih yg tiada telur namun terkejut bila mendapati tiada 1 pun telur dibawahnya.

Ayah saya tersenyum faham dan berkata...
"Anakku, kamu tidak harus selalu bergantung pada pengalaman, kerana ianya boleh mengucar-kacir dan mengeciwakan hidupmu dan selalu tertipu. Tetapi kamu tidak boleh terlalu sugul dan bersedih. Ini merupakan pengajaran buat kamu. Kamu tidak akan dapat pengajaran seperti ini di sekolah hingga ke universiti.

Hari ketiga, ayah masak mie lagi, semangkuk ada 2 telur dan semangkuk lagi tiada dan suruh saya pilih.

Kali ini, saya suruh ayah pilih dulu kerana ayah adalah kepala keluarga yang pasti memilih yg ada telur dan saya ingin melepaskan mie yg ada telur kepada ayah, tidak mengapa saya dapat yg tiada telur. Ayah telah pilih yg ada telur.

Ketika makan saya menjangkakan pasti mangkuk saya tiada telur, tapi rupa2 ada 3 telur dibawah.

Ayah tersenyum faham riak muka saya dan berkata;
"Anakku, harus ingat, ketika kamu berniat memberikan yg terbaik kepada orang lain, kebaikkan itu akan kembali kepada kamu".

Saya selalu ingat 3 untaian kalimat nasihat ayah dan hidup saya selalu melakukan sesuai nasihatnya.

Dan... Alhamdulillah saya berjaya.

Sebab, jika ada iri hati/dendam dan mementingkan diri sendiri, di situ ada kekacauan dan semua jenis kejahatan.








18/03/2020

Keluargaku, sedara mara se Islam ku, kawan-kawan & Sahabat2 ku semua.. Tolong lah... Ku rayu padamu... 😢😢😢😭😭😭🙏🙏🙏

COVID-19 bukan virus main-main. Mangsa COVID-19 yang meninggal dunia, ahli keluarga tidak boleh pun tatap wajah mereka.

Tak boleh pikul bawa ke kubur, tak boleh tolong tanamkan. Ini kerana virus yang ada pada tubuh mereka masih aktif hingga beberapa jam/hari.

Petugas khas sahaja boleh kebumikan dan urusan mandi mayat guna prosedur ketat. Tiada sesiapa boleh mendekat. Tidak ada solat jenazah seperti mayat normal lain.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, amin.

COVID-19 bukan perkara main-main. Jadi tolong jangan main-main dengan arahan pihak berkuasa agar kita stay di rumah dan minimakan pergerakan.

Langkah dibuat oleh kerajaan ini untuk kebaikan kita semua. Tolong patuhi. Jangan disebabkan kalian, orang lain mendapat jangkitan.

Ayuh Malaysian kita sama-sama perangi wabak bahaya ini. Sama-sama kita berganding bahu dan memberi kerjasama atas semua arahan yang diberi.

Kita mampu melawan wabak ini jika patuh pada arahan yang diberikan.

Ayuh Malaysia! Kita lawan wabak ini sama-sama!

Syukur - Tenang - Damai
www.pelayaranislamik.com



Kes Coronavirus yang semakin hari semakin meningkat amat merisaukan buat semua manusia di seluruh dunia.Penerbangan kelu...
26/01/2020

Kes Coronavirus yang semakin hari semakin meningkat amat merisaukan buat semua manusia di seluruh dunia.

Penerbangan keluar masuk dibatalkan,
Pintu masuk diperketatkan oleh pas**an perubatan,.. pelbagai cara untuk menghalang simptom ini terus merebak ke negara kita.

Jom amalkan Doa Menghindari Diri dari Penyakit yang admin sharekan ini.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari penyakit-penyakit berbahaya ini.

Aamiin Ya Rabbal Alamin

Website - https://pelayaranislamik.com/
Facebook - Pelayaran Islamik / IslamiCruise
Instagram -
Twitter -
Youtube - Pelayaran Islamik
Office - +03-6185 0010
Whatsapp - +6012-275 5301 | +6012-779 1755 |
+6012-337 0103 | +6012-775 0656 | +6012-675 5774
| +6012-630 0755



07/01/2020
Best sangat ke Pelayaran Islamik ni???https://www.bharian.com.my/node/125902
09/12/2019

Best sangat ke Pelayaran Islamik ni???

https://www.bharian.com.my/node/125902

JIKA melancong dengan menaiki kapal mewah sebelum ini sering dikaitkan dengan kegiatan maksiat, pandangan masyarakat Islam di negara ini kini berubah selepas sebuah syarikat pelancongan, IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd (IntraTama) menganjurkan program Pelayaran Islamik sejak dua tahun la...

14/11/2019

Hebat la Pelayaran Islamik ni. Sekarang dah masuk 38.o😱👍👍. Memang diyakini dan sesuai untuk lapisan umur. Makanan Pasti H4LAL. Syamsul Amri Ismail Official & Ustaz Nor Azamir Alias yang merupakan Imam Masjid Sultan Mizan, Putrajaya (Masjid Besi). Musim Cuti Sekolah dan Musim Sejuk. wow...

http://www.wasap.my/+60126755774/PelayaranIslamik38

13/11/2019

*Hanoi*
Ibu Negara Vietnam. Merupakan Bandaraya yang berada di Utara Vietnam & dekat dengan sempadan China. Hanoi juga adalah negara 4 musim. Musim pada Pelayaran Islamik siri 38.o adalah Musim Sejuk. Umat Isl4m hanya tak lebih 100 orang dengan hanya 1 sahaja Masjid yang kecil tanpa ada sekolah agama. Bangsa Vietnam majoriti nya adalah golongan tidak beragama.
Bandaraya Hanoi juga adalah pusat pentadbiran dan pusat kedutaan bagi negara2 asing seluruh dunia.

*Halong Bay*
Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO mempunyai ribuan p**au2 indah dan juga salah satu Gua di Pulau2 tersebut yang dipanggil Surprise Cave diisytiharkan sebagai 7 Wonder of The World kerana pernah tenggelam satu ketika dahulu dan timbul dengan staligtight & staligmight yang berbentuk alunan ombak yang amat menakjubkan.

Halong Bay juga adalah Tapak Penggambaran Filem Hollywood KingKong The Skull Island.
Dengan aktiviti yang dekat dengan alam ciptaan Allah seperti Eksplorasi Gua, Pusat Pemeliharaan Mutiara, Menaiki sampan tradisional Vietnam menyelusuri Gua Terowong, Pemandangan Indah 360° di Titop Island, dan bermain Bola Tampar di pantai yang indah... menjadikan pengalaman yang amat s**ar utk dilupakan.

*Golden Cruise*
2 malam penginapan di atas Cruise.
Cruise mewah bertaraf 5 bintang yang terbesar dan termewah di Halong Bay. Mempunyai 44 kabin berbalkoni dan 4 kabin bertingkap besar dan satu2nya Cruise di Halong Bay yang mempunyai lif pasti menjanjikan kelainan serta keselesaan buat para peserta.

Cruise ini di chartered keseluruhannya oleh Pelayaran Islamik 38.o menghidangkan makanan fusion Vietnam dan makanan laut yang amat enak dan yang paling penting adalah hal4lan toiyiban yang dipantau dan disahkan oleh Halal Vietnam yang juga merupakan panel J4KIM.

*Hotel*
Hotel di Hanoi dipilih bersesuaian dengan konsep Pelayaran Islamik dan merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang amat mewah dan eksklusif menjadi penginapan anda selama 2 malam amat2 selesa dan mengujakan.

*Vietnam Airlines*
Adalah kapal terbang dalam kategori bukan Tambang Rendah. Makanan halal di berikan untuk penerbangan pergi & balik dan disahkan oleh J4KIM Malaysia
Perjalanan mengambil masa 3 1/2 jam penerbangan.

*18-22 Dec 2019*
Adalah tarikh Super Peak Season. Tarikh ini adalah tarikh yang amat2 baik untuk melancong dan yang paling penting hanya memerlukan cuti 3 hari sahaja krn melibatkan Sabtu & Ahad.

Pakej ini adalah setaraf dan setanding dengan pakej2 Korea atau Japan.

Ianya sama sekali tidak wajar untuk dibandingkan dengan pakej Ho Chi Minh yang semusim dengan kita dan penerbangan hanya 1 jam 30 minit sahaja.

klik sahaja
http://www.wasap.my/+60126755774/pelayaranislamik

12/11/2019

❤️❤️❤️ Halong Bay ni tempat penggambaran Filem King Kong dan Tapak Warisan Dunia UNESSCO. Jom bersama kami di lokasi 7 keindahan dunia😍😍





Kepada Kesemua peserta IslamiCruise.sg...kita bertemu sebentar nanti!
03/11/2019

Kepada Kesemua peserta IslamiCruise.sg...kita bertemu sebentar nanti!

Tinggal kurang lebih sebulan je lagi! Jgn lepaskan peluang keemasan ini! Kita bercuti sambil menimba ilmu bersama Asatiz...
09/10/2019

Tinggal kurang lebih sebulan je lagi! Jgn lepaskan peluang keemasan ini! Kita bercuti sambil menimba ilmu bersama Asatizah- Asatizah Undangan.👍

Salam & Blessed Monday Morning Everyone!! Any plans for holidays in November? Check out our upcoming Islamicruise Via Ro...
06/10/2019

Salam & Blessed Monday Morning Everyone!!

Any plans for holidays in November?

Check out our upcoming Islamicruise Via Royal Carribbean from Singapore to Penang & Phuket!

03/10/2019
27/09/2019

Petang-petang macamni, admin nak share satu Doa Antibiotik diri yang sangat bermanfaat buat semua warga Pelayaran Islamik.

Dipetik khas dari video ceramah Ustaz Dato Sharhan Shafie, dengan amalan kita, In Sha Allah, segala penyakit dapat sembuh dengan keizinan Allah SWT.

Tapi....jangan baca seorang-seorang saja, share dekat ahli keluarga, isteri tercinta, rakan-rakan, dan kenalan kita. Bagi ramai yang sihat walafiat, In Sha Allah.

----------------------------------------------------------

Ustaz Dato Sharhan Shafie akan bagi macam-macam jenis doa lagi atas cruise, November 2019 ini. Memang berbaloi dan sangat rugi jika terlepas. Jadi kalau tak mahu terlepas, klik link dibawah untuk maklumat lanjut tentang trip cruise ini !

https://wa.me/60122755301?text=Ustaz%20Sharhan%20Cruise

atau layari www.pelayaranislamik.com untuk info mudah.

27/09/2019
27/09/2019

Jom HONEYMOON dalam kapal mewah..asyik bukit tinggi je...try tempat baru cara baru p**ak kan....pasti pasangan anda s**a tak terkata..😍😍😍




27/09/2019

Regional Correspondent Arlina Arshad discovered a different type of holiday when she spent five days on an Islamic cruise that made headlines when three foreign preachers scheduled to join it were denied entry into Singapore.. Read more at straitstimes.com.

27/09/2019
27/09/2019
27/09/2019
27/09/2019

JOM IKUTI PELAYARAN 38.0 DISEMBER INI!

27/09/2019
27/09/2019

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IslamiCruise.sg posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IslamiCruise.sg:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share