DJ Emcee Allwiyz Ohhsem

  • Home
  • DJ Emcee Allwiyz Ohhsem
   >>17/8 & 18/8/2024
23/08/2024





>>17/8 & 18/8/2024

05/08/2024

Antara games yg memeriahkan suasana di Majlis Perkahwinan 👏👏👏❤️

Video duration from 2:11  Style...Yg Baik itu datangnya dengan izin Maha Terbaik...Terima kasih Allah...Terima kasih ist...
26/01/2022

Video duration from 2:11
Style...
Yg Baik itu datangnya dengan izin Maha Terbaik...
Terima kasih Allah...
Terima kasih isteri Chinta Edadzri
Terima kasih sahabat/partner selamanya Afiq Jescika Ernesto

Dj Allwiyz Ohhsem - Cover Area : Melaka - Muar - Negeri Sembilan

30/06/2021

AL FATIHAH....tony spider telah kembali ke rahmatullah..semoga roh nya bersama org2 beriman...aminnnn.. mohon sedekahkan al fatihah buat arwah tony ye kawan....Al fatihah

07/12/2020

Hingga kini tiada yg boleh mengganti kehebatan bakatnya. Aktif sejak awal 1970an.Satu2nya pelawak yang merakamkan album lawak semata2 tanpa nyanyian. Dato Jamali Shadat,berkebolehan melontarkan suara kanak2 dan dialek kaum India,Singh,Inggeris dan Cina dengan berkesan. Kini beliau agak uzur.Semoga Allah merahmatinya.

Info Aziz Naka

P Ramlee di Tahun Enampulohan🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕺Jika diperhatikan pada persepsi atau tanggapan umum, ramai yang sependapat bahaw...
12/11/2020

P Ramlee di Tahun Enampulohan
🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕶🕺

Jika diperhatikan pada persepsi atau tanggapan umum, ramai yang sependapat bahawa P Ramlee tidak tersenarai antara penyanyi Pop yang yang ternama d pertengahan 60an. Ada juga yang mengatakan P Ramlee bukanlah seorang penyanyi angkatan Yeh Yeh sebaliknya merupakan penyanyi veteran yang tidak mendapat tempat d era kegemilangan lagu2 Pop d tahun enampulohan, biar pon begitu beliau terus menyusun langkah berani demi menaikkan nama industri seni bangsa dan tanah air.

P Ramlee mengorak langkah dengan mempamerkan adegan2 muzik moden d dalam filem2 arahannya. Semasa d awal tahun 60an, beliau mempunyai kreativiti iaitu dengan membawa elemen2 muzik Barat ke dalam filem2nya. Bermula dengan filem2 Nasib Labu Labi, P Ramlee mengetengahkan Pancasitara sebagai nafas baru d dalam filem2 karyanya. Pancasitara merupakan kesinambungan kumpulan The Platters dari Amerika dan ilham menubuhkan kumpulan Pancasitara ini diinspirasikan dari populariti kumpulan The Platters tersebut. Meskipon Pancasitara tidak terdedah kepada dunia Pop ketika itu, ianya banyak mempengaruhi dunia seni tanah air dengan gaya baru terutama bagi menaikkan "kemewahan" lagu2 Melayu. P Ramlee bukan sahaja membawa elemen lagu2 ala The Platters d dalam filemnya tetapi merancakkan lagi perjalanan filem beliau dengan irama Twist sekitar 1963-65. Ianya adalah Twist Malaysia yg diilhamkan oleh beliau bersama S. Sudarmaji yang mana mereka selitkan gaya lenggang keMelayuan d dalam tarian tersebut

Ramlee tidak terlepas dengan kritikan umum dan terus memperbaharui filem2 arahannya dengan gaya muzik kontemporari dan lebih menyengat sekitar pertangahan tahun 60an. Biarpon terdapat cercaan serta sindiran terhadap pembaharuan yang dilakukannya, lagu2nya tetap diadaptasikan menjadi lagu2 hiburan moden di dalam filem2 tempatan. Ramlee seterusnya memulakam "projek" kumpulan 3 gitar d dalam filem 3 Abdul pada tahun 64 dengan menampilkan Kassim Masdor sebagai pemain rythmn pada filem tersebut. Ia adalah inspirasi dari kumpulan British yang mula meledakkan penangannya di pertengahan 1960an.

Ketika pembikinan filem tersebut dijalankan, P Ramlee telah berusaha mengetengahkan muzik iringan kumpulan gitar rancak dengan menampilkan tarian Twist sebagai alternatif utama lagu tersebut. Lagu Bunyi Guitar bukanlah sebuah lagu yang berkonsepkan Pop tetapi ia merupakan sebuah lagu berentak Twist yang mendominasi pasaran muzik dunia pada awal tahun 60an.

P Ramlee di KL

D dalam filem Masam Masam Manis, P Ramlee membawa naik sebuah kugiran terhandal d ibukota dengan beliau sendiri bertindak sebagai Penaung kumpulan tersebut. Kumpulan yang diberi nama Dendang Irama ini telah beraksi buat pertama kalinya d dalam filem Masam2 Manis terbitan 1965.

Sekali lagi Ramlee membawa pembaharuan dengan mengangkat muzik instrumental iaitu Surf sebagai lagu intro atau tema bagi filem ini. Setelah menerima sambutan baik terhadap kumpulan naungannya ini, P Ramlee mengundang kumpulan tersebut bagi sebuah lagi filem karyanya iaitu Nasib Do Re Mi mengiringi nyanyian Saloma.

Bermula dari pendaratan kumpulan2 gitar baru ini, P Ramlee mula mencipta singkatan kepada nama kumpulan gitar rancak dengan meringkaskan menjadi Kugiran. Panggung wayang gambar juga telah diubah kepada Pawagam bagi meringkaskan sebutannya. Setelah Nasib Do Re Mi sekali lagi Dendang Irama muncul d dalam sebuah filem baharu keluaran 1967 iaitu Sesudah Suboh. P Ramlee terus aktif mengundang banyak kugiran baru untuk muncul d dalam filem terbitannya dan antara yang menarik dan mendapat sambutan adalah filem Anak Bapak dan Keluarga 69.

Di dalam kedua filem tersebut beliau mengetengahkan kugiran baru iaitu kugiran The Rebels. Meskipon tidak dirakamkan ke piring hitam, lagu2 tersebut menjadi sajian paling diminati hingga ke hari ini. P Ramlee berjaya dengan bergayanya d dalam mengetengahkan elemen Pop dan kugiran muda dengan menampilkan mereka d setiap filem2 arahannya. Menjelang penghujung 60an beliau memperkenalkan kugiran D Zeds dari Bangsar d dalam filem Di Sebalik Tabir. Pada 1970, P Ramlee sekali lagi mengundang Dendamg Irama untuk filem aksi panas Gelora dengan menampilkan konsep Soul sesuai dengan perubahan lanskap muzik pada musim tersebut.

Kredit to : Imran Ibrahim Melaka

Dukacita dimaklumkan, Seniwati Rokiah Jaafar telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Jenazah dikebumikan selepas Zohor di...
28/07/2020

Dukacita dimaklumkan, Seniwati Rokiah Jaafar telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Jenazah dikebumikan selepas Zohor di Kg.Asam Jawa, Kuala Selangor. Allahyarham merupakan seniwati di studio Jalan Ampas dari 1949-1967.

Rokiah Jaafar atau nama sebenarnya Rokiah bt Ahmad, dilahirkan di Gemas, N9 pada tahun 1928. Pada usia 14 tahun, beliau berkahwin dengan Ahmad dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Zakaria, yang kemudiannya terkenal sebagai A.Galak.

Puncak kariernya adalah sebagai he**in dalam filem ANTARA SENYUM DAN TANGIS dan PUTUS HARAPAN bersama P.Ramlee.

Salam Takziah dari kami buat A.Galak sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman. Alfatihah~

"Rokiah is No.1 di Dunia"
1928-2020

Kredit:
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
SS - Antara Senyum & Tangis

Dukacita dimaklumkan, Seniwati Rokiah Jaafar telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Jenazah dikebumikan selepas Zohor di Kg.Asam Jawa, Kuala Selangor. Allahyarham merupakan seniwati di studio Jalan Ampas dari 1949-1967.

Rokiah Jaafar atau nama sebenarnya Rokiah bt Ahmad, dilahirkan di Gemas, N9 pada tahun 1928. Pada usia 14 tahun, beliau berkahwin dengan Ahmad dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Zakaria, yang kemudiannya terkenal sebagai A.Galak.

Puncak kariernya adalah sebagai he**in dalam filem ANTARA SENYUM DAN TANGIS dan PUTUS HARAPAN bersama P.Ramlee.

Salam Takziah dari kami buat A.Galak sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman. Alfatihah~

"Rokiah is No.1 di Dunia"
1928-2020

Kredit:
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
SS - Antara Senyum & Tangis

28/07/2020

Terima kasih kepada para pelanggan yang telah menempah perkhidmatan Deejay & P.A Sistem kami. InsyaAllah.. jumpa kami di majlis nanti!

10/07/2020

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi had maksimum 250 orang di acara sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tahniah rakyat Malaysia!
01/07/2020

Tahniah rakyat Malaysia!

TAHNIAH MALAYSIA 🇲🇾

Sejarah tercipta. Tiada kes tempatan pada hari ini.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Penerangan Malaysia

22/06/2020

: Keputusan benarkan anjur majlis perkahwinan diumum Rabu ini - Ismail Sabri Yaakob

21/06/2020

Hari ini kami dikejutkan dengan pemergian Cik Fairul iaitu salah seorang Pelukis Papan Cerita di Les’ Copaque Production yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah

Untuk makluman warga Melaka!Admin DJ Emcee Allwiyz Ohhsem
10/06/2020

Untuk makluman warga Melaka!

Admin DJ Emcee Allwiyz Ohhsem

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Makluman UTC Melaka akan mula beroperasi pada 15 Jun 2020 seperti waktu operasi berikut :

Isnin hingga Jumaat : 8.00a.m -9.00pm

Sabtu dan Ahad: 8.00 a.m -5.00p.m


DIRGAHAYU TUANKU.Semoga dirahmati dan diberkati Allah. Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Ke...
08/06/2020

DIRGAHAYU TUANKU.

Semoga dirahmati dan diberkati Allah.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.

DAULAT TUANKU


04/06/2020
Untuk makluman warga Melaka!Admin DJ Emcee Allwiyz Ohhsem
30/05/2020

Untuk makluman warga Melaka!

Admin DJ Emcee Allwiyz Ohhsem

Ikhlas dari kami DJ Emcee Allwiyz Ohhsem
29/05/2020

Ikhlas dari kami DJ Emcee Allwiyz Ohhsem


Selamat Hari Wartawan Nasional.

Hari ini 29 Mei 2020 bersamaan 6 Syawal 1441 Hijrah, genaplah 47 tahun Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita.Ti...
29/05/2020

Hari ini 29 Mei 2020 bersamaan 6 Syawal 1441 Hijrah, genaplah 47 tahun Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita.

Titipan doa dan Al-Fatihah buat Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

GAMBAR TERAKHIR P.RAMLEE

Gambar ini di ambil pada hari Isnin 21 Mei 1973, lapan hari sebelum Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia di waktu subuh pada hari Selasa, 29 Mei 1973.

Sedikit kronologi sebelum P.Ramlee meninggal dunia yang pernah diceritakan oleh anak kesayangannya Sazali kepada saya. Menurut Sazali sebelum bapanya meninggal dunia, P.Ramlee telah mengadu kepada Saloma yang beliau sakit dada. Saloma telah menawarkan untuk menghantar P.Ramlee ke hospital tetapi beliau menolak dengan memberi alasan ianya hanya disebabkan oleh angin dalam badan.

Lantas P.Ramlee meminta Saloma untuk menyapu Tiger Balm di dadanya. Sekitar jam 5.30 pagi, P.Ramlee sekali lagi mengadu kepada Saloma yang sakit dadanya telah menyerang kembali. Kali ini lebih sakit dari serangan pertama. Keadaan bertambah panik apabila P.Ramlee meronta-ronta sambil mengatakan, "i mesti mati, sekejap lagi i mesti mati", kepada Saloma.

P.Ramlee juga sempat memesan kepada anak-anaknya yang ada disisinya pada ketika itu supaya menjaga Saloma dengan baik jika ditakdirkan beliau tiada lagi. Setelah beberapa minit P.Ramlee diam tanpa berkata-apa. Tubuh badanya pun tidak lagi bergerak. Saloma dan anak-anaknya menjangkakan yang P.Ramlee hanya pengsan lalu segera menelefon ambulans untuk meminta bantuan.

Apabila sampai di Hospital Kuala Lumpur, P.Ramlee disahkan oleh doktor telah meninggal dunia. Menurut Nasir, tidak ada bedah siasat dilakukan ke atas jenazah P.Ramlee. Kami menerimanya dalam keadaan yang sempurna, kata Nasir. Jenazah P.Ramlee kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Dedap yang pada ketika itu sudah ramai didatangi oleh rakan-rakan dan peminat sejurus mendapat tahu P.Ramlee meninggal dunia. Selepas dimandikan jenazah di sembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang.

Tetapi tahukah anda bahawa pelakon M.Rajoli yang membacakan Talkin pada hari pengkebumian P.Ramlee, yang pada ketika itu beliau sedang berkhidmat sebagai salah seorang imam di Masjid Jamek Kampung Baru.

Hari ini 29 Mei 2020 bersamaan 6 Syawal 1441 Hijrah, genaplah 47 tahun Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita. Titipan doa dan Al-Fatihah buat Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, gagak di rimba yang masih bertakhta di belantara seni.

Teks : HAR

Sumber :
Kenangan Abadi P.Ramlee - Ramli Ismail
Sesi temubual bersama Sazali Ramlee, 2017

26/05/2020

Innalillahiwainnailaihirojiun

Saya dengan perasaan yang amat sedih mengucapkan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah tokoh wartawan, Datuk Ahmad A. Talib petang tadi.

Semasa hayatnya, Allahyarham yang merupakan rakan akrab saya banyak menabur jasa dan bakti kepada dunia kewartawanan dan telah menyumbang serta memainkan peranan besar dalam memperkasakan institusi media di negara ini.

Secara peribadinya saya telah lama mengenali Allahyarham dan amat menghormati beliau. Saya pasti ramai lagi yang turut berkongsi rasa keakraban yang murni ini.

Pemergian Allahyarham yang begitu mesra dengan panggilan Tok Mat merupakan satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dunia pemberitaan dan komunikasi.

Allahyarham akan sentiasa diingati sebagai seorang yang murah hati, merendah diri dan amat penyayang orangnya.

Moga Allah mengampuni dia, merahmati dia, memaafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Ahmad A. Talib atas kehilangan insan tercinta.

Al-Fatihah.

Untuk hebahan semua.. Boleh check semula arah kiblat..Admin DJ Emcee Allwiyz Ohhsem
25/05/2020

Untuk hebahan semua.. Boleh check semula arah kiblat..

Admin DJ Emcee Allwiyz Ohhsem

Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin daripada kami warga DJ Emcee Allwiyz Ohhsem. Semoga Allah swt menerima amalan kita...
24/05/2020

Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin daripada kami warga DJ Emcee Allwiyz Ohhsem. Semoga Allah swt menerima amalan kita semua dan diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Kami juga ingin berpesan kepada semua agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan menjaga kebersihan diri.



01/12/2019

Games F1 Pit Stop menjadi pilihan battle antara family... Kepantasan, ketangkasan, ketelitian & fokus menjadi faktor kemenangan 🏎️💪

01/12/2019

Game Fevret Family Day menjadi pilihan customer kami...

👨‍⚖️ ((( 27 Nov'19 ))) 👨‍⚖️Alhamdulilah.., Alhamdulilah.., Alhamdulilah... Rezeki itu milik Allah...Berkat doa Ibu Bapa,...
30/11/2019

👨‍⚖️ ((( 27 Nov'19 ))) 👨‍⚖️
Alhamdulilah.., Alhamdulilah.., Alhamdulilah...
Rezeki itu milik Allah...
Berkat doa Ibu Bapa, Guru², saudara mara, sahabat² serta kenalan²..., kegembiraan ini dikongsi bersama...
Semoga kita semua terus sukses dlm setiap bidang yg diceburi...
Saya yang menjalankan amanah... Aamiin 🤲🤝

Address

Melaka

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DJ Emcee Allwiyz Ohhsem posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DJ Emcee Allwiyz Ohhsem:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share