03/12/2023
TAK PERLU JADI SKINHEAD UNTUK MINAT ACAB
Aku start dengar ACAB masa tahun 2001. Darjah 6. Seperti mana abang dan sepupu aku banyak mempengaruhi minat aku kepada Metallica, Cromok, XPDC, dan band-band rock lain, begitu juga dengan ACAB. Aku dipengaruhi abang aku.
Aku masuk asrama tahun 2002, ada senior yang s**a pasang kaset ACAB. Di waktu senior-senior lain tengah mabuk dengan Nu-Metal macam Linkin Park dan Limp Bizkit, senior aku yang satu ni rileksss je layan ACAB. Dia ada dua kaset iaitu Eastern Oi dan Skinhead For Life. Aku tumpang dengar sebab sedap.
Tak banyak yang boleh dicakap tentang ACAB kerana band ini sudah pun melepasi prinsip paling utama dalam membuat lagu menurut M Nasir iaitu…
“….buat lagu kena sedap.”
Ya, lagu ACAB sedap. Sedap didengar, sedap dilayan, dan sedap dinikmati. Itu sahaja sudah cukup.
Namun, ACAB bukan satu band biasa yang hanya bikin muzik sebab minat. Mereka bikin muzik atas dasar prinsip dan ideologi.
Kalau setakat lagu sedap, tak ada beza mereka dengan Spoon, Scoin, Sting, Scan, Samudera, dan Spring. Lagu band-band itu juga sedap. Kerana itu mereka dapat jual banyak album.
Yang membezakan ACAB dan band-band tersebut ialah essence, notion, dan ideologi. Lagu mereka ada maruah, ada semangat. Mereka menyeru kepada kebenaran. Lagu mereka ada “roh”.
Roh yang macam mana? Roh lagu mereka ialah kebangkitan satu iklim di sekeliling pendengar. Bila dengar lagu ACAB ni, terasa sedang berada dalam satu rusuhan melawan kebatilan.
Pernah la aku dengar lagu depa sambil pejam mata. Sedar-sedar je aku tengok kepala aku pecah sikit keluar darah kena hentak dengan cota FRU. Aku pun bangun dan angkat terajang. Sekali lagi kena hentak. Aku pun sedar dari mimpi. Tengok-tengok dah senja.
******
Waktu aku start dengar dulu, senior-senior aku cakap ACAB ni band skinhead. Selalu bergaduh dengan budak punk. Dress code diorang ada maksud. Kenapa kepala botak? Kenapa pakai boot? Kenapa seluar kaki kecik? Macam-macam senior aku kencing aku. Dia cakap ayah Megat tu orang putih, mak dia Melayu. Sebab tu diorang takde lagu Melayu.
Dia jugak cakap Skinhead dengan Black Metal Ni satu baris. Tapi kalau Black Metal join dengan budak punk, Skinhead akan cari budak hip-hop buat bergaduh. Lagi satu dia cakap bebudak Skinhead ni bodyguard Anwar Ibrahim. Masa Reformasi 1998 tu skinhead yang jadi kepala buat rusuhan. Aku yang bodoh gila masa tu tadah je telinga. Percaya hidup-hidup.
Bila aku dah pandai bahasa Inggeris masa tingkatan 5, aku pun start kaji lagu-lagu Inggeris yang aku minat. Metallica, Muse, Nirvana, dan banyak lagi. Kemudian aku terfikir nak kaji lirik band Malaysia yang nyanyi lagu Inggeris. Aku start dengan Cromok. Pehhh. Main tasauf. Susah nak hadam. Aku kaji p**ak ACAB.
Masa tu aku sedar aku dah kena kencing dengan senior aku. Menyumpah-nyumpah aku depan PC kat cyber cafe.
Point aku, band ini dulu, atas sebab kesusahan mendapat maklumat, banyak diselubungi dengan khabar-khabar angin dan buah mulut. Zaman pra dan pasca millenium tu tak ramai yang dapat akses internet seperti hari ini. Media arus perdana p**a bersikap diskriminasi kepada artis-artis genre ini. Jadinya, info pasal mereka banyak didapati dari zine-zine dan bootleg. Aku salah sorang yang percaya pada buah mulut.
*****
Hinggalah aku dah sedikit matang, ada akses internet, dan pandai bahasa Inggeris, barulah aku dapat cerna apa yang ACAB mahu sampaikan dalam lagu mereka.
Album studio pertama dan kedua 100% bahasa Inggeris. Album studio ketiga ialah album cover lagu-lagu Melayu. Album studio keempat p**a 100% lagu baru berbahasa Melayu. Album studio kelima p**a bercampur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selebihnya p**a album live, single, dan EP (extended play).
Dalam album pertama hingga album keempat, semua pasal budaya Skinhead, prinsip melawan, dan isu sosial. 4 album pertama ni yang banyak mencorak cara aku berfikir tentang dunia. Aku bukan seorang skinhead tapi sangat minat dengan muzik mereka.
Riff gitar catchy dan raw. Suara serak pecah dan jantan. Solo gitar yang kena dengan lagu. Lirik yang matang dan bijak.
Paling utama, macam aku cakap atas tadi, essence lagu. Lagu mereka buat aku rasa aku sebahagian dari mereka. Buat aku rasa mereka bercakap untuk aku. Buat aku rasa aku ada saluran untuk luahkan rasa tak puas hati aku.
Contohnya lagu “You Lie” dari album Skinhead For Life. Ini lagu pasal korupsi yang menyebabkan isu dadah tidak ada kesudahan. Semua ni mainan orang politik je. Depan-depan kita, cakap nak memerangi dadah la, belia benci dadah la, macam-macam. Padahal depa sendiri yang buat masalah tu berterusan.
“You lie... when you say that you care
You lie... it's your political play
You lie... when you say it will change one day
You Lie... millions come in your way
You Lie... when you say drugfree one day
You lie... hang your high is the only way..”
Lagi satu aku paling s**a ialah lagu Racial Hatred 2. Aku rasa kalau aku join skinhead, aku masuk S.H.A.R.P iaitu Skinhead Anti Racial Prejudice. Aku ni kan liberal sikit. Lagu ni agresif, laju, dan tegas. TV1 dulu jadikan riff lagu ni sebagai muzik iringan dalam iklan Liga Super.
“No matter if you black or white
It’s not your colour that makes it right
No matter if you yellow or brown
It’s not your colour that should put you down
Unite is the thing's to be
See how strong that we can be
Stick together and see it trough
The strengh will build with me and you..”
****
Kalau kira, semua lagu ACAB aku cukup s**a atas sebab yang aku tulis di atas. Tapi kalau tulis semua nanti panjang sangat. Tulis panjang-panjang siapa nak baca?
Tapi dari dua lirik yang aku letak di atas, boleh nampak la kan ACAB ni band yang macam mana? Mereka naikkan kesedaran kita sebagai warganegara agar jadi “political conscious” kerana politik ialah perkara yang serius. Mereka ajar kita agar berani untuk mempersoalkan pemerintah. Bukan jadi walaun atau walanon yang menyokong membabi buta.
Dari lirik mereka juga kita dapati kita tak perlu jadi skinhead pun untuk layan dan s**a muzik ACAB. Cukuplah dengan menjadi warganegara yang punyai kesedaran sivik. Mereka bukan bercakap untuk kepentingan skinhead sahaja tetapi untuk semua golongan dari khalayak majoriti hinggalah kump**an marjinal.
*****
Esok 3 Disember 2023, ACAB akan adakan showcase Bangun di Mutiara Damansara. Album Bangun merupakan album keempat yang 100% berbahasa Melayu. Ia bukan album kegemaran aku tapi aku banyak kali ulang dengar sampai boleh hafal semua lagu.
Dari aspek muzik, album ini ada pengaruh Iron Maiden yang sangat kuat. Mereka tak bawa irama Oi tapi lebih kepada heavy metal. Semua lagu pakai chord rock.
Megat Hafiz atau Max iaitu frontman ACAB cakap di Facebooknya, showcase ini dianjurkan sebab isu global yang sedang berlaku di dunia sekarang antara Palestin dan Israel. Sebab tu showcase ini spesifik pilih album Bangun.
Aku akan hadir. Kawan aku si Sharell Eizwan yang hardcore dangdut pun akan hadir nanti. Nampak? Tak perlu jadi skinhead punnnn.
Okeylah. Panjang sangat dah. Esok aku post gambarrr.
Credit : Mohd zailee