KantaKit Photobooth

  • Home
  • KantaKit Photobooth

KantaKit Photobooth Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KantaKit Photobooth, .

KISAH REZEKI YANG TAK DISANGKANi mimin nak cerita pengalaman mimin sendiri pasal konsep sedekah ni. Memang satu kisah ya...
22/03/2024

KISAH REZEKI YANG TAK DISANGKA

Ni mimin nak cerita pengalaman mimin sendiri pasal konsep sedekah ni. Memang satu kisah yang mimin takkan lupa dan sampai sekarang mimin amaze dengan konsep sedekah.

Ceritanya berkisar semasa mimin masih bersekolah. Waktu tu mimin sekolah menengah. Cuma mimin tak ingat tingkatan berapa. Sekolah mimin tu sekolah berasrama penuh jadi semua pelajar memang wajib duduk asrama.

Bila duduk asrama, purata untuk dapat kebenaran balik kampung adalah 2-4 minggu sekali. Ada luck, dapatlah 2 minggu. Kalau takde, sebulan sekali je dapat balik. Ada luck tu macam ada cuti umum dekat-dekat.

Masa tu, jadual balik kampung 4 bulan sekali. Jadi hujung-hujung nak dekat balik tu, biasanya duit dah kering. Tinggal untuk bayar tambang bas je nak balik kampung. Masa tu tambang balik kampung dalam 5 ringgit kalau naik bas angkut-angkut. Kalau naik bas express, dalam 7 ringgit.

Sambung balik pasal duit dah kering tadi. Satu malam tu lepas Isya' mimin lapar gila. Nak tunggu supper lambat lagi. Mimin dah tekan-tekan perut dah waktu tu. Salah sendiri jugak tak makan dinner. Tapi makan ikan jeket, tu yang mimin tak makan. Ambik buah je.

Kepala dah serabut pikir, mana nak makan ni. Stok makanan dalam loker pon dah licin. Tiba-tiba terlintas dalam kepala pasal kalau kita sedekah, kita akan dapat 10 kali ganda balik. Apa lagi mimin keluarkan 20 sen, masuk dalam tabung surau dengan harapan nanti dapat 2 ringgit.

Korang jangan judge mimin sedekah tak ikhlas. Mimin budak-budak lagi masa tu 😂

Sambung balik. Mimin tunggu la jugak kot-kot ada rezeki lepas sedekah tadi. Kecewa bai takde pon ganjaran yang mimin harapkan. Hampa masa tu. Mimin masuk bilik, tukar baju, pastu turun ke bilik tv nak layan tv.

Mimin pon pegilah ke bilik tv. Sebelum ke bilik tv tu, ada bilik tetamu. Bilik tu khas untuk mak ayah yang melawat anak-anak hujung minggu. Kalau hari lain, memang port melepak senior-senior.

"Kau sini j*p" - ada sorang senior tu panggil. Dia tengah lepak dengan kawan dia sorang lagi. Pergh masa tu memang sakit hati. Dahlah tengah lapar. Kene panggil dengan senior pulak. Ini kalau tak suruh urut ni, mesti suruh basuh baju. Takpun ambik barang dekat kelas dia, Dah la lapar, nak tengok tv pon tak dapat.

"Ko tolong aku j*p. Pergi kantin beli nasi lemak. Letak ayam" senior tu kata kat mimin sambil hulur 5 ringgit. Kita junior ni taat je lah. "Beli dua" dia sambung lagi.

Mimin pon pasrah la menapak dalam 5 minit ke kantin. Siap beli mimin bagi lah dekat senior tu. Harapan dapat la seringgit balance tu lepas la beli nasi lemak telur. Masa tu seringgit je. Nasi lemak ayam 2 ringgit.

"Baki mana" dia tanya. Ah harapan musnah. Seringgit pon tak dapat. Fuh bertambah kecewa lah mimin. Mimin bagi lah baki tu.

"Ko ambik nasi satu lagi ni, upah". Perghh. Tuhan je la yang tau macam mana seronoknya mimin masa tu. Dapat makan, nasi lemak lauk ayam plak tu. Level makanan mewah dah kalau nasi lemak ayam kat asrama masa tu.

Mimin pon cakap terima kasih, blah dari situ menuju ke bilik. Berbunga gila hati masa tu. "Tak sia-sia aku sedekah tadi, Dari 20 sen, jadi 2 ringgit"

Sejak tu lah mimin sangat percaya pada konsep sedekah ni. Tapi bila dah dewasa ni, takdelah mimin pikir sedekah 20 ringgit, nanti dapat 200 ratus.

Kadang-kadang Dia bagi dengan benda yang kita tak nampak. Rezeki masa, rezeki ketenangan, dan macam-macam lagi lah. Pendek kata, rezeki bukan hanya pada harta.

Begitulah cerita mimin. Korang plak ada kisah-kisah macam ni? Cer citer cer citer.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Jadi bersempena dengan bulan Ramadan ni, mimin nak sedekah jugak. Mimin nak bagi diskaun dekat korang yang book servis photobooth pada bulan ni. PM mimin kalau nak tau detail. Jangan malu-malu ye 😁

ALIF YANG DISENANGI RAMAIBaru-baru ni nama Alif naik lagi. Tapi kitorang taknak komen dan ulas hal tu. Cuma kitorang nak...
21/03/2024

ALIF YANG DISENANGI RAMAI

Baru-baru ni nama Alif naik lagi. Tapi kitorang taknak komen dan ulas hal tu. Cuma kitorang nak highlight seorang Alif yang sangat kitorang admire.

Alif Satar, artis yang menggunakan popularitinya untuk mengajak orang buat baik dan buat benda berfaedah. Ajak orang jogging pagi-pagi, gerakkan kempen dan juga seorang suami setia.

Banggalah jugak sebab Alif pernah bergambar dekat photobooth kitorang. Orang putih kata "what an honour" gitu.

Kalau Dato Fadhilah Kamsah pon admire tau!

----------------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa PM kitorang untuk dapatkan Promosi Ramadan !

Frasa kantakit ni gabungan dari perkataan kanta dan kit. Jujurnya faktor utama guna nama kantakit ni pasal perkataan len...
19/03/2024

Frasa kantakit ni gabungan dari perkataan kanta dan kit. Jujurnya faktor utama guna nama kantakit ni pasal perkataan lensa dah ramai orang guna. Jadi kitorang cari lah yang sinonim dengan lensa. Ikut kamus, sinonim lensa ni adalah kanta.

Kitorang pun gunalah perkataan kanta. Kit tu pulak nak gambarkan set servis yang kitorang ada. Bahasa mudah dia, servis yang menggunakan kanta (lensa). Haaa gitulah.

Apa-apa pun nama hanya sekadar nama, kalau servis kelaut, nama pun jadi busuk tak gitu? So, korang doa-doakan servis kitorang kekal mantap dan jitu.

PELANCARAN SEMULA DENGAN NAMA BARUJika korang follow instagram kitorang, korang akan tau yang kitorang dah rebrand ke je...
18/03/2024

PELANCARAN SEMULA DENGAN NAMA BARU

Jika korang follow instagram kitorang, korang akan tau yang kitorang dah rebrand ke jenama baru sejak bulan 11 tahun lepas. Seiring dengan rebrand, kitorang relaunch balik bisnes photobooth kitorang yang kitorang mulakan pada tahun 2017.

Bukan relaunch kosong. Setiap bulan kita akan ada suprise untuk korang yang follow kitorang. Kitorang bagi diskaun, free gift, dan macam-macam lagi lah.

Jadi korang yang belum follow, cepat-cepat tekan button follow. Yang dah follow korang tunggu je promo kitorang keluar

Bulan Ramadan ni pon kitorang dah kasi promo. Kasi PM kitorang cepat kalau nak tau promo apa!

Last, terima kasih kepada korang yang dah support kitorang dari awal sampai sekarang 🙏🙏

Address


Telephone

011-31399633

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KantaKit Photobooth posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KantaKit Photobooth:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share