16/04/2024
Rezeki datang walau kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa.
Cukup dengan ketaqwaan dan keyakinan serta tawakkal kita kepada Allah.
Sebagaimana maksud firman Allah:
โโฆdan barang siapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduga-duga (terlintas di hatinya).
QS: At Tholaq 2-3
Hal ini juga terbukti dalam kisah antara Imam Malik (guru) dan Imam Syafiโe (murid) yang berbicara tentang rezeki.
Imam Malik berkata, โSesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan meberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.โ
Imam Syafiโe p**a menyikapi rezeki mesti dicari dan diusahakan. Sebagaimana burung yang keluar mencari makanan, jika burung tersebut tiada keluar, bagaimana p**a dia akan dapat makan pada hari itu.
Pada suatu hari, Imam Syafiโe keluar berjalan, lalu beliau nampak sekump**an petani sedang memetik anggur di kebun mereka.
Lalu Imam Syafiโe pun membantu petani-petani tersebut dan beliau diberikan sebakul anggur sebagai upah.
Imam Syafiโe pun berlalu dengan gembira kerana beliau dapat membuktikan yang rezeki perlu diusahakan.
Beliau pun kembali kepada guru beliau Imam Malik lalu meletakkan bakul tersebut di hadapan Imam Malik.
Imam Syafiโe lantas memberitahu gurunya, โjika saya tidak keluar dan membantu petani tadi memetik anggur-anggur ini, nescaya anggur ini tidak akan datang kepada saya.โ
Mendengar itu gurunya, Imam Malik RA tersenyum, lalu mengambil anggur dan memakannya.
Imam Malik berbisik kepada muridnya, โSehari ini aku memang tidak keluar, hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sempat berfikir, alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur. Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur segar untukku. Bukankah ini juga bagian dari rezeki yang datang tanpa sebab? Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan berikan rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang mengurus lainnya.โ
Kedua-dua mereka lantas tertawa.
Begitulah hikmah yang dapat kita ambil daripada konsep rezeki.
Rezeki itu milik Allah, kita hanya perlu lurus dalam niat kita. Disusuli dengan doa dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah.
Adakalanya Allah kirimkan rezeki yang kita sendiri tidak sangka kedatangannya.
Wallahuaโlam bissawab.