Al-Jannah Kitchen & Catering

Al-Jannah Kitchen & Catering Accept indoor or outdoor catering order for 30 above.
(1)

28/05/2023

Kuih talam pisang

1 cawan pisang - potong dadu atau lecek
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning
1/2 sudu kecil esen pisang

Cara membuatnya :
Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas :
1 cawan tepung beras
3-4 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
Kukuskan lagi 20 minit.
Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan.

28/05/2023

Kuih Talam Pandan.. Versi acuan 💚

TALAM PANDAN

Bahan

LAPISAN BAWAH

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
8 - 10 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecil santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
Secubit garam

Cara2 :

👉Blend daun pandan dgn air.. Tapiskan
👉Tuang dlm tepung2, santan & garam..kacau rata semuanya..tapis ke dlm bekas lain
👉Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu s**atan metrik) adunan pandan kat dlm acuan lompang saiz besar (acuan tu sapu sedikit minyak) dan kukus selama 10 minit.. Api jangan terlalu besar..sederhana

LAPISAN ATAS

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 kotak kecik santan kara (brand lain pun boleh)
3 cawan air
Sedikit garam

Cara2 :

👉Masukkan semua bahan..kacau & tapis
👉Bila adunan lapisan bawah dah masak..tuang 1 sudu besar atau lebih sedikit adunan ke dlm acuan tadi
👉Kukus selama 15 - 20 minit
👉Siap.. Tunggu sejuk baru keluar kuih ni dari acuan
P/s: ikut s**a nak tuang samada yg putih atau yg hijau dulu..
*Nak kukus dlm loyang yg 10x10..alas loyang dgn plastik..kukus lapisan pertama 20 minit..lapisan kedua juga 20 minit

Kredit Resepi : zura zul

28/05/2023

[KUIH TALAM PANDAN]

Bahan-bahan untuk lapisan bawah
- 160 gm tpg beras
- 60 gm tpg kcang hijau
- 250 gm gula pasir
- 500 ml santan cair
- 600 ml air daun pandan (15 helai)
- 1 sudu air kapur
- Sedikit saja pewarna hijau

Bahan-bahan untuk lapisan atas
- 800 ml santan agak pekat
- 100 gm tepung beras
- 20 gm tepung jagung
- 1 sudu garam

Cara-cara membuatnya:
> Lapisan bawah : Satukan semua bahan di atas, dan kacau sehingga gula larut. Tapiskan adunan dan kacau di atas api sehingga naik wap. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik. Kukuskan selama 20 minit.
> Lapisan atas : Satukan semua bahan dan tapiskan. Kacau sekejap di atas api sehingga naik wap. Kemudian tuangkan adunan ke atas lapisan bawah. Goreskan sedikit lapisan bawah untuk memastikan ianya melekat dengan baik. Pastikan juga tiada wap air atau jika ada boleh dilapkan dahulu. Kukus selama 15 minit hingga masak

Nota: guna loyang bersaiz 10 x 10. Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.

28/05/2023

[KUIH TALAM UBI KAYU]

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (A)

- 800 gm ubi kayu yang siap di parut
- 200gm santan pekat
- 100ml air
- 100gm gula pasir
- 150gm gula merah
- Sedikit garam
- Daun pandan disimpulkan
- 20gm tepung gandum

Bahan-bahan untuk lapisan atas (B)

- 300ml santan
- 500ml air
- 100gm tepung beras, ditapis
- 20 gm tepung jagung, ditapis
- 1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya:

Lapisan bawah : Masukkan gula merah, daun pandan dimasak hingga gula hancur. Tapis air gula dan dicampur dengan ubi kayu yang telah diparut. Masukkan sedikit garam dan tepung gandum (supaya kuih tu nanti mudah dipotong) Kacau hingga sebati, masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20 min. Buka pengukus dan mampatkan dengan sudu.

Lapisan atas : Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan dikukus selama lebih kurang 20 min atau hingga benar-benar masak.

28/05/2023

[KUIH TALAM GULA MELAKA]

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (A)
- 1 cawan tepung beras
- ¾ cawan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung ubi
- ¾ cawan gula
- ½ cawan santan cair
- 1 sudu teh air kapur
- ¾ cawan air gula merah, tambah ikut kemanisan yang dis**ai
- 2 ½ cawan air

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (B)
- 1 cawan tepung beras
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 cawan santan pekat
- 2 ½ cawan air
- sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
> Lapisan bawah : Campur semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam periuk, kacau adunan dengan api sederhana hingga naik wap. Biar sejuk seketika dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang dilapik plastik.

> Lapisan atas : Campur bahan-bahan B dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam periuk, kacau adunan dengan api sederhana hingga naik wap. Goreskan lapisan bawah untuk memastikan ianya melekat dengan baik dan tuang adunan ke atasnya. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 25 minit.

28/05/2023

[KUIH LAPIS]

Bahan-bahan:
- 1½ cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung jagung
- ¾ cawan gula
- 4 cawan santan
- Pewarna merah (ikut kes**aan)
- ½ sudu teh garam
- Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)

Cara-cara membuatnya:
> Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali pewarna dan minyak masak dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi.

> Sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci dan masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit. Masukkan 1 senduk adunan asal, kukus semula selama 5 minit. Lapiskan adunan merah dan asal berselang-seli sehingga adunan habis. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan..

03/05/2023
Jualan kueh mueh hari ini di Tamu Tutong,16/3/2023. Akan mula berjual dari hari pertama di Gerai Ramadhan Tutong, depan ...
16/03/2023

Jualan kueh mueh hari ini di Tamu Tutong,16/3/2023. Akan mula berjual dari hari pertama di Gerai Ramadhan Tutong, depan Hospital Tutong, PETAK NO.44.

20/09/2021
01/02/2019
MAJLIS PELANCARAN PRODUK 1K1P DAERAH TUTONG  31/01/2019
31/01/2019

MAJLIS PELANCARAN PRODUK 1K1P DAERAH TUTONG 31/01/2019

PILIHAN MASAKAN MENU
19/05/2018

PILIHAN MASAKAN MENU

NEW MENU PACKAGE
19/05/2018

NEW MENU PACKAGE

SUP BEBOLA IKAN
30/04/2016

SUP BEBOLA IKAN

IKAN KERAPU 3 RASA
24/04/2016

IKAN KERAPU 3 RASA

Address

TUTONG
Tutong
TA2341

Telephone

+6738694525

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Jannah Kitchen & Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

PROMOSI KATERING BULAN PUASA DAN HARI RAYA 2018

PROMOSI KATERING BULAN PUASA DAN HARI RAYA 2018

Nearby event planning services


Other Tutong event planning services

Show All

You may also like