Sang Kenari 1924

Sang Kenari 1924 Oleh itu, Kelab Legasi Kedah (KLK) telah mengeluarkan satu projek di bawah nama Sang Kenari 1924 Sdn. Bhd. Sokong juga kami dengan ,

Kelab Legasi Kedah (KLK) adalah medan penyatuan suara penyokong untuk memelihara, memupuk & meningkatkan kesedaran terhadap nilai identiti & legasi bolasepak negeri Kedah Darul Aman. Kelab Legasi Kedah (KLK) juga menganjurkan kesepakatan semua dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan sosial, aktiviti-aktiviti sukan, kebajikan & pergaulan baik diantara ahli-ahli kelab yang terdiri dari

pada golongan professional terutama melibatkan legasi bolasepak Kedah yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil. yang pada masa yang sama boleh digunakan sebagai medium untuk menyatukan semua penyokong di samping mewujudkan sebuah entiti pergerakan penyokong yang berperanan sebagai pemain industri. Subscribe Channel youtube di link,
https://www.youtube.com/

Follow TikTok di link,
https://www.tiktok.com/

Follow instagram di link,
https://www.instagram.com/kelablegasikedah/

Follow twitter di link,
https://twitter.com/klegasikedah

Like page facebook di link,
https://www.facebook.com/KelabLegasiKedah Terima kasih , Setia Untuk Legasi ,
Biar Jasa Jadi Kenangan , Hijau Kuning Lambang Kemegahan .

10/09/2024
Demi Negaraku,Dirgahayu Malaysiaku,Tanah Tumpahnya Darahku🇲🇾Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 67 !Semoga erti kemerd...
31/08/2024

Demi Negaraku,
Dirgahayu Malaysiaku,
Tanah Tumpahnya Darahku🇲🇾
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 67 !
Semoga erti kemerdekaan ini kan mampu memerdekakan diri kita dari segala belenggu yang melanda, InShaaAllah✊
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
‘Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai,
Disaksikan laut daun nyiur melambai’
Dari Negeri Untuk Negara,
Setia Kita Untuk Negara🇲🇾
🇲🇾

30/08/2024

⚔ FULL TIME ⚔

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malut United FC memenangi perlawanan Nusantara Challenge 2024.

FT | KDA FC 1 - 3 MALUT UNITED FC

⚽️ 19' Tatsuro Nagamatsu (MUFC)
⚽️ 40' Milos Gordic (KDA FC)
⚽️ 77' Victor Nabay Mansaray (MUFC)
⚽️ 85' (P) Diego Maximo Martinez (MUFC)

30/08/2024

⚔️ LINE UP ⚔️

🏆 NUSANTARA CHALLENGE 2024
🆚 KEDAH DARUL AMAN FC vs MALUT UNITED FC (BRI Liga 1, Indonesia)
📆 Jumaat, 30 Ogos 2024
🕖 8.45 malam
🏟️ Stadium Darul Aman

----------

🎫 INFO TIKET DI STADIUM DARUL AMAN
Tiket dijual di Kaunter B & F, Stadium Darul Aman bermula jam 3.00 petang hingga 9.15 malam.

Harga tiket adalah seperti berikut:

🟠 Tiket Dewasa:
o RM15 Terbuka, RM25 Pavilion, RM35 Grandstand

🟡 Tiket Kanak-kanak (7-12 tahun):
o RM10 (Semua Zon)
*6 tahun dan ke bawah masuk adalah PERCUMA

🟢 Pakej Keluarga: (untuk dua tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak)
o RM40 Terbuka, RM60 Pavilion, RM80 Grandstand

🟣 Tiket Premium:
o RM150 (tempat duduk khas di Zon Grandstand) Percuma Polo-T, Mafla, Lanyard, Keychain
o RM130 (tempat duduk khas di Zon Grandstand) Percuma T-Shirt, Mafla, Lanyard, Keychain

🔴 Tiket Away Stand (Pintu T6)
o RM20 Terbuka (Dewasa)
o RM10 Terbuka (Kanak-Kanak)

Ayuh Kita❗️   🔰 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔰🏆 NUSANTARA CHALLENGE 2024🆚 KEDAH DARUL AMAN FC vs MALUT UNITED FC (BRI Liga 1, Indonesia)📆 Ju...
30/08/2024

Ayuh Kita❗️
🔰 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔰

🏆 NUSANTARA CHALLENGE 2024
🆚 KEDAH DARUL AMAN FC vs MALUT UNITED FC (BRI Liga 1, Indonesia)
📆 Jumaat, 30 Ogos 2024
🕖 8.45 malam
🏟️ Stadium Darul Aman

-———

🎫 INFO TIKET DI STADIUM DARUL AMAN
Tiket dijual di Kaunter B & F, Stadium Darul Aman bermula jam 3.00 petang hingga 9.15 malam.

Harga tiket adalah seperti berikut:

🟠 Tiket Dewasa:
o RM15 Terbuka, RM25 Pavilion, RM35 Grandstand

🟡 Tiket Kanak-kanak (7-12 tahun):
o RM10 (Semua Zon)
*6 tahun dan ke bawah masuk adalah PERCUMA

🟢 Pakej Keluarga: (untuk dua tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak)
o RM40 Terbuka, RM60 Pavilion, RM80 Grandstand

🟣 Tiket Premium:
o RM150 (tempat duduk khas di Zon Grandstand) Percuma Polo-T, Mafla, Lanyard, Keychain
o RM130 (tempat duduk khas di Zon Grandstand) Percuma T-Shirt, Mafla, Lanyard, Keychain

🔴 Tiket Away Stand (Pintu T6)
o RM20 Terbuka (Dewasa)
o RM10 Terbuka (Kanak-Kanak)

30/08/2024

🔰 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔰

🏆 NUSANTARA CHALLENGE 2024
🆚 KEDAH DARUL AMAN FC vs MALUT UNITED FC (BRI Liga 1, Indonesia)
📆 Jumaat, 30 Ogos 2024
🕖 8.45 malam
🏟️ Stadium Darul Aman

----------

🎫 INFO TIKET DI STADIUM DARUL AMAN
Tiket dijual di Kaunter B & F, Stadium Darul Aman bermula jam 3.00 petang hingga 9.15 malam.

Harga tiket adalah seperti berikut:

🟠 Tiket Dewasa:
o RM15 Terbuka, RM25 Pavilion, RM35 Grandstand

🟡 Tiket Kanak-kanak (7-12 tahun):
o RM10 (Semua Zon)
*6 tahun dan ke bawah masuk adalah PERCUMA

🟢 Pakej Keluarga: (untuk dua tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak)
o RM40 Terbuka, RM60 Pavilion, RM80 Grandstand

🟣 Tiket Premium:
o RM150 (tempat duduk khas di Zon Grandstand) Percuma Polo-T, Mafla, Lanyard, Keychain
o RM130 (tempat duduk khas di Zon Grandstand) Percuma T-Shirt, Mafla, Lanyard, Keychain

🔴 Tiket Away Stand (Pintu T6)
o RM20 Terbuka (Dewasa)
o RM10 Terbuka (Kanak-Kanak)

29/08/2024

Live 🔰

🤝
29/08/2024

🤝

26/08/2024

Tahniah Pit👏👏👏

Terima Kasih Kedah Darul Aman FC💚💛Berbaloi apabila memiliki. Sempat lagi pada sapa sapa yg nak buat PAS BERMUSIM ini, wa...
26/08/2024

Terima Kasih Kedah Darul Aman FC💚💛
Berbaloi apabila memiliki. Sempat lagi pada sapa sapa yg nak buat PAS BERMUSIM ini, wassap mai kat admin ditalian 013 489 2982 , kita tolong p buat kat hangpa sementara dok ada lagi & liga pun masih panjang. Apa apa roger😍
Tapi , tiket nanti kita tetap nak beli ! Tanda sapot & koleksi buat legasi kita sepanjang masa ! Pkp🔰
MASUK PERCUMA BUAT SEMUA PEMEGANG PAS BERMUSIM 2024/25!

Bagi perlawanan antarabangsa Tier 2 ini, bagi menghargai semua pemegang pas bermusim musim ini, anda diberikan akses percuma mengikut zon masing-masing. OKU (dengan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat) turut disantuni, menerima manfaat akses percuma.

Masa untuk menghasut lebih ramai penyokong hadir ke Stadium Darul Aman Jumaat ini!

🏆 NUSANTARA CHALLENGE 2024
🆚 MALUT UNITED FC (BRI Liga 1, Indonesia)
📆 Jumaat, 30 Ogos 2024
🕖 8.45 malam
🏟️ Stadium Darul Aman

ℹ️ PAS BERMUSIM MASUK PERCUMA MENGIKUT ZON MASING-MASING.

♿️ ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
🆓 Masuk Percuma di Zon Teres & Pavilion (Pemilik Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja)
* Berkerusi Roda laluan masuk ikut Zon Grandstand (Astaka Utama) Pintu A1 dan dikhaskan zon OKU berkerusi roda di koridor sebelah terowong FRU.
**Sorang pengiring OKU berkerusi roda akan dikenakan tiket Zon Grandstand.

Harap maklum.

Bolabros Football

🤝
20/08/2024

🤝

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA TIER 2
NUSANTARA CHALLENGE 2024
KDA FC (Liga Super Malaysia) vs Malut United FC (BRI Liga 1, Indonesia)
Jumaat, 30 Ogos 2024, 8.45 malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, Malaysia

HEBAHAN MEDIA: NUSANTARA CHALLENGE 2024

Kedah Darul Aman FC dengan bangganya mempersembahkan Nusantara Challenge 2024, sebuah kejohanan bola sepak persahabatan bertaraf antarabangsa yang akan menemukan pasukan dari rantau Nusantara. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2024 (Perlawanan Latihan Tertutup) dan 30 Ogos 2024 (Perlawanan Utama – Persahabatan Antarabangsa Tier 2) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kesukanan di antara negara-negara Nusantara, di samping merayakan keunikan dan kekayaan warisan budaya yang dikongsi bersama. Nusantara Challenge 2024 bukan sekadar sebuah perlawanan bola sepak, tetapi juga lambang perpaduan dan kebangkitan semangat serantau yang telah lama terjalin di Asia Tenggara.

Nusantara Challenge 2024 adalah platform untuk mempamerkan bakat bola sepak dan menjalin kerjasama erat di kalangan negara-negara jiran di rantau ASEAN. Untuk edisi sulung ini, Nusantara Challenge 2024 menampilkan pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC (Liga Super Malaysia), serta pasukan jemputan Malut United FC – Maluku Utara United FC (BRI Liga 1) dari Indonesia. Kejohanan ini dijangka akan membawa pengalaman bola sepak yang penuh dengan aksi mendebarkan dan mempamerkan bakat-bakat terbaik dari rantau ini.

Selain itu, Bulan Ogos tahun ini membawa makna yang lebih mendalam dengan penganjuran Nusantara Challenge 2024. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia dan Indonesia, acara ini bukan sekadar satu pertandingan, tetapi satu platform untuk menyatukan semangat kebangsaan kedua-dua negara.

Nusantara Challenge 2024 memperlihatkan perpaduan dan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia, dua negara yang berkongsi sejarah dan budaya yang kaya. Di tengah-tengah cabaran dan persaingan, kita meraikan nilai-nilai kebebasan, keberanian, dan ketekunan yang telah membentuk identiti kita sebagai bangsa merdeka.

Laungan "Merdeka!" dan "Dirgahayu!" akan berkumandang dengan lebih kuat dalam setiap perlawanan, sebagai simbol perpaduan yang kukuh dan semangat kebangsaan yang tidak pernah pudar. Melalui Nusantara Challenge 2024, kita bukan sahaja mengingati sejarah perjuangan, tetapi juga merintis jalan untuk masa depan yang lebih gemilang bagi Malaysia dan Indonesia.

Sejarah dan Relevansi Nusantara dalam Sukan:

Nusantara, yang merangkumi wilayah-wilayah di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, dan sebahagian Filipina, merupakan sebuah entiti sejarah yang kaya dengan tradisi, budaya, dan hubungan perdagangan yang melangkaui sempadan geografi. Di zaman kerajaan-kerajaan besar seperti Sriwijaya dan Majapahit, Nusantara pernah menjadi pusat kuasa yang menghubungkan pelbagai bangsa melalui perdagangan, budaya, dan politik. Nusantara Challenge 2024 mengambil semangat perpaduan ini dan menghidupkannya dalam konteks moden melalui sukan bola sepak, sebuah medium universal yang merapatkan hubungan antara masyarakat di seluruh dunia.

Mengenai Pasukan:

Kedah Darul Aman FC, juga dikenali sebagai skuad Hijau Kuning dengan gelaran Sang Kenari, adalah sebuah pasukan bola sepak yang kaya dengan sejarah dan cemerlang dalam arena bola sepak Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1924, Kedah Darul Aman FC telah meraih pelbagai kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Liga Super, dan Piala FA, menjadikannya salah satu pasukan penuh kejayaan di negara ini. Penyertaan Kedah Darul Aman FC dalam Nusantara Challenge 2024 di halaman sendiri menambahkan lagi aura kejohanan ini.

Malut United FC ataupun Maluku Utara United FC p**a adalah sebuah pasukan bola sepak yang baharu sahaja dibentuk pada bulan Mei 2023. Pasukan sedang meningkat naik dari Indonesia ini berpusat di Maluku Utara, pasukan ini telah menunjukkan peningkatan prestasi yang konsisten iaitu layak ke Liga 1 Indonesia dalam tahun pertama mereka bermain di Liga 2 Indonesia serta kelab tersebut ditubuhkan. Malut United FC terkenal dengan semangat juang dan kekuatan mental yang tinggi, serta kemampuan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Penyertaan mereka dalam Nusantara Challenge 2024 memberikan peluang untuk menonjolkan bakat mereka di pentas antarabangsa.

Ulasan dari pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC:

Shahrul Samsudin, Pemangku Ketua Eksekutif Kedah Darul Aman FC, menyatakan, “Nusantara Challenge 2024 adalah sebuah inisiatif penting dalam usaha memperkukuhkan hubungan sukan antara negara-negara serantau melalui platform bolasepak. Kejohanan ini bukan sahaja menyediakan peluang kepada pemain untuk bersaing di peringkat tertinggi, tetapi juga menjadi platform untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik sempena Tahun Melawat Kedah 2025 serta menjalin nilai-nilai persahabatan, kerjasama, dan kesatuan dalam kalangan masyarakat Nusantara. Kami berharap kejohanan ini akan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak khususnya dan masyarakat lain secara amnya."

Penyertaan dan Aktiviti Sampingan:

Selain daripada perlawanan bola sepak, Nusantara Challenge 2024 akan turut menampilkan pelbagai aktiviti sampingan untuk menarik minat seluruh keluarga dan komuniti bola sepak, rakyat Kedah, Malaysia dan Indonesia. Antara aktiviti yang dirancang termasuklah:

• Jualan Merchandise Kejohanan: Peminat bola sepak boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif yang bertemakan Nusantara Challenge 2024 termasuk jersi, mafla, dan cenderamata lain yang direka khas untuk kejohanan ini.

• Klinik Bola Sepak: Sesi klinik bola sepak yang akan dikendalikan oleh jurulatih dan pemain profesional dari Kedah Darul Aman FC serta Malut United FC, memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk belajar teknik-teknik permainan bola sepak secara langsung daripada pemain professional.

• Sesi Bertemu Pemain: Peminat akan berpeluang untuk bertemu dan mendapatkan tandatangan dari pemain-pemain kegemaran mereka dalam sesi bertemu peminat yang diadakan sepanjang kejohanan.

• Pameran Sejarah Bola Sepak Kedah (tertakluk kepada pengesahan): Pameran yang memaparkan sejarah panjang dan kejayaan Kedah Darul Aman FC, termasuk trofi dan memorabilia yang telah menjadi sebahagian daripada warisan bola sepak negeri Kedah.

Maklumat Tiket:

Tiket untuk menyaksikan Nusantara Challenge 2024 boleh didapati melalui:
• Laman web www.tickethotline.com.my (bermula 22 Ogos 2024)
• Jualan di Sang Kenari Store (Tingkat 1, Wisma PKNK) (bermula 25 Ogos 2024)
• Kaunter tiket Stadium Darul Aman pada hari perlawanan (30 Ogos 2024)

Harga tiket adalah seperti berikut:

• Tiket Dewasa:
o RM15 Terbuka, RM25 Pavilion, RM35 Grandstand

• Tiket Kanak-kanak (7-12 tahun):
o RM10 (Semua Zon)
*6 tahun dan ke bawah masuk adalah PERCUMA

• Pakej Keluarga: (untuk dua tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak)
o RM40 Terbuka, RM60 Pavilion, RM80 Grandstand

• Tiket Premium:

Tiket Premium 🅰️ RM150
1. Tempat Duduk Khas di Zon Grandstand
2. Polo-T pilihan Kuning atau Hitam
3. Mafla Nusantara Challenge 2024
4. Keychain Nusantara Challenge
5. Lanyard KDA FC

Tiket Premium 🅱️ RM130
1. Tempat Duduk Khas di Zon Grandstand
2. T-Shirt pilihan Putih atau Hitam
3. Mafla Nusantara Challenge 2024
4. Keychain Nusantara Challenge
5. Lanyard KDA FC

• Tiket Away Stand (Pintu T6)
o RM20 Terbuka (Dewasa)
o RM10 Terbuka (Kanak-Kanak)

Pihak media dijemput untuk membuat liputan penuh (kecuali hari perlawanan latihan tertutup) sepanjang aktiviti sampingan dan kejohanan ini berlangsung. Nusantara Challenge 2024 diharapkan akan memberikan sumbangan besar dalam mempromosikan bola sepak di peringkat tempatan dan antarabangsa serta membuka ruang untuk bakat-bakat muda bersinar di pentas yang lebih luas.

Perlawanan persahabatan antarabangsa ini turut mendapat kerjasama BolaBros Football.

Malut United FC Bolabros Football

Never Give Up !Statistik sepanjang perlawanan menyaksikan Kedah menguasai penguasaan bola sejak dari minit awal sehingga...
18/08/2024

Never Give Up !
Statistik sepanjang perlawanan menyaksikan Kedah menguasai penguasaan bola sejak dari minit awal sehinggalah ke minit terakhir permainan.
Namun itulah, menguasai tak semestinya memenangi. Bangkit Kedah, terus memperbaiki setiap kelemahan untuk terus membina kekuatan.
Teruskanlah berjuang dengan sejiwa murni.
Pulun Kedah Pulun !
📸
/25

Seri 2-2 .
17/08/2024

Seri 2-2 .

⚔ FULL TIME ⚔

FT | KDA FC (2) - (2) NEGERI SEMBILAN FC

⚽️⚽️ 45+1' 79' Jacque Faye (NSE)
⚽️ 53' Sony Norde (KDA FC)
⚽️ 62' J. Cleylton (KDA FC)

Berjuanglah Sejiwa Murni🔰
17/08/2024

Berjuanglah Sejiwa Murni🔰

⚔️ LINE UP ⚔️

Tidak disenaraikan: Habib Haroon (3 kad kuning), Rizal Ghazali (pemulihan kecederaan)

🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS8
🆚 NEGERI SEMBILAN FC
📆 Sabtu, 17 Ogos 2024
🕖 5.30 petang
🏟️ Stadium Darul Aman
📡 LIVE : Astro Arena Bola 803 & Astro GO

🛒 www.tickethotline.com.my

🎫 INFO TIKET DI STADIUM DARUL AMAN
Tiket turut dijual di Kaunter B & F, Stadium Darul Aman bermula jam 10 pagi hingga 6.15 petang.

Tempah pas bermusim hari ini, penjimatan 50% keseluruhan tiket semua perlawanan 2024/25 di:
🌐 bit.ly/PasBermusimSangKenari_2425

Ayuh Kedah 🔰
17/08/2024

Ayuh Kedah 🔰

🔰 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔰

🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS8
🆚 NEGERI SEMBILAN FC
📆 Sabtu, 17 Ogos 2024
🕖 5.30 petang
🏟️ Stadium Darul Aman
📡 LIVE : Astro Arena Bola 803 & Astro GO

🛒 www.tickethotline.com.my

🎫 INFO TIKET DI STADIUM DARUL AMAN
Tiket turut dijual di Kaunter B & F, Stadium Darul Aman bermula jam 10 pagi hingga 6.15 petang.

Tempah pas bermusim hari ini, penjimatan 50% keseluruhan tiket semua perlawanan 2024/25 di:
🌐 bit.ly/PasBermusimSangKenari_2425

Semoga cepat sembuh legendary kami💚💛🤲
16/08/2024

Semoga cepat sembuh legendary kami💚💛🤲

إنا لله وانا اليه راجعون..Salam takziah buat YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah sekeluarga atas pemergian bonda tercinta...
15/08/2024

إنا لله وانا اليه راجعون..

Salam takziah buat YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah sekeluarga atas pemergian bonda tercinta.

Semoga Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah🤲

Innalillahiwainnailaihirojiun Allahummaghfirlaha

Salam Takziah dari seluruh warga KDA FC kepada Y.A.B Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor (Menteri Besar Kedah Darul Aman) dan keluarga di atas pemergian ibunda tercinta. Doa kami bersama anda, semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan.
Al-fatihah

Membujur Lalu Melintang Patah💪
14/08/2024

Membujur Lalu Melintang Patah💪

Bangun Lantas Semula Gagah💪Membujur lalu melintang patah !Ayuh Kedah ! Pulun Kedah Pulun !🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS8🆚 NE...
14/08/2024

Bangun Lantas Semula Gagah💪
Membujur lalu melintang patah !
Ayuh Kedah ! Pulun Kedah Pulun !
🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS8
🆚 NEGERI SEMBILAN FC
📆 Sabtu, 17 Ogos 2024
🕖 5.30 petang
🏟️ Stadium Darul Aman
🛒 www.tickethotline.com.my

🎫 INFO TIKET

1️⃣ Tiket fizikal akan dijual awal di pusat jualan seawal SELASA, 4 hari sebelum perlawanan.
2️⃣ Tiket fizikal dijual di Kaunter B & F, Stadium Darul Aman 10.00 pagi pada hari perlawanan.

Tempah pas bermusim hari ini, penjimatan 50% keseluruhan tiket semua perlawanan 2024/25 di:
🌐 bit.ly/PasBermusimSangKenari_2425
Photo & Info
/25

Respect 🫡🔰Semangat terus membara dari Abd Halim Shaari💪   Proud with each and everyone in this club. There’re 1001 probl...
12/08/2024

Respect 🫡🔰
Semangat terus membara dari Abd Halim Shaari💪
Proud with each and everyone in this club. There’re 1001 problems to face, yet all still give full commitments to the club from the start of the season until today. It’s not easy to play with a team like JDT twice in a week on their homeground. We all have given everything throughout this great endeavor. Despite whatever predicament we will and we must bounce back! To all the travelling supporters, who kept appearing before us chanting tirelessly, we greatly appreciate your continued support.

To our friends and families, thanks for always backing us up, motivating and understanding the issues and difficulties that we’ve been facing in this club now.

To the fans, analyzers and even the clueless whomever in social media giving a opinion, criticism and curse. Thank you…….

Bangga dengan setiap orang dalam kelab ini. Terdapat 1001 masalah yang perlu dihadapi, namun semuanya masih memberikan komitmen penuh kepada kelab dari awal musim sehingga hari ini. Bukan mudah untuk bermain dengan pasukan seperti JDT dua kali dalam seminggu di tempat lawan. Kami semua telah memberikan segala-galanya sepanjang usaha besar ini. Walaupun dalam apa jua keadaan yang kita hadapi dan kita mesti bangkit semula! Kepada semua penyokong di stadium, yang terus muncul di hadapan kami melaungkan tanpa jemu, kami amat menghargai sokongan berterusan anda.

Kepada rakan dan keluarga kami, terima kasih kerana sentiasa menyokong kami, memberi motivasi dan memahami isu dan kesukaran yang kami hadapi di kelab ini sekarang.

Kepada peminat, penganalisis dan juga mereka yang tidak tahu apa-apa dalam media sosial yang memberi pendapat, kecaman dan makian. Terima kasih…….

BANGKIT & BERJUANGLAH SEJIWA MURNI🔰Lupakan kepahitan itu, bangkit & terus mara. Itulah respon untuk kita pejuang sejati....
12/08/2024

BANGKIT & BERJUANGLAH SEJIWA MURNI🔰
Lupakan kepahitan itu, bangkit & terus mara. Itulah respon untuk kita pejuang sejati. Kami sentiasa percaya kepada kalian. Sabtu ini medan terbaik untuk kita kembali bangkit !
Ayuh Kedah ! Pulun Kedah Pulun !
🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS8
🆚 NEGERI SEMBILAN FC
📆 Sabtu, 17 Ogos 2024
🕖 5.30 petang
🏟️ Stadium Darul Aman
🛒 www.tickethotline.com.my

🎫 INFO TIKET

1️⃣ Tiket fizikal akan dijual awal di pusat jualan seawal SELASA, 4 hari sebelum perlawanan.
2️⃣ Tiket fizikal dijual di Kaunter B & F, Stadium Darul Aman 10.00 pagi pada hari perlawanan.

Tempah pas bermusim hari ini, penjimatan 50% keseluruhan tiket semua perlawanan 2024/25 di:
🌐 bit.ly/PasBermusimSangKenari_2425
Photo & Info Kedah Darul Aman FC
/25

Sabar itu separuh dari iman💚💛
09/08/2024

Sabar itu separuh dari iman💚💛

Layan layan dah laaa ceq oiii buat rasa rasa😀Optimis satg JDT 2 Kedah 3. Boleh teqa tu. Lawan tetap lawan ! Mai kaih, pa...
09/08/2024

Layan layan dah laaa ceq oiii buat rasa rasa😀
Optimis satg JDT 2 Kedah 3. Boleh teqa tu. Lawan tetap lawan ! Mai kaih, pakat pakat mai ke HOSK 1924. Kita sedang bawakan Live Matchday dari HOSK 1924 untuk anda🔰

🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS7
🆚 JOHOR DARUL TA’ZIM
📆 Jumaat, 9 Ogos 2024
🕖 8.15 Malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim
Pulun Kedah Pulun!
Promo ; Kunjungi & sapot kami di House of Sang Kenari 1924. PLAN Lokasi : House of Sang Kenari 1924 beroperasi di No. 162 & 163, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman, Kanchut, Alor Setar, Kedah. (Berhampiran Kondominium Aman Suri & Bangunan BDB HQ) 📌Peta laluan ke lokasi https://goo.gl/maps/Hm64WCAyrsVi7XA3A
‘Dari Penyokong Untuk Penyokong’

PKP 🔰
09/08/2024

PKP 🔰

⚔️ LINE UP ⚔️

Kesebelasan utama KDA FC menentang JDT malam ini.

𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐣𝐢𝐰𝐚 𝐌𝐮𝐫𝐧𝐢...!

🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS7
🆚 JOHOR DARUL TA'ZIM
📆 Jumaat, 9 Ogos 2024
🕖 8.15 Malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim

📺 Astro Arena Bola 803 & Astro GO

MATCHDAY🔰Lawan tetap lawan ! Pulun Kedah Pulun !!!Hat mana tak dapat p, hangpa macam besa, pakat pakat mai ke HOSK 1924 ...
09/08/2024

MATCHDAY🔰
Lawan tetap lawan !
Pulun Kedah Pulun !!!
Hat mana tak dapat p, hangpa macam besa, pakat pakat mai ke HOSK 1924 hari ini. Kita bawakan Live Matchday dari HOSK 1924 untuk anda🔰
📸

🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS7
🆚 JOHOR DARUL TA’ZIM
📆 Jumaat, 9 Ogos 2024
🕖 8.15 Malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim
Pulun Kedah Pulun!
Promo ; Kunjungi & sapot kami di House of Sang Kenari 1924. PLAN Lokasi : House of Sang Kenari 1924 beroperasi di No. 162 & 163, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman, Kanchut, Alor Setar, Kedah. (Berhampiran Kondominium Aman Suri & Bangunan BDB HQ) 📌Peta laluan ke lokasi https://goo.gl/maps/Hm64WCAyrsVi7XA3A
‘Dari Penyokong Untuk Penyokong’

MATCHDAY🔰Hat mana tak dapat p sana pakat pakat mai layan LIVE malam ini di HOSK 1924. PKP🔰
09/08/2024

MATCHDAY🔰
Hat mana tak dapat p sana pakat pakat mai layan LIVE malam ini di HOSK 1924. PKP🔰

🔰 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔰

Berjuanglah sejiwa murni!

🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS7
🆚 JOHOR DARUL TA'ZIM
📆 Jumaat, 9 Ogos 2024
🕖 8.15 Malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim

📺 Astro Arena Bola 803 & Astro GO

Sapot KDA FC C petang ini !Pulun Kedah Pulun 🔰
08/08/2024

Sapot KDA FC C petang ini !
Pulun Kedah Pulun 🔰

🔰 MATCHDAY PIALA PRESIDEN 🔰

PERLAWANAN 14 | Kedah Darul Aman FC C vs Selangor FC B20

📆 Khamis, 8 Ogos 2024
⚽️ KDA FC C 🆚 SELANGOR FC B20
⏱️ 4.30 Petang
🏟️ Stadium Mini MPKP, Jitra.

Kembali Ke SSI !Jumaat ini, tugas berat sekali lagi menanti kita, berkunjung lagi kesana untuk aksi Liga Super. Apa pun ...
08/08/2024

Kembali Ke SSI !
Jumaat ini, tugas berat sekali lagi menanti kita, berkunjung lagi kesana untuk aksi Liga Super. Apa pun lawan tetap lawan !
Hat mana tak dapat p, hangpa macam besa, pakat pakat mai ke HOSK 1924. Kita bawakan Live Matchday dari HOSK 1924 untuk anda🔰
Aksi Liga Super seterusnya!

🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS7
🆚 JOHOR DARUL TA’ZIM
📆 Jumaat, 9 Ogos 2024
🕖 8.15 Malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim
Pulun Kedah Pulun!
Promo ; Kunjungi & sapot kami di House of Sang Kenari 1924. PLAN Lokasi : House of Sang Kenari 1924 beroperasi di No. 162 & 163, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman, Kanchut, Alor Setar, Kedah. (Berhampiran Kondominium Aman Suri & Bangunan BDB HQ) 📌Peta laluan ke lokasi https://goo.gl/maps/Hm64WCAyrsVi7XA3A
‘Dari Penyokong Untuk Penyokong’

Terima Kasih Kalamullah Al Hafiz🙌Antara pemain Kedah yang terus konsisten dengan prestasi yang baik apabila cemerlang me...
06/08/2024

Terima Kasih Kalamullah Al Hafiz🙌
Antara pemain Kedah yang terus konsisten dengan prestasi yang baik apabila cemerlang menafikan deretan percubaan berbahaya dari pihak lawan.
Biarpun keputusan tidak memihak kepada kita, usaha Kalamullah & rakan sepasukan yang lain harus diberikan kredit dengan sedaya upaya telah memberikan tentangan kepada pasukan lawan yang kita tahu mempunyai segala kelebihan apatah lagi beraksi di tempat mereka sendiri.
9hb ini kita bakal bertandang lagi kesini. Doa & harapan semoga pasukan kita terus kental dan kuat untuk terus memberikan cabaran kepada pasukan lawan.
Lawan tetap lawan !
Pulun Kedah Pulun 🔰
📸 Malaysian Football League
Promo ; Kunjungi & sapot kami di House of Sang Kenari 1924. PLAN Lokasi : House of Sang Kenari 1924 beroperasi di No. 162 & 163, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman, Kanchut, Alor Setar, Kedah. (Berhampiran Kondominium Aman Suri & Bangunan BDB HQ) 📌Peta laluan ke lokasi https://goo.gl/maps/Hm64WCAyrsVi7XA3A
‘Dari Penyokong Untuk Penyokong’

Terima kasih reff👏
04/08/2024

Terima kasih reff👏

⚔ FULL TIME ⚔

Perjalanan Sang Kenari dalam saingan Piala FA 2024/25 tamat di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada juara bertahan JDT dengan jaringan agregat 5-1. Fokus pada perlawanan seterusnya. Kita bangkit.

FT | JDT (5) 3 - 0 (1) KDA FC

⚽️ 50' Feroz Baharudin (JDT)
⚽️ 76' Bergson (JDT)
⚽️ 83' Juan Muniz (JDT)

Address

No 162, 163, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman
Alor Setar
05100

Opening Hours

Tuesday 16:00 - 23:00
Wednesday 16:00 - 23:00
Thursday 16:00 - 00:00
Friday 16:00 - 00:00
Saturday 16:00 - 00:00
Sunday 16:00 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sang Kenari 1924 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sang Kenari 1924:

Videos

Share


Other Performance & Event Venues in Alor Setar

Show All