Wedding Planner Batu Pahat

Wedding Planner Batu Pahat Pakar menyediakan perkhidmatan servis dekorasi pelamin mewah dan ekslusif mengikut kehendak pelanggan dekorasi persandingan kayangan

We loved with a love that was more than love. ❤️*Decoration for pelamin by us*For more info/ booking please contact: 017...
07/05/2024

We loved with a love that was more than love. ❤️

*Decoration for pelamin by us*

For more info/ booking please contact:
0176457094
(Whatsapp only)









   Wedding Of Shaira & Pasangan Pakej Bridal Rumah include baju nikah custom for majlis nikah from KR Wedding and Event ...
29/01/2023

Wedding Of Shaira & Pasangan
Pakej Bridal Rumah include baju nikah custom for majlis nikah from KR Wedding and Event Planner
Pengantin request design pelamin ala-ala vintage & garden . Alhamdulillah pengantin s**a ☺️

3 PANDUAN NAK PILIH WARNA BAJU PENGANTIN YANG SESUAI :Warna baju pengantin antara perkara yang ramai orang akan fikir se...
28/01/2023

3 PANDUAN NAK PILIH WARNA BAJU PENGANTIN YANG SESUAI :
Warna baju pengantin antara perkara yang ramai orang akan fikir sebab ianya membantu setiap individu tu tampil yakin & cantik dengan baju yang digayakan .
Jom kita kongsikan 3 Panduan untuk korang pilih warna baju pengantin yang sesuai
1- KENAL PASTI WARNA TONA KULIT
warna tona kulit ada pelbagai terutamanya kulit asia ada yang sawa matang, ada yang kuning langsat dan macam-macam
2- KENAL PASTI BENTUK BADAN
Ok mungkin ada yang pelik, sebenarnya bentuk badan juga main peranan untuk pilih warna baju pengantin contohnya ad sesetengah orang bila pakai baju warna hitam nampak lagi kurus
3- KENAL PASTI WARNA TEMA MAJLIS
Bahagian ni ramai juga bakal pengantin yang kadang-kadang confuse. Pastikan warna baju pengantin kita nak pilih nanti boleh padankan dengan dekorasi majlis, baju family, bridesmaid dll.
Berikut antara panduan yang kami gunakan untuk bantu semua pengantin-pengantin yang booking pakej & servis dari KR Wedding and Event Planner
Hope membantu korang and selamat mencuba ya.
Sebarang pertanyaan atau info lanjut boleh hubungi atau whatsp kami di 017 6457094😊
Wedding of Dila & Faredz
Pakej Wedding Planner Custom
(Decoration, Baju Pengantin Custom, Wedding Cake & Dj / Sound System )
Pt Ju, Batu Pahat

  Wedding of Dila & Faredz Pakej Wedding Planner Custom from KR Wedding and Event Planner (Decoration, Baju Pengantin Cu...
28/01/2023

Wedding of Dila & Faredz
Pakej Wedding Planner Custom from KR Wedding and Event Planner
(Decoration, Baju Pengantin Custom, Wedding Cake & Dj / Sound System )

5 CIRI-CIRI MINI PELAMIN YANG SESUAI UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN Mini pelamin memang dah sinonim dengan majlis pertunangan....
27/01/2023

5 CIRI-CIRI MINI PELAMIN YANG SESUAI UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN
Mini pelamin memang dah sinonim dengan majlis pertunangan. Ada juga yang gunakan mini pelamin untuk majlis kahwin, bertandang, pernikahan dan lain-lain.
Ada yang pening macam mana nak pilih atau tempah mini pelamin yang sesuai untuk majlis bertunang . Jom kita kongsikan 5 ciri-ciri mini pelamin yang sesuai :
1- Saiz ruang selesa & Tak terlalu kecil atau besar
2- Kerusi yang tak terlalu besar atau sesuai untuk sesi sarung cincin bersama bakal mertua ( ada juga yang tak guna kerusi boleh duduk bawah gunakan lapik bantal )
3- Hiasan bunga yang tak terlalu over atau crowded ( minimalist & simple lebih sesuai tapi bergantung pada citarasa & bajet individu)
4- Warna tema yang lebih pada tenang & lembut tapi dalam masa yang sama cantik & meriahkan suasana.
5- Kombinasi warna hiasan bunga sepadan dengan baju yang bakal digayakan . Supaya nampak lebih beseri semasa sesi sarung cincin & begambar bersama keluarga sebagai kenangan..
Walaubagaimanapun ianya bergantung pada setiap individu dari segi citarasa, bajet & keinginan . Selamat mencuba semua 🤗
Engagement for Mimi & Pasangan
Decoration mini pelamin from KR Wedding and Event Planner

   antara dekorasi mini pelamin untuk majlis bertunang 🥰by
26/01/2023

antara dekorasi mini pelamin untuk majlis bertunang 🥰
by

Another    boleh dikatakan this is our signature design untuk decoration mini pelamin majlis pertunangan 😆and of course ...
26/01/2023

Another boleh dikatakan this is our signature design untuk decoration mini pelamin majlis pertunangan 😆
and of course paling banyak permintaan Alhamdulillah tq kepada yang sudi gunakan servis kami ✌️
decoration mini pelamin by

MINI PELAMIN YANG CANTIK MERIAHKAN HARI PERTUNANGAN DENGAN SI DIA...Ramai sebenarnya yang tak tahu beza mini pelamin & p...
26/01/2023

MINI PELAMIN YANG CANTIK MERIAHKAN HARI PERTUNANGAN DENGAN SI DIA...
Ramai sebenarnya yang tak tahu beza mini pelamin & pelamin rumah. Actually ada banyak perbezaan nya tapi untuk info umum bagi semua pihak, kebanyakan permintaan dekorasi mini pelamin lebih kepada untuk majlis-majlis keramaian atau keraian yang lebih kecil atau simple.
Especially majlis pertunangan memang sinonim dengan dekorasi mini pelamin untuk mereka simpan kenangan bersama. 🥰 Jom kita throwback sikit one of bakal pengantin yang kita dah bantu sebelum ni .
Nazreena
dekorasi mini pelamin + main table decor by
2 Julai 2022
Batu Pahat

BAKAL PENGANTIN ADA 3 BENDA KENA TAHU SEBELUM NAK TEMPAH PELAMIN IMPIAN Setiap orang pasti ada citarasa sendiri & ada im...
25/01/2023

BAKAL PENGANTIN ADA 3 BENDA KENA TAHU SEBELUM NAK TEMPAH PELAMIN IMPIAN
Setiap orang pasti ada citarasa sendiri & ada impian untuk big day yang di nanti-nantikan.
Tak dinafikan tugas wedding planner , wedding designer, wedding decorator sudah semestinya merealisasikan impian bakal pengantin
Tapi, sebelum itu ada 3 BENDA PENTING KENA TAHU SEBELUM TEMPAH PELAMIN IMPIAN
✅ pastikan kena dengan bajet yang nak invest , kos setiap dekorasi pelamin tak sama jadi kena pastikan bajet yang korang mampu nak invest tu seiring dengan dekorasi yang di inginkan
✅ bak kata pepatah melayu " ukur baju di badan sendiri" kenal pasti ruang pelamin tersebut sesuai atau tidak. Tak semua ruang boleh buat semua jenis konsep atau design pelamin ya
✅ kena bincang dahulu dengan wedding decorator yang korang nak tempah supaya faham, jelas dengan design pelamin yang korang akan dapat within bajet yang di keluarkan atau tidak.
Semoga dapat membantu serba sedikit bagi bakal pengantin yang sedang buat persiapan hari bahagia korang ok ✌️
Wedding of Azie & Khalid
18 Jun 2022
Full Pakej Wedding Planner Dewan from KR Wedding and Event Planner
Venue : Dewan Zul Homestay Batu Pahat
📸 by cover for

TESTIMONI & FEEDBACK - AZIE Alhamdulillah thank you for the testimoni and feedback yang diberi. Thank you juga kerana su...
25/01/2023

TESTIMONI & FEEDBACK - AZIE
Alhamdulillah thank you for the testimoni and feedback yang diberi. Thank you juga kerana sudi beri kepercayaan kepada team kami realisasikan hari bahagia yang di rancang 🥰
Wedding of Azie & Khalid
18 Jun 2022
Full Pakej Wedding Planner Dewan from KR Wedding and Event Planner
Venue : Dewan Zul Homestay Batu Pahat
📸 by cover for

5 TIPS TAMPIL CANTIK & YAKIN DI HARI PERSANDINGAN Bila mula buat persiapan hari persandingan yang di rancang, pasti akan...
25/01/2023

5 TIPS TAMPIL CANTIK & YAKIN DI HARI PERSANDINGAN
Bila mula buat persiapan hari persandingan yang di rancang, pasti akan ada rasa risau , takut & tak yakin semasa bersanding
Jadi kita kongsikan 5 Tips untuk bakal pengantin tampil cantik & yakin di hari persandingan nanti :
1- Pilih design baju pengantin yang sesuai dengan bentuk tubuh badan & design atau konsep dekorasi pelamin supaya tak nampak pelik & tenggelam
2- Pilih warna baju pengantin yang sesuai dengam warna tona kulit serta pastikan sesuai dengan warna tema dekorasi pelamin nanti
3- Jangan minta pendapat orang lain terlalu ramai sampai tak tahu nak buat pilihan yang mana satu atau terabai citarasa sendiri sebab nak jaga hati orang lain
4- Pastikan tidur cukup & minum air yang banyak supaya sentiasa dalam keadaan sihat & tidak terlalu penat di hari bahagia nanti.
5- Percaya dengan pilihan sendiri & sentiasa senyum semasa bersanding untuk hilangkan nervous 🤗 so automatik akan rasa yakin.
Semoga bermanafaat & serba sedikit dapat membantu.
Wedding of Azie & Khalid
18 Jun 2022
Full Pakej Wedding Planner Dewan from KR Wedding and Event Planner
Venue : Dewan Zul Homestay Batu Pahat
📸 by cover for

TAK NAK FAMILY PENAT , SUSAH & KELAM - KABUT BUAT PERSIAPAN MAJLIS KAHWIN PENGANTIN PILIH FULL PAKEJ WEDDING PLANNER Ram...
18/01/2023

TAK NAK FAMILY PENAT , SUSAH & KELAM - KABUT BUAT PERSIAPAN MAJLIS KAHWIN PENGANTIN PILIH FULL PAKEJ WEDDING PLANNER
Ramai yang alami situasi yang sama macam pengantin kita kali ni. Setiap pasangan mesti inginkan majlis kahwin yang di rancang berjalan dengan lancar , mudah & teratur
Kadang-kadang masa & tenaga tak cukup untuk buat persiapan dengan mudah. Alhamdulillah mereka bertemu dengan dan kami bantu mereka dengan tawaran pakej yang sesuai
Full Pakej Wedding Planner antara pakej yang menjadi pilihan utama bagi mereka yang datang ke sejak tahun 2016 sehingga sekarang. Syukur segala perancangan dapat direalisasikan walaupun kali pertama keluarga pengantin menggunakan khidmat wedding planner untuk majlis kahwin anak bongsu mereka 😊
Kalau korang nak tahu apa kelebihan Full Pakej Wedding Planner yang membuatkan mereka pilih untuk hari bahagia ? Follow ig kami & kami akan kongsikan di posting seterusnya ✌️
Wedding Of Iela & Furqan
20 August 2022
Full Pakej Wedding Planner Rumah from KR Wedding and Event Planner
at Rengit, Batu Pahat
📸 by cover for

"MAKCIK KALI PERTAMA NAK BUAT MAJLIS KAHWIN, DAH BEBERAPA WEDDING PLANNER MAKCIK SURVEY ADA YANG BANYAK TAK LENGKAP & SU...
18/01/2023

"MAKCIK KALI PERTAMA NAK BUAT MAJLIS KAHWIN, DAH BEBERAPA WEDDING PLANNER MAKCIK SURVEY ADA YANG BANYAK TAK LENGKAP & SUSAH SIKIT BERURUSAN " - IBU PENGANTIN
Ini luahan situasi & masalah yang di alami oleh ibu & ayah pengantin kali pertama berjumpa dengan KR Wedding and Event Planner . Disebabkan mereka kali pertama nak lansungkan majlis kahwin anak sulung mereka, mereka risau & tak tahu macam mana nak buat persiapan dengan mudah, terurus, dipercayai & berbaloi.
Alhamdulillah selepas berbincang dengan kami mengikut bajet yang mereka ada, kami dapat bantu mereka dengan menyediakan servis serta pakej yang sesuai.
Nak tahu pakej apa yang mereka gunakan? boleh like post ni kita akan share di posting yang seterusnya 🤗
Wedding Of Azizi & Nabilah
10 September 2022
Full Pakej Wedding Planner Kanopi 1000 pax
Venue : Pt Sulong, Batu Pahat

3 PERKARA YANG HARUS PENGANTIN AMBIL KIRA SEBELUM TEMPAH BAJU PENGANTIN Selain Dekorasi , Catering baju pengantin antara...
14/01/2023

3 PERKARA YANG HARUS PENGANTIN AMBIL KIRA SEBELUM TEMPAH BAJU PENGANTIN
Selain Dekorasi , Catering baju pengantin antara yang menjadi item atau keperluan yang penting dalam setiap majlis kahwin yang bakal diadakan
Jadi untuk tampil dengan yakin, cantik & happy di hari bahagia yang bakal diadakan, ada 3 Perkara Yang Harus Ambil Tahu Sebelum Tempah Baju Pengantin :
1- Pilih design baju pengantin yang sesuai dengan bentuk tubuh badan , supaya boleh tampil dengan yakin & cantik.
2- Padankan dengan dekorasi serta tempat atau ruang majlis . Tak semua design baju sesuai di semua tempat atau dekorasi
3- Kenal pasti bajet yang sesuai dengan baju yang di inginkan. Dapatkan khidmat nasihat, serta bincang dengan Designer baju pengantin
Yang paling penting pastikan pilihan design baju pengantin tersebut mengikut pilihan citarasa sendiri bukan orang lain atau family sebab yang bakal gayakan serta simpan kenangan untuk diri adalah diri kita sendiri & pasangan 🤗
Semoga boleh jadi panduan & memberi manafaat kepada semua bakal pengantin 2023 🥰
Wedding Of Aisyah & Azizul
Full Pakej Wedding Planner & Wedding dress custom from

5 CARA MUDAH NAK TEMPAH PELAMIN IMPIAN Of course setiap orang ada pelamin atau dekorasi impian yang mereka s**a mengikut...
14/01/2023

5 CARA MUDAH NAK TEMPAH PELAMIN IMPIAN
Of course setiap orang ada pelamin atau dekorasi impian yang mereka s**a mengikut citarasa masing-masing kan?
Tapi sebelum korang nak tempah pelamin impian korang dengan mana-mana bridal atau wedding decorator ad beberapa perkara yang perlu di ambil tahu antaranya bajet, konsep yang sesuai dan banyak lagi
So this time jom kita kongsikan cara mudah yang boleh membantu korang sebelum nak tempah pelamin nanti ok ☺️ semoga bermanafaat

TEAM COORDINATOR BANTU MAJLIS LEBIH TERSUSUN & TERATURYes ramai yang masih confuse sebenarnya fungsi wedding planner & c...
14/01/2023

TEAM COORDINATOR BANTU MAJLIS LEBIH TERSUSUN & TERATUR
Yes ramai yang masih confuse sebenarnya fungsi wedding planner & coordinator
Ada perbezaan sebenarnya within 2 servis tu. Bagi pengantin kali ni mereka pilih hire coordinator juga selain pakej wedding planner untuk pastikan
1- majlis berjalan seperti yang mereka rancang
2- memastikan semua vendor atau supplier yang terlibat di hari majlis sediakan tempahan dengan betul
3- memastikan acara penting seperti sesi persandingan , ketibaan tetamu kehormat, persembahan atau sesi makan beradap & potong kek berjalan dengan teratur
4- menjaga majlis dari awal sehingga habis untuk pastikan tuan rumah hanya sambut tetamu shaja & raikan pengantin
5- bersedia sekiranya ada apa-apa masalah yang tak dijangka
Jadi tuan rumah, adik beradik, saudara-mara pengantin pun tak penat huru -hara serta boleh sama-sama raikan enjoy di hari majlis perkahwinan mereka.
Wedding of Asyraf & Ieda / Akmal & Iera
Coordinator team :
Venue : Dewan Muafakat Simpang Renggam
11 Jun 2022

13/01/2023

Pening nak kahwin? Tak tahu nak buat persiapan kahwin dengan mudah dan berbaloi? KR Wedding and Event Planner boleh bantu selesaikan, Insha Allah

3 PERKARA PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN BUAT KALAU NAK TAMPIL CANTIK & YAKIN DI HARI PERSANDINGAN Bagi bakal pengantin pere...
13/01/2023

3 PERKARA PENGANTIN PEREMPUAN JANGAN BUAT KALAU NAK TAMPIL CANTIK & YAKIN DI HARI PERSANDINGAN
Bagi bakal pengantin perempuan selalunya mesti akan ada situasi dimana kurang yakin & tak pasti gaya yang macam mana sesuai untuk digayakan di hari bahagia nanti.
Kalau salah pilih atau buat keputusan takut orang mengata, diri sendiri tak puas hati & kurang yakin bila nak bersanding di hari majlis nanti.
So ada 3 Perkara yang pengantin perempuan kena tahu & jangan buat kalau nak tampil cantik & yakin di hari bahagia nti :
1- Jangan banding-bandingkan diri kita dengan orang lain, selain tu jangan terlampau ikut 100% orang lain buat sebab kadang-kadang belum tentu sesuai dengan diri kita sendiri
2- Jangan pilih baju pengantin dari pendapat orang lain sepenuhnya sebab takut kena kecam, atau tak yakin . Tapi pilih ikut citarasa diri sendiri & pasangan kita dahulu, serta yang kita selesa.
3- Jangan fikir terlampau banyak terutamanya perkara yang negatif sebab boleh buat diri kita jadi tak yakin, takut and boleh sampai kita nampak macam tak sihat. Banyak kan berdoa, fikir positif dapatkan khidmat nasihat yang lebih pakar untuk kita jadi yakin dengan keputusan & persiapan wedding day kita nanti.
Semoga bermanafaat & membantu and selamat mencuba ya ✌️
3 Wedding Of Iela & Furqan
20 August 2022
Full Pakej Wedding Planner Rumah from KR Wedding and Event Planner
at Rengit, Batu Pahat.

Address

Batu Pahat
83300

Telephone

+60176457094

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wedding Planner Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wedding Planner Batu Pahat:

Videos

Share

Nearby event planning services


Other Wedding planning in Batu Pahat

Show All