Boss Zul Apple

Boss Zul Apple I'm just an ordinary person who wants to be extraordinary!

07/12/2025

Alhamdulillah

Ada satu kisah yang selalu orang tak nampak…kisah di sebalik setiap acara yang berlaku.Orang datang, duduk, tersenyum,se...
03/12/2025

Ada satu kisah yang selalu orang tak nampak…
kisah di sebalik setiap acara yang berlaku.

Orang datang, duduk, tersenyum,
segalanya kelihatan mudah,
seolah-olah majlis itu mengalir dengan sendirinya.

Namun hakikatnya…
di balik tirai, ada tangan-tangan yang bekerja dalam diam, menyusun timing, menjaga flow, dan memastikan setiap detik bergerak dengan lembut dan sempurna.

Di sinilah ramai akhirnya sedar:

Majlis yang benar-benar bagus
bukan semestinya yang terbesar,
atau yang paling meriah,
tetapi yang paling terjaga.

Dan mereka yang menjaga itu
tidak perlu banyak bercakap,
tidak meminta pujian,
tidak pun perlu menonjolkan diri.

Cukup mereka memastikan
nama syarikat yang tuan bawa ke acara itu
dilihat dengan hormat,
dengan wibawa,
dengan kelas.

Sebab itu, bila tetamu bertanya,

“Siapa uruskan majlis ni?
Kemas… dan tenang betul rasanya.”

Itulah yang kami selalu dengar.

Kerana di Apple, kami percaya,
event bukan sekadar acara.
Ia adalah cerita tentang nama baik syarikat,
tentang maruah, imej, dan reputasi.

Dan tugas kami
ialah memastikan cerita itu
diceritakan dengan indah.

30/11/2025
30/11/2025

Assalamualaikum, good morning & happy Sunday guys!

Inilah Paksu dari KTMB! 😄Dialah orang yang selalu share info-info menarik tentang perkhidmatan KTM Komuter, dari tips pe...
12/11/2025

Inilah Paksu dari KTMB! 😄
Dialah orang yang selalu share info-info menarik tentang perkhidmatan KTM Komuter, dari tips perjalanan sampai promosi terbaru semua ada! 🚆✨

Kalau korang nak tahu lebih banyak pasal KTMB dan aktiviti mereka, boleh terus follow beliau di TikTok:
👉 https://www.tiktok.com/

“Suara Pun Ada Nilainya”Kadang bila kerja kita melibatkan ramai orang, bercakap depan klien, pitching idea, atau jadi su...
12/11/2025

“Suara Pun Ada Nilainya”

Kadang bila kerja kita melibatkan ramai orang, bercakap depan klien, pitching idea, atau jadi suara di sebalik sesuatu projek, kita lupa, suara tu sebenarnya satu anugerah.

Bila tekak mula perit, suara serak, memang rasa down. Tapi saya dah lama ada “penyelamat kecil” dalam poket, Difflam AB & Difflam Hextra.

🟣 Difflam AB Blackcurrant — perisa kegemaran bila nak legakan sakit tekak cepat, especially masa banyak meeting.

🟠 Difflam AB Orange — pilihan bila nak rasa lebih fresh dan tenangkan tekak.

🟣 Difflam Hextra — kalau rasa tekak dah betul-betul perit, ini memang kuat dan cepat bagi kelegaan.

Saya percaya setiap suara yang baik lahir dari tubuh yang sihat.

Dan dalam dunia saya, dunia event & komunikasi, suara bukan sekadar bunyi, tapi satu tanggungjawab untuk memberi inspirasi.

Kami….
11/11/2025

Kami….

SABTU, 2 NOVEMBER 2025“30 Tahun, Masih Satu Keluarga”Semalam selepas selesai menguruskan majlis pernikahan anak saudara ...
02/11/2025

SABTU, 2 NOVEMBER 2025

“30 Tahun, Masih Satu Keluarga”

Semalam selepas selesai menguruskan majlis pernikahan anak saudara saya, saya terus bergegas ke PJ untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat lama saya, Kak Maizon, rakan seperjuangan sewaktu di Yellow Pages, lebih dua dekad yang lalu.

Bila melangkah masuk ke dewan dan lihat wajah-wajah yang saya kenal sejak zaman muda dulu, hati ni terus tersentuh. Gelak tawa, gurauan lama, dan memori waktu bekerja dulu, semuanya seolah-olah hidup semula.

Yang paling indah tentang keluarga besar Yellow Pages ni ialah, walaupun saya dah tinggalkan syarikat tu lebih 20 tahun yang lalu, tapi silaturrahim antara kami masih kekal erat. Tiada istilah bekas rakan sekerja, sebab hubungan yang dibina atas kejujuran, kasih sayang, dan kenangan bersama… tak pernah pudar ditelan masa.

Lebih 30 tahun kami kenal, dan hari ini, kami masih mampu duduk, bergelak, dan bergambar bersama, bukan sekadar sebagai rakan kerja, tapi sebagai keluarga.

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita tak perlukan ramai orang baru untuk rasa bahagia, cukup ada mereka yang tak pernah berubah walau masa berganti.

Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Hari ini saya dan isteri menguruskan pernikahan anak saudara kami. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan p...
01/11/2025

Hari ini saya dan isteri menguruskan pernikahan anak saudara kami. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Semoga arwah Abang dan Kakak saya gembira dan tenang di sana, melihat amanah yang mereka tinggalkan telah kami sempurnakan dengan sebaiknya.

Terasa sebak, tapi dalam masa yang sama lega,kerana hari ini bukan sekadar majlis pernikahan, tetapi juga tanda kasih yang kami sambung bagi pihak mereka. 🌹

“Ilmu bukan diwarisi. Ia ditanam, disiram dan dibentuk setiap hari.”Hari ini saya dan Umar masing-masing pilih buku send...
26/10/2025

“Ilmu bukan diwarisi. Ia ditanam, disiram dan dibentuk setiap hari.”

Hari ini saya dan Umar masing-masing pilih buku sendiri.
Saya memilih Surrounded by Idiots yang mengajar cara memahami manusia dan berkomunikasi dengan lebih bijak.
Umar p**a memilih What Got You Here Won’t Get You There yang mengingatkan bahawa kejayaan hari ini belum tentu membawa kejayaan esok jika kita tidak terus belajar dan berubah.

Saya memang nampak Umar ni lain sikit. Dia s**a baca buku-buku jenis begini.
Saya bangga dan kagum kerana sejak dia kecil saya selalu ajar dia untuk tanamkan minat membaca.
Saya percaya bahawa anak yang gemar membaca bukan sekadar mencari ilmu tetapi sedang membentuk cara berfikir dan mengenal dunia.

Hari ini bila saya lihat dia tersenyum dengan buku pilihan sendiri saya tahu usaha kecil selama ini mula menampakkan hasil.
Mungkin hari ini dia membaca sekadar untuk s**a-s**a tetapi suatu hari nanti dia akan faham bahawa setiap halaman buku adalah tangga menuju masa depan yang lebih matang dan bijak.

Dan saya sendiri masih belajar juga.
Kerana menjadi ayah bukan bermaksud saya tahu segalanya. Ia bermaksud saya akan terus belajar supaya anak saya juga terus belajar.

“Family, where life begins and love never ends.” ❤️Alhamdulillah, this is my wonderful family, my greatest blessing and ...
20/10/2025

“Family, where life begins and love never ends.” ❤️
Alhamdulillah, this is my wonderful family, my greatest blessing and my biggest source of strength.
Through every laughter, every challenge, and every chapter of life… they’ve always been my home.

Address

Cheras, Selangor
43200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60133852577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Boss Zul Apple posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Boss Zul Apple:

Share

Category