Ruhani Catering

Ruhani Catering Perkhidmatan katering untuk majlis bersama keluarga, sahabat-handai dan juga korporat. Menu dan ser Antara faktor yang membezakan kami:

1.

Resipi masakan yang diwarisi turun temurun

2. Hanya menggunakan bahan bahan yang Halal dan Baik (halalan thoyyiban)

3. Sajian tidak menggunakan bahan perasa MSG

4. Menu penyajian yang sihat dan seimbang, baik untuk kesihatan

Aku dapat dah ! DOUBLE X dengan NEW & IMPROVED FORMULAAnda nak cuba ? Usia 40 tahun ke atas wajib ambik nutrisi tambahan...
03/09/2022

Aku dapat dah ! DOUBLE X dengan NEW & IMPROVED FORMULA

Anda nak cuba ?

Usia 40 tahun ke atas wajib ambik nutrisi tambahan dari suplimen yang terbaik dari alam & terbaik dari sains . Kalau tidak anda sendiri yang rugi.

Rugi ! Kesian tau .

BENARKAH SANTAN atau MINYAK KELAPA MENINGKATKAN KOLESTEROL?Santan kelapa adalah satu bahan masakan yang digunakan oleh m...
14/11/2017

BENARKAH SANTAN atau MINYAK KELAPA MENINGKATKAN KOLESTEROL?

Santan kelapa adalah satu bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia sejak dari dahulu lagi. Masakan seperti rendang dan lemang yang pop**ar semasa sambutan hariraya menggunakan santan dalam penyediaannya. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, masak lemak cili api diamalkan hampir setiap hari juga menggunakan santan. Bukan hanya masyarakat melayu, masyarakat India juga banyak menggunakan santan dalam masakan mereka. Kebanyakan penduduk di Asia Tenggara dan Kep**auan Pasifik adalah pengguna santan dalam masakan harian mereka. Santan selalu dikatakan sebagai lemak yang tidak sihat dan boleh menyebabkan masalah kolesterol tinggi.

Adakah pendapat ini benar dan bersandarkan kajian saintifik yang betul?

Kita selalu dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan santan dalam masakan seharian kita kerana ia mengandungi lemak tepu yang tinggi dan dikatakan boleh menyebabkan masalah peningkatan paras kolesterol dalam darah. Ada juga pakar pemakanan yang mencadangkan penggunaan susu sebagai ganti kepada santan dalam makanan. Dahulu, saya juga selalu menasihati pesakit saya yang mempunyai masalah kolesterol untuk meninggalkan makan santan kerana dahulu saya berpendapat lemak tepu dalam santan boleh menjadi punca meningkatnya paras kolesterol dalam darah.

Setelah membaca pelbagai kajian terkini dalam jurnal-jurnal perubatan saya mendapati kajian-kajian berkenaan penggunaan santan atau minyak kelapa merumuskan fakta yang agak berlainan.

Ironinya terdapat kajian sains mendapati masyarakat yang mengambil santan selalu dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol yang rendah juga. Diantara kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan Asia Pasific pada tahun 2011, yang dijalankan di Filipina mendapati pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dikalangan wanita pra menopaus meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol โ€˜jahatโ€™ jenis LDL dan Trigliserida. Oleh itu ia mempunyai faedah kesihatan yang baik menurunkan risiko sakit jantung.

Yang lebih menarik lagi adalah, data dari negara Filipina yang dilaporkan oleh Philipine National Nutrition Survey (PNNS) pada 2003 juga mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) dikalangan penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka.
Prof Philippe Legrand dari Peranchis yang merupakan seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Peranchis mempunyai pendapat yang sama berkenaan santan dan kesannya kepada paras kolesterol. Beliau menyatakan bahawa bahan didalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kump**an asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol oleh itu ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Disamping itu juga santan atau minyak kelapa ini mempunyai kesan positif yang lain seperti anti fungal, anti virus, anti mikrobial dan anti protozoa. Menurut beliau , santan boleh menjadi sebahagian dari diet yang sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.

Terdapat juga satu kajian yang dijalankan di Kerala , India yang dilaporkan dalam Indian Journal of Biochemistry pada tahun 2009 yang memberikan kesimp**an yang positif kepada kesihatan dengan pengambilan santan dalam makanan. Kajian ini membandingkan pengambilan minyak kelapa dengan pengambilan minyak bunga matahari dalam pemakanan seharian dan perbezaannya dengan paras kolesterol diantara keduanya. Hasil kajian ini merumuskan bahawa tiada perbezaan diantara pengambilan diantara kedua-dua jenis minyak masak ini dengan paras kolestrol dalam darah. Oleh itu , pendapat yang menyatakan pengambilan santan menyebabkan peningkatan paras kolestrol dalam darah adalah suatu pendapat yang kurang tepat.

Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan pada tahun 1981 berdasarkan kajian yang dibuat di Pulau Puka-puka dan Tokelau di lautan Pasifik yang menunjukkan penduduk di kedua p**au ini tidak mempunyai pesakit jantung koronari lansung, sedangkan sumber pemakanan mereka adalah 64% berasaskan kelapa disamping penduduk p**au ini makan lebih banyak ikan dan karbohidrat dari sumber ubi (keledek, keladi dan ubikayu). Walaupun penduduk di p**au ini mempunyai paras kolesterol yang agak tinggi, tetapi tidak ada seorang pun yang menghidap penyakit jantung. Jelas disini penduduk ini dilindungi daripada penyakit jantung koronari kerana mengambil minyak yang bersifat anti keradangan yang terdapat dalam minyak kelapa iaitu asid laurik dan ikan iaitu Omega 3. Oleh itu adalah pelik apabila minyak kelapa dan santan dipersalahkan selama ini.

Jika kita mengkaji pemakanan penduduk di Malaysia beberapa ratus tahun dulu, kita dapati corak pemakanan yang hampir serupa sebenarnya. Oleh itu jelas masalah sakit jantung koronari yang tinggi sekarang adalah kerana corak pemakanan penduduk Malaysia yang telah berubah dengan pengambilan banyak karbohidrat proses, gula dan asid lemak trans.

Terdapat banyak juga kajian lain yang merumuskan fakta yang bertentangan, tetapi kajian-kajian yang terbaru menunjukkan santan bukanlah faktor utama yang menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Kajian juga mendapati penduduk dunia yang makan santan setiap hari mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dengan masyarakat moden yang mengambil makanan segera dan makanan proses.
Kajian-kajian terkini mendapati pengambilan karbohidrat dan gula yang tinggi adalah lebih berkait rapat dengan masalah penyakit kardiovaskular dan peningkatan paras kolesterol berbanding pengambilan lemak atau minyak dalam makanan. Kajian juga mendapati pesakit kencing manis selalunya mempunyai paras kolesterol yang lebih tinggi kerana paras gula yang tinggi dalam darah walaupun tidak makan santan setiap hari.

Walaubagaimanapun, bersederhana dalam pengambilannya santan adalah baik dan mengawal pengambilan GULA yang berlebihan adalah strategi yang lebih baik mengawal paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, Insyaallah.

Wassalam

Dr Norman Mohd Norawi
(MBBS, FAGE, MScAARMAM)

06/11/2017

Sesuatu yang mempunyai kadar gula yang rendah dan bertindak mencuci perut.

Good for you & Good for us.

Sama sama kita amalkan untuk kesejahteraan diri, keluarga dan umat islam keseluruhannya.

01/11/2017

Sayangi buah pinggang kita.

23/10/2017

Air kelapa. Bagus ke Bagus ?

23/10/2017

Tak nak lutut hilang lubricant ?

Lakukan ๐Ÿ‘‡ di bawah.

Pengalaman berjaya.

Satu tip mudah untuk turunkan berat badan | Tip dari Dr Norman.Minum Teh Hijau selalu.Kajian menunjukkan minum teh hijau...
23/10/2017

Satu tip mudah untuk turunkan berat badan | Tip dari Dr Norman.

Minum Teh Hijau selalu.

Kajian menunjukkan minum teh hijau akan meningkatkan metabolisma tubuh kita dan meningkatkan pembakaran lemak oleh bahan aktif dalamnya iaitu katechin.

Paling kurangkan pun biasanya kita minum teh hijau tanpa GULA, oleh itu secara tidak lansung ia mengurangkan pengambilan kalori.

Teh Hijau juga mengandungi bahan anti oksidan dan bahan anti keradangan EGCG yang sangat baik untuk kesihatan umum dan mencegah pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.

Insyaallah

Tips sihat semasa cuaca panas
23/10/2017

Tips sihat semasa cuaca panas

28/09/2017

Dah Makan ?

Jangan buat perbuatan ni lepas makan. Tabiat amat buruk.

Lihat video.

18/08/2017

STROKE

Nak Awet Muda ? Ambil air kosong
06/08/2017

Nak Awet Muda ?

Ambil air kosong

15/07/2017

Sesuatu yang amat berharga pada limau kasturi yang tubuh kita perlu.

Check it out!

05/07/2017

10 tips bagi mereka yang berusia 40 an ke atas.
-----

Nasihat untuk KITA yang 40 an ke atas.

PERTAMA:
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA:
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA:
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT:
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA:
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM:
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH:
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN:
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN:
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH:
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.

04/07/2017

Suami yang sayang isterinya akan buat perkara perkara berikut tanpa paksa paksa.

02/07/2017

BAGAIMANA RAWAT STROKE DI PERINGKAT AWAL.

Jika ada di antara keluarga kita yang terkena stroke, jangan panik. Itu kuncinya. Sebab, jika anda panik, justru akan memburukkan lagi stroke yang dialaminya.

Ada 1st aid (langkah pertama) dijamin sangat berkesan. Cara ini sudah diperkenalkan secara meluas, agar menjadi pertimbangan masyarakat sebagai alternatif pertolongan pertama bagi orang yang terkena stroke.

Cara ini merupakan kaedah penyembuhan melalui "Pelepasan Darah". Tujuannya untuk menolong si pesakit agar stroke itu tidak 'fatal'. Bahkan dipastikan hampir tidak ada kesan sampingan.

Perlu diketahui, orang yang terkena stroke, pembuluh darah di bahagian otak lambat laun akan menuju ke proses perpecahan. Bila menghadapi keadaan demikian, jangan panik ... jangan sekali panik.

A) Dimana pun pesakit berada (bilik mandi, bilik tidur, atau ruang tamu), jangan dipindahkan terburu-buru. Kerana bila dipindahkan, akan mempercepatkan proses pecahnya pembuluh darah itu.

B) Di tempat kejadian itu, alihkan si pesakit supaya dalam posisi duduk, agar dia tidak terjatuh lagi.

C) Setelah berada dalam posisi duduk, kini tiba masanya untuk melepaskan darah.

D) Jika di rumah ada jarum suntik, itu lah paling baik. Kalau tidak ada, pakailah jarum jahit atau jarum pentol. Sebelum itu, jarum sepatutnya disterilkan dengan dibakar api sejenak.

E) Kemudian tusuklah kesepuluh hujung jari kedua tangan agar berdarah. Bila darah tidak keluar, boleh dipicit atau diurut, hingga kesepuluh jari itu menitiskan darah (setiap jari setitis).

F) Beberapa minit kemudian, si pesakit dengan sendirinya akan sedar kembali.

G) Bila mulutnya sumbing atau condong, tariklah telinganya sampai merah. Di bahagian daun telinganya juga harus ditikam dua tus**an jarum, sehingga masing-masing telinga menitis dua titisan darah.

H) Beberapa minit kemudian mulutnya akan kembali normal.

Setelah semuanya dirasakan normal, tanpa gejala lain, barulah si pesakit dihantar ke tempat rawatan. Insya Allah masa krisis sudah boleh ditangani.

Jika anda terburu-buru mengangkut mangsa dengan ambulans, maka sepanjang jalan akan terjadi goncangan/gegaran. Sesampainya ke rumah sakit, hampir semua saluran darahnya akan pecah, dan akan berlaku pendarahan yang teruk di dalam otaknya.

Jika itu berlaku, mangsa s**ar untuk diselamatkan oleh rawatan perubatan, ada mujizat pun s**ar untuk mempertahankan nyawanya.

Umumnya, reaksi daripada ahli keluarga atau masyarakat ialah akan terburu-buru membawa pesakit stroke ke rumah sakit untuk rawatan. Padahal, kejutan sepanjang jalan akan mempercepatkan pecahnya pembuluh darah. Banyak pesakit yang mengalami kerosakan fatal di bahagian pembuluh darahnya.

Maka, pendarahan otak menduduki tempat kedua dalam ranking punca kematian. Mungkin ada yang bernasib baik kerana tidak fatal. Tetapi yang lumpuh seumur hidup merupakan suatu kerugian besar bagi si mangsa, keluarga, dan masyarakat.

Sememangnya pendarahan otak sungguh mengerikan.

Andai kita dapat mengingati cara pelepasan darah ini, maka itu dapat memberi pertolongan pertama. Oleh itu, dengan pantas dapat menolong si pesakit, supaya tidak berlaku kematian.
*Saiful*
*MEDIC JPAM*

Sharing is caring...
Untuk perkongsian bersama.

Ustaz Don Daniyal 7 Sunnah Hebat------๐ŸŒ Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imagina...
14/04/2017

Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat
------

๐ŸŒ Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

๐ŸŒ Pertama

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

๐ŸŒ Kedua

Membaca Al-Qurโ€™an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qurโ€™an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

๐ŸŒ Ketiga

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

๐ŸŒ Keempat

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

๐ŸŒ Kelima

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang s**a bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

๐ŸŒ Keenam

Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, โ€œOrang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allahโ€.

๐ŸŒ Ketujuh

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู…..

Baca sampai habis. Berbaloi baca walaupun panjang. Hidup berbakti bukan hanya nak lulus exam dengan cemerlang sahaja. ht...
27/03/2017

Baca sampai habis.

Berbaloi baca walaupun panjang.

Hidup berbakti bukan hanya nak lulus exam dengan cemerlang sahaja.

https://www.facebook.com/snfanclub/photos/a.197056165957.130711.25409635957/10154604561705958/?type=3

ANAK INI NYARIS STRAIGHT A, TAPI PADA SAYA DIA SCORER 20A

(UPDATE 11.00 am : Keputusan BM = A+)

Hari ini kalau tengok dalam suratkhabar semuanya akan bercerita tentang kejayaan mereka yang menduduki SPM tahun lalu.

Cerita yang s**a kita dengar dulu-dulu bila anak kampung dari keluarga miskin yang kena berniaga, jaga ayah atau emak sakit, bantu buat nasi lemak tapi boleh dapat puluh-puluh A. Saya juga respect orang begini.

Sila pujuk diri untuk baca sampai habis. Ada bersepah-sepahan pelajaran dalam karangan ini. Rugi siapa skip...

Hari ini saya nak cerita ikon yang orang tak kenal, atau orang tak kisah tapi pada saya dia ni ikon.

Nurhani Masjuki atau saya panggil Hani ialah seorang anak yang bercita-cita nak jadi doktor. Abahnya seorang doktor veterinar yang kemudian menjadi usahawan yang berjaya sekitar tahun 90-an dahulu. Pada tahun 2005 Abahnya Dr. Masjuki menyerahkan seluruh hartanya yang ada dan yang akan datang kepada pembangunan sebuah komuniti kebajikan yang kini dikenali 'Rumah Pengasih Warga Prihatin'.

Ayah Hani menyerah semuanya sehingga tiada apa lagi yang tinggal. Dia sendiri menjadi orang yang memfakirkan diri bekerja sepenuh masa tanpa gaji dan cuti demi kebahagiaan orang lain. Hasilnya, RPWP mampu berdiri dengan idea ayahnya bersama dengan 20 orang sahabat yang kini Hani panggil semuanya dengan panggilan โ€œAyahโ€ juga.

"Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"..

Hani juga sama seperti ayahnya, seorang yang hidupnya hanya untuk kebajikan. Memang kalau tengok slip result tu macam โ€œAlaaโ€ฆ whassobigdeallll?โ€

Tetapi pada sayaโ€ฆ'big deal' lah tu. Nak tahu kenapa? Ini anak bertuah punya. Lain dari yang lain. Kena baca sampai habis...

Boleh bayangkan tak, Hani jenis orang yang tidur hanya 4 jam sehari. PT3 dia straight A, tapi Hani seorang yang optimis dengan 'Problem Solving'. Dia s**a dengan cabaran masalah yang realistik.

Hari-hari kerja Hani cari masalah untuk diselesaikan. Macam Superman yang s**a selamatkan orang susah walaupun bukan saudara beliau sendiri pun. Dari pagi sampai ke malam macam-macam kerja dia buat. Buku? Ntahโ€ฆ.kalau sempat dia sentuh kalau tidak, tidaklah...

Hani sendiri yang insist nak bersekolah di Akademi Insan Prihatin walaupun dia tahu AIP bukan berorientasikan exam. Budak-budak balik dengan result straight D pun kita ucap tahniah kerana at least mereka belajar dan dapat buat walaupun dapat D dan bukannya F terus.

'Be fair' lah..., sekolah AIP ni dari kalangan anak-anak yatim dan asnaf. Anak yatim kalau score banyak A, rajin belajar, tak ada masalah... dah tentu tak dihantar ke RPWP. Mestilah mak ayah angkat mereka nak jaga lagi sampai masuk universiti sampai kahwin dapat anak cucu kan?

Yang sampai pada RPWP ni kebanyakannya jenis yang pergi sekolah pun lompat pagar belakang. Sampai ada yang Henry Gurney pun tak sanggup nak jaga lagi. Polis nak tangkap pun susah. Dalam lokap polis pun dia boleh lari. AIP bukan sekolah yang nak masuk kena ada ujian saringan. Asal yatim jer bolehlah masuk.

Hani dari awal lagi sekepala dengan ayahnya dan sekepala juga dengan ayah nya yang kacak ini (saya lah tu). Kami faham, pembelajaran itu datang dari kemahuan diri setelah akhlak terbangun. Maka, anak-anak yang ada masalah tu pun semuanya hanya kerana akhlaknya belum dibina. Bina dahulu akhlaknya, akademik akan jadi mudah.

RUTIN HARIAN HANI

Setiap hari dari pagi Hani tolong ibu-ibu memasak untuk satu komuniti ratusan orang ni makan. Setiap hari Isnin dan Khamis dia bangun lebih awal untuk masakkan sahur adik-adik yang berpuasa.

Sepanjang hari Hani juga diamanahkan menjaga kakaknya, iaitu seorang Down Syndrome. Alhamdulillah walaupun Down Syndrome, kakaknya boleh bawa diri dan rajin bekerja. Kemudian Hani terpaksa berlari naik ke tadika menjaga adik-adik yang kecil, mengajar adik-adik di RPWP mengaji dan petangnya masuk kelas mengajar adik-adik subjek sains, matematik dan Pengajian Islam. Lewat malam barulah dia ada masa nak fikir peperiksaan SPM nya.

Walaupun Hani ambil jurusan sains, tetapi AIP tidak ada makmal sains seperti sekolah awam. Hani belajar sendiri subjek tingkatan 4 dan 5 dengan hanya bertanya kepada kami-kami yang menjadi ayah dan ibu angkatnya di RPWP. Beliau belajar sendiri untuk tamatkan silibus dan hanya membuat soalan tahun-tahun lepas untuk persediaan peperiksaan.

HANYA 3 BULAN SEBELUM SPM baru Hani mengurangkan aktiviti lain bagi menumpukan kepada peperiksaan SPM nya.

3 bulan itulah beliau nak belajar dari Bab 1 tingkatan 4 sampai bab akhir tingkatan 5. Pegangan kami mudah, kami tahu Hani bukan genius tetapi dia rajin dan sangat strategik. Dia tahu apa yang dia buat dan dia rancang untuk mendapatkannya. Lagi satu, apa yang dia pelajari akan terus dipraktik atau jika tidak boleh dipraktik, Hani akan cuba ajarkan adik-adik yang lain apa yang dia pelajari. Ilmu mengalir lancar tanpa sekatan.

Ya, Hani benar-benar pasti apa yang dia mahukan. Malah, selepas SPM Hani sendiri membuat keputusan untuk menyertai rakan-rakan yang bernikah awal. Beliau sudi bernikah dengan jejaka mana sahaja yang dipilihkan oleh ayah dan ibunya. Anak ini sangat taat kepada ibu bapanya dan terima sahaja jodoh pilihan ibu bapanya. Alhamdulillah beliau nampak bahagia sekarang bersama suaminya.

Hani tahu dia nak jadi doktor. Dia bersedia untuk bernikah pada umur 17 tahun supaya hidupnya lebih fokus kepada satu ketentuan dan bukan satu dunia terbuka yang tidak menentu. Pada Hani, dia nak fokus pada pelajaran untuk menjadi seorang doktor dan tak mahu hatinya 'distracted' dengan cinta-cinta atau mencari cinta yang tak tentu hala.

Hani ialah salah seorang dari 9 pasangan RPWP yang dinikahkan pada Januari baru-baru ini. InsyaAllah kendurinya pada 16 April 2017 di Sg Ramal Dalam. Jemput semua datang, ini jemputan betul2โ€ฆsila datang jangan malu.

Bagi sya anak ini hebat. Dalam 3 bulan itulah dia mampu mendapat keputusan HAMPIR SEMUA 'A'.

Saya anggap yang B dan B+ tu semua nyaris-nyaris A. Pada saya itu semua 'A' jugalah KECUALI MASALAH KESILAPAN SEMAKAN. Ada p**ak Bahasa Melayu ditanda T (Tidak Hadir) sedangkan Hani memang hadir semasa peperiksaan. Apapun kami dah cuba buat semakan, tunggu sedikit masa keputusannya bagaimana. Kalau ada orang kuat lembaga Peperiksaan nak bantu amat dialu-alukan. (update: Alhamdulillah dia dapat A+)

Itu baru belajar 3 bulan.., kalau kita beri Hani lagi sebulan dua saya rasa boleh sampai Straight A.

Hani ialah anak ke-6 selepas kakaknya yang menghidap Down Syndrome.

Semasa mengandungkan Hani, ibunya sering diejek dan disindir oleh doktor-doktor kerana masih mengandung lagi sedangkan telah dinasihatkan untuk tidak mengandung. Tambahan p**a, anak pertama (abg sulong) kepada Hani hanya sempat hidup 2 jam sahaja selepas lahir disebabkan oleh Multiple Congenital Abnormalities. Ada yang tidak berperasaan kerana menyindir kononnya anak dalam kandungan (Hani) juga mungkin Down Syndrome juga.

Tetapi seorang ibu tetap positif dengan apa yang bakal Allah rezekikan. Hari ini, bolehlah dikatakan SEJUK PERUT IBU MENGANDUNGKAN HANI.

Hani tahu dia boleh score straight A kerana daya fokusnya yang tinggi. Hani ialah produk sistem pendidikan akhlak dan akademik di AIP. Satu pendidikan yang mendahulukan akhlak kerana apabila akhlak sudah mapan, akademik hanyalah seperti satu misi mudah sahaja.

Cerita Hani mungkin tidak akan masuk suratkhabar mana-mana. Tetapi pada kami, beliau seorang anak yang elok akhlaknya, yang sudah menjadi 'cikgu' semasa menduduki peperiksaan SPM nya, sudah jadi pendidik dan penjaga kepada adik-adiknya, mampu menjaga kakaknya yang Down Syndrome dengan baik sekali, anak yang sangat berbakti kepada orang tua dan komuniti asnafnya, dan kini seorang isteri yang taat kepada suaminya. Dengan kesempatan belajar hanya 3 bulan dia mampu mencapai keputusan sebegini.. Bagi kami Hani sudah score lebih dari 20 'A'...

Dengan keputusan begini, Hani berkemungkinan tidak akan mendapat tajaan dari mana-mana badan yang meletakkan kriteria utama pada bilangan 'A.' Lagi-lagi jika nak masuk dalam bidang perubatan yang biasanya dipenuhi pemohon-pemohon 'straight A'. Namun, jika saya memiliki sebuah universiti yang menawarkan kursus perubatan, saya akan ambil orang begini dan taja sepenuhnya pengajian beliau. Kerana akhlak dan karakter begini, langkahnya boleh pergi jauh dalam mengharumkan mana-mana tempat yang akan disinggahi oleh anak ini. Jika Hani ada 4 atau 5 bulan hanya belajar sahaja, saya fikir Hani mungkin boleh score semuanya A tanpa masalah.

Semoga ada pihak yang akan merealisasikan impian Hani untuk menjadi seorang doktor. Anda tahu mengapa?...

Bila ditanya, mengapa nak jadi doktor? Kerana dia mahu menjadi DOKTOR SUKARELAWAN yang memberi khidmat percuma kepada komuniti kebajikan, khususnya kepada kaum wanita. Sikap Hani betul-betul macam bapaknya. Hidup bukan untuk kayakan diri sendiri, tetapi sanggup bersusah asalkan mampu merahmatkan orang lain yang memerlukan.

'Hani' ialah KISAH BENAR.
Cuma ceritanya macam cerita fiksyen..
Bukan kerana tidak benar, tetapi spesis hidupan macam Hani ini sudah semakin terancamโ€ฆ.RARE !

Saya berdoa, ada pihak akan tampil menjadi penaja kepada Hani. Tak rugi kerana jika anak ini berjaya menjadi doktor, ia akan menjadi doktor yang sangat berbakti walaupun tanpa gaji. Yang menaja p**a akan jadi macam saham akhirat baginya. Setiap kali โ€œDr. Haniโ€ berbakti kepada umat manusia, pahalanya akan terus masuk kepada penaja yang mungkin ketika itu sudah pun meninggal dunia.

Ada ramai ikon SPM, tetapi yang ini adalah ikon pada pandangan saya.

SAIFUL NANG
Ayah Kacak

Tambahan : Hani ini semasa kecil dahulu pernah berlakon dalam filem pendek yang saya arahkan, dalam filem pendek tu memang dia nak jadi doktor pun. Cuba tengok filem tu di sini https://vimeo.com/16885007

26/03/2017

Assalamualaikum

Makan apa malam ni ?

Jangan lupa gosok gigi sebelum tidur.

Ok bai.

Address

Hulu Langat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruhani Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ruhani Catering:

Videos

Share

Category