FELDA SG TEKAM

FELDA SG TEKAM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA SG TEKAM, Jerantut.
(1)

Alhamdulillah selesai sudah Progam Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia anjuran GPW dan JPKK FELDA SUNG...
14/09/2023

Alhamdulillah selesai sudah Progam Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia anjuran GPW dan JPKK FELDA SUNGAI TEKAM

Kategori Dipertandingkan adalah :

1. Pertandingan papan tanda blok & kawasan blok Patriotik

2. Pertandingan Rumah Ahli blok Patriotik

3. Pertandingan Rumah Ketua Blok Patriotik

Komitmen warga rancangan kita sangat membanggakan 👍👍

31/08/2023
Jom ke ladang FPMSB bersama GPW & KAF FELDA Sungai TekamAktiviti : Taklimat & menanam pokok bungaSemoga memberi manfaat ...
18/08/2023

Jom ke ladang FPMSB bersama GPW & KAF FELDA Sungai Tekam

Aktiviti : Taklimat & menanam pokok bunga

Semoga memberi manfaat kepada semua.. Insya Allah akan diteruskan lagi program sebegini

11/08/2023

AL-FATIHAH.

Pihak pengurusan dan seluruh warga FELDA menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga YBhg. Dato’ Haji Ab. Ghani Mohd Ali, Mantan Pengarah Besar FELDA yang telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Ogos 2023, awal pagi tadi.

Bersama- sama kita doakan, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T. serta diangkat segala ibadah pekerjaan dan tanggungjawab dilaksanakan oleh Allahyarham sepanjang perkhidmatan bersama FELDA sebagai salah satu amal ibadah kepada-Nya.

Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Al-Fatihah.


28/06/2023

PELUANG KERJAYA- TAWARAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR (N41)

Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan. Pemohon perlu mengimbas kod QR atau klik pautan
https://forms.gle/mZ333kA32bCNwob27 untuk memohon.

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Julai 2023

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. selesai sudah program kita pada hari inii .. Program selesai dgn jayaanyaa . sambutan ...
24/06/2023

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. selesai sudah program kita pada hari inii .. Program selesai dgn jayaanyaa . sambutan dari penduduk kampung kita sgt meriahh dan sgt membantuuu 👍👍

terima kasih warga rancangan FELDA Sg Tekamm 👍👍👍

09/06/2023
09/06/2023

Tahniah kepada 10 sekolah FELDA terbaik SPM 2022 atas pencapaian cemerlang ini.

Pencapaian ini amat membanggakan apabila anak anak FELDA berjaya dalam pelajaran sekaligus mengharumkan nama sekolah masing-masing.

Teruskan usaha dan kecemerlangan adik adik. Semoga terus berjaya ke menara gading dan mencapai cita-cita anda.

Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Tekam mewakili menyahut cabaran menyertai Pertandingan FELDA ROBOTIC CHALLENGE 2023 di De...
27/05/2023

Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Tekam mewakili menyahut cabaran menyertai Pertandingan FELDA ROBOTIC CHALLENGE 2023 di Dewan Asrama Atlet Majlis Sukan Terengganu..

Para pelajar dan guru mengambil pengalaman sekaligus persediaan untuk pertandingan akan datang. Kita cuba lagi jangan putus asa 💪

Tahniah SK LKTP Sungai Tekam!

*ROLLCALL MAC 2023*Roll call pada bulan ini diadakan Majlis Bacaan Yassin dan tazkirah sempena bakal menyambut Bulan Ram...
21/03/2023

*ROLLCALL MAC 2023*

Roll call pada bulan ini diadakan Majlis Bacaan Yassin dan tazkirah sempena bakal menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba..

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa bin Husain iaitu Pengurus daerah
Majlis ugama Islam dan adat resam Melayu Pahang ,Cawangan daerah Maran

Bacaan Yassin yang di ketuai oleh Imam Rose Sidi Bin Wahid iaitu Pengerusi JPKK FELDA SG TEKAM

Terima kasih Blok 11 & Blok 12 sponsor makanan untuk bulan ini..

Terima kasih kepada para penyumbang cabutan bertuah pada bulan ini ..

Terima kasih pada semua warga rancangan 👍

Salah satu pogram bulanan bagi rancangan  FELDA SG TEKAM adalah perjumpaan bersama warga peneroka yang lebih dikenali se...
21/02/2023

Salah satu pogram bulanan bagi rancangan FELDA SG TEKAM adalah perjumpaan bersama warga peneroka yang lebih dikenali sebagai Rollcall. Ia juga boleh melibatkan agensi luar untuk berkongsi maklumat terbaru.

Untuk bulan Februari ini , rancangan menjemput Ustaz Aminul Husaini bin Abdul Razak, Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah ,Pejabat Agama Islam Daerah Jengka

Diharap apa yang di sampaikan memberi manfaat kepada kita semua dan saling mengingati satu sama lain , Insya Allah

Terima kasih kepada Blok 9 & Blok 10 menaja makanan rollcall pada bulan ini 👍

Terima kasih juga kepada penyumbang cabutan bertuah pada bulan ini 👍

Assalamualaikum warga rancangan .. Merujuk surat diatas ,Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut akan mengadakan Program...
16/02/2023

Assalamualaikum warga rancangan ..

Merujuk surat diatas ,

Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut akan mengadakan Program Kutipan Cukai Tanah

Bagi rancangan FELDA Sungai Tekam ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 07/03/2023
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 3.30pm
Tempat : Bangunan GPW

Diharap semua pemilik tanah membayar cukai tahunan seperti yang ditetapkan

Terima Kasih.

30/01/2023

PEMBUKAAN PERMOHONAN RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH (RKSR)

Pemohon yang berminat untuk memohon RKSR diminta muat turunkan borang permohonan melalui link berikut atau scan kod QR (dalam poster).

Sila mengikut langkah permohonan untuk melengkapkan proses permohonan.

Syarat memohon RKSR
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
- Warga felda, generasi baru felda, atau petugas kumpulan felda.
- Tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia.

Link: https://drive.google.com/file/d/1h5CD79RKdco93ST_t5n2ASAcnLDIQtAA/view?usp=sharing

14/01/2023

Pahang masih guna jalan raya sebelum Perang Dunia Kedua?

MARAN: Setelah 65 tahun negara mencapai kemerdekaan, jalan lama Maran-Jerantut-Benta Lipis sejauh kira-kira 180 kilometer yang dibina pada 1939 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua tahun 1941 hingga 1945 masih tetap digunakan.

Ini dibuktikan apabila sebuah jambatan di Sungai Kepung, berdekatan Felda Sungai Tekam, Jerantut dekat sini yang turut dibina pada 1939 masih digunakan oleh penduduk yang melalui jalan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jalan itu merupakan ‘lebuh raya’ terawal yang dibina penjajah British dari Pekan melalui Maran-Jerantut-Lipis-Batang Kali ke Kuala Lumpur bagi tujuan pentadbiran dan mengangkut hasil Pahang ke Pelabuhan Port Swettenham (Pelabuhan Klang).

Ironinya, jalan yang sama pernah dilalui Sultan Pahang keempat, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada 16 Ogos 1945 dari Pekan ke Kuala Lipis yang ketika itu pusat pentadbiran negeri untuk mengadakan pertemuan dengan Gabenor Pemerintah Tentera Jepun bagi negeri Pahang.

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar bersama rombongan melalui jalan itu yang dikenali pekan Tong Kiat atau kini Sungai Jerik. Jalan tersebut tetap dalam keadaan asal walaupun ada cadangan untuk melebarkan laluan tersebut kira-kira 30 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Kampung Anggerik Jengka Satu, Abdullah Ani, 65, berkata, rujukan buku ‘Peristiwa Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Di Ladang Ng Tong Kiat Pada Tahun 1945’ oleh Ungku Nazaruddin, Lembaga Muzium Negeri Pahang membuktikan jalan terbabit mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Menurutnya, jalan tersebut sempit dan bengkang-bengkok yang berbahaya kepada kenderaan khususnya pada waktu malam, tetapi terpaksa juga digunakan oleh pengguna kampung tradisional dan Felda kerana tiada pilihan untuk urusan harian.

“Laluan jalan ini ternyata penting kepada pengguna dari Maran atau Kuantan sebagai jalan pintas ke Jerantut dan Lipis. Terdapat juga destinasi pelancongan Lubuk Yu, Lubuk Ujid dan Kuil Sri Marathandavar yang menjadi tumpuan penganut Hindu,” katanya di sini semalam.

Terdapat tiga fasa projek menaik taraf jalan dengan meluruskan jalan yang bengkang-bengkok di laluan berkenaan iaitu dari Simpang Maran-Kampung Batu 55, Simpang Jengka 8-Jerantut dan dari Bandar Jerantut ke Kampung Lata Kasah.

Seorang pengguna, Nor Minah Abd. Rahman, 53, dari Felda Ulu Jempol berkata, projek menaik taraf jalan itu tidak menyeluruh kerana banyak lagi kawasan dalam keadaan asal seperti dari Batu 55 Jalan Maran ke perkampungan Asli Sungai Bangkong, jalan ke Benta dan lain- lain.

“Projek terkini sedang dilaksanakan kerajaan iaitu menaik taraf jalan laluan berkenaan dari Simpang Felda Jengka 8 ke Kampung Sungai Bangkung,” katanya.

Seorang penduduk Felda Sungai Tekam, Mohamad Roziman, 54, berkata, jika diimbau sejarah lampau, Jalan Maran-Jerantut-Benta ini dibina sekitar 1918 bagi menghubungkan Kuala Lipis yang ketika itu menjadi ibu negeri ini dengan bandar diraja Pekan.

“Jalan ini dibina sebelum merdeka dan sehingga ke hari ini ia masih digunakan penduduk kampung tempatan kerana terpaksa menggunakan jalan ini terutama penduduk sekitar menjual hasil pertanian,” katanya.

Penduduk Kampung Budu, Lipis Rosmini Razif, 53, berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas menaik taraf jalan ini yang membabitkan banyak kampung tradisional antaranya Kampung Damak, Som, Batu Balai, Sempadan dan Kampung Tanjung Besar.

“Mereka pertama kali akan merasai situasi seperti melalui jalan ke Bukit Fraser yang bengkang-bengkok. Seolah-olah negara masih di bawah penjajah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu adil menaik taraf keseluruhan laluan ini yang membabitkan beberapa daerah seperti Maran, Jerantut, Lipis, dan Bentong tanpa pilih kasih. – UTUSAN

Kredit Utusan Malaysia

06/01/2023

TAWARAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (N19) ATAU PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (S19) - LANTIKAN TETAP

Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan. Permohonan perlu dilakukan SECARA ATAS TALIAN dengan mengimbas Kod QR sebelum atau pada 13 JANUARI 2023.

Tawaran kerjaya Pembantu Tadbir Perkeranian (N19)
https://qr.codes/oSPnAX

Tawaran kerjaya Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19)
https://qr.codes/L2CKdB

Tarikh Tutup: 13 Januari 2023

01/01/2023

Selamat Tahun Baru
Kepada warga FELDA,

Semoga lembaran baru ini memberi kita lebih rahmat dan nikmat. Sentiasa mensyukuri rezeki yang ada.

Marilah kita berdoa agar 2023 menjadi tahun yang penuh kedamaian, kebahagiaan dan penuh limpahan kejayaan di dalam keberkatan.

NLP menjadi Wadah,
Ubah Minda perkasakan diri,
2023 menjelma sudah,
Majukan Diri, Tingkatkan Prestasi.

Salam Perpaduan


Alhamdulillah.. Kerja - kerja pembaikan Sekolah Agama Al Wosto FELDA Sungai Tekam sedang dijalankan. Diharap warga ranca...
31/12/2022

Alhamdulillah..

Kerja - kerja pembaikan Sekolah Agama Al Wosto FELDA Sungai Tekam sedang dijalankan.

Diharap warga rancangan berhati-hati di kawasan sekitar ..

Address

Jerantut

Telephone

+6094718500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA SG TEKAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Jerantut event planning services

Show All