My Heart's Delight

My Heart's Delight ~ My HearT BakerY ~ Cake + Cupcake + Bun + Bread + Tartlet + Creampuff + Donut ~

12/08/2024
27/07/2024
Cream puffBahan2nyaBahan A1 cawan Air100 gm mentega/margerin1/2 sk gula1 st esen vanilaBahan BSecubit garam125 gm tepung...
06/03/2024

Cream puff

Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega/margerin
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur

----

Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.

pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa2 pun ok.

paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.

Kastard filling

2 1/4 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.
1 sb mentega

masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.

Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh.




Terima Kasih yang share Resepi Cookies ni..Menjadi Sedap Tak berapa Manis  Terbaik👍🏼👍🏼👍🏼Resepi tengah Viral🍪 Resepi Bisk...
05/03/2024

Terima Kasih yang share Resepi Cookies ni..
Menjadi Sedap Tak berapa Manis
Terbaik👍🏼👍🏼👍🏼

Resepi tengah Viral

🍪 Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi! 😋

“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”

Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
ya

250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan p**a bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan p**a 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.




02/03/2024

Shawarma Sauce

19/02/2024

🍁 BUTTER CREAM & WHIPPED CREAM HOMEMADE 🍁

1. BUTTER CREAM
bahan:
1 sachet margarin 200 gr
5 sdm gula pasir (jika tidak s**a manis, bisa dikurangi)
2 sachet susu kental manis

2. WHIPPED CREAM
Bahan:
3 sdm susu bubuk
1 sdm gula pasir
1 sachet kental manis putih
1/2 sdm SP
50 gr batu es (diserut)
vanili secukupnya

selamat mencoba 😍😍😍

05/02/2024

RESEPI TART TELUR CRUNCHY

Bahan²
1 Tin susu Cair F&N
1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu S**a Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
4 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning

Cara²
Kacau gula dan air suam hingga gula larut
Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit

Adunan ni ita buat 1/2 adunan aje sebab nak samakan dgn kuantiti shell yg dibuat.

TART CRUST ATAU SHELL

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara²
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.

Cara²:
Bakar shell tart hingga kuning 3/4 masak sebab nanti kita nak bakar lagi bila dah letak adunan telur.
Lepas shell masak keluarkan dari acuan dan susun dlm tray
Pas tu masa shell panas lagi dah letak adunan telur dan terus bakar dgn api atas dan bawah
Selepas tart masak, biar sejuk dan terus simpan dlm bekas kedap udara dan letak dlm peti ais supaya tart terus rangup
Tart akan melekat sikit pada tray sebab telur tu tumpah masa proses pembakaran
Cungkil dgn pisau jika tart melekat atas tray.

Kredit : azlita aziz

05/02/2024
02/02/2024

Bertahun tahun saya guna resepi ni...
Hasil kejadian keknya..
Keluar dari oven langsung tak mendap2 walaupun kek nya lebih 8jam duduk dalam loyang.
Saya nak ajar satu trick nak elak kek tu jatuh / mendap dengan menggunakan resepi tu..
LEPAS KELUAR OVEN.. HENTAKKAN KEK 1-2X MACAM KITA HENTAKKAN LOYANG SEBELUM KITA BAKAR KEK NI.. insyaallah dah xkan jatuh dah.. BUT make sure jangan terlebih pukul.. k
Ni saya repost balik

Resepi PREMIX SPONGE CAKE /COKLAT SPONGE CAKE ikut saiz loyang
Loyang 6&7

100gm Tepung Gandum (75gm tepung gandum + 25gm serbuk koko)
45gm Tepung Jagung
100 Gula Kastor / Halus
4 biji Telur A
25gm Ovallate
30gm Susu Full Cream Sejuk
40gm Butter Cair / Minyak Jagung
1/2 tsp vanilla

Loyang 8
130gm Tepung Gandum (100gm tepung gandum + 30gm serbuk koko)
60gm Tepung Jagung
130 Gula Kastor / Halus
5biji Telur A
30gm Ovallate
50ml Susu Full Cream Sejuk
60ml Butter Cair / Minyak Jagung
1tsp vanilla

Loyang 9
200gm Tepung Gandum (155gm tepung gandum + 45gm serbuk koko)
90gm Tepung Jagung
200 Gula Kastor / Halus
7biji Telur A
45gm Ovallate
75gm Susu Full Cream Sejuk
90gm Butter Cair / Minyak Jagung
11/2tsp vanilla

Loyang 10
260gm Tepung Gandum (200gm tepung gandum + 60gm serbuk koko)
120gm Tepung Jagung
260 Gula Kastor / Halus
10biji Telur A
60gm Ovallate
100ml Susu Full Cream Sejuk
120ml Butter Cair / Minyak Jagung
2tsp vanilla

Cara2..
1. Pukul semua bahan KECUALI butter cair / minyak jagung sampai kembang (naik 2x ganda)
2. Ambil 1/3 adunan letakkan dalam mangkuk dan masukkan butter cair / minyak jagung. Kacau sebati
3. Tuang adunan ke dalam bekas adunan utama dan kacau sebati guna senduk dan spatula.
4. Bakar hingga masak.
5. Ikut trick di atas.. (LEPAS KELUAR OVEN.. HENTAKKAN KEK 1-2X MACAM KITA HENTAKKAN LOYANG SEBELUM KITA BAKAR KEK NI.. insyaallah dah xkan jatuh dah..)....dan sejukkan sepenuhnya pada suhu bilik.
Tak cantik sebab merekah?
Masa ni saya masih nak menyesuaikan diri dengan oven baru.. merekah ni terjadi bila suhu oven terlalu tinggi.

Kredit: Fauzi Karim




17/12/2022
29/11/2022
24/08/2022

Tips Meroti 🍞🍞

Cik Amy, apa tu bread improver dan dough softener?

🥖Bread improver digunakan untuk membantu dalam pengembangan roti kata pekerja bahan bakeri lah. Kat label botol bread improver ada ditulis, improvement of dough strength and stability. Recommended usage p**a, 0.1% dari kandungan tepung. Biasanya cik amy guna 1/2 sudu teh bread improver untuk 1/2 pack @ 500g tepung.

🥖Dough softener p**a fungsinya untuk melembutkan doh lah, sesuai dengan namanya kan. Ianya diperbuat dari lemak sayuran dan emulsifier yang dibenarkan. Disebabkan oleh kandungan lemak sayuran, so teksturnya lebih kurang sama macam shortening. Biasanya cik amy guna 1/2 sudu teh dough softener untuk 1/2 pack @ 500g tepung.

30/06/2022
CHOCOLATE MOIST CUP CAKE ❤️
09/06/2022

CHOCOLATE MOIST CUP CAKE ❤️

Rt Boba Prelove 💖
08/06/2022

Rt Boba Prelove 💖

22/03/2022

Boleh la cuba buat utk makan raya nanti

SEMPERIT KLASIK

Resipinya
250g butter
1 biji kuning telur.
1/2 cawan gula aising(sy guna gula pasir yg dikisar halus)
Sedikit pewarna kuning telur
(Gaul semua bahan di atas guna senduk hingga sebati)

Kemudian masukkan..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
(Uli hingga adunan tidak melekat ditangan..Jika terlembik tambah sikit jer tepung gandum)
Rehatkan doh 15 minit..

Terap adunan guna acuan..Bakar selama 20 25mnt sampai masak.. .suhu 170'-180' (ikut suhu oven masing2)api atas dan bawah

P/S..s**atan gram dan teknik yg betul dalam penghasilan biskut memainkan peranan untuk dapatkan biskut yang kukuh dan cantik...ramai yang gagal kerana kesilapan teknik.
Nampak senang sebenarnya rumit..
InshaAllah nanti sy siapkan modul yang lebih detail untuk tart nanas dan semperit.

Credit : Mariana Zainal

Bismillahirrahmanirrahim... Selamat pagi semua💐💖
16/06/2021

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat pagi semua💐💖

16/06/2021

Sepanjang musim PKP ini, permintaan 'Box Of Happiness' yang mana siap dijual dengan kek dan cream untuk dihias sendiri baik untuk kita yang dewasa mahupun kanak-kanak ini laris terjual. Mesti seronok anak-anak boleh hias kek sendiri kan?

16/06/2021

Sebagai orang Malaysia, nasi lemak merupakan sarapan pagi yang sangat terkenal di kalangan masyarakat kita. Nasi lemak juga mempunyai banyak cara masakannya dan pelbagai lauk yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Sesetengah orang s**a makan bersama ayam, paru atau pun kerang. Kalau kita makan na...

16/06/2021
16/06/2021

Resipi dadih homemade yang dinikmati bersama topping mangga. Memang sedap dan sangat mudah dihasilkan. Berbaloi buat untuk anak-anak.

16/06/2021

Selain kuah nasi kukus yang sedap berlemak, tidak dinafikan, ayam berempah menjadi kekuatan utama sedapnya resipi Nasi Kukus. Tersalah cara, nasi kukus boleh terasa tidak nikmat.

16/06/2021

Resipi dan cara-cara membuat kulit Cream Puff yang mudah dan dijamin menjadi. Tak renyah dan menggunakan bahan yang ringkas sahaja.

16/06/2021

Hanya menggunakan 5 bahan mudah yang ada di dapur, anda boleh hasilkan mayones homemade untuk kegunaan harian keluarga. Berbaloi cuba.

16/06/2021

Resipi Honey Chicken Wings yang sangat mudah, sedap dan boleh dihasilkan sendiri di rumah menggunakan rempah perapan homemade.

Address

My Heart's Delight
Jerteh
18500

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Heart's Delight posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to My Heart's Delight:

Share


Other Jerteh event planning services

Show All

You may also like