03/12/2024
Hi.. lama tak story kan💕
minggu lepas punya citer sampai harini..
actually x sempat nak fikir apa dah sbb kejadian pantas
selasa yg lepas sy sekeluarga bercuti luar dari kedah..umum tahu akhir 2 tu kedah memang la hujan tapi tak pernah lagi la menyebabkan banjir dan bah pada kwsn pekan-pekan..
waktu spjg perjalanan sy bercuti sehinggalah hari jumaat camtu sy masih blh berhenti singgah di penang dlm keaadaan cuaca masih baik baik saja..
tapi dalam by jumaat ptg tu dh viral sanaa sini kata banyak kawasan sekitar jitra dan alor setar banyak dah banjir.. dan banyak jalan jalan ditutup
dan sy tengok laluan ke rumah air ada naik walaupun tak tenggelam lagi..
kami semua kat sini memang dah cuak sbb first barang2 dan stok memang banyak dalam kedai.. rumah camna p**a🥲 tapi alhamdulillah kedai sy masih selamat ,rumah juga selamat cumanya kedai adik saya 2 tingkat air sudah paras tengelamkan satu tingkat bangunan.. kalini banjir dan bah x serang betul2 jitra mcm 2010 dulu.. banyak kena laluan2 utama menghubungkan jitra alor setar sahaja
kerugian tidak usahlah digambarkan ..tidak ada satupun barang yg dapat diselamatkan..tapi kami sentiasa positif kerana setiap ujian menunjukkan kasih sayang dan Rahmat Allah pada hambaNya
saya yakin pasti akan ada rezeki yg lebih baik untuk adik saya..
kami satu family tak pernah alami situasi banjir.. waktu kami balik semula ke rumah banyak laluan-laluan di tutup.. dan jammed merata tempat..situasi tu mcm perang pun ada..bunyi siren sana sini..polis ,dan seangkatan dengannya sentiasa aktif ke sana sini..walaupun jam dah lewat
oleh kerana xda laluan lagi yg boleh balik,kami ambil keputusan time tu nak tidur hotel shj time tu.. sudahlah jam menunjukkan waktu 1pagi hotel p**a semua penuh.. Alor setar waktu tu p**a banyak tempat tak ada air.. mujur time tu rezeki jumpa juga 1 hotel yg masih available..
esk pagi tu awal2 kami dah get ready nak balik.. alhamdulillah selamat sampai ..
harini sesi mengemas , kesian kat semua yg terlibat dengan banjir, semua kedai yg kena memang habis semua barang tak dapat dijual semula..
jiran-jiran semua bagitau 7-14hb ni nak ada gelombang kedua.. harap 2 sangat tak adalah.. semoga Allah melindungi kita semua.