23/03/2024
*Hadis 12 Ramadhan*
Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Puasa dan al Quran akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat nanti.
Puasa akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan syahwat pada waktu siang, maka terimalah syafaatku kepadanya.”
Manakala al-Quran p**a akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah syafaatku kepadanya.”
Baginda ﷺ bersabda: “Maka Allah pun menerima kedua-dua syafaat tersebut.”
- HR Imam Ahmad & Baihaqi. Disahihkan oleh al-Albani
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ إِنِّي مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ: مَنَعْتُهُ النُّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ فيشفعان ". رَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ فِي شعب الْإِيمَان