27/12/2023
‼️TIPS PERKAHWINAN : PROSEDUR NIKAH 🥰
1. Bagi bakal pengantin lelaki dan perempuan, mereka haruslah menghadiri KURSUS PRA-PERKAHWINAN terlebih dahulu samada secara ‘online’ atau ke lokasi kursus.
2. WAJIB membuat UJIAN HIV dimana-mana klinik/hospital kerajaan bagi kedua-dua pasangan didalam tempoh 6 bulan sebelum majlis pernikahan berlangsung.
3. Mengisi borang permohonan pernikahan secara online dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh majlis.
4. Borang permohonan pernikahan diisi dengan lengkap dan dokumen sokongan dilampirkan sekali.
5. Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Qariah.
6. Dapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah.
7. Akad nikah berlangsung.
8. Surat perakuan nikah boleh diambil di Pejabat Agama Islam Daerah.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PEMOHON BAKAL PENGANTIN LELAKI 👇🏻
1. Isikan borang
2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/HIV dari klinik/hospital kerajaan yang berhampiran.
3. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut :
• SALINAN KAD PENGENALAN/PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing)
• SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/PASSPORT
(Jika saksi warganegara asing)
• SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN
(Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/JAWI/JAIN dan Jabatan Agama Islam Negeri)
• KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
• SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/Negeri/Negara)
• SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/KETUA KAMPUNG/NAZIR MASJID/PENGERUSI JKKK/PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
(Bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
• SURAT PERAKUAN CERAI/KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA.
(Jika pemohon duda)
• SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA.
(Jika pemohon Saudara Baru)
• SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/PDRM.
(Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
• SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)
4. Jadi, bila borang dan dokumen sokongan dah lengkap, maka bakal pengantin lelaki boleh la mula mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Tetapi harus diingat, bakal pengantin lelaki perlu membawa bersama 2 orang saksi.
5. Pemohon juga boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah jika Penolong Pendaftar Nikah Qariah sedang bercuti ketika itu. Pastikan borang-borang tersebut telah dicop rasmi dan disertakan tarikh sekali oleh penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.
6. Okey, dah settle bab borang.
Pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah. Tetapi, harus diingat, permohonan nikah yang telah diluluskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah hanya boleh digunakan selama 3 bulan sahaja.
7. Setelah semua urusan oleh pihak lelaki telah selesai, semua borang ni boleh di serah kepada pihak perempuan.
Kenangan SEKALI SEUMUR HIDUP mesti nak yang TERBAIK.
Credit : Ariff Magika
“Nak Kursus Kahwin ? Ingat Kursus Kahwin Johor Hq” 😍
SEAT TERHAD PADA 100 ORANG PESERTA YG TERAWAL SAHAJA SETIAP SESI. KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BOOKING SEKARANG! 🔥
-----> www.wasap.my/601111116055/Daftar kursuskahwin2024