12/03/2024
Notis Tuntutan Maaf
Hervea Wedding Sdn Bhd menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada PENGACARA AA kerana tidak hadir ke majlis persandingan pelanggan kami pada 2 March 2024 dimana PENGACARA AA telah dilantik sebagai pengacara majlis tersebut.
2. Untuk perhatian semua, PENGACARA AA telah bersetuju untuk menerima tugasan berkenaan dan juga telah menerima wang pendahuluan dari pihak kami, PENGACARA AA juga telah bermesyuarat bersama kami serta pihak pengantin untuk persiapan majlis dan perjalanan majlis. Untuk perhatian semua, pada 1 mac 2024 telah diadakan satu raptai majlis di hotel sehari sebelum majlis berkenaan, PENGACARA AA turut serta hadir pada raptai berkenaan walaupun tiba lewat 1 jam dari waktu yang ditetapkan, tapi malangnya pada hari majlis berkenaan beliau tidak hadir tanpa sebarang penjelasan sehingga kini.
3. Disebabkan ketidakhadiran beliau, nama baik HERVEA WEDDING SDN BHD telah tercemar dan menjejaskan perjalanan majlis secara keseluruhannya dan menyebabkan pihak Hervea terpaksa membayar ganti rugi kepada ramai pihak terlibat.
4. Oleh itu kami,HERVEA WEDDING SDN BHD menuntut supaya PENGACARA AA membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Hervea Wedding di semua platform social media dan juga membayar ganti rugi diatas kesan tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab. Beliau juga perlu membuat permohonan maaf secara rasmi terus kepada pelanggan melalui Whatsapp.
5. Sekiranya beliau masih mengabaikan kesemua tuntutan kami ini dalam tempoh 24 jam dari sekarang, pendedahan penuh ( tular/ viral ) akan kami lakukan. Tindakan saman juga akan dibuat sekiranya tiada apa-apa tindakan dari pihak PENGACARA AA.
Sekian
Pengurusan Hervea Wedding.