26/03/2022
Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan bermula. Bakal pengantin pun dah mula pening kepala memikirkan segala hal yang tak selesai. ,Mana taknya, kalau terlepas pandang habislah majlis idaman untuk bakal pengantin.
Perkara terpenting dalam persiapan perkahwinan adalah tentang bajet. Pastikan anda tetapkan bajet kewangan mengikut kemampuan pasangan dan keluarga anda. Tidak perlu bergolok-gadai. Biar ringkas tetapi meriah! Saban tahun, kos perkahwinan semakin meningkat naik, jadi jika anda merancang untuk berkahwin, pastikan anda mula menyimpan sedikit-sedikit. Untuk berjimat, tengok tips di bawah:
Antara kos yang perlu anda ambil kira di dalam bajet ini adalah seperti di senarai semak persiapan perkahwinan di bawah (ia anggaran kasar semata-mata):
✅Kos hantaran (bagi lelaki) – RM10,000 – RM20,000
✅Kos tempahan dewan – RM 1,000 – RM3,000
✅Kos katering – RM7,000 – RM25,000
✅Kos pelamin – RM 1,000 – RM 15,000
✅Kos mak andam – RM1,000 – RM 3,500
✅Kos sewa baju pengantin – RM1,000 – RM5,500
✅Kos kad kahwin – RM100 – RM1,000
✅Kos dulang hantaran – RM 500 – RM5,000
✅Kos bilik pengantin – RM100 – RM 500
✅Kos sewa hotel/homestay untuk tetamu rapat – RM300 – RM1,000
✅ Kos jurugambar – RM1,000 – RM 3,500
✅Kos upah/baju pengapit dan dulang girls/boys – RM300 – RM500
✅ Kos penanggah katering (jika ada) – RM500 – RM700
✅Kos berbukan madu (jika mahu) – RM500 – RM1,000
Adakah anda bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini? Namun, anda runsing mencari tempat yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda? Kalau anda nak buat perkahwinan di dewan, anda akan perlu menempah tempat yang selesa untuk diri anda dan keluarga untuk bersiap, banyak kos yang terpaksa dibelanjakan.
Tapi, jika anda ingin lebih jimat, anda boleh mengadakan majlis di rumah sendiri. Jimat, mudah, dan selesa. Tetapi, anda perlu mengemas rumah sebelum dan selepas majlis perkahwinan.
Tak perlu pening-pening. Apa kata kalau anda buat majlis perkahwinan anda di homestay. Homestay? Ya, di homestay! Tahukah anda, selain dari menjadi tempat berkumpul untuk keluarga atau rakan taulan, homestay juga boleh digunakan sebagai tempat untuk majlis perkahwinan anda.
Cuba anda bayangkan, khemah di kawasan laman dan pelamin di ruang tamu. Dalam bilik p**a ahli keluarga dan anda boleh bersiap. Tak perlu pening nak kemas sebab kos upah kemas pun dah termasuk. Ada p**a homestay yang menawarkan pakej menyewa khemah. Haa, elok sangat kan. Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air.
Oleh itu kami di Cgu Din Homestay menawarkan pakej bermula dari Rm3300 meliputi :
1. Pelamin
2. 5 Khemah Arabic
3. Homestay
4. Ruangan DJ majlis
5. Photobooth
6. Tempat Parking yang luas.
Tempoh sewaan dari jam 7pagi hingga 7mlm..