Kursus Kahwin Perak

Kursus Kahwin Perak Kursus Kahwin Taiping - di sebelah AEON Mall Taiping dan di atas Seng Heng. Mudah dicari. Booking s
(44)

Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. Kerana suami adalah pemimpin...
23/06/2022

Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. Kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang di pimpin. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Sebab itu kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.
Dalam memilih pasangan hidup ini kaum perempuan kena lebih 'memilih'. Bukan saya nak kata lelaki tak boleh memilih tapi hidup di akhir zaman ini kaum perempuan lebih berhak untuk memilih. Sebab dia sedang memilih pemimpin untuk kehidupan dia selepas dah hidup berdua nanti.
Syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. Dan redha Allah pada isteri adalah bergantung kepada redha suami pada isterinya. Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang di bina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.
Perempuan itu untuk di bimbing dan di didik dengan keimanan. Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok mana mungkin yang di didik itu akan lurus. Bukan lelaki tak boleh memilih. Tapi kerana kaum perempuan itu lebih berhak untuk di lindungi.
Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tak di hargai oleh suami. Nafkah anak-anak tak di beri seolah-olah lepas bercerai lepas segala tanggungjawab. Belum sempat melahirkan anak tapi sudah di ceraikan. Sekalipun agama membenarkannya.
Begitukah cara seorang lelaki menjaga amanah dari Allah untuk dia?
Kepada perempuan di luar sana jangan memilih pasangan hidup semudah kalian nak membeli kangkung di pasar pagi. Agama telah tunjuk contoh lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Jika lelaki yang di pilih baik agamanya itu tak baik. Bukan salah pada agama tapi penunggang agama itu yang salah.
Kalau kalian dah jumpa lelaki yang kalian yakin baik agamanya. Boleh jaga kalian dan anak-anak kalian kelak nanti. Hargai lah dia seperti mana dia menghargai kalian. Dan sentiasalah memohon petunjuk dari Allah.
Allah lebih Maha Mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita.

Kredit : Aqeela Amani

Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat ❤️AMALAN MUDAH HAMIL DARI USTAZAH...
26/05/2022

Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat ❤️

AMALAN MUDAH HAMIL DARI USTAZAH SITI NOR BAHIYAH

Sis dan suami boleh cuba amalkan ni, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk sis dan suami dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:

Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.

Contoh :
‘Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat'. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Sis dan suami cuba amalkan selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan putus asa.

Selain itu juga boleh amalkan cara ini:

Tiap kali lepas solat tak kira la solat fardhu atau sunat, bakal Ibu semua, sambil pegang perut awak, sebut tiga nama dari Asmaul Husna ni.
1. YA KHAALIQ = Yang Maha Pencipta
2. YA BAARI = Yang Maha Mengadakan Sesuatu yang TIADA
3. YA MUSAWWIR = Yang Maha Membentuk

Ulang 3 nama Allah ni.. Sebelum tidur pun boleh praktikkan. Sambil duduk rileks pun boleh. Suami nak bacakan pun boleh.

Apapun.. Ingat! ELAKKAN DARI STRESS. InsyaAllah. Lakukan secara konsisten 100 hari. Berminta mintalah dengan sabar dan penuh merendah diri pada Allah.

Allah Maha Mendengar, bila sampai waktunya pasti Allah Maha mengetahui segalanya.

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.Ada yang masih single.Ada kahwin 20 ribu belanja, sebu...
25/05/2022

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut

Ni pic sy ambik curi2.. Sy nk share ape yg sy nmpk dari mata kasar sy slama sy hidup bsama adk sy.... Salah satu rahsia ...
24/05/2022

Ni pic sy ambik curi2..
Sy nk share ape yg sy nmpk dari mata kasar sy slama sy hidup bsama adk sy.... Salah satu rahsia My Sis ni.. Hubungan dia dgn Allah..

Dr dia kecil smpai besar solat dia xpnh tnggal mlainkn uzur sj.. bila sy tiba d bumi Euro pd thn 2013 atau 2014.. frst time sy visit dia.. sy pnh tgk dia solat d dlm bus, fitting room n Al-Quran sentiasa d tgn dia.. klaw nk taw bkn sng nk jd seowg Doktor.. My sis bmula dr UPSR 5A, PMR 9A n SPM Straight A (10A)... lepas tu sambung di Asasi MSU nk fight utk biasiswa under Mara dpt pointer 3.8 bru layak p poland tp result dia hmpir 4 full. under biasiswa Mara.. smpai poland 6 tahun kena bjuang lagi d tmpt org.. result dia sbnrnya cemerlang d poland.. sy taw last minit..

yg paling best slama dia dok asrama penuh dia xpnh minta duit dr family dia.. btl2 harap duit biasiswa oleh kerajaan n program pelajar cemerlang.. smpai form 5.. duit dia kumpul tu.. dia bg dkt my mom.. sy xpnh tgk dia terasa susah..

sy nmpk urusan dia mcm lancar je mcm dpmudahkn sgala urusan.. cool n rilex.. walaupun psaingan dia kuat n b*k.. smpai ke ari ni.. msh xbkerja lagi.. msh boleh lagi sponsor my mum n xpnh lupa kpd family.. elaun dr biasiswa dia mcm lbh cukup mcm berkat rezeki dia..

My sis dh travel hmpir 15 negara sy rasa.. tanpa minta dr duit ibubapa dia.. pd diri dia handbeg paling mahal sy rasa xsmpai rm 100.. balik malaysia dia dh ada title sbgai doktor dh.. masa depan yg cerah cuma nk beli kete kancil n sbuah rumah kpd my mom utk pmulaan.. sy nmpk dia cuma jaga hubugan dia dgn Allah n Kdua ibubapa dia...sape yg mjga hubungan dia dgn Allah pasti Allah akan mlancarkn khidupan dia sharian..

klaw org tnya sape mentor sy smpai ke ari ni.. org tu xjauh.. adk sy sndri.. Dr Nurul Huda.. sy pnh d tegur n d nasihat oleh dia.. walaupun abg.. sy mnerima bnda yg baik dr dia... sy harap d dunia lbh mcabar ni.. adk2 sy d pelihara oleh sgala musibah n dlancarkn sgala urusan mreka .

Sumber Muhammad Faisal

Wife aku warded 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, March lalu. Sebelum aku ambil dia dekat ward, wife pesan untuk ...
23/05/2022

Wife aku warded 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, March lalu. Sebelum aku ambil dia dekat ward, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos ward dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400.

Sekali kena bayar RM17 aje.

Aku macam "lah?..." "serius la?".

4 hari 3 malam kot. Aku dah ready kad debit just in case tak cukup, boleh bayar online.

Aku tanya Liya (wife), "Makanan macam mana?"

Dia kata "Kerap bang. 5x sehari.."

"Makanan standard orang sakit ke?" Aku tanya.

"Tadi makan ayam kurma.."

Uih, bukan kaleng-kaleng.. aku tak puas hati "Nurse jaga macam mana?"

"Tiap jam datang jenguk, nak make sure kerap minum dan check urine.."

Aku pun tanya wife.

"Cuba teka berapa abang bayar bil sayang.."

"300 ada?..." Dia jawab.

"17 ringgit aje." aku kata.

Dia pun terkejut. Aku still tak puas hati, esok hari aku masuk office aku tanya kawan office "kau selalu pergi hantar anak/bini warded kan? Berapa caj?"

"Depend. Kadang tak sampai 10 ringgit.."

Peh.

Aku mulai dari saat tu, memang aku respect habis la dengan healthcare kita. Sebelum ni memang la pernah pergi KK dan bayar RM1 tiap kali pergi. Tu aku kira memang murah. Tapi ni warded, 4 hari 3 malam. Siap makan minum, ada nurse jaga dan pantau.

Memang betul la, kos healthcare negara kita jauh lebih murah. Walaupun kadang kala kau tunggu servis diorang lama, tapi berbaloi la dari bayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan layanan yang hampir sama.

Sumber: amirulhanafy

Di tempat kerja saya ni ada seorang 'abang'. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen dah dia. Abang ni s...
17/05/2022

Di tempat kerja saya ni ada seorang 'abang'. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen dah dia.

Abang ni seorang je yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.

Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada 2 biji rumah p**a lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.

Saya perhatikan abang ni.

Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.

Di ofis ni dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.

Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.

Rupanya dia tak makan sedap di ofis sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia takpa lah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.

Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang takda. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.

Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Takkan isteri yang sakit tu p**a nak masak. Takkan dibiar dia seorang nak urus anak.

Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda. Di tiktok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba serbi.

Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang dah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.

Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.

Dan dia atas semuanya....

Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.

Credit: Siti Suryani Yaakop

Sedikit perkongsian untuk Ibu bapa yang ada anak perempuan yang masih belum berkahwin dan kaum perempuan yang ingin berk...
15/04/2022

Sedikit perkongsian untuk Ibu bapa yang ada anak perempuan yang masih belum berkahwin dan kaum perempuan yang ingin berkahwin..

Sebelum kahwin, selain dapatkan dulu report HIV, dapatkan juga CRISS report bakal suami.

via WZullnaidi

Moga Bermanfaat...🤗🤗🤗
05/04/2022

Moga Bermanfaat...🤗🤗🤗

BICARA HATI 🍂Takde dalam islam lepas kawin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu. Selagi nama anak, sela...
24/03/2022

BICARA HATI 🍂

Takde dalam islam lepas kawin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu. Selagi nama anak, selagi tu kena bertanggungjawab kepada ibu. Jangan gunakan alasan taat suami lepas tu abaikan ibu.

Islam tak ajar macam tu. Kalau korang anggap begitu pergi la masuk sekolah balik. Kecik2 ustazah dah ajar apa tanggungjawab anak. Kalau ibu miskin, orang susah, kita sebagai anak perempuan wajiblah kerja bantu ibu. Cukupkan keperluan ibu.

Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi lagi mertua yg miskin. Jangan cakap ibu mertua tu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dgn mak kandung sendiri.

Sedihnya ramai isteri harini lepas diri drpd tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Kalau macam tu, siapa yg lahirkan korang? Siapa yg mengandungkan korang? Siapa yg sekolahkan korang? Siapa yg daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja..siapa?siapa yg banyak berkorban utk melihat korang jadi anak yg berguna?

Jangan lah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Kifarah itu berulang ulang. Maybe suatu hari hari nanti anak kita p**a abaikan tanggungjawab kepada kita.

Kenapa ibu yg besarkan kita dgn kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami tu esok2 boleh cerai kita, kawen lain. Kita terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu tempat mengadu.

Aku bukanlah baik tapi aku xpernah cakap ibu aku bukan tanggungjawab aku. Ibu aku besarkan aku, sekolahkan aku, suruh aku jadi cikgu, dan walaupun ibuku lagi kaya daripadaku, nafkah ibu tak pernah miss..apa lagi kalau ibu orang susah. Suami aku tak dengar cakap ibu aku? Aku ingatkan lagi dia, aku pesan pada dia anggap dan hormati ibuku sebagai mana kau hormati ibumu.

kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu.bagilah apa yg termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.

suami yg baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu. Suami yg jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dgn ibu.

Terima Kasih. Selamat Beramal

Kredit kepada Penulis

Masa akak di Krabi, hari terakhir, sebelah pagi kami ada trip ke Emerald Pool.Di dalam van, ada 3 pasang suami isteri. D...
18/03/2022

Masa akak di Krabi, hari terakhir, sebelah pagi kami ada trip ke Emerald Pool.

Di dalam van, ada 3 pasang suami isteri. Dua daripada mereka dah ada anak. Yang satu lagi tu pasangan baru kahwin.

Then campur kami 3 orang yang bujang di negara orang 😅 & 2 org awek Korea.

Belakang seat akak, ada sepasang suami isteri. Dari Singapore. Melayu Singapore.

Sepanjang 80km dari hotel kami ke Emerald Pool, pasangan suami isteri belakang seat akak ni tak henti-henti bersembang. Si isteri cakap Bahasa Inggeris manakala si suami membalas 80% bhs Melayu. Selebihnya bahasa Inggeris.

Mereka tak menganggu akak pun. Sebaliknya akak p**ak seronok dengar dorg laki bini bersembang.

Dasar mak cik bawang kan? Hahaahah

Apa yang akak seronok tu adalah, topik yang mereka bualkan. Topiknya remeh temeh je. Tapi dorg rancak berbual. Dalam hal ni, akak tabik spring pada si suami tadi. Sebab?

Akak tak rasa suami-suami Melayu Malaysia ni rajin layan isteri berborak mcm tu.

Kalau ikut pengalaman akak, isteri pot pet pot pet bercerita si suami banyak diam je. Dengar je. Entah dgr entah tidak. Sekali sekala je menyahut tu pun bila isteri tadi tanya. Betul tak? U rasa ok ke?

Tapi si suami Singapore ni rajin layan wife dia bersembang. Antara topik perbualan dorg..

Syg, how was the food? Isteri tanya suami pasal lauk lunch dorg tadi.

Ok sedap. Jawab si suami.

Yes... i agreed. The foods was so sedap. U know what, i'm quite surprised when the tour guide told me, the sweet sour dish is a fish. Cat fish fillet!

Eh, u tak makan cat fish kan?

Ya ya... i don’t eat cat fish. But this time, i can't resisted.

owh no wonder i tgk u makan berselera.

Ya lah. So nicee. If i knew cat fish taste so good, i definitely will eat that fish long time agoooo.

Gelak.

The pumpkin masak lemak also nice kan syg? Tanya si isteri.

Yes sedap. Jawab si suami.

I ate a lot today. I happy. Jawab si isteri.

Suami gelak.

Kau nampak... Dorg cerita pasal lauk je pun. Berjam-jam dorg sembang weh. Sebenarnya panjang lagi dorg bersembang pasal lauk pauk tu termasuk buah-buahan yang disediakan. Tak lalu p**ak akak nk tulis semua. Hahaaah

Apa akak nak sampaikan adalah, betapa bagusnya mereka laki bini, boleh bersembang apa2 topik. Walaupun hal2 begitu.

Akak respect suami dia yg rajin layan isteri bersembang. Org perempuan ni dia bukan nak harta berjuta pun. Dia cuma nak perhatian dari suami & kawan dia bersembang.

Isteri bila dah kawin, dia tinggalkan semua kawan2 dia. Yg dia ada hanya suami. Suami tu dunia dia, syurga dia. Segala-galanya!. Berbeza dgn suami, lepas kawin, masih lepak & keluar dgn kawan2 mcm bujang.

Jadi bila dpt bersembang dgn suami tu, isteri dah rasa happy sgt. Malangnya suami2 kat Malaysia ni, malassss nak bersembang dgn isteri. Baru isteri bukak mulut terus si suami ckp penat la, esok2 je la sembang, ada yang terus marah isteri. Dah terbantut si isteri tadi nak bersembang.

Kalau ada suami yg dengar pun, mostly dorg dgr je la, ala kadar je respondnya. Ada yg langsung diam seribu bahasa, Serupa ckp dengan spenda (sorry contoh tak senonoh...hahaahah). Jenis hat diam ni, isteri x sakit hati sgt. Sebab dia mau jgk dgr isteri pot pet. Kira pendengar setia merangkap penyimpan rahsia jgk (sb dia x ingat pun apa kita cerita 😂😂). Gasakkkk janji dia dgr. Tak gitu?

Cuma akak heran, kalau si suami tadi bersembang dgn kawan2, kemahin rancak, kemahin meriah, kemahin ramahnya. Kalah pak cik bawang. Eh? Tak bisu rupanya? Dah kenapa kalau nak bersembang dgn isteri mcm ada emas dlm mulut tu? 🙄

Kecik hati isteri tau gais. Tak baik gitu. Walau remeh mana pun topik isteri tadi. Hambar sekalipun layan je la. Isteri tu just nak release stress dia. Nak berkomunikasi. Dia nak masa dgn suami dia. Dia nak tgk muka suami dia. Nak dgr suara suami dia. Dia nak tgk suami dia gelak, senyum, melawak. Nak tahu rahsia tak? Isteri-isteri ni rindu kat suami dia walaupun baru 8 jam tak jumpa (sebab bekerja). Sebab tu dia ajak bersembang. Tapi, tak ramai suami-suami yang faham kan?

Jadi lepas ni, sila layan isteri hangpa bersembang. Lantak pi la sembang pasal pokok ke, paip air, taik telinga anak ke...

Janji spend time utk bersembang dgn isteri. Dengar cerita si isteri tadi. InsyaAllah isteri akan jadi wanita paling bahagia 😇😇😇

P/S: Sedikit update, pos ni bukan nak bukak aib suami ke, nak compare Melayu Malaysia dgn Singapore ke... Tidak sama sekali ye. Sekadar hiburan petang. Bacaan santai, tapi kena dengan senario rumah tangga kebanyakkan dari kita. Pada suami yang rajin melayan isteri, tahniah akak ucapkan. Teruskan 👍🏻👍🏻👍🏻.

Pada suami yg sedar dah lama sgt tak bersembang dgn isteri, mulai hari ini, pergi dekat isteri anda, cuba mula bertanya ‘awak ok hari ni? Buat apa je hari ni?’ Akak jamin isteri hangpa pasti dah sgt gembira 😊

Pada para isteri yang suaminya kurang bercakap, pergi jumpa dia dan luahkan isi hati awak. Betapa awak rasa sunyi dan rindu nak dgr suara dia. Terlalu banyak buat hal masing-masing dan kurang bercakap pasal hal ‘kita & keluarga kita’. Akak doakan suami awak akan faham & akan memberi masa buat awak.

Akak doakan seikhlas hati agar rumah tangga kalian sentiasa rukun dan damai. Bahagia, gembira hingga ke akhir hayat dan sentiasa di bawah rahmat kasih syg Allah.

Kredit : Nadia Rafeeza.

Gambor tu takde kena mengena tapi bagus diamalkan jugak.

17/03/2022

SYURGA SEORANG ISTERI

Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita, makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami, sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain.

Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah ! Allah ! Jahilnya kita.

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah ! rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak s**a, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang dis**ainya.

Indah sangat, sahabat fillah-ku !
Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah, Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka.

Aamiin Allahuma Aamiin ✨

Perkongisan ilmu | Ustaz Nasiruddin Abdul aziz

Amin 🕊
28/02/2022

Amin 🕊

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan p**a tuduh orang lain tidak solat.Jika kita sudah dapat istiqoma...
24/02/2022

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan p**a tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan p**a menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan p**ang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci.

Begitulah.

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

- The Tazkirah Iman -

23/02/2022

Syukur..
15/02/2022

Syukur..

Test pinjam RM10,000 sahaja."Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh t...
14/02/2022

Test pinjam RM10,000 sahaja.

"Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?"

Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia.

Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat "wayang" pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi:

1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.
2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.
3. Kesimp**annya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.

Okay beralih kepada orang terpilih kedua.

Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.

Pendek cerita, respon bff:
1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.
2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah.

Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000.

Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.

Siapa orang terakhir dia call ni?

Mak dia.

Respon mak dia:
1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena 'penyakit' tapi tak bebel banyak macam isteri dia.
2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000.
3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.
4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.

Selesai 'cabaran' kawan aku ni, meleleh air mata aku woih.

😭😭😭

Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir.

Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak.

Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu.

Kredit pada pemilik asal karya ini.

5 bulan selepas nikah, saya balik berjumpa umi & abah. Bila tengah mengandung, saya susah hendak tidur malam. Lagi-lagi ...
11/02/2022

5 bulan selepas nikah, saya balik berjumpa umi & abah. Bila tengah mengandung, saya susah hendak tidur malam. Lagi-lagi bila tilam bau pewangi baju, saya alah bau softener. Bilik adik perempuan saya kuat bau softener. Bantal, tilam, langsir & semuanya bau softener. Maklumlah perempuan. Saya angkut semua barang dan pindah tidur di bilik bawah. Bilik tu sahaja yg saya rasa selesa. Saya tidur sorang, suami di semenanjung. Adik-adik, umi & abah tidur di tingkat atas. Malam tu saya pindah bilik bawah, malam tu juga saya muntah. Waktu itu semua sudah tidur kecuali abah, abah tengah tengok tv. Abah terus bangun ke tandas, tadahkan air dan gosok belakang saya. Malam itu saya tengok abah angkat bantal & selimut, tidur depan tv. Begitulah juga malam seterusnya. Bila saya tanya umi, umi kata abah tidur depan tv sebab risaukan saya tidur seorang diri di tingkat bawah.

Saya tiba2 teringat kisah sewaktu saya hendak berkahwin. Waktu suami call abah menyatakan hasrat utk ambil saya sebagai isteri, abah lah orang paling gembira sekali. Abah upah orang utk siapkan rumah secepat mungkin supaya dapat buat kenduri walaupun kecil-kecilan di rumah sendiri. Abah keluar cari tukang buat pelamin & call katering. Malam suami call confirmkan tarikh nikah, keesokan harinya abah terus beli katil & almari baru. Abah terlalu excited. Saya pengantin tapi saya langsung tiada rasa apa-apa 😂

Hari saya nikah, muka abah nampak sedih. Sepanjang akad nikah, abah hanya tunduk dan menutup muka menggunakan tangan. Saya tengok abah berusaha menahan sebak. Selepas sah menjadi isteri orang, abah peluk saya & menangis. Selepas nikah, hampir tiap hari saya lihat mata abah merah & berair. Sehingga hari abah perlu balik berkerja dan menyerahkan saya sepenuhnya di bawah jagaan suami, abah memanggil saya di dapur. Waktu itu hanya kami berdua.

"Abah nak pesan, kakak sekarang dah jadi isteri orang. Ingat ya nak, syurga di bawah tapak kaki suami. Abah bersyukur dapat menantu yg baik. Tenang hati abah serahkan kakak dengan dia. Abah sudah tiada hak ke atas kakak. Kakak sepenuhnya hak suami. Dengar cakap suami & taat. Kakak anak abah, ikutkan hati abah, sampai bila-bila abah tak mahu lepaskan kakak pada siapa-siapa. Biarlah abah yg jaga kakak. Tapi beginilah kehidupan nak. Ada juga yg jaga kakak bila abah sudah tiada nanti. Abah sayangkan kakak."

Air mata abah mengalir deras. Abah terus bangun dan memeluk saya. Abah berlalu ke tandas dan mencuci muka. Dalam tandas, abah masih menangis.

Waktu itu saya sedar, betapa singkatnya masa saya bersama umi & abah. Saat abah memeluk saya & menyatakan cintanya pada anak sulungnya ini, saya sudah pun menjadi isteri orang. Andai boleh diputarkan masa kembali, pasti saya akan habiskan banyak masa bersama mereka. Tapi sudah takdirNya, sudah sampai masa utk saya bertemu jodoh. Kehidupan perlu diteruskan.

Sekarang, andai di izinkan Allah, saya sudah pun hampir bergelar ibu, tapi kasih sayang dr abah terhadap saya tidak pernah berubah. Bahkan layanan abah pada saya seolah-olah saya masih anak kecil yg berada di bawah jagaan abah. Begitulah, begitulah kasih sayang seorang ayah.

Tiada ayah yg sempurna dalam dunia ini, tapi kasih sayang dari ayah terlalu sempurna sehingga ke hujung nyawa. Lumrah seorang ayah memang tidak pandai menzahirkan kasih sayang melalui kata-kata. Tapi semuanya dapat dinilai melalui tingkah lakunya, andai si anak tidak buta mata & buta hati utk menilai. Ibu & ayah itu tiket utk kita ke syurga. Hargailah setiap kesempatan & masa bersama mereka.

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

al-Isra’: 24
Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Kredit Nur Shadwa Shatirah

Address

Ting. 2 No. 21, Jalan Saujana, Taman Saujana 3
Kamunting
34600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Kahwin Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Kursus Kakwin Perak (Meru Raya Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar & Manjung)

Kak Sue menyediakan servis booking kursus kahwin kepada muda-mudi atau bakal pengantin untuk ikuti kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin - untuk kawasan Meru Raya Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar & Manjung.

Kursus kahwin di sini mudah, sijil dapat terus selepas habis kursus - dan TIADA ujian lisan atau TIADA ujian bertulis.

Bagi anda yang nak bertanya atau buat booking, anda boleh Whastapp Kak Sue di Hotline, 019 4400043.

Atau anda boleh KLIK link Whatsapp ini, http://kursuskahwinperak.wasap.my

Nearby event planning services


Other Event Planners in Kamunting

Show All