02/06/2023
Jangan Jemu Doakan Ibubapa Kita
=======
1. Rasulullah mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah. Sabda Rasulullah:
ุฅูููู ุงูุฑููุฌููู ููุชูุฑูููุนู ุฏูุฑูุฌูุชููู ููู ุงููุฌููููุฉู ููููููููู ุฃููููู ููุฐูุงุ ููููููุงูู ุจูุงุณูุชูุบูููุงุฑู ููููุฏููู ูููู
Seorang lelaki diangkat kedudukannya di dalam syurga (kelak), lalu dia bertanya: Dari mana datangnya (anugerah kenaikan ini)? Lalu dijawab kepadanya: Daripada doa istighfar anakmu buat dirimu. (HR Ibn Majah - dinilai Sahih)
Perhatikan hadith ini. Rasulullah menceritakan bagaimana seorang lelaki atau wanita akan diangkat darjatnya nanti di sisi Allah melalui doa anaknya buat dirinya!
2. Bahkan, di dalam al-Quran, Allah mengajar kita supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita. Firman Allah:
ูููููู ุฑูุจูู ุงุฑูุญูู
ูููู
ูุง ููู
ูุง ุฑูุจููููุงููู ุตูุบููุฑูุง
โDan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka (iaitu kedua ibubapa) sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil.โ (al-Isra: 24)
Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Qurtubi berkata:
ุซู
ุฃู
ุฑ - ุชุนุงูู - ุนุจุงุฏู ุจุงูุชุฑุญู
ุนูู ุขุจุงุฆูู
ูุงูุฏุนุงุก ููู
โKemudian Allah memberikan arahan kepada hambanya supaya sentiasa berlaku baik terhadap kedua ibubapa mereka dan mendoakan mereka.โ (Tafsir al-Qurtubi)
3. Mendoakan mereka juga adalah sunnah para Nabi. Di dalam al-Quran Allah mendatangkan beberapa contoh Nabi yang mendoakan kedua ibubapa mereka. Antaranya adalah doa Nabi Nuh:
ุฑูุจูู ุงุบูููุฑู ููู ููููููุงููุฏูููู ููููู
ูู ุฏูุฎููู ุจูููุชููู ู
ูุคูู
ููุงู ููููููู
ูุคูู
ูููููู ููุงููู
ูุคูู
ูููุงุชู
โWahai Tuhanku, ampunkanlah kedua ibubapaku dan sesiapa yang masuk ke rumah aku dalam keadaan beriman.โ (Nuh: 28)
4. Bahkan sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa sentiasa berbuat baik kepada ibubapa itu boleh melapangkan rezeki seseorang. Ini kerana menurut al-Imam al-Badr al-Aini, berbuat baik kepada ibubapa itu adalah sebaik-baik amalan dalam menghubungkan silaturrahim. Dan orang yang menghubungkan silaturrahim ini akan dipermudahkan rezekinya di sisi Allah. Sabda Rasulullah:
ู
ู ุฃุญุจ ุฃู ูุจุณุท ูู ูู ุฑุฒูู ูููุตู ุฑุญู
ู
โBarangsiapa yang berharap agar diperluaskan rezekinya maka hubungkanlah silaturrahim.โ