04/10/2019
Selamat petangโค๏ธ
[INFO] Kurma Merah (Red Dates)
Di India dan Pakistan ia dipanggil Inab dan di Asia timur dipanggil Kurma merah, Kurma Cina atau India. Dalam kawasan Iran, pokok kurma jujube ditanam di beberapa bahagian tanah tinggi seperti kawasan Khorasan, Iran. Kurma yang biasa boleh didapati di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Mediterranean mempunyai rasa yang manis dan dianggap sebagai ubat herba.
Kurma merah ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk pelbagai vitamin seperti C, A, B2 dan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus, besi.
10 khasiat Kurma Merah (kurma cina) untuk kesihatan :
1. Kurma Merah boleh meningkatkan produksi sel darah putih yang bermanfaat untuk tingkatkan ketahanan tubuh.
2. Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).
3. Kurma Merah kaya dengan anti-oksidan yang boleh melemahkan sel kanser.
4. Mampu memberikan nutrisi serta meningkatkan produksi darah.
5. Kurma Merah bermanfaat juga pada wanita kerana ia boleh melancarkan pengeluaran darah haid dan darah selepas melahirkan.
6. Sangat baik untuk pesakit diabetes,
7. Bagus untuk mengatasi perut kembung dan penderita masalah pencernaan seperti sembelit.
8. Menyembuhkan batuk berkahak, sakit gigi, dan infeksi gusi.
9. Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.
10. Dapat menenangkan fikiran dan boleh menyembuhkan pesakit insomnia.