Seamex Sabah

Seamex Sabah Southeast Asia Music and Dance Education Exchange 2020 sabah

27/07/2026

#π“π”ππŽπ†πŠπ€πƒπ€π˜π€π–π€π | 𝐂𝐀𝐋𝐋 π…πŽπ‘ ππ€π‘π“πˆπ‚πˆππ€ππ“π’

The search continues! Share your music and be part of the Kadayawan Festival 2026.

Interested participants may submit their entries on or before July 25, 2026, at 11:59 PM through the official Google Form: https://forms.gle/1LnbqzUG9KpGabRR7


BENGKEL MUZIK DAN TARIAN TRADISI DUSUN SERTA TARIAN KREASI BAHARU BERJAYA DIANJURKANPersatuan SEAMEX Sabah, sebuah pertu...
13/06/2026

BENGKEL MUZIK DAN TARIAN TRADISI DUSUN SERTA TARIAN KREASI BAHARU BERJAYA DIANJURKAN

Persatuan SEAMEX Sabah, sebuah pertubuhan yang aktif dalam usaha pemuliharaan, pendokumentasian dan pemerkasaan warisan budaya, dengan kerjasama Komuniti LOPUSON, telah berjaya menganjurkan Bengkel Muzik dan Tarian Tradisi Dusun serta Tarian Kreasi Baharu sebagai persediaan ke arah penganjuran Festival Mojumbak Dusun P.170 (FESMOD) yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

✨ Budaya Dipelihara, Warisan Dilestarikan, Generasi Diperkasakan.

BENGKEL MUZIK DAN TARIAN TRADISI DUSUN SERTA TARIAN KREASI BAHARU BERJAYA DIANJURKANPersatuan SEAMEX Sabah, sebuah pertu...
13/06/2026

BENGKEL MUZIK DAN TARIAN TRADISI DUSUN SERTA TARIAN KREASI BAHARU BERJAYA DIANJURKAN

Persatuan SEAMEX Sabah, sebuah pertubuhan yang aktif dalam usaha pemuliharaan, pendokumentasian dan pemerkasaan warisan budaya, dengan kerjasama Komuniti LOPUSON, telah berjaya menganjurkan Bengkel Muzik dan Tarian Tradisi Dusun serta Tarian Kreasi Baharu sebagai persediaan ke arah penganjuran Festival Mojumbak Dusun P.170 (FESMOD) yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan SEAMEX Sabah dalam memelihara, memperkukuh dan memperkasakan warisan budaya etnik yang semakin terhakis akibat arus pemodenan dan perubahan gaya hidup masyarakat. Melalui penganjuran bengkel ini, SEAMEX Sabah berusaha memastikan seni budaya masyarakat Dusun terus diwarisi, difahami, diamalkan dan dihargai oleh generasi muda agar tidak lenyap ditelan zaman.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta mengenai muzik dan tarian tradisi Dusun, di samping menjadi platform pemindahan ilmu daripada penggiat budaya dan tenaga pengajar berpengalaman kepada generasi baharu. Selain itu, bengkel ini turut memperkenalkan Kategori Tarian Kreasi Dusun Zon P.170, yang memberi penekanan kepada penghasilan karya kreatif berasaskan budaya tempatan tanpa mengabaikan nilai, falsafah, adat dan identiti asal masyarakat Dusun.

Dalam masa yang sama, bengkel ini berfungsi sebagai persediaan kepada para peserta dan kumpulan yang bakal menyertai pertandingan dalam ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan sempena FESMOD. Pendedahan yang diberikan membantu peserta memahami konsep persembahan tradisi dan kreasi dengan lebih jelas, sekali gus memastikan elemen inovasi yang diterapkan dalam kategori kreasi baharu tidak menjejaskan keaslian budaya etnik setempat, malah mampu memperkayakan serta mempromosikannya kepada khalayak yang lebih luas.

Seramai 60 orang peserta telah menyertai bengkel intensif selama dua hari, yang berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2026 di Bilik Seminar Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta mengikuti sesi teori dan praktikal berkaitan muzik tradisional, tarian tradisi Dusun serta pembangunan koreografi berasaskan warisan budaya.

SEAMEX Sabah merakamkan penghargaan kepada semua peserta, fasilitator, rakan kerjasama dan pihak yang telah menjayakan program ini. Diharapkan usaha seperti ini akan terus mendapat sokongan pelbagai pihak demi memastikan warisan budaya Dusun bukan sahaja dipelihara, malah terus berkembang sebagai sumber kebanggaan, perpaduan dan identiti masyarakat Sabah untuk generasi masa hadapan.

✨ Budaya Dipelihara, Warisan Dilestarikan, Generasi Diperkasakan.

*BENGKEL* PERSEDIAAN FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD)ZON PARLIMEN 170 TUARAN.πŸ“† *Tarikh : 6 - 7 Jun ...
03/06/2026

*BENGKEL* PERSEDIAAN FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD)
ZON PARLIMEN 170 TUARAN.

πŸ“† *Tarikh : 6 - 7 Jun 2026*
πŸ•™ *Masa : 9:00 pagi - 5:00petang*
πŸ“*Tempat : Bilik Seminar, JKKN Sabah*

*Link pendaftaran:*
https://forms.gle/ZYtBVAGsJm2uawvn7

*Nota Penting:‼️*
Setiap kumpulan diwajibkan menghantar *minimum dua (2) orang dan maksimum empat (4) orang* wakil untuk menghadiri bengkel ini. Wakil tersebut hendaklah terdiri daripada Ketua Kumpulan, Koreografer, Pemuzik atau wakil lain yang berkaitan.

Kehadiran adalah *WAJIB*. Sekiranya didapati tiada wakil hadir bagi kumpulan yang menyertai pertandingan, penyertaan kumpulan tersebut akan *ditolak serta-merta tanpa sebarang pengecualian.*

Maklumat lanjut, sila hubungi
Pn. Sainah : 0198118383
Rita: 0168202966
Avril: 01133233678






JOM MOJUMBAK‼️ FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD)ZON PARLIMEN 170 TUARAN.*Tarikh : 24 - 26 Julai 2026...
14/05/2026

JOM MOJUMBAK‼️

FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD)
ZON PARLIMEN 170 TUARAN.

*Tarikh : 24 - 26 Julai 2026*
*Tempat : Dewan Serbaguna Seri Sulaman, Tuaran*
*Masa : 10 pagi - 10 malam*

Suatu festival berkonsep pertandingan yang mengetengahkan muzik dan tarian tradisi Dusun di sekitar Tuaran, Tamparuli, Kiulu dan Tenghilan dengan tema ;

*"MEMPERKASA TRADISI DUSUN DAN MEMELIHARA BUDAYA"*

Kategori yang dipertandingkan dan Yuran penyertaan:

Kategori A - Muzik Tradisi
(RM 100)/kumpulan
Kategori B - Tarian Tradisi
(RM 100)/kumpulan
Kategori C - Tarian Kreasi Etnik
Baru (RM200)/kumpulan

Borang Penyertaan:
https://bit.ly/3OOWP0K

Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

Maklumat lanjut, sila hubungi
Pn. Sainah : 0198118383
Rita: 0168202966
Avril: 01133233678






Once again, we continued listening to the voices of the Dusun Lotud communities reflecting on the diminishing and fading...
24/04/2026

Once again, we continued listening to the voices of the Dusun Lotud communities reflecting on the diminishing and fading role of their ritual priestesses called Tantagas. With every story shared, we found ourselves deeply moved both humbled and heartbroken by the profound truths and lived experiences of our interviewees.
Their voices carry not only memory, but the soul of a heritage that is slowly slipping away. As our journey unfolds, we cannot deny the quiet sorrow that accompanies this realization, nor the responsibility we now carry to honour and preserve what remains.
We Sabah SEAMEX extend our deepest gratitude to the British Council for the Small grant supporting this short documentary and to Prof. Dr. Yunci Cai from the University of Leicester for her invaluable support and collaboration in making this milestone project possible.
It is our sincere hope that this project will awaken greater awareness of the fragile loss of our intangible heritage, an identity that defines who we are, yet risks being forgotten if left unheard.

JOM MOJUMBAK‼️ FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD)ZON PARLIMEN 170 TUARAN.*Tarikh : 12-14 Jun 2026**Te...
24/04/2026

JOM MOJUMBAK‼️

FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD)
ZON PARLIMEN 170 TUARAN.

*Tarikh : 12-14 Jun 2026*
*Tempat : Dewan Serbaguna Seri Sulaman, Tuaran*
*Masa : 10 pagi - 10 malam*

Suatu festival berkonsep pertandingan yang mengetengahkan muzik dan tarian tradisi Dusun di sekitar Tuaran, Tamparuli, Kiulu dan Tenghilan dengan tema ;

*"MEMPERKASA TRADISI DUSUN DAN MEMELIHARA BUDAYA"*

Kategori yang dipertandingkan dan Yuran penyertaan:

Kategori A - Muzik Tradisi
(RM 100)/kumpulan
Kategori B - Tarian Tradisi
(RM 100)/kumpulan
Kategori C - Tarian Kreasi Etnik
Baru (RM200)/kumpulan

Borang Penyertaan:
https://drive.google.com/file/d/1SRltcFgbxur0qY3Vzh37vTBC1byzqSJ7/view?usp=sharing

Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

Maklumat lanjut, sila hubungi
Pn. Sainah : 0198118383
Rita: 0168202966
Avril: 01133233678






19/04/2026

Today, the SEAMEX team embarked on a new project where we rediscovered the voices of the Tantagas by documenting the thoughts and opinions of key members of the Lotud community. Today marks the first day of interviews where we rekindle questions regarding the role of the Tantagas in a rapidly modernising world. After a long day of interviews, we concluded our documentation work at 7:30pm. Tomorrow, we will continue another round of interviews with the help of our strategic partner, Videographics Productions Sdn Bhd.

06/04/2026

Address

P. O. Box 398 Penampang
Kota Kinabalu
88300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seamex Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Seamex Sabah:

Shortcuts

Share