21/05/2023
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah majlis malam tadi sudah pun selesai. Namun, berlaku kekurangan makanan pada pertengahan majlis. Oleh itu, kami di pihak JRC catering ingin memohon maaf dan mahu memberikan penjelasan atas isu tersebut:
1. Pihak kami telah menyediakan makanan asal LEBIH daripada yang ditempah oleh tuan rumah. Namun, lebihan makanan yang kami sediakan tidak mampu menampung lebihan jemputan yang datang. Tempah makanan 450 pax tapi mencecah 800 tetamu yang hadir.
2. Penyediaan makanan yang baru akan memakan masa atas faktor pembelian bahan mentah, masa yang diperlukan untuk memasak, dan penghantaran. Tambahan p**a majlis dibuat pada waktu malam di mana banyak kedai telah pun tutup.
3. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak tuan rumah kerana memahami keadaan kami dan bersikap profesional dalam menangani isu tersebut.
Oleh itu, pihak kami berharap agar semua pelanggan pada masa yang akan datang lebih peka dengan jumlah tetamu yang dianggar dan tidak menunding jari jika berlaku isu kekurangan makanan. Sekali lagi pihak kami mohon maaf dan sekian terima kasih.