Ayai Bridal House

Ayai Bridal House Menawarkan penyewaan koleksi baju tunang, nikah dan sanding pengantin berjenama eksklusif mampu sewa!

‼️PROMO SEWA BAJU SANDING KLASIK SONGKET MAROON‼️Bakal pengantin yang mahu baju sanding Songket Tema Klasik macam ni bol...
15/01/2025

‼️PROMO SEWA BAJU SANDING KLASIK SONGKET MAROON‼️
Bakal pengantin yang mahu baju sanding Songket Tema Klasik macam ni boleh sewa terus 😘

Kamurang mahu sanding api mahu baju exclusive harga bajet? Jangan risau, kami sediakan Baju Kebaya sedondon Lelaki & Perempuan dengan harga super jimat khas untuk kamurang 👇🏻

Cik Kebaya Songket & Baju Melayu Songket

✨Promo price sewa RM350
✨Maroon + Silver Colour Songket
✨Size S to M (perempuan) M to L (lelaki)

Kami Sediakan Special Untuk Anda FULL SET + AKSESORI sekali :
✅Kebaya songket Klasik
✅Cekak Sanggul Besi
✅Selempang Songket
✅Busana melayu Songket
✅Sampin Songket
✅Bengkung Songket
✅Baju Layang
✅Kasut Lelaki
✅Kasut Perempuan
✅Tanjak Songket
✅Bunga Tangan Besi
✅Rantai Dokoh Lelaki
✅Rantai Dokoh Perempuan
✅Keris

📲 AYAI : http://www.wassap.my/60199997044/sewabajusandingmaroon

Boleh PM kita atur sampai jadi!
Boleh datang try semua koleksi yang ada di Kampung Petagas, Putatan.

05/01/2025

5 perkara yang perlu dielakkan oleh pengantin semasa berada di pelamin:

1. Tingkah Laku Tidak Sopan
- Jangan bermain telefon bimbit
- Elak berbual sesama sendiri terlalu kuat
- Jangan menguap atau menunjukkan bosan
- Elak ketawa berlebihan
- Jangan makan/minum di pelamin (kecuali majlis suap-suapan)

2. Cara Duduk Tidak Sesuai
- Jangan mengubah posisi duduk terlalu kerap
- Elak bersandar terlalu belakang
- Jangan duduk mengangkang/tidak sopan
- Pastikan duduk dalam keadaan tertib
- Jaga kedudukan songket/tudung/veil

3. Ekspresi Muka Negatif
- Jangan tunjuk muka masam
- Elak melepaskan keluhan
- Jangan buat muka bosan
- Elak memejamkan mata terlalu lama
- Pastikan senyuman natural (tidak berlebihan)

4. Interaksi Tidak Sesuai
- Jangan mengabaikan tetamu yang memberi ucapan
- Elak berbisik-bisik ketika tetamu ambil gambar
- Jangan terlalu intim di pelamin
- Elak bergurau keterlaluan
- Pastikan hormat orang tua yang datang memberi ucapan

5. Penampilan Tidak Terurus
- Jangan kerap membetulkan baju/aksesori
- Elak menyentuh muka terlalu kerap
- Jangan membetulkan solekan di pelamin
- Elak menggaru badan/kepala
- Pastikan kekalkan penampilan kemas sepanjang majlis

Tips Tambahan:
- Pastikan sudah ke tandas sebelum naik pelamin
- Makan secukupnya sebelum majlis
- Berlatih posisi duduk yang selesa
- Berbincang dengan pasangan tentang protocol di pelamin
- Pastikan pakaian selesa dan tidak mengganggu — at

04/01/2025

FASA PERKAHWINAN.

Rupa-rupanya, dalam perkahwinan ada banyak fasa yang perlu setiap pasangan tempuhi.
Ia bersifat dynamic
Ia tidak static

Fasa pertama :
Saat awal kahwin banyak yang manis.
Rasa best..
Rasa happy..
Rasa seronok..
Fasa ini boleh lama sikit jika lambat dapat anak
Tapi mostly about 1-2 years

Lepas tu masuk fasa kedua:
Fasa magical thinking 💭
Fasa idealistic,
fikir pasal impian,
Bayangkan bentuk keluarga yg nak dibina,
Rancang tentang haluan kerjaya..
Plan pasal pendidikan anak-anak,
dan plan macam macam lagi
Simpan impian nak jadi suami/ isteri terbaik..
etc etc etc dan pelbagai lagi

Tapi.. Impian yg dibina lebih bersifat idealistic berbanding realistic...
Dan yang lebih bersifat idealistic ramainya perempuan lah banding lelaki

Fasa ketiga ialah fasa power struggle

Fasa mula banyak bergaduh
Mula berselisih n berbeza pendapat
Dan bermula lah fasa kita semakin nampak perbezaan sesama suami-isteri.
Dalam pelbagai perkara
Cara suami lain
Cara isteri lain
Pendapat suami lain
Pendapat isteri lain
Kalau ada anak, mungkin berbeza style nak besar n didik anak-anak
Kalau pasal kerjaya mungkin berbeza dari segi pilihan laluan kerjaya.
Masing masing rasa nak menang atau nak ikut style atau pendapat sendiri
Fasa power struggle ni boleh jadi pencetus konflik bagi sesetengah pasangan

Fasa seterusnya ialah fasa break up
Saat ini mula masuk fasa konflik yang lebih serius.
Contoh kalau isteri tu dah lama bersabar dengan sesetengah sifat suami yang negatif...
Mungkin masa ni dah rasa tak boleh tahan dah
Begitu juga sebaliknya bagi pihak suami..
Jika asyik bersabar dengan karenah isteri..
Mungkin sampai satu tahap hilang rasa sabar

Fasa konflik tersebut berterusan dalam hubungan suami isteri hingga masuk fasa transition phase, dam suami-isteri akan semakin tahu kelemahan masing masing

Apa jadi lepas tu?
Bagi pasangan yang dah tak boleh cari jalan persefahaman, saat ini mereka akan berpisah "Break up"

Tetapi...
Bagi pasangan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk improve hubungan mereka selepas fasa break up ni,

Mereka akan masuk fasa make up
Time ni kedua-dua pihak, suami dan isteri akan
Lebih banyak explore each other,
Try to make changes bit by bit
Cuba untuk improve their relationship

Ada pasangan yang boleh deal sesama mereka
Ada pasangan yg mungkin perlu bantuan dari org lain dalam fasa make up ni

Tetapi.... Yang bestnya,

Pasangan yang berjaya melalui fasa break up dan make up ni biasanya akan semakin rapat ...
selepas lalui fasa konflik atau badai ni..
Go through fasa break up
Go through fasa make up ...
dan berjaya capai persefahaman yg baru, akan masuk fasa re-romanticizing phase,

Masa ni relationship rasa more meaningful..
And sebenarnya time tulah baru betul-betul boleh kata true love.

Iaitu..
The real love
Masih sayang each other selepas dah tahu keburukan dan kelemahan each other..
Menerima pasangan sebagai diri mereka sendiri. " reality "

Bukan lagi bersifat "idealistic"..
Atau mengimpikan sesuatu yang bukan real pada pasangan masing masing..
Bagi yang tengah melalui fasa konflik atau fasa yang selalu fikir pasal nak cerai, " break up phase"...
Cubalah cari jalan untuk masuk make up stage..

Cuba cuba cuba usaha
Inshaa Allah nanti Allah tunjuk jalan
Kadang kadang Allah beri kesusahan di pertengahan perkahwinan...
Sebenarnya Allah nak beri rasa yang lebih manis selepas kesusahan itu..

P.s:
Komunikasi dan hubungan ni ialah 2 point berbeza

Ada orang mungkin dapat berkomunikasi dengan baik tapi still hubungan hati tidak rapat dan erat

Ada org mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan baik tapi ada hubungan hati yang kuat.

Kredit : Zulfah

Alhamdulillah..terima kasih sudi sewa Busana Nikah dan Aksesori Sanding dengan kami..🌷🌷🌷BARAKALLAH Farah Azirah Asnan da...
01/01/2025

Alhamdulillah..terima kasih sudi sewa Busana Nikah dan Aksesori Sanding dengan kami..🌷🌷🌷

BARAKALLAH Farah Azirah Asnan dan pasangan💚💚

Semoga Allah kurniakan barakah pada kalian berdua, dan semoga Allah limpahkan barakah atas kalian berdua, dan semoga Allah himpun kalian berdua dalam kebaikan.

23/12/2024

5 sifat yang perlu diubah sebelum berkahwin:

1. Sifat Ego
- Kurang mendengar pendapat pasangan
- S**a mementingkan diri sendiri
- Tidak mahu mengalah
- S**a membangkang
- S**ar menerima kritikan

Cara Mengubah:
- Latih diri berfikiran terbuka
- Dendengari pasangan
- Fahami perspektif berbeza
- Belajar berkompromi
- Sentiasa rendah diri

2. Sifat Boros
- Berbelanja tanpa perancangan
- Tidak ada simpanan
- Membazir sumber kewangan
- Tiada kawalan perbelanjaan
- Sikap "shopping therapy"

Cara Mengubah:
- Buat bajet bulanan
- Simpan sebahagian pendapatan
- Bezakan antara keperluan dan kehendak
- Lebih bijak memilih perbelanjaan
- Gunakan wang secara bijak

3. Sifat Pemarah
- S**ar mengawal emosi
- Cepat melenting
- S**a membantah
- Komunikasi negatif
- Tidak sabar

Cara Mengubah:
- Praktis kawalan emosi
- Belajar teknik pernafasan
- Tingkatkan tahap kesabaran
- Dengar nasihat orang lain
- Fokus penyelesaian

4. Sifat Malas
- Tidak s**a kerja rumah
- Bergantung pada orang lain
- Tiada motivasi
- Tidak ambil peduli tanggungjawab
- Sikap sambil lewa

Cara Mengubah:
- Belajar kemahiran praktis
- Fokus pada tanggungjawab
- Motivasi diri
- Bina disiplin
- S**a membantu pasangan

5. Sifat Tidak Bertanggungjawab
- Janji tidak ditepati
- Sikap sambil lewa
- Tidak mengambil berat
- Lari dari masalah
- Tidak boleh dipercayai

Cara Mengubah:
- Tepati janji
- Selesaikan masalah segera
- Tunjukkan komitmen
- Bangun kepercayaan
- Jadi pasangan yang boleh dipercayai

Kesimpulan:
- Perubahan bermula dari diri sendiri
- Sentiasa berusaha
- Fokus pada kebaikan
- Mohon petunjuk Allah

18/12/2024

Majlis Perkahwinan yang diredhai Allah

Alhamdulillah Customer puas hati🤲🏻😇✨
16/12/2024

Alhamdulillah Customer puas hati🤲🏻😇✨

06/12/2024

Bakal pengantin, take note 📝

29/11/2024

🍀🪐💡 When you hurt good hearted people,
they won't scream, they'll keep their pain inside.
They will gently & silently drift away never to return. They won't stop being good, they'll never trust you again. This is exactly when you lost them. -Emanuela Laura Grigoriu
Good-hearted people value loyalty and kindness, but once their trust is broken, it's almost impossible to mend. They don't seek revenge or hold grudges; instead, they choose peace by walking away. Losing them isn't loud-it's the quiet absence that speaks the loudest.

25/11/2024

“Cinta Dunia Akhirat: Rahsia Membangun Hubungan yang Diredai Allah”

"Hidup ini hanyalah persinggahan. Tetapi bagaimana kita hidup di dunia menentukan nasib kita di akhirat."

Setiap manusia mendambakan kebahagiaan. Tetapi, sering kali kita terperangkap dalam mengejar kebahagiaan dunia sehingga melupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Sedangkan, kebahagiaan sebenar adalah apabila cinta dunia digabungkan dengan redha Allah SWT. Dalam kehidupan, hubungan yang dibina di dunia bukan sekadar untuk memenuhi keperluan emosi, tetapi juga untuk memimpin kita menuju syurga.

Firman Allah SWT:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia.”
(Surah Al-Qasas, 28:77)

Perkahwinan, keluarga, dan persahabatan adalah anugerah Allah yang harus dijaga dengan niat yang ikhlas. Tetapi bagaimana kita memastikan hubungan ini tidak hanya bertahan di dunia, tetapi juga membawa manfaat di akhirat?

Pertama, setiap hubungan mesti bermula dengan niat yang betul. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam konteks perkahwinan, niatnya bukan sekadar mencari teman hidup, tetapi untuk membina satu keluarga yang saling menguatkan dalam ibadah dan ketaatan kepada Allah. Dalam persahabatan, niatnya bukan sekadar berkongsi s**a duka dunia, tetapi menjadi sahabat yang saling mengingatkan tentang akhirat.

Kedua, hubungan yang diberkati Allah adalah hubungan yang berlandaskan kasih sayang dan saling membantu dalam kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kasih sayang dalam Islam adalah kasih sayang yang membawa kepada kebaikan. Ia adalah kasih sayang yang menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, bukan yang menjauhkan kita dari-Nya.

Ketiga, hubungan yang diredai Allah adalah hubungan yang penuh dengan doa. Dalam perkahwinan, seorang suami dan isteri saling mendoakan. Dalam persahabatan, seorang sahabat mendoakan sahabatnya walaupun dari kejauhan. Doa adalah bukti cinta yang paling tulus. Firman Allah SWT:
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.”
(Surah Ghafir, 40:60)

Namun, dalam perjalanan ini, pasti ada cabaran. Kadang-kadang, hubungan diuji dengan salah faham, kekecewaan, dan kesilapan. Tetapi di situlah letaknya keindahan Islam. Kita diajar untuk memaafkan, bukan kerana manusia itu layak dimaafkan, tetapi kerana Allah mencintai orang yang pemaaf. Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang memaafkan kesalahan orang lain, maka Allah akan memaafkannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Cinta dunia yang sejati adalah cinta yang membawa kepada kebaikan akhirat. Hubungan yang dibina atas dasar iman dan taqwa bukan sahaja mencipta kebahagiaan di dunia, tetapi juga menjanjikan ganjaran di akhirat. Bayangkan, hubungan yang dipenuhi doa dan kebaikan akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT.

Malah, Rasulullah SAW memberi jaminan kepada mereka yang saling mencintai kerana Allah:
“Orang yang saling mencintai kerana Allah akan berada di atas mimbar-mimbar cahaya pada hari kiamat, dan mereka akan dicemburui oleh para nabi dan syuhada.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Jadi, apakah rahsia membina hubungan yang diredai Allah? Ianya bermula dengan iman, disertai kasih sayang yang tulus, doa yang tidak pernah putus, dan pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas. Dalam perkahwinan, ia bermaksud menjadi pasangan yang saling membantu dalam kebaikan. Dalam persahabatan, ia bermaksud saling menasihati dengan hikmah.

Kesimpulannya, cinta sejati adalah cinta yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Ia bukan tentang kesempurnaan manusia, tetapi tentang usaha untuk menyempurnakan hubungan dengan redha-Nya. Cinta yang kekal bukanlah yang hanya bahagia di dunia, tetapi yang mampu membawa kita ke syurga.

"Jadikan cinta dan hubungan kita sebagai jalan menuju Allah. Kerana cinta yang sejati, tidak berakhir di dunia, tetapi kekal di akhirat."

___

EBOOK RM1 - ZIKIR, DOA, AMALAN, MATHURAT DAN TAUBAT

https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah

Address

Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 14:00 - 18:00
19:00 - 21:00
Tuesday 14:00 - 18:00
19:00 - 21:00
Wednesday 14:00 - 18:00
19:00 - 21:00
Thursday 14:00 - 18:00
19:00 - 21:00
Friday 14:00 - 18:00
19:00 - 21:00
Saturday 18:00 - 21:00
Sunday 18:00 - 21:00

Telephone

+60199997044

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayai Bridal House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ayai Bridal House:

Videos

Share

Category