Sabah Catering

Sabah Catering Kami menyediakan servis katering pelbagai jenis makanan lokal atau tradisi sabah di samping untuk majlis keramaian, hotel, pejabat dan lain lain juga

19/11/2023
31/10/2023

RESEPI AYAM MASAK THAI VIRAL

BAHAN A :
(wajib)

10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak
Sedikit air

BAHAN B :
(kisar)

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

CARA MEMBUATNYA :

Tumis serai yang dititik sehingga naik bau.

Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing.

Kemudian, masukkan BAHAN B (kisar) gaul hingga sebati.

Masukkan sos tiram, sos cili dan air. Gaul sebati.

Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garam untuk rasa secukupnya.

Kredit : Aien Weyl

30/10/2023

Resepi Daging Masak Hitam

1kg daging lembu
Kicap cap unta / kicap tongnam
2 sudu gula atau gula apong
Setengah sudu serbuk jintan putih
Setengah sudu serbuk jintan manis
1 cawan kismis
Minyak utk menumis
Serbuk secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan

Bahan blend
20 tangkai cili kering
Bawang putih blend 1 sudu
Bawang merah blend 2 sudu
1 batang serai
Lengkuas 2 inci
Halia 1 inci

1. Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gulapong dan kicap selama 3 atau 4jam.
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.
5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. S**a makan kismis begala)
7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2. My kids doesn't really like sweet so I don't add sugar anymore.
8. Siap utk dihidang.

Kredit Caesarena Anak Peter




28/10/2023

Resepi MEE UDANG
Mee kuning..
Udang..
Daging..
Sos cili..
Kicap..
Skit garam n serbuk perisa
Sawi..
Tauge..
Tomato..belah 4
Daun sup..
Bawang besar..blend
Bawang putih..blend
Cili kering..blend
Tauhu..goreng dulu ya
CARANYA..
Tumis bahan blend pastu tuang hirisan daging pastu tbah air..masak sampai daging empuk..bila daging dah empuk letak sos cili kicap sikit gula skit garam n sebok perisa..pastu tambah air..untuk jadikan kuah ya..bila dah mendidih boleh la letak udang bila udang dah masak dah boleh letak mee sawi tauge tomato..dah mendidih tutup api dah boleh tabur daun sup n tauhu goreng td..siap untuk dihidang..❤

28/10/2023

RESEPI KUIH KASWI PERISA JAGUNG

Kuih kaswi lagi... Kali ni buat perisa jagung.
Kuih Kaswi Jagung 🌽🌽

BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi kayu
3 sb tepung jagung
¾ cawan gula
1 cawan santan cair
1 cawan air
2 sb air kapur
sedikit garam
2 sb sweet corn cream
pewarna kuning telur.

CARA MEMBUATNYA :

Campurkan semua bahan, kacau sebati ( boleh blender)... Acuan sapu dengan minyak sikit... Tuang adunan sehingga penuh dan kukus selama 15 minit... Resepi ni dapat la 24 biji (acuan twister 🌀).

Kredit : aimer kitchen

28/10/2023

RESEPI UDANG MASAK BEREMPAH

BAHAN-BAHAN :

Udang setengh kg.
2 sudu besar rempah kari Ayam/ikan.
2 sudu besar serbuk Cili.
2 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar Kicap ABC.
1 sudu kecik lada hitam.
Sedikit garam & perencah secukup rasa.
Daun kari 1@2 pelepah.
Bawang putih & bawang merah potong.
Sedikit air kosong.
Minyak untuk menumis.

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak Dan masuk semua bahan2, rempah & sos kat atas tu👆masak sampi pecah minyak dan tambah air sikit2 je.

Bila dah pecah minyak, baru masuk Udang
garam & serbuk secukup rasa.

Masak sampai kering sikit & tutup api.

*Kalau s**a kuah bolih tambah lebih air.

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA 👍

28/10/2023

Harini mencuba resipi ni untuk kuih minum petang..Thank you pd penyumbang resipi dr grup ni jgk..smoga anda dimurahkan rezeki berpanjangan..

TALAM SRI NONA
DapoKakLenni
(kredit:Pn Ani Hashim)

BAHAGIAN A..(bawah)
80grm tepong hoen kwee putih
150grm tepong ubi
80grm tepong kacang hijau

BAHAGIAN B
200ml santan pekat
700ml air
240grm gula (akk kurangkan)
70grm gula merah
1sudu garam
5 helai daun pandan

CARANYA..
satukan semua bahan B ...masak sampai didih kemudian sejukkan..
Tuangkan kedlm bahan A..dan tapis..bahagi 3 bahagi..isi pewarna..ikut s**a warna apa..kukus setiap lapisan 10 minit..

BAHAGIAN ATAS..
50grm tepong kastad
50grm tepong beras
70grm tepong gandum
1biji telor
300ml santan pekat
600ml air
240grm gula
1sudu garam
1sudu esen vanila
Caranya..
Satukan semua bahan...tapis..naik wap sekejap..kukus 20 minit..

27/10/2023

Apam nasi

Resepi
Bhn2-
1cwan tepung gandum
1cawan tepung beras
1cawan gula(kurang kan jika x ska mnis)
1cwan nasi sejuk
1cawan air
1pket mauripan
Cara-cara-

-blender gula+nasi+air sampai nasi n gula jd hancur dan halus
-masuk kan bhan2 blender ke dlm tpung gandum+tpung beras+mauripan
-gaul rata
-masuk kan dlm bkas bertutup
-perap selama 1jam
-selepas 1jam kcau2..lpas tu bg kn pda beberapa bahagian..ltak kan pewarna jika s**a
-kukus dlam acuan kcik2 yg dh di sapu minyak
-kukus lbih kurang 8-10minit
Acuan besar 20 minit

Kredit empunya resipi

26/10/2023

Resepi Nasi Goreng Jagung

Bhn tumbuk
Cili api merah + 1sdb cili kisar(sy guna cili giling adabi)
Bwg putih
Bwg merah

Lain2 bhn
Udang
Nasi
Telor
Jagung
Kacang buncis
Daun sup
Garam
Perencah nasi goreng kpg seri aji

# tumis bhn tumbuk hgga keperangan, masukkan garam, kemudian udang, masukkan telor di kocak2 sekjp.. Biar sedikit keras mas**an jagung, kacang buncis, nasi dan perencah nasi goreng, gaul2 hgga sebati.. Ltk sedikit kicap manis & last daun sup.. Gaul lg bg sebati ..

Note:- sebelum msk nasi grg.. Ltk udang dlm kuali kecut kan sekejap utk keluar kan air udang, bila udang dh kemerahan, terus angkat .. Tujuannya bila masukkan udang dlm bhn tumisan, tiada air udang

Selamat Mencuba Semua😋

28/09/2023

Address

Kg Tg Aru Baru
Kota Kinabalu
89457

Telephone

+60168125916

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Caterers in Kota Kinabalu

Show All

You may also like