21/04/2020
Kalau niat ikhlas nak menderma dan beri sumbangan
Kenapa letak dalam FB?
Pertama, Sebab seronok buat kerja kebajikan. Melihat senyuman- senyuman orang yang menerima bantuan.
Menerima ucapan terima kasih yang bertalu- talu. Hati rasa gembira.
Kedua, kita tak mampu nak bagi pada semua orang. Jadi apabila kita bagi bantuan macam tu, kita harap apa yang kita buat, orang akan tengok dan orang akan tiru.
Alhamdulillah, memang betul, ramai orang mendapat inspirasi untuk buat bantuan menggunakan kaedah dan modus operandi sama.
Kita berjaya “ mencetus” supaya lebih ramai orang menerima bantuan.
Ketiga, memang ada orang yang akan komen katakan bahawa kita tak ikhlas.
Ikhlas terletak di hati. Niat untuk buat kebaikan, Allah dah bagi pahala dik. Apatah lagi buat. Ikhlas ni ialah apa yang kau nak buat, kau tak kan harap balasan dari manusia. Itu sifir dia.
Ustaz Ebit Liew dia bukan orang politik. Dia bukan ada jawatan apapun dalam negara. Dia orang tabligh. Orang tabligh kalau dia pergi ajak kau pergi masjid dia dapat apa? Itulah keikhlasan.
Kalau kau tak boleh nak buat kebaikan macam dia buat, baik diam.
Orang menilai. Orang tahu siapa yang hanya bising di FB dan siapa yang betul - betul menyusuri semak dan denai untuk beri bantuan. Akhlak beliau mencerminkan Islam. Islam agama perpaduan.
Pokyat doakan Ustaz Ebit Liew dipanjangkan umur. Dipermudahkan urusan. Ustaz jangan putus asa.
Ustaz adalah wira Malaysia. Kesayangan rakyat tak mengira bangsa.