Menyediakan masakan tradisional Melayu untuk tempahan katering di samping menjual Ikan Bakar bersambal dan Nasi Ayam Hainan di tengah - tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kami menyediakan makanan seperti sentuhan dari air tangan seorang ibu yang menjadi ingatan sampai bila-bila. Keenakkan dan juga kelazatannya yang asli menjadikannya nadi kepada Santapan yang di sediakan, bak kata pepatah,'tak lapuk d
i telan zaman'. Kami ada menyediakan Santapan untuk katering (majlis kahwin, majlis akad nikah, jamuan-jamuan kecil, mesyuarat, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan juga cocktail). Di samping itu, pada waktu malam kami menjual makanan laut bakar seperti Ikan Siakap Bakar, Ikan Cencaru, Ikan Kembong, dan istimewa dari kami ialah Sotong Bakar Berempah. Pada waktu siang, kami menyediakan Nasi Ayam Hainan spesial untuk para pelanggan kami di lokasi strategik di tengah-tengah bandaraya
Santapan Warisan Ibunda ini berpengalaman dalam bidang pengurusan dan penyediaan makanan hotel 5 bintang, catering dan berpengalaman selama 15 tahun dalam perhotelan. Selain itu, kami mempunyai Chef yang pernah mengendalikan katering Di Raja, VVIP dan kenamaan. Dengan itu, kami menjanjikan apa yang kami sediakan memenuhi citarasa dan selera pelanggan kami bercirikan dan berterapkan masakan IBUNDA.