
08/02/2025
Kunjungan Pak Ijeck ke Restoran Terrapong Batu 18 Hulu Langat, Selangor
Hulu Langat, 31 Januari 2025 – Restoran Terrapong Batu 18 Hulu Langat sekali lagi menerima kunjungan Bapak H Musa Rajekshah, atau lebih dikenali sebagai Pak Ijeck, dalam suasana yang santai.
Hubungan baik yang terjalin menjadikan setiap pertemuan satu kesempatan berharga untuk bertukar pandangan dan berbincang mengenai pelbagai perkara, termasuk perkembangan serta potensi sektor pelancongan di kawasan Hulu Langat,Selangor.
Kami di Restoran Terrapong amat menghargai masa yang diluangkan dan sentiasa mengalu-alukan kehadiran Pak Ijeck dan Keluarga pada masa akan datang.