10/09/2023
CARA BUAT PEKASAM IKAN GELAMA
1. Siang dan bersihkan ikan – pastikan bersih betul2 terutama di bahagian dalam perut ikan. Sisik pun mesti dibersihkan
2. Masukkan ikan yang dah bersih tadi dalam bekas yang ada tutup. Gaul dan perapkan ikan dengan garam (guna garam halus je). Kalau dalam 7 ke 8 ekor macam ni, saya letak garam dalam 1/2 cawan (boleh kurangkan kalau taknak masin, dalam 2 sudu makan)
3. Tutup rapat2 dan simpan dalam peti ais (tak beku) semalaman.
4. Sementara ikan diperap, kita buat beras sangainya.
Sangai (GORENG TANPA MINYAK ) beras dengan api yang sederhana (banyak beras ikut banyak ikan). Sangai hingga coklat kekuningan dan sejukkan sekejap.
5. Tumbuk beras yang sudah disangai tadi tapi saya guna pengisar je. Jangan kisar terlalu halus (nanti jadi tepung p**ak). Kisar tak halus tak kasar, agak2 lah sebab bila kita goreng dan makan nanti ada rangup2 crunchy.
6. Kemudian, Sediakan garam. Garam pon agak2 je. Janganlah letak banyak sangat sebab tadi awal2 dah perap pada ikan (nanti jadi terlalu masin). Tapi jangan p**ak terlalu sedikit sebab bila sikit ikan akan jadi lembik dan akan hancur semasa digoreng.
7. Seterusnya, Ikan yang sudah diperap semalaman di buang airnya (atau boleh juga dipindahkan ke bekas lain).
8. Susun ikan dan taburkan beras dan garam. Susun lagi ikan dan tabur lagi beras dan garam. Buat selapis2 sampai ikan habis. Selit lah 2 atau 3keping asam gelugur (asam keping) kat celah2 ikan tu. Tapi kalau tak letak pon boleh jugak sebab beras sangai hancur yang diperap dengan ikan pon akan memasamkan.
9. Tutup rapat2. Pastikan tiada lalat terhinggap sebab kalau ada memang confirm hukum buang je (tak boleh makan).
10. Simpan dalam peti ais (tak beku). Perap dalam 1 ke 2 minggu sebelum digoreng.
NOTA :
Ini kalau korang nak buat sikit je, yang 3 ke 4 kali goreng. Tapi kalau korang buat banyak, untuk tahan lebih lama, Selepas 1 ke 2 minggu dibahagian tak beku, korang boleh alihkan ke bahagian beku p**a. Tapi korang terpaksa biarkan di luar peti ais agak lama dulu sebelum digoreng.
Kredit : AnieyRohani Abu