Dansa Fusion Kuala Lumpur

Dansa Fusion Kuala Lumpur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dansa Fusion Kuala Lumpur, Performance & Event Venue, Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.

Performing Arts Company �
�+60 14 3588 108 ( Call/Whatsapp )
[email protected]
For more videos visit our Youtube Channel �
https://www.youtube.com/channel/UCJ17ofvPXbYaGlzt8XC2XIw

FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 Kini telah tiba hari yang ditunggu-tunggu. Segala penat lelah dalam pro...
19/04/2025

FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Kini telah tiba hari yang ditunggu-tunggu. Segala penat lelah dalam proses akan diterjemahkan pada malam ini dan esok . Semoga usaha kump**an ini diberkati dan diredhai .

Buat semua kenalan-kenalan kami di luar sana, maafkan segala salah dan silap kami, halalkan makan dan minum kami . Andai kata ada yang tersinggung atas perbuatan dan percakapan kami, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan seikhlasnya .

Doa anda semua menjadi senjata kami, sorakan anda semua menjadi dorongan kepada semangat kami.

Kepada semua individu-individu yang telah menaja kami, kami ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberi. Semoga Allah membalas jasa anda semua 🙏🏼

Doakan DANSA FUSION KUALA LUMPUR 💙🤍

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 1 hari lagi ||💙🤍KOREOGRAFER TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (Pengarah ...
17/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 1 hari lagi ||
💙🤍

KOREOGRAFER TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (Pengarah Artistik dan Koreografer Dansa Fusion Kuala Lumpur)

Muhamad Zakwan Hafizie bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Izzie Islam. Anak kelahiran Banting, Selangor. Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak di bangku sekolah rendah atas galakan dan minat dari ahli keluarga.

Izzie merupakan graduan Diploma Teater dari Fakulti Filem Teater dan Animasi, UITM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Tari (Koreografi) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA.

Kata-Kata :
Allah menjawab setiap doa kita dalam tiga cara :
1. Allah kata “YES” dan berikan apa yang kita mahu
2. Allah kata “NO” dan berikan sesuatu yang lebih istimewa dari kemahuan kita
3. Allah kata “WAIT” dan berikan yang lebih baik di masa akan datang

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 7 hari lagi ||💙🤍KOREOGRAFER TARIAN KREATIF MALAYSIA (Pengarah Arti...
11/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 7 hari lagi ||
💙🤍

KOREOGRAFER TARIAN KREATIF MALAYSIA (Pengarah Artistik dan Koreografer Dansa Fusion Kuala Lumpur)

Muhamad Zakwan Hafizie bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Izzie Islam. Anak kelahiran Banting, Selangor. Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak di bangku sekolah rendah atas galakan dan minat dari ahli keluarga.

Izzie merupakan graduan Diploma Teater dari Fakulti Filem Teater dan Animasi, UITM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Tari (Koreografi) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA.

Kata-Kata :
Allah menjawab setiap doa kita dalam tiga cara :
1. Allah kata “YES” dan berikan apa yang kita mahu
2. Allah kata “NO” dan berikan sesuatu yang lebih istimewa dari kemahuan kita
3. Allah kata “WAIT” dan berikan yang lebih baik di masa akan datang

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 9 hari lagi ||💙🤍PENOLONG KOREOGRAFER / PENARI LELAKI DANSA FUSION ...
09/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 9 hari lagi ||
💙🤍

PENOLONG KOREOGRAFER / PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

JAWATAN
Penolong Koreografer dan Penari

Willibrord Abinus, 23 tahun, berasal dari Tambunan, Sabah. Kecintaannya terhadap seni tari bukan sesuatu yang lahir secara kebetulan, tetapi sebuah warisan yang mengalir dalam darah keluarganya. Sejak kecil, langkah tari bukan sekadar gerakan, tetapi menjadi sebahagian daripada kehidupannya—sebuah bahasa ekspresi yang penuh makna dan jiwa.

Sebagai graduan Diploma Tari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), beliau kini meneruskan pencarian ilmu di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama. Berbekalkan asas akademik yang kukuh serta pengalaman dalam pelbagai produksi seni, beliau terus mengasah bakat dan kepakarannya, menjadikan setiap pentas sebagai medan ekspresi dan manifestasi seni yang bernyawa.

Kata-Kata:
“Seni tari bukan sekadar pergerakan, tetapi denyut nadi budaya, gema ekspresi, dan percikan inovasi yang tidak pernah padam.”

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 13 hari lagi ||💙🤍JURULATIH KECERGASAN (Fitness Coach) / PENARI WAN...
05/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 13 hari lagi ||
💙🤍

JURULATIH KECERGASAN (Fitness Coach) / PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Siti Nadhziehah Bt Mohd Sukarno atau Nad Sukarno merupakan anak perempuan di dalam sebuah keluarga yang sangat cinta akan kesenian dan kebudayaan. Nad memulakan langkah tarinya yang pertama dengan tarian Tradisional Melayu dan tarian Klasik Melayu sejak umur 5 tahun. Merupakan anak jati Kuala Lumpur, minatnya dalam dunia seni semakin berkembang atas sokongan dan kepercayaan ahli keluarga.

Selepas digelar alumni di Permata Seni Tari, Nad turut memegang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Tari (Persembahan) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA. Aliran menggali ilmu belum mencapai titik noktah baginya, Nad turut mencuba bentuk tari yang baharu bersama sebuah kump**an anak muda yang berbakat di Malaysia - Zeppo Sestra (The Zeppo Youngsterz Crew) untuk memberi ruang kepada dirinya supaya menjadi lebih versatile. Bagi Nad, setiap saat ketika berguru untuk menimba ilmu adalah sesuatu perkara yang mulia bak kata pepatah “belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam”. Nad Sukarno sayang akan seni budaya dan gemar berkongsi berjuta cerita yang berbeza melalui jiwa seninya.

Kata-Kata:
“wherever you go, go with all your heart. yang penting ikhlas dan jujur. always have a great moment and make it a great moment.”

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 15 hari lagi ||💙🤍DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (WANITA...
03/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 15 hari lagi ||
💙🤍

DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (WANITA) / PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Danish Aida mula aktif dalam tarian sejak tahun 2006 hingga kini. Beliau merupakan alumni Sekolah Seni Malaysia Johor dan telah terlibat dalam pelbagai persembahan tarian seperti International Reimagine and Reconnect: Indo-Pacific Synergies through the Lens of Culture, Kolkata, India 2022, yang dikoreografikan oleh Raziman Sarbini, Muara Festival Era Dance Theatre, Singapura 2022, Persembahan Teater Tari “Si Tanggang” di bawah JKKN 2023, Konsert Diraja 2019, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2019, Persembahan Tarian Amal untuk Cheonan World Dance Festival 2019, 4th Let’s Dance 2019 anjuran Damansara Performing Arts Centre (DPAC), serta Teater Di Sawah Padi Muzika Uda & Dara 2019, karya Usman Awang yang diarahkan oleh Dinsman dan dianjurkan oleh Seni Paksi Rakyat serta KL International Art Festival.

Antara pencapaiannya, beliau pernah menjuarai Short+Sweet Dance Malaysia 2019 anjuran Kuala Lumpur Performing Arts Centre serta menerima anugerah Mercedes-Benz Malaysia Creative Excellence Award, Best Overall Production, dan dinobatkan sebagai penerima Festival Director’s Award (kategori solo) atas persembahan cemerlangnya.

Kata-kata:
“Great dancers are not great because better than anyone else. I only try to dance better than myself.” Love yourself first than anyone else.

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 21 hari lagi ||💙🤍DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (LELAKI...
28/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 21 hari lagi ||
💙🤍

DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (LELAKI) / PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Muhammad Khairullah bin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Khai berumur 27 tahun merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Membesar dan menetap dari kecil di Seremban, Negeri Sembilan dan memulakan pendidikan awalnya juga di sini. Mula berkecimpung dan bergiat aktif dalam dunia seni sejak di awal bangku sekolah rendah lagi sehingga kini. Memulakan aktiviti seninya sebagai seorang pemuzik tradisional dan kemudian beralih bidang dengan menggiatkan diri dalam aktiviti seni tari juga kerana minatnya yang terlalu dalam terhadap seni tradisional.

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (kepujian) dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan kini masih bergiat aktif dalam bidang seni tari dengan menyertai pelbagai pertandingan, persembahan dan produksi oleh beberapa kump**an di sekitar Kuala Lumpur.

Kata-Kata :
“We always have a choice, but making the right one is never easy”

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 23 hari lagi ||💙🤍DANCE CAPTAIN TARIAN KREATIF (WANITA) / PENARI WA...
26/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 23 hari lagi ||
💙🤍

DANCE CAPTAIN TARIAN KREATIF (WANITA) / PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Hani Qistina Yasmin Binti Zainurin, 22 tahun, merupakan seorang individu yang berdedikasi dalam dunia seni tari. Mula berkecimpung dalam bidang ini sejak usia 9 tahun, minatnya terus berkembang sehingga mendorongnya melanjutkan pengajian dalam Diploma dan kini Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bagi Hani, seni tari bukan sekadar pergerakan fizikal, tetapi satu bentuk ekspresi yang mampu menyampaikan emosi dan cerita dengan mendalam. Setiap langkah yang diatur membawa makna, menjadikan tarian sebagai wadah untuk menyentuh hati dan jiwa penonton.

Kata-Kata:
“Where words fail, movement speaks. Dance with purpose, passion, and sincerity.”

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 25 hari lagi ||💙🤍DANCE CAPTAIN TARIAN KREATIF (LELAKI) / PENARI LE...
24/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 25 hari lagi ||
💙🤍

DANCE CAPTAIN TARIAN KREATIF (LELAKI) / PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Ando Fixs Malin, lebih kerap digelar dengan nama pendeknya, Ando, berumur 23 tahun, merupakan anak jati kelahiran Kota Belud, Sabah. Keterlibatannya dalam bidang seni tari tercetus dari minat yang lahir sejak kecil lagi, berserta sokongan dari ahli keluarga dan mula melebarkan sayapnya pada zaman alma meter dan sehingga kini,masih membuka mindanya untuk menerima ilmu-ilmu dalam dunia tari.

Beralma meter di SMK Narinang, Kota Belud dan merupakan alumni Kolej Matrikulasi Selangor dan kini meneruskan pengajiannya dia Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Laut. Dalam menempuh perjalanan hidup sebagai seorang pelajar, Ando menganggap tari sebagai hobi terbesar dalam hidupnya.

Kata-kata:
“Jangan pernah berharap tapi kita usaha. Kita tidak boleh selesa dengan di mana kita berada sekarang kerana akan ada yang lebih bagus dari kita di luar sana”

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 27 hari lagi ||💙🤍PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPURNelie Zahr...
22/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 27 hari lagi ||
💙🤍

PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Nelie Zahra binti Razali berumur 18 tahun, dilahirkan di Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Nelie memulakan perjalanannya dengan “rhythmic gymnastic” pada usia 6 tahun kemudian berkembang ke tarian modern dan “contemporary” pada usia 8 tahun. Keiinginan untuk meneroka tarian traditional telah mendorong Nelie untuk memulakan perjalanannya dalam dunia tari pada usia 14 tahun hingga kini.

Nelie merupakan graduan SMK Convent Bukit Nanas dan ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di samping meneruskan minatnya dalam seni tari sebagai hobi.

kata-kata:
our talent on the dance floor and brilliance in the classroom show that we have the power to excel in every aspect of life, we just have to keep pushing boundaries and inspire both our mind and body!

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 29 hari lagi ||💙🤍PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPURMuhammad A...
20/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 29 hari lagi ||
💙🤍

PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Muhammad Aminul Haqem bin Elias, berusia 23 tahun, berasal dari Johor Bahru, Johor. Aminul telah dididik dan dilatih dalam bidang tari sejak di bangku sekolah rendah sehingga kini.

Aminul adalah graduan Diploma Tari dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan kini masih meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) di universiti yang sama.

Kata - kata :
Be faithful to that which exists within yourself and own who you are.

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 31 hari lagi ||💙🤍PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPURPretty Ann...
18/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 31 hari lagi ||
💙🤍

PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Pretty Anne Pitirus, berumur 23 tahun yang berasal dari Keningau, Sabah. Minatnya dalam bidang tari mula bercambah sejak berusia 6 tahun dengan dorongan dan sokongan penuh daripada ibu bapanya. Sejak kecil, Pretty sering mengambil bahagian dalam persembahan tarian semasa di tadika, dan dari situ minatnya semakin mendalam. Kecintaannya terhadap seni tari terus berkembang dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah, yang membawanya ke dunia akademik dalam bidang ini.

Pretty melanjutkan pengajian dalam bidang tari di Universiti Pendidikan Sultan Idris, di mana dia memperoleh Diploma Tari sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama. Walaupun telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah, kecintaannya terhadap seni tari tidak terhenti di situ. Dia masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan akademiknya ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

“‘Do not be embarrassed by your failures, learn from them and start again’ - kegagalan itu suatu proses natural utk kita membesar, dan tidak sepatutnya dipandang sebagai kelemahan utama tetapi pergunakan kegagalan itu sebaik mungkin untuk menilai, memperbaiki dan meneruskan apa yang sepatutnya diteruskan.

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 33 hari lagi ||💙🤍PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPURLavender D...
16/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 33 hari lagi ||
💙🤍

PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Lavender Deka Serenus atau kerap dipanggil Vender, berumur 21 tahun,
Berasal daripada Keningau, Sabah.
Mula mencebur diri dalam bidang seni tari sejak berumur 8 tahun sehingga sekarang. Sejak kecil, Seni tari menjadi lambang kehidupan dan jiwanya untuk tumbuh berkembang menjadi seorang yang berjiwa seni.

Merupakan graduan Diploma Tari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan sekarang bergiat aktif dalam bidang seni tari. Beliau yang dahulunya hanya menari kerana hobi tanpa disedarinya hobi itu menjadi satu misi dalam dirinya untuk menjadi seorang penari yg berkembang luas dalam industri seni.

Kata-kata:
“Sesakit dan sepenat apapun kita menari itu pasti ada hasil yang indah kerana menari bukan sekadar bergerak tapi merasakan apa yang sedang kita rasakan”

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 35 hari lagi ||💙🤍PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPURUmairah Bi...
14/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 35 hari lagi ||
💙🤍

PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Umairah Binti Mohammad Hizaruddin seorang gadis berusia 22 tahun, lebih pop**ar dengan panggilan Maya. Lulusan dari Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Maya kini menyambung pelajarannya dalam bidang Sarjana Muda Psikologi di UKM.

Dari sekadar menilai dunia tarian sebagai hobi, tanpa disedari, Maya menemui suatu kepuasan yang tiada tolok bandingnya dalam seni tari. Walaupun di tengah-tengah jadual akademik yang padat, tarian tetap menjadi nafas kehidupannya sejak bangku sekolah lagi.

Kata-Kata :
“It is what it is” – berpegang pada ungkapan pendek itu, dunia ini tidak dicipta untuk tunduk kepada kehendak kita semata-mata dan kadangkala, yang terbaik yang boleh dilakukan adalah menerima sesuatu sebagaimana adanya. Menerima bukanlah tanda kelemahan tapi kebijaksanaan untuk kita terus maju kehadapan.

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 37 hari lagi ||💙🤍PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPURNama diber...
12/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 37 hari lagi ||
💙🤍

PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Nama diberi Mohamed Adam Shafy bin Mohamed Azmi berumur 20 tahun. Petaling Jaya, Selangor adalah tempat kelahirannya. Mula berminat terhadap dunia seni tari sejak berumur 4 tahun lagi. Bermula dengan tarian hiphop seperti “shuffle” dan pada usia 10 tahun mula bergiat aktif dalam dunia seni tari tradisional. Bermula pada usia 14 tahun sehingga 17 tahun, kegiatan terhadap seni tari terhenti buat seketika kerana ingin fokus terhadap bidang sukan p**a. Selepas tamat zaman persekolahan, bermula semula kegiatan sebagai seorang penari kerana minat yang sangat dalam.

Merupakan graduan SMK Damansara Utama dan kini sedang melanjutkan Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di German Malaysian Institute (GMI). Walaupun bidang yang sangat jauh bezanya dengan seni tari tetapi itu bukan alasan untuk berhenti melakukan sesuatu yang dianggap sebagai dunia sendiri.

Kata-Kata:
“Dancing is more than just moving body parts, it is a pathway of expressing your deepest inner thoughts.”

Persembahan Ronggeng Raya sempena Majlis Sambutan Hari Lahir Nael. Terima kasih atas jemputan ini bagi memeriahkan lagi ...
11/03/2025

Persembahan Ronggeng Raya sempena Majlis Sambutan Hari Lahir Nael. Terima kasih atas jemputan ini bagi memeriahkan lagi majlis. Semoga pihak tuan rumah berpuas hati dengan khidmat kami 💙🤍

Persembahan Tarian Bollywood sempena Majlis Sambutan Hari Lahir Nael. Terima kasih atas jemputan ini bagi memeriahkan la...
08/03/2025

Persembahan Tarian Bollywood sempena Majlis Sambutan Hari Lahir Nael. Terima kasih atas jemputan ini bagi memeriahkan lagi majlis. Semoga pihak tuan rumah berpuas hati dengan khidmat kami 💙🤍

Persembahan Ngajat Iban sempena Majlis Sambutan Hari Lahir Nael. Terima kasih atas jemputan ini bagi memeriahkan lagi ma...
06/03/2025

Persembahan Ngajat Iban sempena Majlis Sambutan Hari Lahir Nael. Terima kasih atas jemputan ini bagi memeriahkan lagi majlis. Semoga pihak tuan rumah berpuas hati dengan khidmat kami 💙🤍

Address

Taman Midah, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dansa Fusion Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dansa Fusion Kuala Lumpur:

Share