Usahawan Kg Padang Air

Usahawan Kg Padang Air Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Usahawan Kg Padang Air, Performance & Event Venue, Kg Padang Air, Kuala.
(1)

MHN MobileSedia menyediakan perkhidmatan:Tukar  lcdTukar bateriWater damageTINTED PELBAGAI JENIS MODEL TELEFONPEMBAYARAN...
23/11/2023

MHN Mobile

Sedia menyediakan perkhidmatan:

Tukar lcd
Tukar bateri
Water damage

TINTED PELBAGAI JENIS MODEL TELEFON

PEMBAYARAN SEMUA BIL UTILITI

TOPUP

Dan banyak lagi.

Perkhidmatan fotostat jugak disediakan.

Lokasi bersebelahan kedai makan Aji, berhadapan Warung Mok Yah / Raja Baung.

support BMF...🤗
02/09/2023

support BMF...🤗

PREMIUM COFFEE @ Padang Air!!!Lokasi : Hadapan Hentian MaidamNok makan sini boleh, nk bungkus wt balik rumoh pun boleh.X...
29/04/2023

PREMIUM COFFEE @ Padang Air!!!

Lokasi : Hadapan Hentian Maidam

Nok makan sini boleh, nk bungkus wt balik rumoh pun boleh.

Xyah hungga jauh doh kalu rasa nk makan nasi lemok padu! Boleh mari cari kt ning je.

Buka setiap hari lagi setakat ni tokey maklum.

Waktu operasi : 5.00 petang - 12 malam

Pakat gi hungga belaka!

KEJOHANAN PIALA USAHAWAN KG PADANG AIR 2023Alhamdulillah. Berlabuhnya tirai Kejohanan Piala Usahawan Kampung Padang Air ...
20/03/2023

KEJOHANAN PIALA USAHAWAN KG PADANG AIR 2023

Alhamdulillah. Berlabuhnya tirai Kejohanan Piala Usahawan Kampung Padang Air 2023. Edisi yang keempat sejak bermula pada tahun 2016,2017 dan diikuti pada tahun 2018. Namun kejohanan ini terhenti seketika setelah dunia dilanda pandemik Covid-19.

Juara edisi keempat telah diketahui pemiliknya iaitu Warung Mat Su A yang berjaya membawa pulang Piala Pusingan serta Wang tunai sebagai hadiah kejohanan. Selain itu juga, Warung Mat Su A turut menyapu bersih anugerah; Pemain Terbaik Kejohanan, Penjaga Gol Terbaik Kejohanan dan Penjaring Terbanyak Kejohanan. AQ SHOP FT yang hadir selaku pasukan bukan pilihan berjaya menempa nama sebagai finalis pada tahun ini setelah berjaya mendapat tempat kedua susulan tumbang 3-0 di tangan Warung Mat Su A di pentas akhir.

Satu lagi kejutan dilakar pasukan ALIFF TOYOTA A & B yang masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat. Pemain yang bukanlah dalam kalangan berstatus bintang dan juga anak perantau berjaya mengimbangi pasukan dan sekali gus membuka mata semua pengurus pasukan yang bertanding. Kejayaan mara ke peringkat separuh akhir ini merupakan satu kejutan di mana ALIFF TOYOTA A berjaya menumpaskan juara bertahan edisi ketiga iaitu Warung Mok Yah A, yang hadir sebagai pasukan pilihan dan memiliki kelengakapan yang mencukupi dari segi latihan dan fasiliti yang terbaik. Warung Mok Yah B turut pulang hampa setelah segalanya tidak menjadi di perlawanan suku akhir setelah tunduk kepada pasukan ALIFF TOYOTA B.

Manakala pasukan Keropok Lekor Padang Air yang merupakan finalis musim lalu terpaksa akur kepada pasukan Warung Mat Su A setelah ditunjukkan jalan keluar di suku akhir. Pemain tonggak pasukan Keropok Lekor Padang Air, Amirul Syahidi tidak dapat bermain pada perlawanan tersebut setelah dilayangkan kad merah pada perlawanan terakhir kumpulan. Hasrat Warung Mat Su B untuk mengiringi pasukan 'abang' tidak kesampaian setelah tumpas di tangan pasukan bukan pilihan AQ SHOP FT.

Perlawanan separuh akhir agak sengit setelah dua wakil ALIFF TOYOTA mara ke pusingan tersebut. Namun, tuah mengatasi segalanya apabila dua pasukan tersebut terpaksa akur untuk ke penentuan tempat ketiga dan keempat, di mana ALIFF TOYOTA A berjaya mengatasi pasukan ALIFF TOYOTA B dalam perlawanan tersebut. Perlawanan akhir menjadikan malam yang dingin kembali hangat setelah dua pasukan iaitu Warung Mat Su A dan AQ SHOP FT kembali bertarung setelah bertemu di peringkat kumpulan. Perlawanan yang dijangka sengit di mana jangkaan AQ SHOP FT akan menebus kekecewaan setelah tewas di peringkat kumpulan. Namun belum sempat pasukan AQ SHOP FT mengatur langkah, pasukan Warung Mat Su A berjaya mencetak gol awal perlawanan. Seperti 'dirasuk', dua lagi jaringan berjaya dihasilkan sekaligus 'melumpuhkan' pasukan AQ SHOP FT dengan keputusan 3-0 di perlawanan akhir.

Kata pengurus pasukan Warung Mat Su A dan B, Mohd Firdaus bin Abdullah, sudah dalam jangkaan beliau bahawa pasukannya akan mendapat piala pada musim ini setelah pelbagai persiapan termasuk menggunakan khidmat jurulatih yang pernah bermain bersama pasukan Malaysia dan juga latihan yang mencukupi. Meskipun pemain pasukannya kini menjadi buruan beberapa pasukan yang bertanding untuk persiapan musim hadapan, beliau langsung tidak goyah kerana resepi kejayaan masih dalam poket beliau. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pemain kerana memberikan komitmen 100% untuk musim ini. Beliau yang juga selaku ketua penganjur kejohanan ini turut berharap agar kejohanan ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penaja yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Bersama-sama kita menggembleng tenaga untuk keluarga besar Kampung Padang Air.

BAS RASMI AQ SHOP FT!Hajat menggunakan sebuah bas ke tempat perlawanan termakbul! Berikutan tarikh perlawanan merupakan ...
13/02/2023

BAS RASMI AQ SHOP FT!

Hajat menggunakan sebuah bas ke tempat perlawanan termakbul! Berikutan tarikh perlawanan merupakan hari cuti sekolah, AQ SHOP FT berjaya mendapat penajaan sebuah bas daripada syarikat yang mengendalikan pengangkutan pelajar ke sekolah.

Warna dan corak bas tidak dapat ditukar secara eksklusif berikutan pelajar akan menggunakan bas tersebut pada hari Ahad untuk ke sekolah.

WARUNG MAT SU FT!Calon pilihan juara! Tampil dengan semangat luar biasa. Setiap malam berlatih bersama jurulatih import....
13/02/2023

WARUNG MAT SU FT!

Calon pilihan juara! Tampil dengan semangat luar biasa. Setiap malam berlatih bersama jurulatih import. Lengkap dengan pemain bertaraf bintang, pasukan pertama yang cukup lengkap para pemain. Namun pernah juga pemain pasukannya disailang pasukan lain. Dengan semangat yang tinggi, beliau turut menyailang pemain pasukan lain sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Hadir pada edisi tahun ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menunjukkan jalan keluar kepada semua pasukan bertanding terutama pasukan Keropok Lekor Padang Air. Kata pengurus pasukan, beliau menjanjikan akan menghantar pasukan juara bertahan edisi lalu, Warung Mok Yah pulang awal untuk edisi kali ini agar menjadi kenyataan.

Meskipun kedengaran agak begitu angkuh, pemiliknya tetap bersahaja dan merendah diri bila berhadapan dengan pengurus pasukan lain.

Kepada semua ejen pelancongan, sila hantar quotation untuk 16 pemain untuk menunaikan umrah sekiranya berjaya membawa pulang piala Usahawan Kg Padang Air pada tahun ini.

Lawan tetap lawan!

KELEPA FT! Tampil dengan sedikit kelainan edisi kali ini. Selepas berbelanja besar dengan menyampaikan tajaan kasut futs...
13/02/2023

KELEPA FT! Tampil dengan sedikit kelainan edisi kali ini. Selepas berbelanja besar dengan menyampaikan tajaan kasut futsal kepada setiap pemain semalam, hari ini mendedahkan akan menggunakan helikopter menuju ke gelanggang futsal.

Selain turut menaiki limousine ke gelanggang futsal, pemain turut dijanjikan akan ke New Zealand sekiranya berjaya mendapat Piala Usahawan Kg Padang Air buat kali pertama.

P/s: Dengar cerita ada yang sudah menawarkan diri untuk bermain dengan KELEPA FT edisi tahun hadapan. Betul ke?

Pasukan Keropok Lekor Padang Air tidak kurang hebatnya. Dalam diam, hari ini menyampaikan barangan tajaan kasut jenama A...
12/02/2023

Pasukan Keropok Lekor Padang Air tidak kurang hebatnya. Dalam diam, hari ini menyampaikan barangan tajaan kasut jenama Adidas kepada semua pemain. Finalis edisi lepas hadir menjanjikan saingan yang hangat menebus kekecewaan edisi lalu. Sasaran utama tahun ini adalah Piala Pusingan buat kali pertama. Lawan tetap lawan!

GanuxAclegacy FT Pasukan kedua yang memperkenalkan barisan pemain. Hadir sebagai pasukan bukan pilihan buat kali pertama...
12/02/2023

GanuxAclegacy FT
Pasukan kedua yang memperkenalkan barisan pemain. Hadir sebagai pasukan bukan pilihan buat kali pertama pada edisi tahun ini.

Kepada semua pasukan, izinkan laluan daripada Ganux Aclegacy FT.

AQ SHOP FT, Pasukan pertama yang memperkenalkan barisan pemain dan jersi pasukan untuk bertanding di Kejohanan Futsal Pi...
12/02/2023

AQ SHOP FT, Pasukan pertama yang memperkenalkan barisan pemain dan jersi pasukan untuk bertanding di Kejohanan Futsal Piala Usahawan Kg Padang Air 2023 edisi keempat!

P/s: Sehelai baru release. 3 helai menyusul kan?🤓

Alhamdulillah. Setelah berakhir sesi pendaftaran pasukan dan pemain semalam, 12 pasukan layak bertanding. Selamat berjua...
01/02/2023

Alhamdulillah. Setelah berakhir sesi pendaftaran pasukan dan pemain semalam, 12 pasukan layak bertanding. Selamat berjuang!

Warung Mok Yah (Juara Bertahan)
Keropok Lekor Padang Air
Warung Mat Su
Raja Baung
GANUXACLEGACY
ALIFF Toyota A
ALIFF Toyota B
Mr Moringga
AQSHOP FT
KRT
Mr Bekam
Ani Bouquet

Bismillah. Save the date!
23/01/2023

Bismillah. Save the date!

Address

Kg Padang Air
Kuala
21060

Telephone

60148466976

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usahawan Kg Padang Air posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby event planning services


Other Performance & Event Venues in Kuala

Show All