Teja Station

Teja Station Menyediakan pakej event birthday party , seminar
Untuk ketahui lebih lanjut sila email ke tejastati

Jom sertai  Bengkel Retort Advanced -  *”Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul”!*Adakah anda ingin mendalami ilmu ret...
05/09/2024

Jom sertai Bengkel Retort Advanced - *”Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul”!*

Adakah anda ingin mendalami ilmu retort dan menguasai teknik yang betul dalam pemprosesan makanan? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai *Bengkel Retort Advanced* yang bakal diadakan pada *28 September 2024* di *Teja Skills, Kuantan*.

Dibimbing oleh pakar dalam bidang, *Nadiah Maddin* (Jurulatih Retort) dan *Tausiq Badil* (Penasihat Mesin & Teknikal), bengkel ini menawarkan pengetahuan teori dan amali yang komprehensif untuk memastikan anda mendapat kemahiran retort yang sebenar.

*Apa yang anda akan dapat*:
✅ *Pembelajaran Mendalam*: Sesi teori dan amali dengan bimbingan pakar.
✅ *Nota dan Rujukan*: Bahan rujukan yang lengkap untuk memudahkan pemahaman.
✅ *Sokongan Berterusan*: Akses kepada kumpulan WhatsApp untuk sebarang pertanyaan selepas bengkel.
✅ *Makan Tengah Hari Disediakan!*

*Yuran penyertaan hanya RM350* seorang! Ini adalah pelaburan kecil untuk pengetahuan yang besar dalam industri pemprosesan makanan.

*Daftar sekarang* sebelum tempat penuh! Klik di sini untuk pendaftaran: https://toyyibpay.com/BengkelRetort202409 atau imbas kod QR yang disertakan. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 018-9594215.

Selepas pendaftaran, jangan lupa untuk mengisi borang kaji selidik dengan menggunakan *Kod Rujukan: 240928-WNK.*

Alhamdulillah, Teja Station dengan penuh rasa syukur dan komitmen mengumumkan bahawa kami telah berjaya menyumbang dalam...
05/09/2024

Alhamdulillah, Teja Station dengan penuh rasa syukur dan komitmen mengumumkan bahawa kami telah berjaya menyumbang dalam projek Women 2 Women & Women 4 Women (W2W:W4W) bersama Yayasan Madani. Sebanyak 1000 kit washable pad telah disiapkan, untuk dihantar kepada saudara wanita kita di Palestin.

🌸 Dengan usaha ini, Teja Station terus memperkasakan ibu tunggal dan wanita B40, bukan hanya dalam penyediaan kit ini, tetapi juga dalam memberi mereka ruang dan peluang untuk mempelajari kemahiran baru.
InsyaAllah, langkah seterusnya kami bersama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam proses penghantaran 1000 kit ini ke Palestin akan diteruskan dalam masa terdekat.

✨ Sebagai sebahagian daripada usaha kami, Teja Station komited untuk terus menyokong misi mencapai 100,000 pek kit menjelang akhir tahun 2025. Sama-sama kita ringankan beban saudara wanita kita di Palestin dan terus memberi sokongan. 💪

𝙋𝙚𝙩𝙧𝙤𝙣𝙖𝙨 𝙭 𝙏𝙚𝙟𝙖 𝙎𝙩𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣: 𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙆𝙚 𝙃𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣 🚀⁣⁣.16 Ogos 2024  Kami berbesar hati menerima kunjungan Petronas untuk membi...
05/09/2024

𝙋𝙚𝙩𝙧𝙤𝙣𝙖𝙨 𝙭 𝙏𝙚𝙟𝙖 𝙎𝙩𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣: 𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙆𝙚 𝙃𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣 🚀⁣
⁣.
16 Ogos 2024

Kami berbesar hati menerima kunjungan Petronas untuk membincangkan usaha memperkasa usahawan melalui program WINK dan bimbingan Teja Station. Dengan sokongan padu dari Petronas, kami yakin mampu membawa lebih banyak peluang dan kejayaan untuk usahawan tempatan!

Hari ini perjumpaan rutin bersama peserta-peserta program Pengupayaan Penjaja-Peniaga Homebased Wanita Inspirasi Kuantan...
18/08/2024

Hari ini perjumpaan rutin bersama peserta-peserta program Pengupayaan Penjaja-Peniaga Homebased Wanita Inspirasi Kuantan - APPGM-SDG

Dewi Alam bawa inovasi pati minyak daripada nenas yang dihasilkan sendiri. Beliau salah seorang peserta yang sangat gigih mencabar diri. Beliau juga giat meneroka peluang untuk memasarkan produk di pasaran luar antaranya UK dan Indonesia. Saya percaya produk beliau ada potensi yang besar untuk dikembangkan.

Man jadda wa jadda
InshaAllah, moga mekda dan semua peserta dipermudahkan melepasi cabaran² dan meraih kejayaan.

Terima kasih Dr Asrul Adam yang meluangkan masa untuk membimbing peserta hari ini.

Ajak team Teja Station berehat setelah seharian meneruskan kerja-kerja jahitan untuk projek W2W:W4W Yayasan Madani. Kami...
17/08/2024

Ajak team Teja Station berehat setelah seharian meneruskan kerja-kerja jahitan untuk projek W2W:W4W Yayasan Madani. Kami pilih untuk ke Lucid Cofee Pantai Cempaka yang turut menjadi pembekal minyak masak terpakai untuk projek ini.

Lokasi tepi pantai Cempaka sangat santai dan banyak pilihan menu. Diusahakan oleh 2 anak muda Urwah dan Ammar. Nak OOTD pun cantik kat sini.

Recap Sesi Taklimat Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai 🧼Antara salah satu produk di dalam Hygiene Kit projek Wom...
13/08/2024

Recap Sesi Taklimat Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai 🧼
Antara salah satu produk di dalam Hygiene Kit projek Women2Women, Women4Women atau W2W:W4W Yayasan Madani x Teja Station
Yang menarik sesi kali ini seramai 16 individu yang turut serta dan rasai pengalaman membuat sabun dari minyak terpakai dan semua bangga dengan hasil sendiri .
Turut hadir YDP PIBG SK Ubai, Tn Hj Mat Kassim turut hadir. Beliau bercadang membawa projek ini sebagai projek up cycling dan jana pendapatan sekolah.
Untuk usaha ini pihak kami juga membantu menjana ekonomi setempat dengan membeli Minyak Masak Terpakai dari kedai makan berhampiran secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan kedai serta mengelakkan dari minyak masak yang telah digunakan dibuang ke dalam longkang.
Jemput lawati laman web https://yayasanmadani.my/


Hygiene Kit untuk projek Women2Women, Women4Women atau W2W:W4W Yayasan Madani x Teja Station bersama Washable Pad dan Sa...
13/08/2024

Hygiene Kit untuk projek Women2Women, Women4Women atau W2W:W4W Yayasan Madani x Teja Station bersama Washable Pad dan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai
Sasaran pertama adalah 2000 Hygiene Kit dalam masa 2 bulan untuk dihantar ke Gaza.
Usaha sama dengan komuniti setempat dalam menjayakan projek ini
Ingin tahu lebih lanjut tentang projek W2W:W4W lawati laman web https://yayasanmadani.my/ dan laman sosial Teja Station


Terima kasih semua 🌹
09/08/2024

Terima kasih semua 🌹

𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗪𝟮𝗪:𝗪𝟰𝗪 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘅 𝗧𝗲𝗷𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻Taklimat khas berkenaan projek W2W:W4W Yayasan Madani. Projek ini b...
08/08/2024

𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗪𝟮𝗪:𝗪𝟰𝗪 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘅 𝗧𝗲𝗷𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻
Taklimat khas berkenaan projek W2W:W4W Yayasan Madani. Projek ini bertujuan untuk menyediakan 2000 hygiene kit yang terdiri daripada Tuala Sanitari Wanita Boleh Basuh (Washable Pad) dan Sabun daripada Minyak Masak Terpakai untuk disalurkan kepada Wanita terjejas perang di Palestin.
Seramai 20++ individu yang hadir bagi sesi taklimat ini di Teja Station

*Projek W2W:W4W Yayasan Madani x Teja Station*Bengkel Membuat Sabun dari Minyak Masak Terpakai📅 Tarikh: Rabu, 7 Ogos 202...
07/08/2024

*Projek W2W:W4W Yayasan Madani x Teja Station*

Bengkel Membuat Sabun dari Minyak Masak Terpakai

📅 Tarikh: Rabu, 7 Ogos 2024
🕒 Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Teja Station, Bandar Putra, Kuantan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pn Ayu 0136454777

Tengku Mahkota Pahang , Tengku Hassanal mencemar duli di Karnival Belia di Wisma Belia , Kuantan .Bersama team Teja Stat...
04/08/2024

Tengku Mahkota Pahang , Tengku Hassanal mencemar duli di Karnival Belia di Wisma Belia , Kuantan .
Bersama team Teja Station yang merupakan tulang belakang dalam menjayakan program ini bersama sama

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟔𝟓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setin...
30/07/2024

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟔𝟓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 30 Julai 2024 (Selasa) bersamaan 24 Muharam 1446 Hijrah.

28/07/2024
28/07/2024

Live Bengkel MySDG dari Wisma Belia

Berlangsung Hari Belia Negara Di Wisma Belia . Jom cari booth Teja Station dan usahawan bimbingan WINK di dalam Dewan Ut...
27/07/2024

Berlangsung Hari Belia Negara Di Wisma Belia . Jom cari booth Teja Station dan usahawan bimbingan WINK di dalam Dewan Utama
Lebih 10 produk usahawan bumiputera kami bawakan dan juga cloth washable pas yang boleh didapatkan di booth kami

- Pes Opor / Ibu Sambal
- Cloth Pad
- Kerepek
- Jus Durian Belanda
- Aneka Biskut
- Puding Raja

Jom temui kami di sana

Jom memeriahkan lagi Hari Belia di Wisma Belia . Temui booth pameran kami Teja Station di dalam Dewan UtamaPelbagai akti...
27/07/2024

Jom memeriahkan lagi Hari Belia di Wisma Belia .
Temui booth pameran kami Teja Station di dalam Dewan Utama
Pelbagai aktiviti menarik dan produk usahawan bimbingan kami menanti anda . Jom sama sama support bisnes usahawan bombingan Teja Station

Tempah sekarang sebelum slot penuh!

For Reservation / Booking :
☎️ www.wasap.my/60146070230/Tejastation

📍Location:
No 18 Jalan Bandar Putra 1A ,
Bandar Putra ,
26060 Kuantan ,
Pahang Darul Makmur

22/07/2024
𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗣𝗲𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗮𝗹 & 𝗣𝗲𝘀 𝗢𝗽𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗲𝗷𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻Dah jimat masa tak perlu menumis 2-3 jam , hanya perlu tambah lauk sah...
21/07/2024

𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗣𝗲𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗮𝗹 & 𝗣𝗲𝘀 𝗢𝗽𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗲𝗷𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻
Dah jimat masa tak perlu menumis 2-3 jam , hanya perlu tambah lauk sahaja dan siap 🍽️
👉🏻Fresh and natural raw ingredient.
👉🏻100% HALAL
👉🏻100% muslim friendly
👉🏻Ketahanan sehingga 2 tahun
Boleh dapatkan di Hari Belia Negara di Booth Teja Station pada 26-28 Julai 2024

☎️ www.wasap.my/60146070230/tejastation

📍Location:
No 18 Jalan Bandar Putra 1A ,
Bandar Putra ,
26060 Kuantan ,
Pahang Darul Makmur

DAULAT TUANKU!Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERT...
20/07/2024

DAULAT TUANKU!

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”.

Sembah takzim daripada Teja Station

15/07/2024
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛‎Semoga kita semua sentiasa diberikan ketenangan dan keberkatan hidup dalam mengeja...
07/07/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛

‎Semoga kita semua sentiasa diberikan ketenangan dan keberkatan hidup dalam mengejar keredhaan Allah SWT. Insya-Allah.

‎Firman Allah SWT:
‎وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

‎Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur. [Surah al-Nisa’, ayat 100]

‎Salam Maal Hijrah.
‎1 Muharam 1446H/2024.

Hanya tinggal beberapa sahaja lg tempat, daftar segera!
02/07/2024

Hanya tinggal beberapa sahaja lg tempat, daftar segera!

Jom cuba 3  tips memasak Pes Ibu Sambal dari Teja Station! – Siap untuk buat pes ibu sambal yang padu dan kaw! Juga bole...
20/06/2024

Jom cuba 3 tips memasak Pes Ibu Sambal dari Teja Station!

– Siap untuk buat pes ibu sambal yang padu dan kaw!

Juga boleh dapatkan pes ibu sambal ready stock di Teja Station 🌶️

For Reservation / Booking :
☎️ www.wasap.my/60146070230/jahitan

📍Location:
No 18 Jalan Bandar Putra 1A ,
Bandar Putra ,
26060 Kuantan ,
Pahang Darul Makmur

Bengkel kedua untuk pembuatan ibu sambal yang berlangsung di Chini .Dikendalikan oleh Teja Station dan WINK , seramai 20...
18/06/2024

Bengkel kedua untuk pembuatan ibu sambal yang berlangsung di Chini .

Dikendalikan oleh Teja Station dan WINK , seramai 20 orang usahawan IKS dan Ibu Tunggal yang terlibat .

Alhamdulillah banyak ilmu dan tips diturunkan oleh tenaga pengajar Teja Station iaitu Puan Rohaya untuk bengkel masakan kali ini .

Bagi yang berminat menyertai bengkel lanjutan bolehla hubungi kami di Teja Station

Sebuah pusat rangkaian penghubung produk IKS dan Ibu tunggal di bawah bimbingan Teja Station

✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒/ 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 🌙Seandainya inginkan kebahagian, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap...
17/06/2024

✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒/ 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 🌙

Seandainya inginkan kebahagian, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT.

Pes Ibu Sambal Teja Station yang telah diretortkan 🌶️𝘍𝘢𝘬𝘵𝘢 𝘉𝘦𝘳𝘬𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘙𝘦𝘵𝘰𝘳𝘵Maklumat Mengenai Retort:𝗝𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴...
16/06/2024

Pes Ibu Sambal Teja Station yang telah diretortkan 🌶️

𝘍𝘢𝘬𝘵𝘢 𝘉𝘦𝘳𝘬𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘙𝘦𝘵𝘰𝘳𝘵

Maklumat Mengenai Retort:

𝗝𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 : Proses retort mampu mengekalkan makanan dalam keadaan selamat untuk dimakan antara 1 hingga 5 tahun, bergantung kepada jenis makanan dan syarat penyimpanan.

𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗽 𝗨𝗱𝗮𝗿𝗮: Pembungkusan yang digunakan dalam proses retort, seperti tin dan retort pouches, direka untuk mencegah kemasukan udara dan mikroorganisma, memanjangkan jangka hayat makanan.

𝗣𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻: Proses retort sesuai untuk pelbagai jenis makanan, termasuk daging, ikan, sayur-sayuran, dan buah-buahan. Ini menjadikannya pilihan yang fleksibel untuk penyimpanan makanan jangka panjang.

𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻: Makanan yang diproses melalui retort adalah ringan dan kompak, memudahkan pengangkutan dan penyimpanan, sesuai untuk aktiviti luar seperti perkhemahan dan perjalanan.

𝗣𝗲𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶: Walaupun makanan diproses untuk jangka hayat yang panjang, proses retort memastikan rasa, tekstur, dan nilai pemakanan makanan tetap terjaga, memberikan pengalaman makanan yang berkualiti kepada pengguna.

Hari Arafah, 9 Zulhijjah ୨Hari Arafah juga dikenali sebagai kemuncak ibadah Haji di mana jutaan jemaah berkumpul di Pada...
16/06/2024

Hari Arafah, 9 Zulhijjah ୨

Hari Arafah juga dikenali sebagai kemuncak ibadah Haji di mana jutaan jemaah berkumpul di Padang Arafah, yang terletak sekitar 20 kilometer dari Mekah.

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad S.A.W mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, Hari Arafah tetap menjadi hari yang istimewa. Terdapat beberapa amalan sunah yang dianjurkan untuk dilakukan seperti puasa, memperbanyak doa, dan berzikir. Kita boleh memperoleh pahala dan keberkatan yang luar biasa.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” [Riwayat al-Tirmizi (3585)]

𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁 𝗧𝗵𝗲 𝗣𝗿𝗼𝗰𝗲𝘀𝘀Throwback sikit semasa proses pembuatan sambal bersama usahawan IKS bimbingan Teja Station . Lebih kura...
10/06/2024

𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁 𝗧𝗵𝗲 𝗣𝗿𝗼𝗰𝗲𝘀𝘀
Throwback sikit semasa proses pembuatan sambal bersama usahawan IKS bimbingan Teja Station . Lebih kurang 3 jam proses menumis ibu sambal hingga sempurna dan sedap .
Memang tak rugi join kelas ibu sambal , ada pelbagai kegunaan dalam masakan dan yang penting dengan adanya ibu sambal lebih jimat masa di dapur .
Di Teja Station juga kami menyediakan mesin retort untuk ibu sambal tahan lebih lama dan bebas bahan pengawet . Bagi yang ingin mengikuti kelas lanjutan di bawah Teja Station bolehla ikuti akaun kami untuk maklumat lanjut .

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi:
📞 www.wasap.my/60146070230/bengkelteja (Teja Station)
📞 www.wasap.my/60101161865156/bengkelteja (Puan Aklima)

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟒Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Seri ...
03/06/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟒

Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445 H

Sembah Takzim Daripada,
Teja Station

𝗡𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗲𝘀 𝗜𝗯𝘂 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗮𝗹 ?𝙅𝙤𝙢 𝙎𝙚𝙧𝙩𝙖𝙞 𝘽𝙚𝙣𝙜𝙠𝙚𝙡 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙨 𝙄𝙗𝙪 𝙎𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙃𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙍𝙈 20 !✨ Bengkel Eksklusif untuk Pemi...
27/05/2024

𝗡𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗲𝘀 𝗜𝗯𝘂 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗮𝗹 ?
𝙅𝙤𝙢 𝙎𝙚𝙧𝙩𝙖𝙞 𝘽𝙚𝙣𝙜𝙠𝙚𝙡 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙨 𝙄𝙗𝙪 𝙎𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙃𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙍𝙈 20 !

✨ Bengkel Eksklusif untuk Peminat Masakan Sambal ✨

📅 Tarikh: Selasa, 28 Mei 2024
🕙 Waktu: 10:00 pagi - 1:00 petang
📍 Lokasi: Teja Station, Bandar Putra Kuantan
https://maps.app.goo.gl/rKjcxjdk2TVYH5FYA

Hanya dengan RM 20, anda akan belajar cara-cara membuat pes sambal yang lazat dan memukau! Semua bahan mentah disediakan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi:
📞 www.wasap.my/60146070230/bengkelpessambal (Teja Station)
📞 www.wasap.my/60101161865156/bengkelpessambal (Puan Aklima)
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar segera

Address

No 18, Jalan Bandar Putra 1A
Kuantan
26060

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+60146070230

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teja Station posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teja Station:

Videos

Share

Category



You may also like