Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Juara Travel & Tours Kuantan - Original, Ticket sales, B-6, 1st FLOOR, LORONG PANDAN DAMAI 2/201, 25150, KUANTAN, Kuantan.
(4)
KEPAKARAN KAMI MENGURUSKAN PERJALANAN UMRAH KELUARGA ANDA SATU PERJALANAN IBADAH YANG TERBAIK
JUARA Travel merupakan agensi pelancongan yang berpengalaman selama 21 tahun menguruskan lebih 60,000 jemaah umrah dengan lebih 120 mutawwif berpengalaman.
31/05/2021
SIFAT YANG MULIA DISISI ๐
"TIADA MAAF BAGIMU"
Nampak macam ringkas saja sebutannya tetapi ia sudah cukup mencengkam sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf selepas membuat permohonan maaf tersebut. Andai kata,ayat itu terdetik dalam hati, pastinya golongan berkenaan terlupa bahawa tiada manusia di dunia yang tidak berbuat kesalahan. Sudah tentu ada kekhilafan di mana-mana.Usah berdendam dengan orang yang buat salah kita.
Kita akui bukan mudah untuk memaafkan seseorang. Ia tidak semudah mengungkapnya hanya pada bibir tetapi keikhlasan dalam hati itu untuk memaafkan amat payah, Namun, perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Situasi macam kita p**a apabila kita buat dosa, kita nak sangat Allah maafkan kita ,tapi bila orang buat salah sikit dengan kita. Susah betul kita nak maafkan dia. Jadi didiklah hati kita untuk memaafkan. InshaAllah.โHati Tenangโ.
Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang tetapi Allah turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, Allah juga begitu memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang memaafkan orang lain.
Mari kita mengingati kembali kisah Nabi Yusuf AS yang mana baginda telah dibuang ke dalam sebuah telaga buta ketika masih kecil. Perbuatan itu dilakukan oleh adik-beradiknya akibat rasa cemburu mereeka terhadao baginda AS.
Apabila Nabi Yusuf sudah menjadi oang yang berkuasa di Mesir, baginda AS tidak berdendam. Malah, baginda memaafkan adik-beradiknya. Sifat pemaaf juga telah ditujukkan Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah. Namun baginda telah memaafkan Makkah yang pernah menghalau baginda sebelum ini.
Peristiwa begini dapat digambarkan sifat pemaaf adalah amalan yang mulia sedangkan Allah pun Maha Pengampun dan Pengasih. Kita sebagai manusia dan hamba kepada Allah sepatutnya kita mesti memaafkan kesalahan mereka.
Allah telah berfirman dalam Al-Quran: โ Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil.(Surah al-Aโraf, ayat 199).
Mungkin kita sukar melupakan kesalahan mereka kepada kita sebab itu fitrah manusia jadi tidak mengapa perlahan-perlahan belajar memaafkan orang lain kerana banyak kelebihan apabila kita memaafkan mereka.Tetapi ingatlah bahawa melupakan itu bukan kerja kita.Itu adalah kerja Allah swt. ALLAH TIDAK MENYURUH KITA MELUPAKAN, TETAPI MEMAAFKAN.
Sekalipun individu berkenaan tidak menzalimi atau berbuat kesalahan dengan kita, mohon maaflah kepada orang tersebut .Kata- kata daripada Abdullah bin Abbas: โKamu akan berjaya di atas titian sirat kerana Allah memafkan kita.โ
Dunia kita pada hari ini sangat menuntut orang yang boleh memaafkan kesalahan orang lain, bertolak ansur dan berlapang dada dengan kelemahan orang.Itulah antara kesempurnaan apabila kita bahagia. Mudah-mudahan dengan sebab kita memaafkan orang akan menyebabkan orang memaafkan kita.
29/05/2021
Amalkan doa setiap pagi๐
28/05/2021
Bukanlah rezeki yang sempit tapi sedekah yang sedikit. ๐
23/05/2021
Meninggalkan ibadat atau amal soleh yang pernah dilakukan menunjukkan seseorang tidak prihatin kepada ibadat dan jantung hatinya terganggu daripada mengingati Allah SWT. ๐ฅฐ
-----------------------------------------------------------------------------
๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ
๐ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐ Jshop : https://jshop.my/
๐ Website : www.juaratravel.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------
23/05/2021
Jangan mulai hari ini dengan goresan luka hari kelmarin. Tapi, mulailah dengan keceriaan dan semangat. ๐
22/05/2021
Syarak membolehkan seseorang yang hendak menggosok mulut menggunakan kayu sugi, jari tangan dan apa-apa sahaja alat yang tidak najis dan berbahaya. ๐
-----------------------------------------------------------------------------
๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ
๐ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐ Jshop : https://jshop.my/
๐ Website : www.juaratravel.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------
22/05/2021
Pagi selalu mengajarkan kita banyak harapan di setiap langkah kehidupan. ๐
16/05/2021
๐ฏ๏ธGuru pelita hidup. Membentuk kita anak bangsa.
๐ฏ๏ธGuru pembekal. Menyebarkan ilmu buat kita di dunia hingga ke akhirat.
๐ฏ๏ธGuru sahabat, ibu dan bapa. Membimbing kita di jalan yang benar. ๐ฏ
๐ฏ๏ธTanpa guru, siapalah kita hari ini.
Jasa dan pengorbanan guru amat dihargai dan sentiasa dikenang. โค๏ธ
Kepada guru, ustaz, pensyarah dan seluruh warga pendidik.โจ
Semoga saudara-saudari semua dirahmati.โจ
Terima kasih, terima kasih atas segalanya. ๐ฅฐ
'Berguru demi ilmu,
Bina generasi baharu.'
Selamat Hari Guru 2021 ๐ฉ๐ปโ๐ซ๐จ๐ปโ๐ซ
13/05/2021
Awali harimu dengan rasa syukur agar kita selalu rasa bahagia. ๐
12/05/2021
Moga hari ini dipermudahkan oleh Allah. ๐
11/05/2021
Berinfaqlah walaupun kita dalam keadaan sempit ๐ฅฐ
06/05/2021
Lihatlah dunia ini dengan mata kasar, gambarkan keindahan syurga dgn mata hati ๐ฅฐโจ
"Aku menyediakan syurga kepada hamba-Ku yang soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak pernah terpandang oleh pandangan mata dan telinga ini tidak pernah mendengar betapa indahnya syurga itu. Hati kita tidak pernah terdetik seindah ini syurga Allah." (Hadis Qudsi)
Hadis yang cukup cantik ini disebut oleh Allah melalui Rasulullah SAW bahawa syurga ialahโฆ
โจ โLa Ainun Raaโatโ; iaitu mata tidak pernah melihatnya. Sejauh mana kita berjalan di muka bumi ini untuk menikmati pemandangan yang indah, tak tertanding indahnya lagi syurga ciptaan Allah. Agak-agak setara manakah hebatnya syurga ini? Tidak dapat diucapkan kerana mata tidak pernah melihatnya.
โจ โLa Uzunun Samiโatโ; tidak pernah telinga mendengarnya. Kita selalu mendengar nyanyian atau nasyid di radio, lantas terpesona dengan kemerduan suara penyanyi itu. Saat mendengar qari membaca Al-Quran, pasti kita terpegun dengan kelunakan suara qari berkenaan. Tapi, tidak di syurga. Kelunakan dan kemerduan di dalam syurga jauh lebih hebat lagi. Setara mana hebatnya suara itu? Tidak dapat digambarkan kerana telinga tidak pernah mendengarnya.
โจ โLa Khotoro โala Qalbi basharโ ; hati tidak pernah terdetik tentangnya. Walaupun kita cuba menggambarkan keindahan syurga, sama ada binaannya, sungainya, makanannya dan segalanya hanya sekadar gambaran. Hakikat sebenar syurga itu jauh lebih hebat lagi. Sungguh tak dapat diceritakan kerana apa-apa yang terdetik atau tergambar dek hati itu semuanya tidak sama.
Kita boleh bercerita tentang khemah-khemah dan istana-istana di dalam syurga. Tentang sungai โ sungai yang indah mengalir, pepohon yang merimbun di dalam syurga, buah-buahan yang sedap, bunyi kicauan burung yang indah di dalam syurga. Namun, semua yang ada di dalam syurga tidak ada yang menyerupainya di dunia ini. Hanya namanya sahaja sama tapi zatnya sangatlah berbeza.
-----------------------------------------------------------------------------
๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ
๐ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐ Jshop : https://jshop.my/
๐ Website : www.juaratravel.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------
06/05/2021
Menghubungkan silaturahim adalah salah satu cara yang membolehkan seseorang itu masuk syurga. ๐
-----------------------------------------------------------------------------
๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ
๐ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐ Jshop : https://jshop.my/
๐ Website : www.juaratravel.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------
24/04/2021
Selamat pagi โบ๏ธ
22/04/2021
Bersemangatlah pagi ini, jangan peduli kegagalan hari kelmarin.
Masih banyak kesempatan yang menunggu di depan sana. โบ๏ธ
17/04/2021
ANGKARA LIDAH
Pastinya kita biasa dengar nasihat jemaah, setiap apa yang kita ucapkan di Masjidil Haram adalah doa. Oleh itu, jangan sekali-kali bercakap tidak tahu hujung pangkal. Silap-silap, apa yang diucapkan menjadi kenyataan.
Sepanjang menguruskan Jemaah umrah kami telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik untuk dijadikan iktibar dan panduan bersama.
KISAH 1;NASI ARAB
Terdengar perbualan suami isteri, lepas habis umrah nanti kita makan nasi Arab yerr, teringin betul untuk menjamah nasi arab di Mekah ni tambahan lepas melakukan umrah memang terasa laparnya..
Si Suami menjawab tak perlulah membazir sebab di hotel kan dah disediakan makan, terlihat raut wajah isteri yang sedikit kecewa dengan jawapan suami.
Namun bila sampai di hotel kami di kawasan Ajyad itu, bau nasi arab ni dah menusuk hidung, rupanya makan malam kami malam itu menunya Lamb Mandy.
Dihujung dewan makan ini ternampak suami isteri tadi tengah menjamu makan dengan selera dan bahagianya, lepas kempunan isteri jimat duit suami.
Apa yang dihajati Allah penuhi.
KISAH 2; SELIPAR
Dialami sendiri oleh penulis, semasa memasuki masjidil Haram melalui pintu 1 tiba-tiba terdetik di dalam hati untuk tidak letak selipar di rak yang sepatutnya bimbang lupa atau di ambil orang tambahan selipar baru di beli harganya pon boleh tahan mahal, sayang jika hilang.
Lalu selipar tersebut di letak dalam plastic dan diikat di beg yang dibawa. Jemaah pada masa itu tidaklah ramai memandangkan jam baru menunjukkan pukul 9.30pagi. Waktu ini kami panggil waktu tidur kerana kebanyakkan Jemaah yang iktikaf malam di masjid sehingga Subuh akan tidur selepas waktu Subuh dan Dhuha.
Seusai solat sunat dan tawaf sunat semasa menuju kepintu masjid untuk p**ang ke hotel, barulah penulis tersedar selipar yang digantung dibeg tadi sudah tercicir atau di ambil orang pun tidak pasti. Termenung seketika kerana penulis yakin bahawa plastik tadi memang diikat ketat tak mungkin boleh tercicir atau di ambil orang kerana bag sentiasa disandang.
Itulah teguran dariNya bahawa segalanya milik Allah swt, jika ia memberi bersyukurlah dan yang pasti nikmat itu bila-bila masa boleh ditarik olehNYA.
17/04/2021
Asal perkataan amanah dalam bahasa Arab mempunyai akar kata yang sama dengan kata iman dan aman. Perkataan Mukmin bererti orang yang beriman iaitu yang mendatangkan keamanan, juga yang memberi dan menerima amanah. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat amanah seumpama tiada iman dalam dirinya.
17/04/2021
Mulakaan pagi anda dengan doa pagi . โบ๏ธ๐ฅฐ
16/04/2021
Umrah Fasa 3 yang bermula pada 1 NOV 2020, dimana kerajaan Saudi telah membenarkan umat Islam di seluruh dunia mengerjakan umrah.
Tetapi sudah pasti umrah semasa pandemik ini akan ada SOP, peraturan-peraturan terkini yang perlu dipatuhi dan dipenuhi.
Di sini kami berkongsi serba sedikit info untuk umrah semasa pandemik Covid19;
1. Had umur yang dibenarkan adalah dari 18 hingga 50 tahun sahaja. Terkini, had umur bermula 18-70 tahun.
2. Setibanya di Mekah perlu jalani kuarantin 3 hari di bilik penginapan.
3. Memiliki sijil ujian kesihatan PCR yang menyatakan mereka bebas Covid.
4. Mendaftar aplikasi Eatmarna untuk tujuan umrah dan solat di Masjid.
5. Terdapat dua (2) jenis aplikasi iaitu Tawakkalna (Covid-19 KSA) dan Eatmarna.
6. Syarikat umrah perlu kemaskini maklumat tepat jemaah umrah 36jam sebelum jemaah tiba seperti maklumat penerbangan dan tarikh lahir.
7. Kump**an dibahagikan kepada 50 orang minimum setiap kump**an.
8. Syarikat Umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal pergerakan jemaah.
Diharapkan Fasa 4 yang bakal bermula tidak lama lagi dengan kebenaran kapasiti penuh Masjidil Haram akan tercapai dan kita semua diberi peluang menjadi tetamuNya nanti.
Jom rancang umrah anda dengan kami.
Hubungi kami jika anda merancang menjadi tetamu Allah pada 1443H/2021 (23 Ogos -23 Dis 2021)
http://pakejumrah.com.my/zero-deposit
16/04/2021
Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.
16/04/2021
Saya doakan yang baca hadis ni dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki sentiasa. โบ๏ธ๐ฅฐ
15/04/2021
โจ๐ SYURGA GANJARAN TERINDAHโจ๐
SUBURKAN RASA TAMAK TERHADAP NIKMAT-NIKMAT YANG BELUM PERNAH DILIHAT OLEH MATA, DIDENGAR OLEH TELINGA DAN TERLINTAS DALAM HATI MANUSIA. โค๏ธ
CIRI-CIRI AHLI SYURGA โฌ๏ธ
1. Mampu kawal hawa nafsu
2. Sentiasa Tawaduk iaitu merendah diri,tidak merasa hebat
3. S**a melakukan kebaikan
4. Bersifat dermawan
5. Pemimpin yang adil
-----------------------------------------------------------------------------
๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ
๐ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐ Jshop : https://jshop.my/
๐ Website : www.juaratravel.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------
15/04/2021
Setiap Muslim dituntut untuk bersabar dalam mentaati perintah ketua atau pemimpinnya sekalipun perintah tersebut berlawanan dengan kehendaknya yang menjurus ke arah kebaikan. Tetapi, jika perintah tersebut ke arah kebatilan maka tidaklah wajib mentaatinya.
15/04/2021
Mulakan pagi dengan senyuman . โบ๏ธ๐ฅฐ
14/04/2021
Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam). Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai Muslim yang lain dan membiarkan Muslim yang lain dizalimi. ๐
-----------------------------------------------------------------------------
๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ
๐ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐ Jshop : https://jshop.my/
๐ Website : www.juaratravel.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------
14/04/2021
Pagi hari selalu mengajarkan kita bahawa ada harapan di setiap langkah kehidupan. ๐
31/03/2021
DOA SENJATA MUKMIN
Dari kecil lagi kita diajar untuk berdoa dalam semua urusan kehidupan. Tujuan kita berdoa adalah untuk meminta pertolongan, perlindungan daripada Allah SWT bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.
Yakinlah, setiap doa kita didengari oleh Yang Maha Mendengar. Dia pasti mengabulkan permintaan hamba-Nya sama ada cepat atau lambat.
Sebagai seorang hamba, bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Mengabulkan.
Address
B-6, 1st FLOOR, LORONG PANDAN DAMAI 2/201, 25150, KUANTAN
Kuantan
26070
Telephone
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Juara Travel & Tours Kuantan - Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Contact The Business
Send a message to Juara Travel & Tours Kuantan - Original:
Videos
ZIKIR HAPUSKAN DOSA
Manusia pasti tidak lari dari membuat dosa kan, begitu juga dengan kita. jom amalkan zikir ini untuk menghapuskan dosa walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. semoga memberi manfaat kepada saya dan anda. ๐ #juaratravel #juarapilihankami #umrahzerodeposit #umrah #umrah2021 #nasiarab #mekah #madinah #frame #khat
DOA DALAM KESULITAN
๐๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ผ๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ. ๐๐ฒ๐ต๐ถ๐ฑ๐๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐ฟ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐ธ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐๐ผ๐น๐ฎ๐ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐ฟ๐ป๐ฎ. ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ผ๐ด๐ฎ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ. ๐ธ๐ฟ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ ๐๐ผ : ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐ต๐ฟ๐ฒ๐ฑ๐ต๐ฎ #juaratravel #juarapilihankami #umrahzerodeposit #umrah #umrah2021 #nasiarab #mekah #madinah #frame #khat
DOA KETIKA DALAM KESULITAN
Doa ketika ditimpa musibah / kesulitan / bencana atau sebagainya. amalkan doa ini sebelum baca doa lain. InshaaAllah dipermudahkan urusan.. Diriwayatkan dalam sahihain (kitab sahih bukhari dan Muslim) bahawa baginda rasulullah apabila ditimpa bala musibah akan membaca doa berikut, "tiada tuhan yag berhak disembah selain Allah yang maha Agung lagi Lemah-lembut, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan pemilik Arsy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan pemilik langit dan bumi dan pemilik Arsy yang mulia." kredit kepada : dailuqman #juaratravel #juarapilihankami #umrahzerodeposit #umrah #umrah2021 #nasiarab #mekah #madinah #frame #khat
MUDAH MASUK SYURGA BAGI WANITA DENGAN 4 PERKARA
4 PERKARA PERLU ADA UNTUK WANITA MASUK SYURGA DARI MANA PINTU SAJA?? Umum mengetahui syurga bukan untuk orang-orang sembarangan, syurga adalah ganjaran bagi hamba-hamba Allah yang selama hidupnya beriman dan bertakwa di mana larangan Allah dijauhi dan segala perintah-Nya dipatuhi.Tapi kita sebagai wanita pasti mahu hidup pengakhiran yang baik iaitu syurga yang kekal abadi. Sabda Rasulullah s.a.w bersabda: โ Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia sukaโ (mengikut pilihannya).โ Berdasarkan hadis tersebut jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syaratnya.Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Allah s.w.t terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah. Suatu Ketika Ummu Salamah Radhiyallahu โanha pernah bertanya kepada Rasullah S.A.W mengenai mana yang lebih utama antara wanita dunia dengan bidadari syurga, โYa Rasulullah , beritakanlah kepada kami mana yang lebih utama di syurga, wanita di dunia ataukah wanita di syurga? Lalu Rasulullah S.A.W menerangkan โ bahawa perempuan di dunia ketika di syurga akan lebih utama dari bidadari syurga kerana solat, puasa dan ibadah yang dilakukannyaโ Untungnya insan yang bergelar wanita kerana mereka boleh pilih mana-mana pintu syurga jika mereka jaga dan melakukan empat perkara 1- Solat 5 waktu 2- Berpuasa pada bulan ramadan 3- Taat kepada suami 4- Menjaga kehormatan diri Secantik-cantiknya bidadari di syurga, tetaplah lebih cantik para wanita solehah yang selama di dunia hidup dengan amal soleh, melakukan ketaa
KEKUATAN HATI
SEGALA AMAL KITA DAH BUAT TAPI HATI MASIH LAGI TAK TENANG. MUHASABAH DIRI KEMBALI APA YANG KITA BUAT SELAMA INI ALLAH PERNAH REDHA ATAU TAKโ Pernah tak dalam seharian hidup kita, kita rasa ada yang tak kena. Walaupun dah solat, dah baca Quran, dah buat segala jenis amal seperti biasa... Tapi masih rasa hati tak tenang ๐ Hati masih ada sesuatu yang mengganggu. ๐ Kalau perkara macam ini terjadi, Biasanya apa yang kita buatโ Semestinya kita akan cari semula apa kesalahan dan dosa yang telah kita buat. Nak katanya, perasaan resah, kosong jiwa dan hati tak tenteram itu pun adalah satu โhadiahโ daripada Allah untuk manusia seperti kita yang lupa ADA DOSA. Bila timbul perasaan macam tadi,barulah kita rasa nak perbetulkan kesalahan kita. Baru rasa nak bertaubat supaya dosa terhapus. Sebab apaโ Sebab kita nak HATI YANG TENANG itu kanโ Jadinya tak perlu tunggu datangnya perasaan jiwa kosong, hati tak tenteram semua itu untuk timbulkan kesedaran bahawa kita perlu berasa insaf. Sebaliknya, hadirkan perasaan insaf itu sentiasa dalam kehidupan kita. Agar hati kita sentiasa terpaut ingin selalu kembali pada Dia. ๐ #juaratravel #juarapilihankami #umrahzerodeposit #umrah #umrah2021 #nasiarab #mekah #madinah #frame #khat
NIAT YANG TERTANGGUH MENJADI TETAMU ALLAH
NIAT YANG TERTANGGUH MENJADI TETAMU ALLAH Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun soal perbelanjaan dan kos ke sana kerap menjadi persoalan utama kita. Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu. Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah Saw. bersabda: โ Tetamu Allah ada tiga: Orang yang menunaikan haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang.โ)HR al-Nasai, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban). Tambah mungkin dalam situasi sekarang ada yang menghadapi masalah kewangan, peribadi dalam kehidupan dan lain-lain.Tapi rezeki ke Tanah Suci ini akan datang tanpa diduga mana nak tahu dalam keadaan kita tidak bersedia Allah jemput kita ke sana. Sebagai contoh majikan beri hadiah menunaikan umrah kepada kita atas asbab prestasi pekerjaan kita. Itu kan rezeki juga untuk kita walaupun dah lama kita berniat untuk menunaikan umrah tapi sebab kewangan yang tidak mencukupi niat kita jadi tertangguh. Jadi yakinlah rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara apabila rezeki seruan untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci sama ada mengerjakan umrah atau haji, tunaikanlah tuntutan itu kerana InsyaAllah dengan izin-Nya, semua urusan serta perancangan berjalan lancar. Perbaiki diri, luruskan dan teguhkan niat seikhlas hati untuk menjadi tetamu Allah. Jika semuanya kerana Allah, kita tidak akan rasa kecewa walaupun sesuatu perkara tidak menyelebahi kita dan bertawakal kepada Allah. Moga Allah pilih kita untuk menjadi tetamu-Nya satu hari nanti. *Jangan lupa share dan tag rakan yang mahu menunaikan umrah bersama anda dan sharekan gambar jika anda pernah umrah bersama Juara Travel* ----------------------------------------------------------------------------- ๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ ๐ Frame perhiasan rumah JKhat : www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1 www.wasap.my/6
PERBEZAAN HAJI & UMRAH
IBADAH YANG WAJIB SEKALI SEUMUR HIDUP DAN SUNAT DIKERJAKAN BERULANG-KALI. FAHAMI KONSEP DAN CARA PELAKSANAAN HAJI DAN UMRAH Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan kepada seluruh umat islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya dan melaksanakannya dikira wajib hanya sekali seumur hidup jika dilakukan lebih dari itu dikira sunat. ูููููููููู ุนูููู ุงููููุงุณู ุญูุฌูู ุงููุจูููุชู ู ููู ุงุณูุชูุทูุงุนู ุฅููููููู ุณูุจููููุง Maksudnya: โDan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.โ (Surah Ali-Imran: 97) Manakala Umrah dari segi bahasa bermaksud ziarah dan dari segi istilah yang telah disepakati oleh kebanyakkan ulama ialah tawaf di baitullah, dan saei di antara safa dan marwah dengan berkain ihram. Tetapi sebahagian ulama berpendapat hukumnya wajib bagi orang yang belum melaksananya meskipun ia mampu untuk melaksanakanya. Firman Allah swt.: ููุฃูุชูู ูููุง ุงููุญูุฌูู ููุงููุนูู ูุฑูุฉู ููููููู Maksudnya: โDan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.โ (Surah al-Baqarah: 196) Dan ini adalah pendapat sahih menurut mazhab syafie. Para ulama yang lain seperti imam malik dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan bahawa ibadah umrah itu hukumnya sunat muaโakad bagi umrah yang pertamanya. Semoga dengan sedikit penjelasan dari kami berkenaan haji dan umrah dapat menambah ilmu pengetahuan kepada kita serta bakal-bakal jemaah dan Allah juga memilih kita menjadi tetamu-Nya. Semoga ilmu yang kita perolehi dapat diamalkan dengan sempurna dan amalan diterima oleh Allah swt dan Allah pilih kita Jangan lupa like dan share
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN
Doa adalah senjata orang mukmin Rezeki bukanlah hanya terhad kepada wang ringgit sahaja, tetapi kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, dan bebas hutang juga turut dianggap rezeki. Bagi yang beragama Islam, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki oleh-Nya. Selain rasa syukur, kita sebagai orang mukmin mempunyai senjata yang paling hebat iaitu DOA. InsyaAllah dengan amalan yang baik diiringi dengan doa pintu semoga pintu rezeki kita akan terbuka dengan lebih luas lagi. Jadi janganlah dipersiakan senjata yang hanya dimiliki oleh orang mukmin ini. Jom kita sama-sama amalkan doa-doa dibawah ini.
DUNIA TEMPAT UJIAN
DUNIA TEMPAT UJIAN. ๐ Firman ALLAH SWT: โKAMI akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada KAMI.โ (Surah al-Ankabut, ayat 35) ALLAH SWT berfirman: โALLAH yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah paling baik amalannya.โ (Surah al-Mulk, ayat 2) Yang demikian kita sedar bahawasanya dunia ini bukanlah tempat untuk kita berseronok atau bersenang lenang. Tetapi adalah sebagai ujian buat kita Mukmin. Setiap perkara yang kita lakukan ditimbang & setiap keputusan yang dibuat adalah tanggungan kita. Syurga itu mahal harganya. Sedangkan kerata mewah pun kita berkerja keras, bertungkus lumus untuk mendapatkanya apatah lagi syurga. โPatutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: โKami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.โโ (Surah al-An-kabut, ayat 2-3) Tetapi jangan kita lupa setiap ujian yang diberikan itu bersebab. PASTI ada hikmah disebaliknya cuma cepat atau lambat, mahu atau tidak untuk kita Nampak hikmah tersebut. Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan. Cuma yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi ujian diluar batasan kemampuan hambaNya. Ujian dapat mendekatkan diri seseorang Muslim kepada Allah SWT. Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain dari Allah SWT. Tanamkan dalam diri kita kepercayaan dan keyakinan bahawa ALLAH sangat-sangat menyintai hambaNya. Allah tidak sekali-kali bagi ujian kepada hambaNya tanpa sebab. Sama ada untuk meninggikan darjat kita atau menghapuskan dosa-dosa hambanya kesemuanya untuk keba
SOLAT DHUHA
Solat dhuha ini boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk kita sebagai hambaNya berterima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat dan keberkatan hidup yang diberikanNya. . Bilakah waktu solat sunat dhuha? Waktu solat sunat dhuha adalah 28 minit selepas waktu syuruk, iaitu sekiranya waktu syuruk adalah 7:32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8:00 pagi. . Berapa bilangan rakaat? Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak 2, 4, 6 atau 8 rakaat dengan 1 salam setiap 2 rakaat. . Jom kita tengok video dibawah cara solat Dhuha.
AISHAH ISTERI RASULULLAH
โUmmul Mukmininโ yang bermaksud โibu kepada orang yang berimanโ adalah gelaran yang diberikan kepada Saidatina atau Siti Aisyah r.a, isteri Rasulullah SAW. Banyak sumbangan yang telah diberikan Siti Aisyah terhadap agama Islam. Aisyah adalah seorang wanita berparas cantik berkulit putih, sebab itulah ia sering dipanggil dengan โHumairaโ. Selain cantik, ia juga dikenal sebagai seorang wanita cerdas yang Allah SWT telah mempersiapkannya untuk menjadi pendamping Rasulullah SAW dalam mengembangkan amanah risalah yang akan menjadi penyejuk mata dan pelipur lara bagi diri beliau. Moga, keperibadian isteri Rasulullah SAW menjadi panduan dan pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh wanita hari ini. Kredit video; Fikri Najmi #juaratravel #juarapilihankami #umrahzerodeposit #umrah #umrah2021 #nasiarab #mekah #madinah #frame #khat
JAUHKAN HATI DARIPADA SIFAT MAZMUMAH
Assalamualaikum sahabat semua. . Pernah tak kita rasa tak tenang dalam hidup? Kadang-kadang dalam sehari tu ada saja benda tak kena yang kita lalui? . Mungkin ada beberapa sifat seperti dalam video ini ada dalam diri kita yang membuatkan kita rasa tak tenang. . Jom muhasabah diri! Maafkan semua orang sebelum tidur. . #juaratravel #juarapilihankami #umrahbersamajuara
'INI 3 TEMPAT ISTIMEWA DI DALAM DAN LUAR MASJID NABAWI' ๐ .
Masjid Nabawi di Madinah ni ada banyak keistimewaan. Bukan di dalam masjid sahaja tau, dekat luar pun ada kelebihan! โจ . Jom tengok video kat bawah ni! . Jangan lupa LIKE, COMMENT dan SHARE untuk kebaikan bersama! ๐ . . ๐ Nota kaki ; Kami sedang melancarkan kempen UMRAH ZERO DEPOSIT. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link di bawah ini http://pakejumrah.com.my/zero-deposit . . . #juaratravel #juarapilihankami #umrahbersamajuara
BACA DOA UNTUK HILANGKAN 'STRESS'
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28) . Jom jadikan doa ini amalan kita. Moga peroleh hati yang tenang. #juarapilihankami #juaratravel #umrahbersamajuara ----------------------------------------------------------------------------- ๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ ๐ Frame perhiasan rumah JKhat : www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1 www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2 ๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal : www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab ๐ Jshop : https://jshop.my/ ๐ Website : www.juaratravel.com.my ----------------------------------------------------------------------------------- #juaratravel #juarapilihankami #umrahzerodeposit #umrah #umrah2021 #nasiarab #mekah #madinah #frame #khat
โ๐จ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ ๐ด๐๐ ๐๐๐๐?โ.
๐ฏ๐๐ ๐๐๐ 6 ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ ๐ด๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐. . Madinah merupakan tarikan kedua selepas Makkah bagi umat islam. Dan seperti yang kita belajar dari sekolah lagi Madinah merupakan Negeri yang tenang dan nyaman dimana di situlah terletaknya makam Rasulullah saw. Dan menjadi kewajiban bagi setiap umat islam yang datang ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad saw. . Masjid Nabawi di Madinah, merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah kita diketahui, masjid ini menjadi kedua terbesar di dunia setelah Masjidil Haram di Makkah. Rumah ibadah tersebut juga merupakan tujuan bagi umat yang ingin menziarahi makam Baginda SAW dan solat didalamnya. . Samada dalam keadaan sedar atau tidak, banyak lokasi yang menarik yang ada dibumi Madinah Al Munawwarah. Bagi mereka yang tidak berkesempatan lagi, tidak perlu risau dan bersedih. Disini saya kongsikan dengan hanya berjalan kaki, anda dapat melihat 6 tarikan yang ada di Madinah. Semoga dapat mengubat rindu dan manfaat kepada semua yang membaca. 1. MASJID NABAWIโจ Tidak lain dan tidak bukan tarikan utama di Madinah ialah Masjid Nabawi. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Keistimewaan di masjid ini selain daripada mendapat ganjaran pahala 1000kali jika solat di masjid nabawi, ia sekelilingi dengan payung gergasi yang akan tertutup dan terbuka secara automatik mengikut cuaca di sana. 2. RAUDHAH @ TAMAN SYURGAโจ Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah dan Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah. Untuk pengetahun anda, โpetuaโ untuk mengenali kawasan Raudhah dengan mudah adalah ia bersebelahan
CARA MUDAH DAPAT PAHALA
InsyaAllah dengan empat perkara ini, kita peroleh pahala tanpa kita sedar. ----------------------------------------------------------------------------- ๐ Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐๐๐ผ ๐ Frame perhiasan rumah JKhat : www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1 www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2 ๐ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal : www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab ๐ Jshop : https://jshop.my/ ๐ Website : www.juaratravel.com.my ----------------------------------------------------------------------------------- #juaratravel #juarapilihankami #umrahzerodeposit #umrah #umrah2021 #nasiarab #mekah #madinah #frame #khat
EMPAT PESANAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR
๐ธ๐ค๐ค๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐ฆ๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ Siang telah berakhir, malam telah tiba. Hari ini berlalu dengan pelbagai dugaan, moga esok datang cahaya yang baru. salam buat sahabat muka buku semua. Mari kita luangkan 1minit untuk amalan sebelum tidur. semoga memberi manfaat kepada semua.
QASIDAH RINDU MADINAH
๐ด๐ ๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐ข๐ ๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐โ.. ๐๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ก ๐๐ข๐๐๐ข๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ขโ๐๐๐๐๐ ๐.๐ด.๐ . ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐โ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ผ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ผ๐ ๐๐๐. ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐โ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐. . ๐พ๐๐๐๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐ข ๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ขโ๐๐๐๐๐ ๐.๐ด.๐..
MEMBERI TAK SEMESTINYA JADI "KAYA HARTA"
Tak semestinya apa yang kita beri, kita dapat balik 100% sama macam apa yang kita pernah beri. Kadang-kadang Allah ganti sesuatu yang baik itu kepada orang sekeliling kita dulu. Yang penting jangan berhenti memberi kerana ia akan kayakan jiwa kita. . #juarapilihankami #juaratravel #umrahbersamajuara . Kredit: thatgoodstories