11/12/2024
S*k mampu apply halal dolok, boleh apply tok bagi yang bisnes home made food.
Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) ini diperkenalkan bagi menggalakkan pengusaha home-based food mengamalkan amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat seterusnya mematuhi keperluan perundangan semasa. Melalui penyenaraian ini, pengusaha home-based food mampu meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan logo pada label produk yang dihasilkan, sekaligus meningkatkkan keyakinan pengguna.
Permohonan penyenaraian boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan dan dokumen permohonan sokongan seperti slip pendaftaran premis (FoSIM), pelalian vaksin anti-tifoid, sijil Latihan Pengendali Makaan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf, label makanan serta dokumen sokongan yang lain seperti dinyatakan dalam garis panduan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel [email protected] atau hubungi talian 03-8885 0797.
https://hq.moh.gov.my/.../garis-panduan-permohonan...